ARC Keris Melayu

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 гру 2022
  • …Jika hendak merosakkan bangsa racunilah sejarahnya” [ms 56]
    Book Review
    Buku: KERIS MELAYU
    Penulis: AHMAD ZAMLI BIN ALI PIAH
    Penerbit: AHMAD ZAMLI BIN ALI PIAH
    Mukasurat: 360
    1. Masterpiece!, jika boleh disimpul dengan satu perkataan. Cukup dihadkan 10 point sahaja supaya tak berjela jela nak baca review. Selengkapnya dapatkanlah buku yang hanya 700 naskhah emas dicetak terhad.
    2. Buku 11 bab lengkap ilustrasi dan grafik gred A, saya bahagikan kepada 2 bahagian, Bahagian Pertama: pengenalan sejarah dan kesenian dari bab 1 hingga 3. JIka memperkatakan zat keris boleh masuk Bahagian Kedua: kesempurnaan keris Bab 4 hinggalah fungsinya Bab 11.
    3. Penting untuk kita tidak tinggalkan Bahagian Pertama kerana disini anda akan faham, kenapa meskipun keris adalah harta tinggalan datuk nenek kita, tetapi tak banyak yang kita tahu dan faham, malah disalahertikan pula sebagai tahyul dan syirik.
    4. Ini kerana ilmu zaman dahulu banyak dipindahkan secara sistem lisan ke lisan dan adakalanya terlalu berahsia kerana ilmu diperturunkan kepada yang berkehendak sahaja. Satu lagi ilmu perkerisan banyak disimpan dalam bentuk falsafah yang sukar ditafsirkan oleh generasi alpha.
    5. Falsafah disimpan dalam zat keris itu sendiri, siapa sangka dalam sebentuk keris ada pelbagai cerita, identiti, sejarah, pemberitahuan dan masa hadapan. Orientalis menyedari kepentingan katalog bahan sejarah telah memandai-mandai menulis tentang keris hasil mata zahir mereka, malang pula kita mencedoknya bulat bulat tanpa khilaf dan sepakat.
    6. Berdasarkan kesedaran tersebut Penulis merakamkan segala sejarah dan pengalaman beliau berguru dengan pandai keris dipelusuk tanah air dan mendokumenkan pula untuk kita ceritakan pada anak cucu. Jestru buku ini, jika bukanlah selengkap dokumen tentang keris, tetapi sekurang-kurangnya membuka minda kita terhadap pusaka warisan turun temurun.
    7. Menceduk sedikit ilmu keris yang praktikal adalah Jenis keris Pandai Saras:
    “..atas perintah raja Pattani, Tok Saras diminta membuat keris bagi kegunaan berperang, kerana itu didapati keris keris Pandai Saras adalah keras, tajam dan hebat seesuai untuk bertarung serta dibawa berperang.. “ [ms 225]
    8. Seperti yang dikatakan, kesenian pada segenap sudut keris mungkin hanya dianggap sebagai hiasan tampak meninggikan nilai dipandangan mata sahaja, namun bagi pengguna, ia padat dengan fungsi bukan sia-sia:
    “ ..duri pada kerrawang ganja dan belalai gajah digunakan sebagai penyangga senjata lawan dan ekor cicak pula untuk menikam anggota tubuh lawan dengan cara menyinggung..” [323]
    9. Keistimewaan keris bukan pada bilah keris sahaja, malah hulu seperti Jawa Demam yang ditajamkan pada sudut tertentu akan berfungsi apabila bilah terlepas dari sasaran. Jika bilah ditepis atau terlepas, maka hulu akan mengambil tempat bagi menusuk anggota badan atau tangan lawan secara kilas atau dihentak.
    10. Manakala sarung digunakan untuk menyangga, menangkis pukulan dan tikaman senjata lawan, sebab itu dalam pertarungan keris tiada perisai digunakan. Malah sarung pun boleh jadi senjata apabila sampir digunakan untuk menusuk dagu atau mencekak leher lawan. Lebih dari itu, sampir digunakan untuk memukul kepala lawan dan buntut dihendak ke badan lawan.
    11. Dokumentasi yang cemerlang ini bukanlah satu ultimatum untuk kita berhenti membongkar rahsia keris, banyak lagi pendapat dan guru tua yang masih boleh dipelajari ilmu mereka. Memetik tulisan penulis:
    “Hakikat sebenar tentang keris, ia adalah anugerah Tuhan kepada bangsa Melayu, dengan bentuk yang tersendiri sesuai mengikut cara penggunaannya di mana tiada siapa yang dapat menafikan bahawa yang mengetahui cara menggunakan keris hanya satu bangsa sahaja di dalam dunia ini ….. “
    Abu Razeen
    Hulu: Tajong Botakala
    Pendongkok: Temin
    Bahan: tembaga
    Sarung: Sampir Tajong
    Bahan: Kayu kemuning
    Mata: Keris Pandai Saras Lurus
    Kategori: Keris Pandai Saras Lurus Besi Sebatang
    Panjang mata: 41 cm

КОМЕНТАРІ •