🔴 MENYINGKAP KISAH SEBENAR SI BONGKOK TANJUNG PUTERI | KOTA TINGGI, JOHOR.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 сер 2020
  • Sesuai dengan bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2020 ini, kita mengenang sejarah pejuang tanah air yang berjuang memerdekakan tanah air dari di belenggu penjajah selama ratusan tahun.
    Kali ini kita kenang perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang bersungguh-sungguh menentang penjajah walau nyawanya menjadi ganti.
    Team explorasi kami sertai satu rombongan yang turut berminat untuk menziarah makam sejarah tanah air. Dikatakan pendedahan video saya yang terdahulu menjadi tarikan untuk mereka datang menziarah makam si bongkok.
    Penjelasan disampaikan oleh penduduk tempatan yang benar-benar mengetahui kisah sejarah si bongkok berdasarkan cerita dari keluarganya sejak turun temurun.
    Apakah kisah yang ramai tidak tahu berkenaan si bongkok? Saksikan rakaman video ini sehingga habis.
    Sumber: Penduduk tempatan.
    _________________________
    ✅ Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
    t.me/InformasiEMM_bot
    ✅ Jualan Baju Explorasi Misteri Mistik klik link berikut:
    shopee.com.my/nazree_79?smtt=...
    __________________________
    ✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
    t.me/ExplorasiMisteriMistik
    #ExplorasiMisteriMistik #MakamSiBongkok #KotaTinggi
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 280

  • @Vivoy-ki3mq
    @Vivoy-ki3mq 3 роки тому +86

    Tolong la saport ustazni,video detail kot,tapi like kurang,yang video merapu2 hampa like,sejarah macam ni kurang,adoi

  • @aliff500
    @aliff500 3 роки тому +89

    kisah sedih pahlawan si bongkok...sanggup berjuang demi masyarakat di tindas....si bongkok seorang pejuang bukan pemberontak...al-fatihah ( di baca) utk si bongkok..semoga roh si bongkok di cucuri rahmat dan syahid..

    • @dzeljati
      @dzeljati 2 роки тому +5

      Dalam sejarah tanahair memang ramai pahlawan Melayu yg di cop sebagai pemberontak sebab kita mengikut telunjuk penjajah

    • @pondokchannel5483
      @pondokchannel5483 8 місяців тому +1

      Betul tu ramai je pahlawan melayu yg dianggap pemberontak

    • @ainabasri299
      @ainabasri299 6 місяців тому

      Aamiin yra

  • @safuanpauzi571
    @safuanpauzi571 3 роки тому +25

    dengar puan nita cerita kisah hidup si bongkok mmg pilu hati walaupon hanya dari youtube, besar pengorbanan arwah kepada orang melayu kita, Al-Fatihah utk beliau.

  • @lanman9841
    @lanman9841 3 роки тому +47

    Al fatihah kpd si bongkok.... Pahlawan melayu yg sejati...

  • @pijonfishing1816
    @pijonfishing1816 3 роки тому +23

    dgr suara pn.ita pon terkesan,,dgn kesediham Si bongkok..Mudahan Allah pelihara team produksi,,N tempatkan Allahyarham si bongkok,dlm kalangan org beriman ..

  • @noorharon5885
    @noorharon5885 3 роки тому +29

    Sedihnya kisah pendekar si bongkok ni semoga tergolong di dlm golongan org2 saleh

  • @cartelgamming1371
    @cartelgamming1371 3 роки тому +10

    Sayu , Sedih , Geram Semua Bercampur😭.. Kepayahan Dan Kesusahan Si Bongkok Dalam Kehidupan Beliau.. 😭Auto Keluar Air Mata..

  • @rezabest9472
    @rezabest9472 3 роки тому +18

    Al fatihah...
    Sebelum ni hamba fikir kisah si bongkok hanya dongeng semata-mata tapi ilmu hikmah telah membongkar kebenaran.

  • @faizalrizwanmohdmokhlas5621
    @faizalrizwanmohdmokhlas5621 3 роки тому +20

    😭😭😭 sedih kisah arwah, saya dapat rasa masa kak ita buat penerangan ... semoga jasa arwah terus dikenang ...

  • @metitan1398
    @metitan1398 3 роки тому +16

    Hebat UST membongkar sejarah bkn kerja yg mudah,salute semoga UST berjaya dlm segala usaha InsyaAllah

  • @keranamu1690
    @keranamu1690 3 роки тому +20

    Kesiannya hidup sibongkok..apabila puan ita bercerita..sy rasa sedih sangat2..

  • @abufmc
    @abufmc 3 роки тому +3

    Sedehnya panglima bongkok...dikhianati oleh adeknya..Al Fatihah dan ampunilah dosa dosanya panglima bongkok seorg pejuang menentang penjajah

  • @muhamataminbinchik9844
    @muhamataminbinchik9844 3 роки тому +26

    Assalamualaikum Ustaz&Pn.nita 👉🏻Si Bongkok sebenarNya adalah anak Raja/SuLtan yg cacat fizikal dn diketahui ia hidup,sb itulah ia ditikam mati oleh si Putih. Si Putihlah Pembelot utk merebuti TAHTA. Si putih adik TiriNya itu Pembelot&Pemberontak TAHTA KERAJAAN utk Kepentingan dn Kesenangan sendiri yg diRancang oleh Bendahara...! Semoga Rohnya Tenteram dn DiRahmati Allah SWT Al-Fatihah amiiin insyallah 😭

    • @apetu1877
      @apetu1877 3 роки тому +2

      🙄..org tu dh explain pun..cakap bende sama gak..

    • @silatbelantara203
      @silatbelantara203 3 роки тому

      Kalo adik beradik ni mungkin tikam curi atau lawan tak sungguh hati. Itulah kelemahan pendekar.

    • @shidysaad4416
      @shidysaad4416 3 роки тому

      Johor

    • @nuratiqahrashidah3
      @nuratiqahrashidah3 3 роки тому

      betul tu...si bongkok dari keturunan raja..

  • @aunisuraya3261
    @aunisuraya3261 3 роки тому +20

    terima kasih kerana berkongsi kisah sejarah pahlawan melayu kita

  • @suhaimyamy3231
    @suhaimyamy3231 3 роки тому +9

    Rupanya Panglima si bongkok yang amat gagah dan digeruni penjajah di tanah melayu adalah kerabat Diraja empayer kesultanan johor riau sedihnya kisahnya berjuang hingga ketitisan darah yang terahir menentang penjajah yang cuba merampas kedaulatan bumi melayu di nusantara ini.Demi membela kedaulatan bumi melayu terjaga dari penjajah durjana.Berharap makam Tengku panglima si bongkok ini dibaik pulih sebagai mengenang jasa Tengku panglima si bongkok membela kedaulatan bumi melayu dari penjajah durjana dan menghormati beliau sebagai kerabat Diraja empayer kesultanan johor riau...

    • @taharmuhammad257
      @taharmuhammad257 3 роки тому

      Saya juga berharap kepada sultan johor supaya makam tok bongkok di buat sama dengan makam sultan yang ada karena perjuangan beliau hanya Allah sahaja yang tau. Alfatihah untuk tok bongkok.

  • @Rawk96
    @Rawk96 3 роки тому +16

    Al-fatihah (dibaca) untuk arwah Si Bongkok yg memperjuangkan Melayu ketika itu 🤲🏻

  • @inderapuramoden6162
    @inderapuramoden6162 3 роки тому +43

    Si bongkok sebenarnya berperang dengan Temenggung bukan dengan Bendahara sebab Bendahara dilantik jadi Raja di Pahang dan berkuasa di Pahang.Temenggung yang berkuasa di Singapura dan Tanah Besar Johor pusat pentadbiran di Teluk Belanga Singapura,itu yang nama baju Teluk belanga.Yang Dipertuan Muda keturunan Bugis berkuasa di Kepulauan Riau dan Sultan memerintah di Pulau Lingga dan pulau2 sekitar.

    • @lobakputih202
      @lobakputih202 3 роки тому +4

      Ya... Si Bongkok menentang Temenggong Abdul Rahman & British.....

    • @helmisaliman
      @helmisaliman 2 роки тому +5

      Kisah si bongkok ni ada kena Mengena dengan kesultanan johor Sekarang.x boleh tulis lebih2 takut kena kutip pulak.😂😂

    • @amirnordin6902
      @amirnordin6902 2 роки тому +2

      Perlu di perlihara dgn baik agar sejarah tak dapat dilupakan.

    • @zulkaplymohamed8928
      @zulkaplymohamed8928 Рік тому +1

      Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal Soleh. Si Bongkok Tanjung Puteri pahlawan sejati, berjuang melawan penjajah dan golongan bangsawan Melayu yg bersengkongkol dengan penjajah Inggeris.

  • @bolsaid3130
    @bolsaid3130 3 роки тому +38

    Alfatiha buat Abang mahidan juru pandu makam si bongkok yang telah kembali kerahmatullah pertengahan tahun 2020. Semoga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yg beriman. Aamiin.

    • @richwealthchannel
      @richwealthchannel 3 роки тому +2

      Maaf.. Juru pandu yg mana satu ye?

    • @itsmira2561
      @itsmira2561 Рік тому +1

      Saya baru perasan... Tu tok cu saya..:) keluarga saya... Saya kenal dia..

  • @riecorini
    @riecorini 3 роки тому +8

    Ustazah nak bercerita pun da rasa sebak begitu juga sy yg mendengar dan membayangkan keadaan si arwah tika hidupnya, wlaupun dilahirkan kurang sempurna dr kita... Perjuangannya utk bangsa melayu mengalahkan kita yg sempurna sifat.. semoga auranya ada pd kita semua bangsa Melayu

  • @ihsanali0865
    @ihsanali0865 3 роки тому +12

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan roh nya dicucuri rahmat Allah SWT 🤲. Dan semoga cerita Ini membangkitkan semangat Melayu pertahankan tanah pusaka Melayu.🤲

  • @lilyhome6718
    @lilyhome6718 3 роки тому +16

    sedih dan sayu cerita si bongkok ni sebenarnya, semoga ditempatkan di kalangan org2 soleh, amin

  • @shafiqariff3454
    @shafiqariff3454 3 роки тому +68

    Sebab kenapa makam si bongkok x dipulihara ialah kerana orang yg ditentang masa tu keturunannya yg jadi sultan negeri sekarang..yang ditentang ialah temenggung bukan bendahara kerana temenggung bekerjasama dgn british menggulingkan permerintahan bendahara sedangkan si bongkok penyokong kuat bendahara

    • @imranmohamad3105
      @imranmohamad3105 3 роки тому +5

      Skrng keturunan tu pun dah jd ktrn Melayu ing..

    • @haslinamohdhassan1664
      @haslinamohdhassan1664 3 роки тому +3

      Tak mengapalah. Kite semua akan dihisab kelak.

    • @afariz
      @afariz 3 роки тому +1

      patut la dari dulu ade rase syak dengan keluarga temenggung skang ni. negeri lain semua perang n susah tempat die boleh pulak kumpul kekayaan n anggap peModenan negeri. rupanya tali barut British

    • @haslinamohdhassan1664
      @haslinamohdhassan1664 3 роки тому +3

      @@afariz kan..baru faham. Ada keturunan yg menjadi raja hasil jadi tali barut Inggeris. Keturunan diraja Melayu sebenar hanya ada di Perak dan Riau sekarang

    • @sajaksantai9007
      @sajaksantai9007 3 роки тому +2

      @@haslinamohdhassan1664 cari saja isu2 yg melibatkan keturunan sultan de facto ni dlm web.. mmg akan ada rasa geram sgt dgn keturunan temenggung daeng Ibrahim ni... Talibarut British...

  • @SamSung-pu4hq
    @SamSung-pu4hq 3 роки тому +16

    YaAllah .. terase sebak pulak .. hebatnye si bongkok ..

  • @haslinamohdhassan1664
    @haslinamohdhassan1664 3 роки тому +3

    Semoga Allah menempatkan Allahyarham si bongkok dlm kalangan orang yang beriman.

  • @riyantv5222
    @riyantv5222 3 роки тому +28

    nenek moyan orang semajung same aje nenek moyang kami orang riau cume bede negare saje dulu kami same salm dari siak.. tidak kan melayu hilang di dunia🙏🏻🙏🏻

    • @syamsulabduljalil4117
      @syamsulabduljalil4117 3 роки тому +1

      Cume sdkit sje yg pham sejarah sedare kbanyakan nye die orang cme tau indonesia jawa semue trbukti aq prnh d johow aq mngaku org indonesia die heran knp bcakap sme bhase sprti Bhase malaysia

    • @riyantv5222
      @riyantv5222 3 роки тому +1

      @@syamsulabduljalil4117 kite dulu same sama satu datuk nenek moyang darah melayu kita tidak bisa hilang sampai anak cucu salam dari saye 🤝🏻🙏🏻🙏🏻

  • @mohdsuhaimimohdsuhaimi5690
    @mohdsuhaimimohdsuhaimi5690 3 роки тому +4

    Pergorbanan si bongkok ni memang sedih dan terharu saya bangga dengan beliau.. Al-Fatihah..

  • @firdaushaniff9281
    @firdaushaniff9281 3 роки тому +10

    Kisah Si Bongkok menjadi teladan bagi bangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Si Bongkok. Sedih kisah riwayat kisah hidupnya.

  • @afiqfirdaus8448
    @afiqfirdaus8448 Рік тому +3

    Semoga si bongkok juga dpt difilemkan mcm mat kilau, kisah si bongkok juga sgt² menarik & walaupun kisah sejarah beliau tidak sepopular pahlawan melayu yg lain, tpi kisah sejarah beliau wajib utk diangkat ke layar perak

    • @mang6879
      @mang6879 Рік тому +1

      Takde org berani.. sbb nnti ada pihak tertentu terasa

  • @ardistudio2482
    @ardistudio2482 2 роки тому +2

    Dalam pertarungan dua beradik ni maka terpacak keris si bongkok disebatang pokok sehingga tewas dia tangan adiknya.. maka keris itu kekal sehingga hari ini.. skrg pokok tu dah besar mcm balak.. pokok tu ada sekitar tg belungkor tu.. inilah yang diceritakan oleh arwah nenek saya.. saya pernah tertegur pokok tu dan demam.. lagi satu kebun arwah nenek berdekatan dengan makam si bongkok tu dan sy pernah ziarah sebelum ada nisan putih tu lgi.. al-Fatihah.. rindu arwah tok...

  • @hairulnizam3453
    @hairulnizam3453 3 роки тому +9

    Al-Fatihah utk arwah n semua pejuang tanah air ku tercinta....semoga menjadi teladan utk kita semua ...Aamiin

  • @chillchieyed2884
    @chillchieyed2884 3 роки тому +18

    Terima kasih ustaz atas perkongsian sejarah sebegini... Sy sentiasa tonton video2 sejarah dari ustaz... Teruskan xplore seperti ini...

  • @aunisuraya3261
    @aunisuraya3261 3 роки тому +8

    diharap juga en.nazri dan pn.ita dapat membukukan kisah perjalanan ke tempat bersejarah yang telah dilawati

  • @suhaimyamy3231
    @suhaimyamy3231 3 роки тому +6

    Patut dibukukan cerita sejarah tentang Tengku panglima si bongkok yang berjuang menentang penjajah yang ingin menawan negeri negeri melayu di nusantara yang amat digeruni oleh pihak penjajah di darat dan lautan..

  • @wanjaafar3792
    @wanjaafar3792 2 роки тому +2

    Al fatihah bt pendekar si bongkok...😥

  • @fazleemarantika5125
    @fazleemarantika5125 Рік тому +1

    Cara /suara puan Ita beri penerangan dari lubok hati yang ikhlas kita dapat rasa kebenaran tersebut.

  • @ujangnan5757
    @ujangnan5757 3 роки тому +24

    Tragis kisah dibongkok.smga arwah ditmptkan dikalangan org yg beriman & rohnya dicucuri rahmat.Aamiin

    • @rabiahsharif3476
      @rabiahsharif3476 3 роки тому +1

      Saya tak tahan airmata bila puan Ita bercerita. Sayu sungguh..

  • @norhelmiidp6507
    @norhelmiidp6507 3 роки тому +5

    Takziah buat keluarga en mahidan..semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang yang beriman

  • @syafiqabrahim2567
    @syafiqabrahim2567 3 роки тому +11

    Ya Allah. best sgt tgk cite2 sejarah ni.

  • @rohayabaharin8018
    @rohayabaharin8018 3 роки тому +4

    Sedihnya kalau cerita ni mmng trjdi. Alfatihah (dibaca) utk arwah sibongkok.😭😭😭

  • @mohdonn1968
    @mohdonn1968 3 роки тому +6

    Al-Fatihah pd arwah Si Bongkok...amin ya Allah...

  • @zalynnah69
    @zalynnah69 Рік тому +1

    Menitis pula air mata dengar cerita Si bongkok ni.. allfatihah.. apakah nama sebenarnya si bongkok.. ada siapa ug tahu.

  • @niezamputrachannel381
    @niezamputrachannel381 3 роки тому +3

    Al fatihah (di baca) utk pahlawan Melayu menentang penjajahan pada waktu itu. Semoga arwah di tempat kan bersama org² yg beriman

  • @mohdhanafi2086
    @mohdhanafi2086 3 роки тому +9

    Dari tebrau singgah ke stulang membeli kopi..sejarah si Bongkok di lereng bukit pantai Tanjung Puteri....

    • @norlizabaharum2312
      @norlizabaharum2312 2 роки тому

      Dari Tebrau org berakit
      Singgah Stulang membeli kopi
      Pusara Si Bongkok di lereng bukit
      Di tepi pantai Tanjung Puteri

  • @Macam2macam
    @Macam2macam 3 роки тому +2

    Sedihnye hidup si bongkok. Apabila puan rozita cite pasal dia, boleh rasa sedih dia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah si bongkok.

  • @lanman9841
    @lanman9841 3 роки тому +2

    Yg sedihnya keluarga sendiri perlu ditentang....ini semua disebabkan penjajah n pemimpin yg berebut kuasa....semoga pejuang negara ini dimasukkan dikalangan org beriman...

  • @muhammadfaisal1333
    @muhammadfaisal1333 3 роки тому +4

    الفاتحه kpd Allahyarham pahlawan sibongkok dr saya anak jati pulau tawar susur galur pahlawan mat kilau

  • @ainabasri299
    @ainabasri299 6 місяців тому +1

    beliau pahlawan ..bukan penentang ..perlu dihargai

  • @dxspek3079
    @dxspek3079 3 роки тому +31

    Dulu ingatkan cite yg Si bongkok dlm filem tan sri pramlee.. Xpernh thu plak rupenye si bongkok ni pahlwan dlu.. Terima kasih perkongsian😊

    • @rayyanalexander407
      @rayyanalexander407 3 роки тому +8

      Ustz Naz, jika tidak keberatan mungkin boleh bertanyakan nama sebenar 'Si Bongkok' ini. Mudah-mudahan dapat membantu para pengkaji sejarah mencari susur-galur beliau yang sebenar.

    • @zaczain5654
      @zaczain5654 3 роки тому +2

      Yg dlm filem P Ramlee tu Si Bongkok lain...dia cacat dan jadi org minyak....kalau nak tgk cerita Si Bongkok Tg Puteri, boleh tgk lakonan Almarhum Hussein Abu Hassan tahun 70an dulu.

    • @dxspek3079
      @dxspek3079 3 роки тому

      @@zaczain5654 ohh i see.. Saya silap.. Tu laa baru thu.. Tq info

    • @zaczain5654
      @zaczain5654 3 роки тому +2

      @@dxspek3079 xpa, kita share info. Urban legend kata Almarhum adalah adik beradik Sultan Hussein (yg pernah jadi Sultan di Singapore dulu). Sgt byk versi berlainan ttg Si Bongkok...ada yg kata dia seorang perempuan yg jadi asal usul lagu Nenek nenek sibongkok 3. Ramai yg kata Si Bongkok mmg lelaki yg dibunuh dan dikebumikan di Riau dan dia mati bertarung di darat. Ada yg kata makan Si Bongkok ada di Stulang sbb dlm byk2 makam ada 1 yg ada batu nisan di Raja. Yg nyatanya kisah2 dia ditutup drp sejarah sbb keluarga proxy British yg ditentangnya dulu yg memegang tampuk skrg. Wallahua'lam.

    • @pernohazimat4164
      @pernohazimat4164 3 роки тому +2

      Haah majalah gila2 Ada buat kisah bersiri...

  • @suriesurie4879
    @suriesurie4879 3 роки тому +5

    Dah semakin susah nak cari ilmu yg dimiliki mcm ustaz dan kakaknya zaman skang...maka support lah channel ni dan share sebanyak mgkin...

  • @lenovosamsung8017
    @lenovosamsung8017 3 роки тому +13

    Sye pernah meredah semak samun dekat belakang kastam tambak lama, semata2 nak bersihkan kubur sibongkok, lpas tu bru dpt tau kubur tu dekat tanjung belungkor

    • @mikobob3042
      @mikobob3042 3 роки тому

      Apa sebab bos bersih kubur belakang kastam? Siapa yg beritahu ia makam.sibongkok. ttu org tu ada alasan

    • @lenovosamsung8017
      @lenovosamsung8017 3 роки тому

      @@mikobob3042 blkg kastam tu ade semak samun n ade pondok , tu je, xde kubo pon

  • @nagakramat8647
    @nagakramat8647 3 роки тому +2

    Alfatihah buat arwah..smoga beliau ditempatkn brsama org2 yg beriman serta yg telah syahid dijalanNya amin..selamat menyambut hari kemerdekaan..MERDEKA

  • @zulianahashim3865
    @zulianahashim3865 3 роки тому +7

    Alhamdulillah..baru tahu kisahnya..selama ni dgr shj..terima kasih encik

  • @mohdfaizalmohdfaizal56
    @mohdfaizalmohdfaizal56 3 роки тому +2

    Alhamdulilah... Dgn izinnya bongkarlah setiap sudut terperinci sejak ratusan @ ribuan tahun DH Hulu mengenai sejarah tanah melayu... Imsyakallah moga d perkenankan..

  • @mohdhasranhashim5258
    @mohdhasranhashim5258 3 роки тому +7

    Moga Allah mencucuri rahmat atas rohNYA..Amin.

  • @mahaddhiryusoff9094
    @mahaddhiryusoff9094 Рік тому +1

    Assalammualaikum tuan.Terima kasih atas infonya tentang sejarah yang disampaikan.Semalam (18/12/2022) saya baru sahaja ziarah makam si bongkok dgn bantuan penduduk tempatan.Saya juga difahamkan masih ada lagi makam / pusara yang lain terletak di kawasan sekitar.Cuma belum ada masa untuk pergi explore.

  • @xwanwarxwarwan5697
    @xwanwarxwarwan5697 3 роки тому +6

    terbaik....
    tp ad jgk yg dislike,?

  • @kamarrudinmohammad3493
    @kamarrudinmohammad3493 3 роки тому +1

    ceta si bongkok ni..memang sedih..dan apa y dicetakan dlm vedio ni..BENARRR...arwah org tu kwn ada ceta lebih kurang sama mcm y dikabarkan..semoga arwah ditempatkan dlm golangan org2 y beriman...aamiin

  • @smartbox2986
    @smartbox2986 3 роки тому +20

    Saya harap Puan Ita boleh kesan siapa nama sebenar Si Bongkok ini supaya dapat dicari susun jalur "family tree" siapa siapa yang ada.

    • @alimuhammed.7426
      @alimuhammed.7426 3 роки тому

      Dulu klu ada pejabt pendaftaran lagi senang mudah.. 😢

    • @sIx-ep7cs
      @sIx-ep7cs 3 роки тому

      agak susah jugak sebab arwah tak pernah berkahwin

  • @shahzleen7588
    @shahzleen7588 2 роки тому

    Assalamualaikum. Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Menziarahi.

  • @apiqshah
    @apiqshah 3 роки тому +7

    Cerita keris hitam bersepuh emas ada wartak si bongkok..

  • @sabrisabrii7019
    @sabrisabrii7019 2 роки тому +1

    Betul kah si bongkok ad ilmu kebal

  • @benxahm
    @benxahm 3 роки тому +6

    Tidak mustahil qorin Si Bongkok hadir ketika tahlil dibacakan n disedekahkan kpd arwah. Waallahua'lam. Cadangan saya, cubalah panggil qorin n masukkan ke mediator, n berdialog dgnnya, Insyaallah kita mnjadi lbh tahu. Jazakallahu khair.

    • @bondanina2615
      @bondanina2615 3 роки тому +1

      Kalau tuan kuat semangat pun boleh jadi mediator... Byk kan berselawat... Insha Allah

  • @atokowatok9770
    @atokowatok9770 Рік тому

    Alhamdulillah dapat tau kisah si bongkok yang di gelar lanun oleh penjajah ni... sedihnya pejuang yang tak di dendang...

  • @farihasam
    @farihasam 3 роки тому +1

    Pada hakikatnya si bongkok ini adalah seorang wanita..tetapi dia berpakaian seperti lelaki.mmg hebat dlm persilatan.malah kuburnya tlh di pindahkan.al-fatihah.

  • @KEMKsss
    @KEMKsss 3 роки тому +2

    Salam takziah untuk keluarga encik mahidin manap... Al fatihah utk beliau...

  • @jehanjehan8987
    @jehanjehan8987 3 роки тому +1

    Terbaik

  • @alisa_UWU_4344
    @alisa_UWU_4344 3 роки тому

    Terbaikk

  • @tiranaash7303
    @tiranaash7303 3 роки тому +2

    Al fatihah untuk Mahidan Manap.. Aamiin yra 🤲🏻..

  • @azharazharkadir4878
    @azharazharkadir4878 2 роки тому +1

    Al-Fatihah...

  • @muhammadismail5176
    @muhammadismail5176 3 роки тому +2

    Saya sokong rangcangan ini untuk mejg ingati kisah yg silang dan bersejarah saya di terus sampai ke selurog tanah air atau di dunia ini

  • @halijahtunggal1453
    @halijahtunggal1453 2 роки тому

    Good job...

  • @sry2885
    @sry2885 3 роки тому

    Baru tau sejarah 😊

  • @tigerganeral5109
    @tigerganeral5109 3 роки тому +2

    Terbaikkkk 👍👌💪,🤲🤲🤲

  • @Macam2macam
    @Macam2macam 3 роки тому

    kena tengok ni.. like dulu sebagai penanda..

  • @norriyahnorriyah2663
    @norriyahnorriyah2663 3 роки тому

    Bagus juga.kita bolih tahu sejarah .

  • @AmranSidek
    @AmranSidek 3 роки тому +1

    semoga kita dpt menghadiahkan doa dan bacaan ayat2 dari Al Quran untuk arwah2 pahlawan yg mengalirkan darah di bumi melayu ini...

  • @annaabdullah4790
    @annaabdullah4790 3 роки тому +3

    Tiba2 rasa sayu dn pilu bila mndengar penerangan dari pn ita tntang arwah si bongkok, dari kcil sudah disisih dn buang dari kluarga, bila dewasa memperjuangkn kedaulatan tanah dn org melayu, tetapi dianggap pemberontak dan durhaka... hanya Allah yg tahu niat perjuangannya, semoga rohnya ditempakan bersama org2 yg beriman...AL FATIHAH...aamiin

  • @basriibrahim6158
    @basriibrahim6158 2 роки тому

    Alfatehah, pilu rasanya mengenang pejuang2 bangsa yg dinafikan kehadirannya....

  • @zaityyunos8294
    @zaityyunos8294 3 роки тому +1

    Al-Fatihah buat Abg Mahid. Al-Fatihah buat Si Bongkok

  • @MKChannelNetworks
    @MKChannelNetworks 3 роки тому

    Pejuang yg tak di dendang...terima kasih pencerahan host👍

  • @sharifahrosnani2052
    @sharifahrosnani2052 3 роки тому

    Terbaik, dan berusaha lagi utk bongkarkan bky lagi sejarah...tq

  • @shah7411
    @shah7411 2 роки тому +1

    Al fatihah..

  • @norjusoh2203
    @norjusoh2203 3 роки тому +1

    Saya stad tengok dari tempat saya lama tak tengok..sekarang nampak semakin mudah kami memahami sejarah dulu2..

  • @hazrulradzi1228
    @hazrulradzi1228 3 роки тому +1

    Alhamdullilah haritu baru pergi kt kota tinggi

  • @BlackJack-dx4kz
    @BlackJack-dx4kz 2 роки тому

    Assalamu'alaikum.. Terbaik Abg cite ni...

  • @wafiuddin7071
    @wafiuddin7071 3 роки тому +1

    Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada En.Mahidan Manap yang telah kembali ke ke rahmatullah. Semoga ditempatkan dikalangan golongan beriman... Al-Fatihah.

  • @hazimahabdulmutalib5532
    @hazimahabdulmutalib5532 Рік тому

    Ramai manusia dri dulu hingga kini.. Klu yg berhak dan beriman selalu dipulai kerano campur tangan org luar yg memerentah pd masa itu semuga kseh si bongkok medpt peharagaan dari pemeretah kita buat masa kini

  • @mohdisahitam6202
    @mohdisahitam6202 3 роки тому

    Buat Arwah Si Bongkok dn teman2 sperjuangan nya...Alfatihah..

  • @emarusli6628
    @emarusli6628 3 роки тому +2

    sebak sungguh... 🥺

  • @zainolailan1188
    @zainolailan1188 3 роки тому

    Terima kasih shbt, pendedahan yg bermunafaat atas klbhan yg dianugerahkan oleh Allah

  • @OppoA-gc5hm
    @OppoA-gc5hm 3 роки тому +1

    Al Fatihah buat arwah,aamiin.

  • @thahiribrahim3574
    @thahiribrahim3574 3 роки тому +1

    Tuan Nazri tolong klerasikan sejarah singapura tentang keturunan raja sriwijaya yg lari ke singapura .klu tak silap ada 3 raja yg memerintah singapura ,ketika itu nama temasik. Soalnya ,bila nama temasik bertukar jadi singapura ? Sang rajuna tapa ada pada raja singapura yg ke 3 ke?:siapa tamagi adakah dia orang melayu yg dipilih oleh raja Ayuthia sebagai gabenur temasik. Ada cerita yang nama singapura pun ada di kelantan dan ada cerita yang asal sriwijaya itu bermulanya di kelantan dan selatan thai dan di asaskan oleh 3 beradik Wan ,yg mengasaskan champa funan dan kerajaan kerajaan melayu di selatan thai dan di utara tanah melayu dan sriwijaya . Sriwijaya akhirnya berkerajaan di palembang sebagai tapak terakhir sebelum lari ke Temasik dan akhirnya ke Melaka.

  • @animshuk1083
    @animshuk1083 3 роки тому

    Sejarah yg cuba ditutup. Moga ade yg meneruskan perjuangannye.

  • @lanz703
    @lanz703 2 роки тому +1

    al fatihah

  • @junaidahhamid8278
    @junaidahhamid8278 3 роки тому +2

    Al fatihah buat arwah sibongkok.

  • @joehassan3698
    @joehassan3698 3 роки тому +1

    Allah maha mengtahui

  • @muzelifahmuhammad676
    @muzelifahmuhammad676 3 роки тому +1

    Al Fatihah buat arwah si bongkok.Ustaz ada nama sebenar si bongkok? Insya Allah setiap kali buat yassin tahlil boleh Kita masukkan sekali nama pahlawan si bongkok.

  • @johntravolta0079
    @johntravolta0079 3 роки тому

    Al fatihah untuk arwah cik mahidan...mnggal dunie buln ini...

  • @zizu7739
    @zizu7739 3 роки тому +1

    MOGA ALLAH MEMBERKATI BELIAU.. AL FATIHAH

  • @amirschizo7342
    @amirschizo7342 3 роки тому +1

    Tengku panglima si bongkok.. Semoga roh nya dicucuri rahmat