Majlis perasmian pelancaran Perlawanan Bola Tampar Piala YB Datuk Wetrom Bahanda 2024

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 лют 2025
  • 07 September 2024
    Kampung Radtak, N.5 Matunggong
    Majlis perasmian pelancaran Perlawanan Bola Tampar Piala YB Datuk Wetrom Bahanda anjuran bersama Wanita, Pemuda dan Puteri Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) di kampung Radtak pagi tadi.
    Seramai 46 kumpulan peserta yang terlibat terdiri daripada 25 lelaki dan 21 perempuan bukan sahaja datang dari Kota Marudu dan sekitar Matunggong malah dari luar daerah seperti Kota Kinabalu juga turut hadir bagi memeriahkan acara tersebut.
    Pertandingan ini berlangsung selama 4 hari bermula 5 hingga 8 September esok melibatkan kategori Terbuka Lelaki, Perempuan dan Tertutup Wanita, Pemuda dan Puteri.
    Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada semua peserta yang bertanding!
    Turut bersama Datin Doren Yubing isteri kepada YB Datuk Wetrom, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Tuan Payan Diman, Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.5 Matunggong Tuan Herwin Maranjak, Puan Leanis Masan Ketua Wanita Penyelaras PKDM N.5 Matunggong dan Ketua Pemuda PKDM N.5 Matunggong.
    #datukwetrombahanda
    #parlimenkotamarudu
    #kotamaruduberubah
    #suarakotamarudu

КОМЕНТАРІ •