kuih lepat liat | Resepi Asli orang lama

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • kuih lepat liat adalah kuih tradisi yang berasaskan tepung pulut, gula merah dan berintikan kelapa bergaram. Ia dibalut dengan daun pisang menambahkan aroma kuih lepat liat ini. Ia dimasak secara kukus dan hasilnya kuih yang bertekstur kenyal dan rasa yang sungguh sedap. Sangat mudah untuk menyediakannya sendiri. Kuih lepat liat ini sememangnya terkenal lihat sahaja post kami sebelum ini, ramai yang menggemarinya. Kami kongsi beberapa pantun yang menarik nukilan Followers MALAY kitchen di Facebook :
    Kuih tradisi pilihan hati
    Mak Tam,Mak Teh, Alang masak sedap pasti
    Balik kampung berpeluang nanti
    Lepat liat Makngah juga mereka cari
    Tuang kicap atas peti
    Peti di letak di atas feri
    Lepat liat pilihan hati
    Memang sedap kalau dapat makan free
    Lepat liat nama diberi
    Makan satu bersama Pak Su
    Makan harus berhati hati
    Pada yang pakai gigi palsu
    Bahan - bahan :
    1 cawan gula merah
    3/4 cawan air
    2 sudu besar gula
    1 helai daun pandan
    Cara : Masak semua bahan di atas sehingga larut kemudian tapis dan sejukan.
    Bahan badan :
    1 1/2 cawan tepung pulut
    1/4 cawan santan pekat
    3/4 cawan air gula merah
    Cara : Masukan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan kemudian uli sehingga ia membentuk doh.
    Bahan inti :
    1/2 cawan kelapa parut
    sedikit garam
    Cara : Kacau kelapa parut dan garam sekata
    1. Sediakan daun pandan yang sudah dilayur. Sapukan dengan sedikit minyak ke atasnya. Kemudian ambil sedikit doh bahagian badan dan tekan rata ia di atas daun pisang. Kemudian isi kan sedikit kelapa parut bergaram di tengahnya. Lipat kemas kuih ini seperti yang ditunjukan di dalam video.
    2. Kukus ia dengan api sederhana kuat selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
    Hasilnya kuih lepat liat yang bertekstur kenyal dan rasa lemak manis yang sedap. Tambahan pula di tengahnya terdapat kelapa parut bergaram yang menambah keenakan kuih ini. Mesti cuba ya!
    Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen kongsikan untuk video seterusnya.
    Jangan Lupa FOLLOW Malaykitchen di facebook:
    / malay.kitchen
    Laman web rasmi Malaykitchen :
    malaykitchen.my
    Music by : Ikson
    / ikson
    #malaykitchen #lepatliat #resepilepatliat

КОМЕНТАРІ • 30

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  3 роки тому +3

    lepat liat. sedap dimakan panas-panas. kan 😊

  • @tashaariana5694
    @tashaariana5694 3 роки тому +4

    Kaum suku Suluk Philippines Panggil kuih ni ialah pitis dan iya ada lah salah satu kegemaran saya.

  • @ctzaimr
    @ctzaimr 3 роки тому +1

    My favourite forever. Nostalgia arwah mak buatkan bekal utk balik ke Shah Alam dr Penang tahun 90an. Letak dlm peti ais, makan seminggu 😊. Skrg buat sendiri.

  • @DapurCheMala
    @DapurCheMala 3 роки тому +2

    Kuih Lepat nampak sedap dan menarik. 🤤🤤, Terima kasih atas tips dan resepi kuih lepat liat yang sedap. 😊

  • @ptpterengganu3945
    @ptpterengganu3945 3 роки тому +2

    Sedapnya, rindu air tangan emak masak lepat liat...😭

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  3 роки тому

      kuih tradisi memang sedap. tambahan kalau mak2 buat. kan😊

  • @INDERANICE
    @INDERANICE 3 роки тому +2

    Wow sedapnya. Thanks for sharing resepinya sis

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  3 роки тому +1

      kuih tradisional memang sedap. 😊

  • @fatimahothman9912
    @fatimahothman9912 2 роки тому +1

    Terima kasih dgn recipe lama... In Syaa Allah sy akn cuba nnt

  • @imalonebuthappy6096
    @imalonebuthappy6096 3 роки тому +1

    ok.lepat liat siap!!!!!!.terima kasih kongsi resepi

  • @pakbusujm7551
    @pakbusujm7551 2 роки тому

    TERBAIK Lepatnya..Cantik teliti kemas cara buatannya dan mmg nampak Sedap.

  • @norhasidahabubakar9404
    @norhasidahabubakar9404 Рік тому

    Terima kasih resepi.murah rezeki sis.Aaminn

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 3 роки тому +1

    Alhamdulillah..
    Sedapnya kueh lepat liat.
    Sya share resipi.
    Tkasih..Semoga sihat dan success 💐👍

  • @isfaniris273
    @isfaniris273 2 роки тому

    My feveret

  • @saadiahharun1712
    @saadiahharun1712 3 роки тому

    Sedap nya

  • @intanbaidurii4458
    @intanbaidurii4458 3 роки тому

    Waw dapnyer ..

  • @gedikmadong3565
    @gedikmadong3565 2 роки тому

    Air gula tu masuk time panas² ke..dan blh x bagi resepi untuk 1kg adunan tu.. Terima kasih😊

  • @norhayatinoordin183
    @norhayatinoordin183 Рік тому

    TQ 😊

  • @foziahusop6887
    @foziahusop6887 Рік тому

    👍👍👍😋😋😋

  • @zuriaaliza4459
    @zuriaaliza4459 2 роки тому

    Lepat origenel

  • @nurulhusna7410
    @nurulhusna7410 Рік тому

    Kukus 25 minit ke npe JD lmbik😢

  • @hasnihamid5329
    @hasnihamid5329 Рік тому

    org tny tu jwb la
    bukan reply pd pujian je😢

  • @gedikmadong3565
    @gedikmadong3565 2 роки тому

    Air gula tu masuk time panas² ke..dan blh x bagi resepi untuk 1kg adunan tu.. Terima kasih😊

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Tak perlu masuk panas2..tnggu sejuk sedikit.sbb senang nak uli guna tangan. 🙂