Sulalatus Salatin & kesinambungan serta relevansinya dengan zaman ini - Senator Prof Awang Sariyan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 вер 2024
  • TERIMA KASIH ATAS SAMBUTANNYA
    Ceramah Anjung Warisan dengan judul berikut:
    Semangat "Sulalatus Salatin" dan kesinambungan serta relevansinya dengan zaman ini.
    Oleh Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan
    Profesor Emeritus Universiti Putra Malaysia - UPM
    Profesor Emeritus Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
    Pada Sabtu, 27 Januari 2024, 2.30 petang hingga 4.30 petang, Di Bilik Imagination, Aras 5, Bangunan Perpustakaan Negara, Singapura.
    Siri Ceramah Anjung Warisan kali ini istimewa sekali. Bersama-sama kita raikan kehadiran dan perkongsian ilmu serta pemikiran Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan yang dihormati. Ceramah tentang Sulalatus Salatin (Malay Annals) ini diselingani deklamasi puisi sarat inspirasi daripada Profesor Emeritus Datuk Seri Awang Sariyan sendiri, isteri beliau Datin Seri Haryani Haron dan pelakon dan pemuisi terkenal Singapura, Saudara Rafaat Hamzah.
    Majlis ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara, Singapura, dan dijayakan bersama oleh Persadaku.Org
    Atas kesudian Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk hadir, kami mengucapkan terima kasih banyak.
    Sampai berjumpa nanti. Insya-Allah.
    Salam Hormat,
    Yahya Hamid, PBM
    Direktur
    Persadaku.Org Ltd
    www.persadaku.org

КОМЕНТАРІ •