Kisah PROTON WAJA: Dulu disayang, Sekarang ditendang !

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 1 гру 2024

КОМЕНТАРІ • 1,3 тис.

  • @NazzAbdullah
    @NazzAbdullah  2 роки тому +356

    7:34 - 7:42 (Hilang Suara)
    "Engine Waja ni pernah di equip dengan 4 jenis enjin yang berbeza,
    iaitu first sekali (tahun 2000) dengan enjin mitsubishi iaitu 4G18p, iaitu enjin kereta ini"
    Maaf di atas segala kesulitan.. 🙏🙏🙏

    • @Ravimaran2602
      @Ravimaran2602 2 роки тому +15

      No worries at all abang nazz, terima kasih kerana memberitahu

    • @amirsafwan4827
      @amirsafwan4827 2 роки тому +12

      Bang.. maaf lari tajuk.....😅 Bang rasa berbaloi tk sy bli persona 2022 facelift tu?? Minyak agk2 jimat tk?? Performance ok??

    • @x-rinanimationchannel3687
      @x-rinanimationchannel3687 2 роки тому +12

      Nasib baik saya buka Komen. Baru nak Komen pasal ni bang🙃🙃

    • @aereelventure6679
      @aereelventure6679 2 роки тому +1

      terbaik info

    • @austinlee7768
      @austinlee7768 2 роки тому +4

      Bolehlah, asalkan kita tahu

  • @FazmiZakaria
    @FazmiZakaria 2 роки тому +83

    like sikit geng-geng proton waja..aku masih guna sampai sekarang dan masih banyak berjasa walaupun dah modified merapu-merapu.

  • @nots860
    @nots860 2 роки тому +10

    saya pengunaan waja . hari2 waja saya berjalan atas jln raya untuk bekerja . sangat2 puas hati . first version . iloveyouu laa wajaa ❤️. sbb kan awak saya mencari rezeki halal .

  • @kkhalifah1019
    @kkhalifah1019 2 роки тому +10

    Budak2 waktu tu takkan ingat quote famous Tengku Mahaleel berkenaan Proton Waja: "ASIA'S ANSWER TO BMW".
    Betapa tinggi menggunung expectation yg Proton sendiri letakkan pada Waja.
    Waktu tu, jenama kereta Korea lebih kurang je taraf Proton. Malah Proton sebenarnya ada advantage, sbb handling di tune oleh Lotus. MV Agusta pun dibelinya. Tapi 20 tahun kemudian... ermmm... Let's put it this way la... sejak pertengahan 80-an, budak-budak zaman saya semua kenal sgt dgn jenama Proton coz we were all expecting this brand to be our first car when we started working in the 90s. Anak2 saya yg lahir selepas 2000 be like, "Proton tu mende bapak??"... especially sebelum ditapau oleh Geely.

  • @ahidadah3210
    @ahidadah3210 2 роки тому +114

    Akhirnya pemintaan sye di tunaikan..... Ap2 pon channel terbaik buat mse ni... Setia bersamamu walaupun x comment.., 😍😘♥️..

  • @JoeJoe-up6um
    @JoeJoe-up6um 2 роки тому +7

    Betol..salah 1 sbb aku x jual n amik kete lain walaupon dh lama..handling.. cruising atas highway mmg mantap.rela tambah 1 lg kete dari jual amik lain😅

  • @kumaranlkanthan2567
    @kumaranlkanthan2567 2 роки тому +11

    Brother Nazz, mantap buat review Waja. Untuk pengetahuan sewaktu rekacipta waja dalam lewat 90an, Proton dah ambik alih Lotus ddan waja model selepas GTI diberi teknologi handling "lotus ride" sebab itu padu handling Waja. Enjin pihak Mitsubishi benarkan 4G18 tapi tambah baik gearbox bagi lagi ummph gear rendah gerakkan chasis dekat 1.3 tan tu. Design kereta diberikan pada pereka dari BMW sebab itu design dalaman sama seperti E36 yang popular dalam 90an. Rekabentuk driver oriented yang Nazz bagitau tu ciri-ciri dari situ. Dari lampu dalam di pilar belakang dan 'only asian car model' guna indicator signal sebelah kiri macam kereta Euro hasil gabungan teknologi. Chasis seperti Volvo s40 model awal maka kira mantaplah gabungan banyak teknologi tempatan dan luar. Cuma plastik-plastik yang jenis murah sebab tu cepat rosak. tapi tak mahal tukar. banyak spare part OEM.
    By the way, saya masih guna P waja versi enhance 2004 engin mitsubishi sampai sekarang. Mileage udah lepas 400k tapi masih berjasa. Dah ada kereta baru tapi waja masih tetap di hati tak sanggup lepas lagi. Tak pernah merungut dia ni walau dilasak.

  • @IzuanOthmanIZO1980
    @IzuanOthmanIZO1980 7 місяців тому +7

    Aku syg waja mmc aku...keluaran 2002 dan aku pakai tahun 2008 smpai sekarang..2024 ni..luv u my car!!!!!

  • @shutengloke5907
    @shutengloke5907 2 роки тому +10

    I'm a proud owner of Waja batch 2002 with Mitsubishi engine. Still going strong and superb handling!!!

  • @ammoxstudio3756
    @ammoxstudio3756 Рік тому +11

    pada tahun 2008, aku masih bujang berumur 26 tahun tika tue telah memilih waja 2nd hand sbg family car..sbb aku kesian kan ibu tunggal ku selalu nak kemana2 rumah sedara nak berjalan takder siapa bawa dia..adik2 semua bersekolah 5 org, aku bawa balik and bawa mak aku berjalan2 hampir separuh semenanjung..malah sehingga berkhawin , anak aku yang kedua bersalin pun dlm kete waja ku ini..huh banyak kenangan dan jasanya pada diriku dan famili..waktu bujang, member2 pun nampak kita hebat dah sbb waja nie nampak agak eksklusif juga lah pada waktu itu..ruang cabinet luas,lebar begitu juga dgn bonetnya..handling mm terbaik lah , puas hati sgt2..berbaloi beli waja waktu tue..syukur Alhamdulillah..

  • @tsf1685
    @tsf1685 5 місяців тому +7

    Paling suka bila ternmpk Waja standard kilang. Dulu masa Waja ni keluar walaupun banyak gila isu, tapi orang masih hargai keselesaan dia tu, handling dia. Ramai owner ex Waja yang dh tukar brand ii Jepun kata, susah nk dapat pengalaman pemanduan sama mcm Waja. Terbaik lah Waja.

    • @oooshafiqooo
      @oooshafiqooo 5 місяців тому

      Waja je yang takde versi baru, hanya variants... kan?

    • @im_im_07
      @im_im_07 3 місяці тому +1

      ​@@oooshafiqooo Waja tamat tahun 2010 lalu digantikan dengan Inspira (code name w.r.m, Waja replacement model)

    • @oooshafiqooo
      @oooshafiqooo 3 місяці тому +1

      @@im_im_07 yep, point aku still stands

  • @mohdalifilham2813
    @mohdalifilham2813 2 роки тому +6

    Bila tengok video abang Nazz ni teringat kereta pertama ayah saya beli tahun 2002. Proton Waja 1.6 MT WKA3344. Warna biru siap ada stripe pink dekat tepi pintu 😅. Stripe original from Proton. Pakai sampai 4 tahun je, after that total lost. Ganti pulak dengan Waja Campro tahun 2006. Tu pun pakai sekejap je. But overall memang berpuas hati dengan Waja tu. Memories ~

  • @johngohaikmeng
    @johngohaikmeng 2 роки тому +8

    Pernah memiliki Waja 2001 (Manual) selama 5 Tahun, lepas tu pernah guna banyak kereta lagi, antara tu adalah Nissan Sylphy, Toyota Avanza, Honda City, Exora dan sekaran Camry XV50.. Waja lah yang paling bagus dlm bidang handling.. Paling rindu lah bab handling dan stabilty atas lebuhraya..

  • @ameirrashid5168
    @ameirrashid5168 2 роки тому +7

    Saya owner waja 2001, masih bertahan sampai sekarang dan masalah yang timbul hanya minor-minor problem macam yang Abang Nazz cakap. Setelah 22 tahun family saya gunakan, sekarang saya pula guna kereta ni digunakan untuk belajar, semasa di Shah Alam dan sekarang di Kuantan. Rasa bangga Abang Nazz sudi review kereta ni. My first time comment in this channel after several year watching all your video. 😄

  • @Ravimaran2602
    @Ravimaran2602 2 роки тому +8

    Wow, it's a surprise Proton waja is on abang nazz Chanel. Love you abang nazz, please don't forget Proton persona Elegance

  • @adxmnr
    @adxmnr 2 роки тому +19

    Ayah saya pakai waja ni sejak 2003-2018. Zaman tu orang kita pandang waja ni macam kereta mewah. Memang bangga kalau bawa kereta ni. Saya pujuk ayah saya beli masa tu umur saya 15 tahun. Enjin 4g18. Mileage 280k++. Tak pernah breakdown. Handling power. Selesa gila. Satu malaysia dah pergi. 2018 tu pun stop pakai sebab saya bawa n accident total lost. Rindu dengan kereta tu. Banyak betul kenangan.

    • @subramaniam3858
      @subramaniam3858 2 роки тому +2

      Saya pun sama dari utara ke selatan dan Cameron highland geting highland berkali² dah tak pernah breakdown kadang² saya heran bang kenapa waja saya power Sgt kalau saya nak perjalanan jauh saya tak bimbang langsung kena maitain baik² saya tanak jual kereta ini😁

    • @mzaidiazman5861
      @mzaidiazman5861 2 роки тому +1

      betul la zaman tu mmg org pandang kereta mewah.asal balik krje kilang je bawak kereta ni dieorg dh duk pandang kite..dlm hati bangga weii,rzki Allah bg wlpn amat keras gak mbyrnye..ttap brsyukur.

    • @HambaAllah91_
      @HambaAllah91_ 2 роки тому

      Fuh fuel pump xpnh mragam ke

  • @Nashchannel-oz4nc
    @Nashchannel-oz4nc 2 роки тому +6

    Waja memang terbaik sy pakai waja tahun 2005...hsndling memang mempadu... Dalaman yg luas.. Sesuai tuk long distance...

  • @amirism91
    @amirism91 2 роки тому +6

    dulu saya dkt Sheffield polis kat sana pun guna waja sebg kereta diorang. bangga kot..kawan mat saleh aku pulak pakai proton wira

  • @sirajalsagoff9136
    @sirajalsagoff9136 2 роки тому +4

    My first car waja campro 2007. Sampai skrg aku syg giler kereta ni.. nk jual pn x sggup. Mmg aku enjoy bwk kereta ni..sgt terbaik. Cuma adalah part2 die yg ada masalah..tp x mjadi msalah besar. Yg paling best..selesa sgt.

  • @ZulAzizAbdullah
    @ZulAzizAbdullah 2 роки тому +4

    Saya masih lagi menggunakan Proton Waja 4G18P sbg pengangkutan utama. Dah 20 tahun dah umur kereta tu. Masih teguh berjasa pada kami sekeluarga.

  • @fazrulakmxl
    @fazrulakmxl 2 роки тому +6

    Family saya masih ada kereta ni. Beli under nama arwah ayah saya. Sekarang, saya guna untuk ke uni. But bila dah ada kereta baru nanti, taknak jual and akan fokuskan untuk merepair kereta Waja sehinggalah semuanya nampak baru

  • @saifulajmal963
    @saifulajmal963 Рік тому +7

    Alhamdulillah.. Dah masuk 10 tahun menggunakan kereta Waja Campro 1.6. Arwah abah beli dari seorang cikgu dan hadiahkan kepada saya untuk digunakan pi kelas ketika saya menuntut di peringkat Diploma dan smpai skrg saya dh bekerja, masih setia dengan kereta yg sama. Alhamdulillah.

  • @KoLainBang
    @KoLainBang 2 роки тому +8

    Aku pon masih pakai waja enjin mitsubishi tahun 2001, kereta abah aku dulu.
    Beliau handover kat aku waktu aku diploma semester 2 tahun 2012.
    Tahun 2019 baru aku hantar overhaul enjin.
    Sampai sekarang dah kerja dah anak 1 masih bangga pakai waja ni 💪

    • @S2g546y
      @S2g546y 2 роки тому +2

      Saya anak 3 dah. Pakai waja 2002. Sekali overhaul, 3 kali top overhaul dah. Sayang keta ni. Sedap naik.

  • @murusubra5468
    @murusubra5468 2 роки тому +7

    Dari dulu..hingga sekrg...tetap setia dengan wajaku....2004-forever

  • @Superchairs
    @Superchairs 9 місяців тому +5

    Dulu niak kereta kawan memang kagum waktu tu tengok dalaman dia, dengan steering ada button boleh control radio. Rasa kagum betul, seat memang selesa habis rasa macam duduk atas sofa mahal😊😊

  • @mohamadhaziqmahazir6854
    @mohamadhaziqmahazir6854 2 роки тому +6

    Jika ada rezeki, Insya Allah nak angkat sebuah Proton Waja MMC 2003. Amin. Mmg minat Waja sejak zaman sekolah. Tq Abg Nazz review Waja ni. 🥰

  • @Sak_Saiburi_ศักดิ์ไทรบุรี

    Cerita family tu mcm sya jga bang nazz .. sya NK sgt2 Ada kereta dlu2.... lastly Saya dapat beli wira aeroback ..sya sgt2 sygkan dia walaupun tgk murah dimata org lain tpi itu lah kebanggaan diri sya sendri 😊✌️

  • @kittasuka2603
    @kittasuka2603 2 роки тому +4

    masih lagi setia dengan waja 2004 . sambung jaga dn beli dari ayah . alhamdulillah . sbulan skali ipoh-penang xde masalah .janji minyak hitam jaga

  • @izzidzkandar
    @izzidzkandar 2 роки тому +4

    saya owner waja cps 2010, puas hati sbb leather seat. ade cruise control, side mirror ade button utk lipat, ekon pun sejuk gila. cuma kene rajin servis ikut waktu la..enjin dia mmg baik even campro.

  • @nikmasran1881
    @nikmasran1881 2 роки тому +6

    Saya pakai waja 1.8. after that tukar kia forte. Selepas tuh kembali kepada waja. Guna waja campro cps. Pengalaman, memang betul handling waja tiada di forte walaupon forte dapat sentuhan mantan designer bmw. Memang lotus ride and handling adalah terbaik.

  • @zim5002
    @zim5002 2 роки тому +4

    sy pemilik waja enjin mitsubishi.. kreta ni enjin dia memang trbaik..x pernah menghampakan.. masih digunakan utk prjalanan jauh n9-perak..

  • @adumapalik
    @adumapalik 2 роки тому +5

    pernah pakai proton waja dari tahun 2001 hingga 2008...engine takda masalah,lasak dan jimat minyak ....aircond sejuk ...waja ni ada 2 ja masalah selama aku pakai ...pertama pemegang pintu mudah patah..kedua power window

    • @pijesz
      @pijesz 2 роки тому

      Power window tu pakai yang sama dengan iswara sebab tu kena penyakit sama.

  • @mehmetsheza1651
    @mehmetsheza1651 2 роки тому +7

    Teringat arwah ayah aku pernah beli Waja tahun 2002, kereta memang luas, power pon mantap. ada la rosak handle pintu. cuma rosak paling teruk fuel pump, kereta mati masa tengah drive kat highway. power stereng hilang power, seram jugak masa tu. Mohon sedekahkan alfatihah kepada arwah ayah saya Sharuddin yang baru meninggal dunia bulan feb yg lalu.

  • @muhammaddanial3584
    @muhammaddanial3584 2 роки тому +4

    Ayah saya masih ada waja 2005 manual.. engine mmg tahan lasak takde masalah langsung.. aircond mmg sejuk gila..waja ni mmg reliable tapi underated

  • @abgsteadyofficialtm3734
    @abgsteadyofficialtm3734 2 роки тому +3

    saya pemilik waja mmc first gen enjin 4g18p, mmg takde nak komplen mmg mantops dari segi masalah MAJOR tu takde MINOR tu harap bertabahlah 😉power window paling kerapp🥲nasibla tak mahal papepun thumbs up enginner PROTON WAJA✅

  • @itsyoshiiigamingx3870
    @itsyoshiiigamingx3870 2 роки тому +7

    Waja mmg padu, ada sebiji dekT rumah. Coner mmg mantap 160kmh x lari melekat je. Lagi sebiji wira 1.5 SE 2005 handling pun mantap cantik berkilat lagi ayah jaga. If nak review wira SE roger ii bang😂

  • @azimatmuzika1977
    @azimatmuzika1977 2 роки тому +15

    Seriously waja selesa pakai..aku pun excited giler bile dpt beli waja cash tahun lepas dgn hrga rm6k otr auto tahun 2003..pada aku waja best

    • @syedaidrus4250
      @syedaidrus4250 2 роки тому +2

      Minyak okay tak bro? teringin nak pakai jugak

  • @rozukizuki9753
    @rozukizuki9753 2 роки тому +48

    Sya Salah seorg penguna proton waja mmc , alhamdulillah sejak beli 2005 sampai sekarang engin Tak pernah buat Hal engin Masih senyap,dh 17thn syg nak jual

    • @noorzaidi220
      @noorzaidi220 2 роки тому +4

      TUAN sangat bernasib BAIK mendapat kereta yang ok ...! Tapi ramai yang kecewa sebab membeli kereta WAJA yang tidak bernasib BAIK , yang tidak di periksa 100% @ random check Dan MENGHADAPI berbagai masaalah ...! Pada saya kereta proton WIRA ADALAH YANG TERBALIK ...!

    • @muhdhazwan3418
      @muhdhazwan3418 2 роки тому +3

      @@noorzaidi220 pssttt terbaikk bang terbaikk bukan terbalik 😣

    • @suhailasyraf7750
      @suhailasyraf7750 2 роки тому +1

      Sama bro waja mcc enjin masih tiptop cuma gearbox ja sentap kadang2..

    • @TheRoninChannel
      @TheRoninChannel 2 роки тому

      @@muhdhazwan3418 Ingatkan proton iswara rally yang terbalik masa ambik corner kat ladang tu🤣🤣🤣

    • @eizlanshah1996
      @eizlanshah1996 2 роки тому +1

      Skrg spare part waja susah skit nak cari, halfcut pun kalau nasib baik dpt lah. Kalau tak mmg tak dapat🤣🤣

  • @yuzzitv3595
    @yuzzitv3595 2 роки тому +5

    Terima kasih sebab review waja,Ngam-ngam saya ambik kereta waja semalam harini dapat info-info pasal kereta waja Semoga nazz berjaya dunia akhirat aamiinnnn🤲🏽

  • @widiatikadindasukandar6048
    @widiatikadindasukandar6048 Рік тому +17

    Terbaik lah bro cerita tentang kereta proton waja ni,... Sye warganegara Indonesia suka kereta proton waja ni.... Dulu ada Sye punya 1 tapi sdh tenggelam kne banjir tahun lepas, tapi Sye beli lg 1 kereta proton waja...!! .. proton waja memang terbaiklah 👍👍👍

    • @kupangrebus3177
      @kupangrebus3177 Рік тому +1

      merantau di sini sudah berapa lama bro? Fasih bahasa melayunya... Semoga terus sihat ya....

    • @widiatikadindasukandar6048
      @widiatikadindasukandar6048 Рік тому +1

      @@kupangrebus3177 5 tahun MCM tu la

    • @akmalirwan6435
      @akmalirwan6435 Рік тому +1

      Wow dasyat kau ni, jarang org beli keta Kali kedua keta yg sama

  • @khailazwan8345
    @khailazwan8345 2 роки тому +7

    Kereta ni lah saya kongsi dgn mak saya buat masa bulan puasa ni. Pagi mak bwk pergi kerja, petang saya bawak pergi meniaga di bazar Rawang. Dah lama kereta ni berkhidmat utk saya dan mak. Walaupun aircon tak sejuk bila siang hari, pintu dan tingkap sentiasa masalah. Tapi ujian macam ni lah buat saya kuat dan reti bersabar. Doakan saya dapat belikan mak saya kereta lain dgn menggunakan duit perniagaan saya.

    • @gitamura
      @gitamura 2 роки тому

      Berniaga bazaar kat rawang tu kt mana tuan... Kalau ade masa blh sy singgah... Tuan jual apa?? Saya duduk Tasik...

    • @khailazwan8345
      @khailazwan8345 2 роки тому

      @@gitamura dekat pekan rawang je bang, bawah petronas. Saya meniaga makanan mexico duduk sebelah ayam percik

    • @muhamad3657
      @muhamad3657 2 роки тому

      Aik patutnya aircond waja sejuk

    • @gitamura
      @gitamura 2 роки тому

      @@khailazwan8345 bolehlah nnt pergi sana... Tp petang2 sana tu x daya nk bawak kereta... Dtg naik moto boleh lah... Hehehe

    • @khailazwan8345
      @khailazwan8345 2 роки тому

      @@muhamad3657 maaflah. Saya maksudkan kereta waja saya je aircon tak sejuk. Tak kata pun kereta waja aircon tak sejuk

  • @harithdanial4888
    @harithdanial4888 2 роки тому +4

    Saya baru je beli smlm 1st car waja tahun 2001 auto enjin mmc. Body je kurang sikit cat dgn window ada problem tak boleh buka. Harap boleh pakai lg kereta ni 5-7 tahun lg. alhamdulillah dpt waja ni harga 4k je jackpot

  • @nurhafifah6084
    @nurhafifah6084 2 роки тому +6

    Jiran sy guna waja 2005 sampai sekarang lagi masih bertahan lasak n cantik. Jiran sy jenis yg jaga kereta walaupun dah berbelas tahun tetap nampak mcm kereta baru 👍

  • @amirfuadh
    @amirfuadh 2 роки тому +5

    Inilah kereta pertama saya selepas start kerja sebagai pensyarah di sebuah universiti awam tempatan pada tahun 2000. Proton Waja 1.6 Manual transmission. Pilih manual sebab nak harga murah. Loan kereta pun guna loan kerajaan, so interest rendah. Performance and handling memang cun. Cuma minor problem seperti auto window dll yang kureng. Kereta ni dulu ada multi-CD changer (kena load dalam CD changer cartridge dlm boot) - kira canggih habisla time tahun awal 2000an dulu. Banyak memori tercipta dalam kereta ni - masa tu anak seorang, drive ke Penang, Kuala Terengganu, Melaka, Johor, Port Dickson untuk holiday dengan family. Time tu anak seorang saja. Lepas 4 tahun lebih, jual sebab nak beli MPV - time tu wife pregnant anak kedua.

  • @atoz4233
    @atoz4233 2 роки тому +9

    Aku prnh bli Waja brand new tahun 2004 warna kelabu. A/c blh tahan smpi 6 tahun xprnh serv. Aku suka dgn lmpu dpnnya sbb diperbuar dpd kaca bkn plastik spt kereta skrg. Handlingnya antara yg trbaik. Aku puas pakai, xprnh komplen apa2 pun. Aku guna smpi tahun 2010, trade in abk Honda CRV...

    • @ricandrew4391
      @ricandrew4391 2 роки тому

      honda menang

    • @marinaau8551
      @marinaau8551 2 роки тому

      @@ricandrew4391 Bapa aku tradein Waja 2006 pakai 10 thn dgn Iriz, Iriz dah jual kat anak. Bapa juga beli Preve turbo 2013, dah bagi anak lain sambung bayar. Sekarang pakai Exora turbo, 7 seater, bawa cucu jalan jalan cari makan.

  • @MrAbonze
    @MrAbonze 2 роки тому +6

    Back in 2007,aku accidentally beli Waja MMC auto tahun 2001 enjin 4G18P. Masa tu plan nak beli Honda EG9, tapi tak boleh nk buat loan bank,kne cash rm27k.. salesman suggest aku ambik WAJA ni. So,WAJA ni la my first car. Long story short, pd tahun 2009,aku berjaya gak beli Honda EG9,then seterusnya pkai naza citra. Wife aku pulak skrg pkai Vios. WAJA aku tu tetap lagi aku simpan. Sblm ni bg kat adik pkai. Setelah bertahun² aku pkai balik waja ni,aku buat restoration sendiri. Mmg betul mcm bro Nazz cakap,handling n comfort Proton WAJA mmg champion. Susah nk jumpa pd kereta² lain. Soal pickup,mmg dia ade slow sikit sbb body dia berat. Tapi top speed masih senang² jejak 150km/j.. effortlessly..masih boleh tekan ,tapi risau sbb dh lebih 20tahun pnye kereta. Cornering mmg mantap melekat walaupun pkai suspension standard (belom pernah tukar lagi sejak beli dulu 🤣🤣). 1 lagi benda tambah psl proton ni, dia punya aircond mmg sejuk giler. Benda ni kereta² import tak boleh nak lawan la. Trust me...

    • @haluyolo7568
      @haluyolo7568 2 роки тому

      Btul 😂

    • @muhdshafiq9163
      @muhdshafiq9163 2 роки тому

      Aircond waja mmg padu bang. Kalau long distance kipas bukak speed 1 ja. Sejuk gedi. Hahaha

    • @haluyolo7568
      @haluyolo7568 2 роки тому

      @@muhdshafiq9163 yup pstu part dia ckp 150km/h effortlessly tu aq sgt setuju, bwk atas 150 pon tangan rilek pegang sebelah je stereng. Dan bukan Waja je, most keta Proton mmg handling champion. Nk kata sehebat Conti tu tak tpi ade ala2 handling Continental car

  • @therealakmal
    @therealakmal 2 роки тому +7

    Sebagai pemandu Waja 1st edition dulu, memang saya bersetuju enjin dia memang sedap, handling memang sedap. Dan saya pun akui masalah² yang Bro Naz cakap ni betul, semua tu saya dah lalu. Betul, rasa kehilangan rasa handling bila bandingkan dengan kereta kebanyakan hari ini. Kenapalah Proton tak teruskan upgrade Waja ni, tapi pergi fokuskan benda² merepek lain. Haih...

  • @hafiz4445
    @hafiz4445 2 роки тому +2

    Kereta pertama aku. Waja tahun 2003 manual. Guna sejak zaman aku blajar kat uni, amik dari ayah aku. Aku suka bawak sebab rasa stable handling sedap. Sampai sekarang dh beranak pinak aku masih simpan syg nak lepaskan kenangan. Tq Proton.

  • @insanperantausepi7407
    @insanperantausepi7407 2 роки тому +5

    kereta peronda pdrm pernah pakai waja ni. jarang kalau kejar penjenayah masa 2 jarang xdapat. mmg mantap satu enam satu tujuh lari pun xgoyang.. 😊

  • @bkerdas
    @bkerdas 2 роки тому +17

    Aku beli Waja Manual pd tahun 2000. Kereta ni bersaiz besar termasuklah bootnya. Mantap semasa dipandu walaupun pada kelajuan diatas 190 km/j (ikut meter dia lah). Ada cerita ni. Punyalah mantap Waja sehingga aku pernah bagi lesson kat pemandu C-class. Puncanya dia angkat2 lampu cucuk aku yang sedang memotong (melintas kata org Kelantan) deretan kereta dan lori dilebuhraya dua lane pada kelajuan 130 km/j. Bila dah lepas deretan kereta tu aku ke lane kiri bagi dia memotong. Lepas tu aku cucuk dia sampai 180 km/j, dia menikus bagi aku lepas bila jalan dah mula selekoh (curve). Aku potong dan teruskan melebihi 190 km/j dengan pemanduan yang mantap sehingga dia nampak kecik jauh dibelakang. Aku balik semula pemanduan ke 130 km/j dia ikut aja tak pulak sibuk angkat lampu nak memotong walaupun aku kat lane kiri. Itu dulu, sekarang aku dah tobat.

  • @LANGKASUKA1985
    @LANGKASUKA1985 2 роки тому +5

    Sy smpai skang guna waja thn 2003...alhamdulillah....masih bertahan..

  • @orangkampung1048
    @orangkampung1048 2 роки тому +4

    Saya pakai waja 2003...Beli second pada 2014 sampai skrg pakai...Xde masalah besar...Cuma masalah kecil² sje...Handling mmg mantap...Honda pun belum tentu boleh lawan Proton waja pye handling.

  • @FAHIM171
    @FAHIM171 2 роки тому +65

    Fun fact : PDRM ambil kereta ni sebagai aset pada tahun 2000. Proton Waja sering muncul dalam filem aksi buatan Malaysia dan pernah jadi kereta polis kat UK. Bangga bukan?

  • @IbnuAmbak
    @IbnuAmbak 2 роки тому +3

    Saya pernah pakai Waja (2005-2017), memang sangat bagus, walaupun kadang ada part yang mudah rosak seperti power window, fuel pump, namun masih mantap dari segi handling sedap pandu. 👍👍

  • @isberfantasi4488
    @isberfantasi4488 2 роки тому +3

    Saya still pakai waja 2001 enjin mmc as main car , standat witu windah :
    1. lubang aircon tengah tu seeloknya tukar yang jenis cps (lubang bulat) , sbb yg awal petak ni, aircond akan rasa kat driver je, org lain panas lol
    2. power window, door handle, getah sensor lampu pintu, lampu brake belakang, tukarlah berapa kali pun... rosak awai
    3. enjin mmc pernah jalan dua hari kuantan -kl dengan minyak hitam xde... elok je 160 tak goyang hahahaha
    4. handle best tapi bushing kereta manja.... pusing corner lebih sikit, terhentak lubang dalam sikit, lepastu kiuk kiuk jeee sepanjang jalan berbunyi getahnyaa

  • @markanthony75
    @markanthony75 2 роки тому +3

    sya ex pengguna waja 4g18 (kereta company)
    Knpa kreta ni best :
    1- body keras dan padat , lampu depan kaca
    2- spare part murah dan senang cari
    3- engine senang jaga dan senang diagnose
    4- kereta selesa dan luas , dan boot pun cukup luas
    5- interior dalam masi nmpk modern walaupun keta 2000s
    6- mmg nmpak exclusive jika pandai makeup kereta ni

  • @akifasun9817
    @akifasun9817 Рік тому +7

    Syukur proton waja jentera kedua sya,,setelah Hyundai Atos,...tapi atos sya tetap simpan Sbb dah banyak kenangan brsama,...sangat berat hati melepaskan walau dh beli proton waja,...kali ini lebih semangat kerana review dari nazz channel,..memberi kata2 smangat... Dan amat berbaloi memiliki proton waja pada masa ini❤️❤️Salam dari sarawak

  • @lobo8289
    @lobo8289 Рік тому +10

    Aku syg waja,Masih guna sampai sekarang,kereta yng sangat bagus handling di,hiway steady beb

    • @mrmiji3920
      @mrmiji3920 Рік тому +1

      restore balik bang. kasi naik balik

  • @HaziqFitri
    @HaziqFitri 2 роки тому +10

    Sebagai user Proton Waja Campro 2007 (bukan CPS), terus terang sy cakap yg Waja ni memang comfort habis, jalan jauh selesa je. Boot space luas memang best kalau nak bawak barang byk2. Lagi satu, design interior dia mmg evergreen ✅. Kalau tengok sampai hari ni pun x rasa mcm kereta yg dh lama. X outdated langsung! Ada banyak jugak elemen soft touch yg memang rasa premium bila sentuh.
    Bab problem, yes memang banyak ragaman dia 😅. Untuk Waja sy, power window kerap kali jugak rosak, lampu selalu terbakar, pintu passenger belakang kadang2 tersangkut dan kena bukak dari dlm dan meter kadang2 jem tak gerak.. Masalah enjin Campro, sy x boleh nak komen, semua org tau2 jelah 🙃.. Tapi nak buat macam mana, itulah lumrah kereta lama.
    Anyway, kalau ada satu model yg boleh dikatakan antara kereta sedan terbaik yg pernah Proton 100% buat, Proton Waja lah jawapannya!! 😉🥳🥳🥳

    • @xpexia2594
      @xpexia2594 2 роки тому +1

      Alah power windows proton lama, mana pernah tak rosak😂

    • @nnkmmk5478
      @nnkmmk5478 2 роки тому +1

      SUPER

  • @suhaizalbinothman9890
    @suhaizalbinothman9890 2 роки тому +4

    Saya dh pakai waja dari tahun 2002 sampai la skrg... tepat kata naz handling waja mmg mantap berbanding dgn kelasnya...tp sayang transmisi keta saya manual... zaman skrg pakai manual nie dh tak releven... sbb hiway pun dh selalu jem... tp walaupun nnti beli keta lain saya takkan jual waja saya krn dh terlalu serasi dgnnya...

  • @johnjenin5727
    @johnjenin5727 2 роки тому +10

    Menghargai kemampuan...nilai nikmat yg sebenar adalah bila kita bersyukur dengan apa yg kita mampu...

  • @mohdfirdausdaud5810
    @mohdfirdausdaud5810 2 роки тому +14

    Saya adalah antara staff Proton (MVF) Shah Alam yg terlibat dlm kilang pemasangan produk Waja ni. Sangat bangga, teruja. Waja antara model terbaik dan paling daya tahan dlm sejarah pembuatan nya 👍 dan sehingga hari ini. Saya masih menyimpan dan menggunakan Waja Mitsubishi Premium spec dengan prestasi yg masih utuh serta memuaskan walaupon sudah lebih 20 tahun usia nya

  • @awangabdillah4900
    @awangabdillah4900 2 роки тому +5

    Dahulu.. Kalau waja plat wilayah... Warna silver... Tinted gelap habis hitam.. Jalan slow slow lalu tempat orang lepak.. Kompom lari.. Kereta cid pdrm dahulu ni

  • @aqilahbadr8625
    @aqilahbadr8625 Рік тому +11

    Assalam. Sy pun guna waja, keluaran 2004, tapi 2nd hand, family car, tapi mostly sy yg guna untuk keje, memang seronok bawa, sangat smooth, enjin rasa bila drive, lalu highway pun stereng steady

  • @huobaoge
    @huobaoge 2 роки тому +4

    waja tahun 2000 saya tersayangi , walao pun dh tukar engine kpd evo6 , tapi masih kekal original outlook

  • @khalidsaifulah2999
    @khalidsaifulah2999 2 роки тому +2

    Alhamdulilah Masih lagi bertahan dgn waja auto 4g18p Masih maintain dia punya maintenance services kereta tak pernah lagi meragam teruk² handling dia membuatkan kita confident untuk ambik selekoh dlm keadaan agresif atau dlm keadaan brake emergency..

  • @osmantukimin5858
    @osmantukimin5858 2 роки тому +7

    Masih setia bersama proton waja mmc ..terbaik

  • @asupernatural
    @asupernatural 2 роки тому +11

    Waja saya tahun 2004 Mitsubishi engine sama umur dgn anak saya, masa itu aku pakai kereta ini rush bini saya pergi hospital bersalin, sekarang saya pakai kereta yg sama hantar anak saya pergi berlajar di Universiti...18 tahun masih bagus tak sanggup jual

    • @khairiherry3915
      @khairiherry3915 Рік тому +2

      Harap2 nanti dpt sambut cucu dan jalan2 ngan cucu pula dgn kereta ni bang..

    • @wiseleader974
      @wiseleader974 11 місяців тому

      waja cps ok x?

    • @DatoNami
      @DatoNami 9 місяців тому

      kuat makan minyak tak?

  • @Zeck77
    @Zeck77 2 роки тому +10

    Saya smpai skrg pkai waja yg engine mitsubishi ni.Memang lasak.X pernah langsung ada problem.Dia punya handling dengan torque mmng padu

    • @RidWan-ti3pz
      @RidWan-ti3pz 2 роки тому +2

      Tau X perr... 200km/j kt highway Pon X de hal Masih steady..myvi king of highway Pon dh bergegar dh dashboard..🤣🤣

    • @DatoNami
      @DatoNami 9 місяців тому

      kuat makan minyak tak?

    • @Zeck77
      @Zeck77 9 місяців тому

      @@DatoNami Bagi saya jimat bro.Dah merata negeri saya bawak.

  • @azmiomar9330
    @azmiomar9330 2 роки тому +5

    Platform Volvo S40..ni..orang tak tahu.No problematics issues.Ingat tahun 2000.Aku &Sepupu Marshall Johor Cuircuit/Pasir Gudang Track.Satu Hari project akhir..Uitm kereta lumba waja enjin Evo.Amik track time pusing track.Kebetulan Aku,Tanya Pensyarah Tu..berapa track time 1 lap.dia cakap lambat sikit..Aku cakap kat Pensyarah Tu adjust gear ratio..GT wing pun adjust Tinggi skit..Dapat sikit Up time..Body kit keta Sama Impian/waja BTCC..

  • @nasrulnasri8811
    @nasrulnasri8811 2 роки тому +9

    Hai semua.. sy penguna waja 2003 injin mitsubishi 4g18p pada 6 tahun lepas.. dulu sy penah pecut waja ni sampai 220kmj atas hiway, dn tiada masalah pada injin masih stabil walau pon di lenjang mcm org gila.. tapi bila lenjang jenama h dn t esok nya naik lambang injin dn lambang box gear.. adehh.. dn insyallah kalau ade waja cun cun manual sy akan beli lagi .. x tahu lah kenape bila skrg dh ade honda toyota mazda pon hati masih teringat kat waja manual.. dia punya sodal tu lain mcm lah.. hanya penguna waja je kot yg akan rasa perasaan ni

    • @HambaAllah91_
      @HambaAllah91_ 2 роки тому

      Sembang je 220 haha preve aku pn 210 je .

    • @jr-sz7qc
      @jr-sz7qc 2 роки тому +1

      Aku pernah bwk 190 cucuk blkg mers... Memang mantap..stering x gegar..cuma aku yg x berani nk tekan LG..

    • @muhammadfarizal3723
      @muhammadfarizal3723 2 роки тому +1

      ​@@HambaAllah91_ preve ? ewww

  • @haluyolo7568
    @haluyolo7568 2 роки тому +3

    Aq still drive Waja CamPro 2006 ni dan part handling tu aq SETUJU!
    Gentle cakap even dah drive banyak keta moden, aq still rank Waja sebagai best handling setakat yang aq pernah bawak dalam hidup aq, untuk horsepower yang dia ada, bole kata agak laju ea. Tapi still, part cornering la yang paling best tentang dia lagi² saje wat pasal pasang lagu Initial D mse cornering 😂. Memang sampai sekarang masih jatuh hati dekat Waja ni walaupun dah try memacam keta moden kwn².
    Thank you Nazz sebab upload tentang Waja!

  • @alimahmood626
    @alimahmood626 2 роки тому +9

    saya juga pakai kereta proton waja sudah berusia 20 tahun. saya pakai sehingga sekarang masih elok dan sudah mencecah 606000km. masih elok.

  • @gitamura
    @gitamura 2 роки тому +5

    Owner Waja CPS purple hadir bro!

  • @danishfitriahmad374
    @danishfitriahmad374 2 роки тому +4

    Handling waja so shedap....mantap bang naszz akhirnya abgg buat juga kereta kegemaran Sya....and Sya ada sebijik waja.....walaupon mileage DH mencecah 300k-400k tpi still smooth and mampu untuk jalan jauh😲

  • @trotanium13
    @trotanium13 2 роки тому +5

    Aku still pakai waja mmc, tukar adjustable pakai semi slick melekat dia lain macam💪Tpi macam biasa la handle pintu patah

  • @nabil3526
    @nabil3526 2 роки тому +4

    antara kereta yg paling aku minat masa kecik2 dulu.. insha'Allah ada rezeki aku nk dptkan kereta waja ni 😍

  • @oneashralph4076
    @oneashralph4076 2 роки тому +4

    Aku darjah 6 ayah aku angkat proton waja nie baru.Version enjin mitsubishi.Masa tu teringat dia cakap kereta nie berat & handling almost on par dengan kereta oversea masa tu.Sebelum tu ayah aku pernah pakai ford laser & honda civic(dua-dua kereta second)waja first time amik kereta baru.Memula guna ada masalah power window.Yang lain tiptop sepanjang 11 tahun guna.Even aku pernah bawak memang terasa berat & handling sedap.Antara model proton yang memberi simbol handling by lotus pada harga mampu milik

    • @meozamli1646
      @meozamli1646 2 роки тому

      Yup dia bawak rasa berat, so confident, mantap

  • @ziq50
    @ziq50 2 роки тому +3

    Abah ada kereta ni, takde major problems, tapi minor banyak.. windows masalah, pintu masalah, bahagian kerusi.. haih.. tapi rindu lampu bahagian belakang, kira best, dulu siap baca buku malam² kalau balik kampung...

  • @sulaimanothman66
    @sulaimanothman66 2 роки тому +4

    Waja is the best..pandai solek..pandai jage servis..boleh fun drive time bawak..insyallah ade rezeki nk cat baru jek balik.
    #penggunaWaja

  • @saniazamir7974
    @saniazamir7974 2 роки тому +5

    Waja is my fave car.. sy pakai lagi waja 2006.. 1.6
    Grip of road mmg top
    Sedap drive..
    Puas hati dgn waja.. syg sgt waja..

    • @marinaau8551
      @marinaau8551 2 роки тому

      Bapa saya pernah pakai Waja 2006 selama 10 thn, memang best.

  • @kamfoolee658
    @kamfoolee658 2 роки тому +4

    Proton waja paling power. Chasis n suspension juga paling stabil juga antara yg paling jimat minyak . Body nya sampai sekarang pun tak karat spt iswara n wira😀😃

  • @zak-ff2vd
    @zak-ff2vd 2 роки тому +6

    Waja memang nampak buruk tapi kedap bunyi.. Yg ada tu baik jgn jual. Puas hati kalau naik waja ni.. Kalau kereta lain nak sembangpun terganggu sebab bunyi angin dgn tayar..

  • @gamerxquxy8974
    @gamerxquxy8974 2 роки тому +2

    Saya pun bangga dengan kereta waja.. ingat lagi ayah saya membeli kereta kedua lepas proton saga besi.. masa itu tahun 2006 saya balik dari sekolah petang ketika itu saya tidak tahu ayah saya beli kereta baru tetiba saudara saya panggil naik kereta waja saya pun tidak tahu kereta siapa dan melihat ayah saya memandu saya terkejut n excited sangat time itu orang kata gempouk.. biasa la masa itu budak lgi.. alhamdulillah kereta tu masih ada lagi tapi dh kena bermadu 3 so jarang bawak

  • @azharsallim3337
    @azharsallim3337 2 роки тому +8

    aku umur 26 tahun, org muda yg baru kerja elok sgt pakai kereta proton lama ni..standby sikit kos repair,rekomen sgt pakai kereta proton lama..aku pakai waja mmc auto 2005 dh 3 tahun, mmg mantap abis kereta ni..selalu ulang alik balik terengganu-negeri sembilan..antara kereta amat selesa handling comfort duk dlm.minyak pun xkuat bos... beli pun dekat 10k kat kedai..sebelum tu pakai saga lmst 2007 jual semula sbb nak kahwin.rindu feelling bawak saga manual punya pasal sekarang tgh restore iswara aeroback 1994 manual pakai 2014 dulu..minat mengatasi segalanya. tips aku nak cari kete second, cari kereta yg kurang sensor insyaAllah xrabak poket kau

    • @kamehame99
      @kamehame99 Рік тому

      Saya pernah bwk waja,lmst,wira...rasa lmst sedang handling...

  • @hanif.18k
    @hanif.18k 2 роки тому +3

    Saya masih lg pakai Waja manual 2001 buat kereta spare..enjin 4g18 masih gagah dilenjan dan boleh keep up lg dgn kereta2 baru, xde problem yg mengoyakan poket sgt kalau dijaga dan senang nak maintain..setakat problem tingkap dgn fuel pump tu minor2 je, ntah berapa kali dah tukar benda alah tu 😂

  • @raziframli3910
    @raziframli3910 2 роки тому +5

    Saya pengguna waja mmc 2004 sampai sekarang. Memamg terbaik handling. Enjin pun smooth lagi

  • @KCHRider
    @KCHRider 2 роки тому +2

    Saya seorang user proton waja campro manual tahun 2009. Itulah kereta first car aku miliki dan sampai sekarang aku guna pergi kerja. Xda yg dpt lawan handling proton pastu xnak jual coz byk memori indah buruk, sentimental value waja aku mahal. Steady Nazz review waja

  • @champion2020
    @champion2020 2 роки тому +4

    Waja masa awal nampak solid, banyak soft touch, tak nampak murah. Masa guna campro, interior waja semua kokak.
    Handling Proton Waja lebih solid berbanding Proton model baru macam Iriz.

  • @inderjitvarma6912
    @inderjitvarma6912 2 роки тому +4

    Respect first sebab berpeluh utk jiwa bermotor👏👍🏁✌
    Most of the time... Nazz punya video memang kena tepat dgn timing I la bro.
    I already dah Ade Waja CPS utk adik. Recently kena rcun dgn hargabeli pakai ...dptkan lagi satu DLM RM 8K. Dulu RM60k. Saje buat koleksi dgn adik...sama color lagi.
    Waja normal sgn yg version CPS mmg lain. Syok2 le...
    Nazz buat video ..yg Ade org beli kereta pakai duit KWSP 😆👌
    Mmg Waja dgn Kancil kereta paling mampu milik masa kini.Malaysian 🇲🇾 made👍
    Again good video bro.👏👏👏👏
    Keep it up. Thx. Good luck you n team✌ from 🇸🇬

  • @boam4966
    @boam4966 2 роки тому +5

    Saya pakai waja mmc 2004...dapat dari ayah saya...time tu saya form 2...saya cakap handling dan power enjin dia cukup nak tapau kereta2 moden sekarang...180 senang2 je dapat

    • @sazaliismail7492
      @sazaliismail7492 2 роки тому

      Bo Am# saya ada sebuah Waja MMC ni beli baru 2004 ia digunakan sampai hari ni, kereta ni memang berbaloi, tak de lah banyak sangat masalahnya, enjin memang mantap, handleling kapau nak banding dengan proton yang baru baru ni tak boleh lawan waja lah....cuma masalah luaran lah iaitu power window ada masalah satu lagi pembuka pintu selalu patah mungkin vendor yang bekalkan alat tu tak ikut spec dia, kalau yang diluar negara baik saja malah di UK siap buat kereta peronda polis lagi ...waja yang saya miliki sampai kini masih tip top macam baru je...

    • @boam4966
      @boam4966 2 роки тому +1

      @@sazaliismail7492 hahaha...aircond vent masalah dr dlu lg...tp aircond mantap...sejuk xboleh handle...power window dh berapa kali baiki...tp engine perfomance serious mmg best utk 1600cc

  • @Steven9391
    @Steven9391 Рік тому +7

    Mana ada di tendang bang...di sabah bersemut waja di jalan...
    Dan saya salah 1 penggunanya mmc 2001 auto,,minyak ada boros sikit la 7/10,handling ni yang buat saya terpukau 9.5/10,speed from permulaan ke pertengahan dan long distand 8.5/10,interior dia mantap alah² pilot hahaha9/10,dari segi ketahanan bagi saya it ok la,,sebab baru 1tahun lebih penggunaan,belum ada ragam 9/10
    Waja ne saya beli dari negeri selangor,,enjin everythink standard,,odo meter 200k,,tak perna overhaul atau apa² untuk enjin,bunyi enjin senyap saja9.5/10
    Pendek cerita,,dari saya darjah 3 kat sekolah rendah dah minat memang dengan waja ni ..lebih sepuluh tahun baru terasa dan memiliki waja,,hati puas,🙏😄

  • @ApitIshak
    @ApitIshak 2 роки тому +4

    Masa waja keluar ni trend pakai auto memang tengah trend,kalau sebelum waja keluar memang rata² akan pilih manual walaupun masa tu kereta² proton varian auto tak banyak lagi masa tu,tapi waja lar pencetus varian auto lepas dia di lahirkan...masa tu true man 3 pedal dah sikit² hilang

  • @asrieklasik7871
    @asrieklasik7871 2 роки тому +2

    waja mmg tiptop..pnah bwk waja 2002 auto mmg terasa solid handling..last2 bercium dinding proton iswara (iswara langgar lampu merah) terpaksa letgo..

  • @jaydenjong6439
    @jaydenjong6439 6 місяців тому +7

    Proton waja paling mantap..msok bodykit smart.

  • @safuanpyan6719
    @safuanpyan6719 2 роки тому +6

    Sy suka waja edisi pertama spt yg dipapar diatas sbb wajah dpn nyer walupun seakan2 Alfa Romeo Dan sekali2 spt lampu dpn tzm tp ia tetap nice!!but not yg versi facelift.....yg nampak biasa biasa jer

  • @mohdaliffnaim3619
    @mohdaliffnaim3619 2 роки тому +4

    Waja tu bagi aku mmg dh canggih masa zaman tu. Aku pun tk sngka masa tu waja dah ada cruise control 😂. Power siot

  • @sharkslanchannel6943
    @sharkslanchannel6943 2 роки тому +8

    Honest waja mmg best handling . 170-180kmh x gentar x goyang . Beli bawah 10k paling berbaloi . Petrol full tank boleh pergi 500km enjin MMC

    • @naziraeiyra5654
      @naziraeiyra5654 2 роки тому +1

      Sikit tu 500km.. biasa boleh pergi 700++ boss

  • @torquern.a7692
    @torquern.a7692 2 роки тому +5

    Mana lagi model eksekutif segment C yg ada lampu pintu ,reading light seat belakang?
    Waja enjin 4g18 mmg tahan lasak dia punya acceleration stock pn antara tertinggi enjin NA 0-170kmj mmg senang² dpt (manual) ,jalan jauh mmg selesa x penat..
    Prob dia kecik je mcm power window panel (ori plastik tp skg dh ada yg besi) ,door handle luar tu pn dh ad yg keluaran tahan sikit ,fuel pump aku pakai elok je (maybe nasib baik) ,aircond vent tengah tu tukar yg CPS pnya setel.. kos maintenance dia lebih kurang wira.. ada certain brg je mahal sikit.. bab handling mmg best cukup tukar roda 215/45/17 suspension std layan kona melekat pakai potenza re003

  • @inspektorgaban6703
    @inspektorgaban6703 2 роки тому +5

    Aku org susah.. kais pagi mkn pagi.. kais ptg mkn lusa.. aku mampu pakai waja je.. bayor 8k setle sebijik kereta dan x pening monthly.. cuma enjin aku kene kensen kalu problem trus repair x tunggu dah.. first waja aku eksiden total lost and then second still aku beli waja jugak.. huhu