Tika Dan Saat Ini - Medicine I 4K VIDEO Karaoke Lagu Melayu Tanpa Vokal

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 жов 2021
  • 4K VIDEO Karaoke Lagu Melayu Tanpa Vokal #karaokelagumelayu #4klagumelayu #lagumelayu4k
    Kumpulan Medicine merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
    Kumpulan Medicine mulai dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock. Selepas itu mereka telah mencebur diri ke dunia rakaman oleh Nasir P Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.
    Medicine telah menang tempat kedua dalam pertandingan Juara Rock Negeri Sembilan pada tahun 1986. Seterusnya menyertai Juara Juara Rock Malaysia anjuran Dewi Suhana Studio di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1987. Pertandingan tersebut telah menobatkan Ija sebagai pemain gitar terbaik.
    Album pertama Medicine berjudul Titian (1988) mendapat sambutan yang luar biasa iaitu mencecah jualan melebihi 20,000 unit dalam tempoh cuma 20 hari. Album Titian diterbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan Kopratasa. Satu lagu mereka, Derita Seorang Filosuf telah diharamkan penyiarannya di Radio RTM ketika itu kerana liriknya.

КОМЕНТАРІ • 11