Maliq Suhaimi - Arehna Ya Bilal (Official Music Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 сер 2019
  • Subscribe goo.gl/DqxOhB
    Artis: Maliq Suhaimi
    Title: Arehna Ya Bilal
    Author: ITO Lara
    Composer: Fadzli Fareast
    #arehnayabilal #maliqsuhaimi
    Dengarkan disini:
    Apple Music: apple.co/2DYcmTq
    Spotify: spoti.fi/2BKpuex
    Deezer: bit.ly/2Ej1Sz7
    JOOX:
    More about Inteam Records @
    www.inteammobile.com
    / inteamrecords
    / inteamrecords
    Digital distribution by Inteam Records Sdn. Bhd.
    Ⓟ & © 2019 Wahyu Suci Sdn Bhd.

КОМЕНТАРІ • 117

  • @maliqsuhaimiofficial9811
    @maliqsuhaimiofficial9811 4 роки тому +138

    Alhamdulillah..Akhirnya terhasil MV lagu Arehna Ya Bilal ini.. T.kasih atas bantuan, sokongan dan doa anda semua.. Lokasi penggambaran MV ini di sekitar bumi Madinah dan Badar... Semoga bermanfaat buat semua..😍😍

    • @sitisarahzulkapli3588
      @sitisarahzulkapli3588 4 роки тому +5

      MasyaAllah ustaz. Suara ustaz menusuk ke jiwa... Saya dapat menghayati bait lagu. Sampai menitik air mata

    • @maliqsuhaimiofficial9811
      @maliqsuhaimiofficial9811 4 роки тому +3

      Semoga semarak cinta kita semua terhadap kekasih Allah@@sitisarahzulkapli3588

    • @verzikel8265
      @verzikel8265 4 роки тому +2

      saya rindu ustz jadi mutawwif kami ktika hujung November 2018. mmg sedap la bila ust nasyid tiap kali ziarah. mmg x prnah bosan dgn ustaz. 😁. trima kasih atas kesabaran ustz dgn karenah kami dulu.

    • @verzikel8265
      @verzikel8265 4 роки тому +1

      semoga ustaz dimurahkan rezeki 😊

    • @abdulazizullah4950
      @abdulazizullah4950 4 роки тому +1

      بارك الله فیك یا أخوي ونفع الله بصوتك الجمیل للإسلام لا سیما إلی حب حبیبه المصطفی ﷺ

  • @geniuskaff
    @geniuskaff 4 роки тому +55

    Walaupun dah dgr berkali², siap hafal lagi.. tetap masih mengalir air mata.. Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad..

  • @AbelMat83
    @AbelMat83 4 роки тому +68

    Subhanallah sama macam suara Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Rabbani..

    • @putrawildan3244
      @putrawildan3244 4 роки тому +3

      Dalam dunia dakwah.....rupanya....Patah tumbuh hilang berganti.....Allah nak suruh sambung tugas arwah asri wat saudara malik agaknya......Allah hu akbar !

  • @whothe.a
    @whothe.a 4 роки тому +19

    " Semua menyangka Rasul kini kembali, semuanya ilusi tak mungkin terjadi...
    Teguhkah aku mencintai Rasulullah.. Seteguh cinta Bilal bin Rabah " 😢💔

  • @TheZanqinthar
    @TheZanqinthar 4 роки тому +23

    Subhanallah... Asbab suara dan lagu nasyid ni.. Rinduku makin bertambah tambah kepada Rasulullah S.A.W

  • @walkbaby
    @walkbaby 4 роки тому +15

    Bilal bin Rabah r.a . Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai muazzin yang pertama di dunia oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap muazzin atau BILAL

  • @saifabdul6684
    @saifabdul6684 4 роки тому +6

    Menetes air mata ini Rindu Rasulullah Muhammad SAW 😭😭😭

  • @matubai8550
    @matubai8550 4 роки тому +40

    Lantunan suara emas pemuda Habsyah
    Menusuk ke jiwa penduduk Madinah
    Tiada siapa di hatinya selain kekasih Allah
    Diangkat menjadi muazzin Rasulullah
    Sesungguhnya takdir kewafatan baginda
    Terlalu payah untuk diterima
    Berhijrahlah ia ke negeri Syria
    Membawa luka yang tiada penawarnya
    Betapa kerinduan menyiksa batinnya
    Terbawa mimpi dikunjungi baginda
    Segera berangkat ke maqam nabi
    Dengan air mata bak hujan tidak berhenti
    Dia tak mampu menolak permintaan
    Hasan dan Husin yang lara kerinduan
    Dalam sebak dia mengalunkan azan
    Tak sempat berakhir terkulai pengsan
    Teguhnya dia mencintai Rasulullah
    Seisi Madinah luluh dengan tangisan
    Khalifah Umar tewas di badai kepiluan
    Semua menyangka Rasul kini kembali
    Semua ilusi tak mungkin terjadi
    Teguhkan aku mencintai Rasulullah
    Seteguh cinta Bilal Bin Rabbah
    Hingga derap sepatunya terdengar
    Mendahului memasuki syurga
    Lagu: Fadzli Fareast
    Lirik: ITO Lara

  • @azamokhtar9938
    @azamokhtar9938 2 роки тому +2

    Lagu ni mengisahkan sirah Saidina Bilal RA tentang kecintaan dan kerinduan kpd Rasulullah SAW...jadi utk menambah penghayatan terhadap lagu ni...mmg kena baca atau dengar kuliah berkaitan sirah ni.

  • @najmiku7499
    @najmiku7499 4 роки тому +11

    Sungguh tak dapat kita tandingi cinta sahabat kepada Rasulullah.. Semoga Allah tambah kecintaan kita terhadap Rasulullah. Sollu alan Nabiy..

  • @zawinnajah2009
    @zawinnajah2009 4 роки тому +10

    Setiap kali dengar lagu ni mesti sebak😢. Teruskan mencipta nasyid tentang sahabat

  • @ilmamzuki6056
    @ilmamzuki6056 4 роки тому +26

    Tahniah abg Maliq Suhaimi dan seluruh warga Inteam Records...
    Jarang kita dapat dengar lagu yang berkisahkan tentang sirah para sahabat..
    Terima kasih kerana mengembalikan kami untuk menyingkap kembali sirah para sahabat..
    dan saya ada satu cdgn, mngkin untuk MV , boleh selitkann lirik dalam bahasa Melayu dan Inggeris...

    • @archeralfateh2493
      @archeralfateh2493 4 роки тому

      Soalan: Apakah kisah Bilal RA telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda SAW?
      Jawapan:
      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
      Membaca sirah kehidupan atau perjalanan para sahabat Nabi SAW merupakan satu perkara yang terpuji dan amat digalakkan. Ini kerana, mereka berada pada kurun yang terbaik sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dan mereka juga berada ketika zaman penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW. Dengan itu, kita boleh mencontohi mereka dengan mengambil iktibar atau pengajaran daripada kisah mereka.
      Berdasarkan soalan di atas, di sini kami cuba untuk mendatangkan sebahagian teks berkaitan kisah tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam kitab para ulama:
      Teks Kisah Bilal RA Bermimpi Bertemu Dengan Nabi SAW Selepas Kewafatan Baginda SAW:
      ثم إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول له ما هذه الجفوة يا بلال أما ان لك أن تزورني يا بلال فانتبه حزينا وجلا خائفا فركب راحلته وقصد المدينة فأتى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يبكي عنده ويمرغ وجهه عليه وأقبل الحسن والحسين فجعل يضمهما ويقبلهما فقالا له يا بلال نشتهي نسمع اذانك الذي كنت تؤذنه لرسول الله صلى الله عليه وسلم في السحر ففعل فعلا سطح المسجد فوقف موقفه الذي كان يقف فيه فلما أن قال (الله أكبر الله أكبر) ارتجت المدينة فلما أن قال (أشهد أن لا إله إلا الله) زاد تعاجيجها فلما أن قال (أشهد أن محمدا رسول الله) خرج العواتق من خدورهن فقالوا أبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم فما رئي يوم أكثر باكيا ولا باكية بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك اليوم
      Maksudnya: “Kemudian Bilal bermimpi bertemu Rasululllah di dalam tidurnya. Lalu dia ditegur oleh Nabi SAW: “Wahai Bilal! Alangkah keras dan gersangnya hatimu, di mana kerinduanmu kepadaku ,lama kamu tidak menziarahiku.” Bilal pun tersedar dalam keadaan yang sedih dan takut.” Dia terus menunggang tunggangannya menuju ke Madinah lalu menziarahi maqam Nabi SAW. Lalu, dia menangis di sisi maqam Nabi SAW sambil mengusapkan wajahnya pada maqam Nabi SAW. Setelah itu, datanglah al-Hasan dan juga al-Husain yang kemudiannya mereka berdua memeluknya dan menciumnya sambil berkata: “Wahai Bilal! kami rindu untuk mendengarkan azanmu sepertimana dulu kamu azankan untuk Rasulullah SAW pada waktu sahar (sebelum masuknya waktu subuh).” Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua lalu melaungkan azan dari atas bumbung di tempat yang sama ketika dia melaungkan azan dahulu (di zaman Rasulullah). Apabila terdengar laungan suaranya mengucapkan “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, bergegar kota Madinah bergetar. Ketika dia mengumandangan syahadah bertambah lagi gegarannya sehingga ketika dia melaungkan “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!”, para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka sambil berkata, “Apakah Rasulullah diutuskan kembali?.” Sungguh tiada hari yang paling banyak tangisan daripada kaum lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW melebihi daripada hari itu..” [Lihat: Tarikh Dimashq, 7/137 dan Usd al-Ghabah, 1/415]
      Kisah ini ada dinukilkan di dalam kitab Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir dan juga Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah. Di sini kami cuba untuk nukilan beberapa pandangan para ulama dalam menilai status kisah ini, antaranya:
      Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi (744 H) menghukum riwayat atau kisah ini tidak sahih. Tambahan pula, kisah ini gharib (ganjil) lagi mungkar. Pada sanadnya pula terdapat perawi yang majhul dan juga terputus. [Lihat: al-Sorim al-Munki, 237]
      Imam al-Hafiz al-Zahabi (748 H) menilai riwayat yang menceritakan berkaitan apa yang diriwayatkan berkaitan hari yang paling ramai menangis daripada kalangan orang lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW berbanding pada hari tersebut (kembalinya Bilal ke Madinah) adalah riwayat mungkar. [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/358]
      Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) di dalam kitabnya menyatakan kisah kembalinya Bilal RA ke Madinah adalah kisah yang jelas akan kepalsuannya. [Lihat: Lisan al-Mizan, 1/108]
      Imam al-Syaukani mengatakan kisah Bilal RA ini diriwayatkan oleh sekumpulan daripada kalangan sahabat antaranya Bilal RA sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Asakir dengan sanad yang baik. [Lihat: Nail al-Awthar, 5/114]
      Melihat kepada beberapa pandangan para ulama di atas, maka kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa riwayat atau kisah di atas adalah tidak sahih sebagaimana yang dipegang oleh Imam Ibn Abd al-Hadi, Imam al-Zahabi dan juga Imam Ibn Hajar al-Asqalani. Walaupun ia merupakan kisah yang tidak sahih, namun ia tidak menafikan kecintaan dan kerinduan Bilal RA kepada Rasulullah SAW. Selain itu juga, sebahagian ulama sedikit tasahul (tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat) dalam menerima riwayat-riwayat berkaitan sirah ini. Tambahan pula, Imam al-Zahabi ada menukilkan satu riwayat yang lain berkaitan laungan azan Bilal RA selepas daripada kewafatan Nabi SAW iaitu:
      Daripada Zaid bin Aslam , daripada ayahnya berkata:
      قَدِمْنَا الشَّامَ مَعَ عُمَرَ، فَأَذَّنَ بِلاَلٌ، فَذَكَرَ النَّاسُ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَلَمْ أَرَ يَوْماً أَكْثَرَ بَاكِياً مِنْهُ
      Maksudnya: “Kami datang ke Syam bersama dengan Umar RA, maka Bilal RA telah azan. Maka manusia (yang berada di situ) mengingati Nabi SAW (apabila mendengar azan Bilal RA). Aku tidak melihat satu hari pun orang yang paling banyak menangis daripadanya (iaitu Bilal RA).” [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/357]
      Penutup
      Kesimpulannya, kisah ini adalah tidak sahih sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani walaupun di sana terdapat para ulama yang menilai bahawa ia adalah sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan akhlak kita seperti akhlak para salaf soleh dalam mencintai Nabi SAW dengan meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW di atas segala-galanya. Amin.
      Wallahua’lam

    • @yeyenyuningsih7954
      @yeyenyuningsih7954 3 роки тому

      SubhanaALLAH...bagus bget syair nya.💗💗🙏🙏

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +1

    Masih lagi nonton di 🌙 Ramadhan 2023❤❤❤

  • @burtuqalnur4948
    @burtuqalnur4948 3 роки тому +1

    اللهم صل على سيدنا محمد

  • @FaizalUyub
    @FaizalUyub 3 роки тому +1

    Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad...

  • @hatiemas3241
    @hatiemas3241 Рік тому

    ❤❤❤❤❤ اللهم صل على سيدنا محمد ، براونتوع بلال🥹

  • @riderhondawave125r7
    @riderhondawave125r7 4 роки тому +6

    Suara iras2 arwah ustaz asri rabbani.. sedap, lunak, memg best..

  • @mrhbo4796
    @mrhbo4796 3 роки тому +5

    MasyaAllah..lagu nye betul2 menyentuh jiwa dn kalbu..

  • @yassmohd2539
    @yassmohd2539 4 роки тому +7

    Bestnya lagu ni............ 😍😍😍🤩🤩😘😘❤️❤️❤️❤️❤️

  • @kartikarazali129
    @kartikarazali129 4 роки тому +3

    Sebak dengar. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in ..

  • @mursyizz4740
    @mursyizz4740 Рік тому +1

    Pertama kali dengar nasyid ni air mata langsung jatuh menitis😭😭

  • @rahayuidris5492
    @rahayuidris5492 4 роки тому +5

    Maasyallah....lagu pertama dan kedua betul mengusik hati ini dulu cari aku dineraka sekarang kisal bilal💚💚🌹🌹

  • @pusyedchannel
    @pusyedchannel 3 роки тому +5

    Subhanallah...

  • @ahmadsyukri3676
    @ahmadsyukri3676 3 роки тому +1

    Mengis dgr walpun xdpt berjumpa nabi.. Tpi gmbarn dlm lagu ni..bertapa kasihnya sahabat kepada nabi..dan kita pon rasa cinta walpun xdpt bertrmu..harap dpt bertemu nanti.

  • @manohorsitorus5377
    @manohorsitorus5377 4 роки тому +2

    sebak hati rindu pada baginda rasul pemberi syafaat kelak,..

  • @dzadiaelie
    @dzadiaelie 4 роки тому +5

    Dengar lagu ni masa teringat kat Madinah memang banjir!

  • @muhammadhanisshaari5341
    @muhammadhanisshaari5341 4 роки тому +30

    Penasyid2 mainstream daripada Nadamurni Almarhum Ust.Asri Ibrahim(Rabbani), Munif(Hijjaz),Ustaz Hasnul Jamal (Diwani),Nazrey Johani(Raihan),Ust.Raja@Maliq Suhaimi(Diwani) dll yg dtg dari 1 mainstream mmg best..Vokal pun mantap..

    • @muhammadadib6890
      @muhammadadib6890 4 роки тому +1

      Adakah semua artis nasyid di atas tersebut merupakan ahli al arqam@al ikhwan ?

    • @dudesalamanca6410
      @dudesalamanca6410 4 роки тому +1

      @@muhammadadib6890 ya .

    • @paanmacho6258
      @paanmacho6258 4 роки тому

      Ust maliq daripada diwani ka?

    • @muhammadhanisshaari5341
      @muhammadhanisshaari5341 4 роки тому

      @@paanmacho6258 Ya Diwani

    • @dudesalamanca6410
      @dudesalamanca6410 4 роки тому

      @@paanmacho6258 ust maliq zaman diwani dy berkwn skali . Tp dy bukan diwani rsanya . . Dy kumpulan lain .

  • @nurrani829
    @nurrani829 2 роки тому

    alhamdullallah..yallah amin❤️👍🤗

  • @wafiromzanuwr4755
    @wafiromzanuwr4755 4 роки тому +5

    Moga lagu2 atau nasyid yg ilmiah & sirah ni trus maju

  • @amienmuhsien7709
    @amienmuhsien7709 3 роки тому +2

    menitik air mata dengar lagu ni, tinggi sungguh cinta sahabat sahabat dulu pada Nabi Muhammad Saw

  • @atikahsamil6682
    @atikahsamil6682 4 роки тому +3

    Terharu menitis air mata ke pipi

  • @ummuhani620
    @ummuhani620 3 роки тому +2

    Seteguh cinta Bilal bin Rabbah😭😭

  • @kimiekimie96
    @kimiekimie96 Рік тому +1

    🙋dari radio ikim ke youtube

  • @hassanbasriismail8574
    @hassanbasriismail8574 3 роки тому +1

    allahu sedih , walaupn ulang banyak kali pun tak jemu, harap banyakkan lagu2 mcm ni sebab boleh dekatkan diri kpd NABI MUHAMMAD SWT

  • @syazanasulaiman1346
    @syazanasulaiman1346 4 роки тому +5

    Masya Allah tabarakallah 🤩

  • @yusrinorly
    @yusrinorly 4 роки тому +2

    Teringat Rasulullah SAW....

  • @azyanstudio3161
    @azyanstudio3161 4 роки тому +1

    allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad

  • @iahmadhijjaz365
    @iahmadhijjaz365 3 роки тому +1

    Subhanallah...cocok bila duet sama ust.munif hijjaz

  • @NomboriaChannel
    @NomboriaChannel 4 роки тому +2

    Semoga kita pun teguh mencintai Rasulullah seteguh cinta Saidina Bilal

  • @emyrose4267
    @emyrose4267 4 роки тому +8

    I really hope for the next time all this beautiful song have an english translation..dakwah through music counts even in small dot.thanks :)

  • @mohdrizwan9625
    @mohdrizwan9625 4 роки тому +6

    Nape best sgt ❤️❤️❤️😭😭😭

  • @muaf8374
    @muaf8374 3 роки тому +1

    Rindu ustaz asri dengar suaranya~~

  • @rabiatul_adawiah9510
    @rabiatul_adawiah9510 3 роки тому +1

    Allahu syahdunya rasa.. Teringat ziarah di Taif semasa pergi umrah dengan KRS TRAVEL bersama dengan ustaz syed dan ustaz raja@maliq suhaimi

  • @suryantisaadon8522
    @suryantisaadon8522 3 роки тому +1

    terima kasih atas lagu yang sangat menyentuh jiwa. terus saya cari cerita saidina Bilal Bin Rabah. menangis saat penceramah menceritakan sewaktu Bilal mengalunkan azan atas permintaan cucu baginda. Allahumma Solli ''Ala Muhammad

  • @nursalwahidamahmadzulkepli8021

    Mirip suara dlm kumpulan rabbani ☺️

  • @sodiqin7892
    @sodiqin7892 4 роки тому +5

    Tahniah & terbaik👍👍👍

  • @sahl7404
    @sahl7404 4 роки тому +1

    Moga nasyid2 berkenaan Rasulullah, para sahabat Rasulullah terus dilakukan untuk kebaikan para remaja zaman sekarang..sambil nasyid sambil belajar sirah😍

  • @mohamadkarimi1952
    @mohamadkarimi1952 4 роки тому +1

    Terus cari kisah bilal yg rindu rasulullah lepas dgr lagu ni...masyallah rindunya rasulullah ﷺ

  • @ixagency7500
    @ixagency7500 3 роки тому +1

    Amat2 bernafaat&Sungguh terkesan....sollu a’lan nabiy

  • @sitinormariaishak5905
    @sitinormariaishak5905 4 роки тому +2

    Penyampaian melalui lagu..sungguh myentuh hati yg mdengar..

  • @armankarmana5831
    @armankarmana5831 2 роки тому +1

    terimakasih, Ustadz! sangat menyentuh hati saya.
    saya Arman dari Indonesia

  • @khairuladzhaabutahar2510
    @khairuladzhaabutahar2510 3 роки тому +1

    Allahuakbar..lunaknye suara ..kenal Ustaz Suhaimi dalam lagu CADN .. JOM RAMAI2 KEMBALIKAN KEGEMILANGAN NASYEED..

  • @kumoq892
    @kumoq892 3 роки тому +1

    padu

  • @AzrulFauziChannel
    @AzrulFauziChannel 4 роки тому +5

    Subhanallah

  • @sherama8314
    @sherama8314 4 роки тому +2

    Sgguh sampai ke lubuk hati paling dalam... Sollu a'lan nabiy 😭

  • @benzekri9356
    @benzekri9356 3 роки тому +1

    Sedaplah lagu ni😍🤩

  • @fathinmunirah8347
    @fathinmunirah8347 4 роки тому +2

    😢.. bertambah rindu padamu Ya Rasululllah💚

  • @adilahyahaya8290
    @adilahyahaya8290 4 роки тому +4

    Alhamdulillah. Akhirnya ada official MV.🎆🎆🎆

  • @ucvideo7101
    @ucvideo7101 4 роки тому +3

    Sedap weyh . Igtkn rabbani td
    Nk lagu baru lg

  • @naimokje8497
    @naimokje8497 4 роки тому +1

    setiap hari dgr...muhasabah diri

  • @HijjaziChanel
    @HijjaziChanel 3 роки тому +1

    Masya alloh,
    Tak bosan² dengerin lagu ini.

  • @Auntie_Joker
    @Auntie_Joker 4 роки тому +3

    Mashaallahhh sodap nya

  • @sumaiyahsumi6836
    @sumaiyahsumi6836 2 роки тому

    Dengar sambil berjurai air mata.rindunya pada RASULULLAH

  • @humayracreativestudio3961
    @humayracreativestudio3961 4 роки тому +4

    mantap ni

  • @hakimihairyhadira2502
    @hakimihairyhadira2502 3 роки тому +1

    Maliq Suhaimi - Arehna Ya Bilal (Video Muzik Rasmi)

  • @norlianaeina2899
    @norlianaeina2899 4 роки тому +1

    Lagu yg myentuh hati..😢

  • @monalizamy
    @monalizamy 4 роки тому +6

    😭

    • @IbnuIshaqI
      @IbnuIshaqI 4 роки тому

      Alhamdulillah..abe ceroh lyan jgk..mmg feeling hbis nasyid ni

  • @ustazahazimah9690
    @ustazahazimah9690 3 роки тому

    Allahu... saya suka sangat dengar... touching sangat... sirah yang perlu di ketahui oleh semua orang... Kasihnya pada sang kekasih Allah.Terima kasih..

  • @syahmelaka4439
    @syahmelaka4439 4 роки тому +1

    MasyaAllah memang Terbaik lagu ni. Nnti boleh buat MV yg ada lirik tu senang nk ikot😊

  • @nurkhalisabintizulkifli1571
    @nurkhalisabintizulkifli1571 4 роки тому +3

    😍😍😍

  • @hanahna5483
    @hanahna5483 2 роки тому +1

    Mohon lagu terbaru maliq

  • @solahzamri93
    @solahzamri93 3 роки тому

    Sedap lagu ni

  • @danialhaqiem6368
    @danialhaqiem6368 4 роки тому +4

    😭😍😢❤️❤️

  • @mohamadshahir2603
    @mohamadshahir2603 4 роки тому +1

    ❤️

  • @izzahafifah1483
    @izzahafifah1483 4 роки тому +3

    👍🏻

  • @falliza2769
    @falliza2769 2 роки тому

    👍❤️

  • @zakiahsaari3235
    @zakiahsaari3235 2 роки тому

    sebak

  • @ariee77
    @ariee77 3 роки тому

    Salam boleh dapat tak minus one

  • @sarbinisyazali9516
    @sarbinisyazali9516 3 роки тому

    Ade versi karaoke x/ minua one

  • @badlishahhabib1953
    @badlishahhabib1953 4 роки тому +2

    Arehna ya bilal..apa maksud arehna tu ye?

  • @archeralfateh2493
    @archeralfateh2493 4 роки тому +3

    BUKANKAH KISAH INI PALSU...

    • @meorshazril5309
      @meorshazril5309 4 роки тому

      Kisah yg mane satu palsu tu?

    • @archeralfateh2493
      @archeralfateh2493 4 роки тому +3

      @@meorshazril5309 Soalan: Apakah kisah Bilal RA telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda SAW?
      Jawapan:
      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
      Membaca sirah kehidupan atau perjalanan para sahabat Nabi SAW merupakan satu perkara yang terpuji dan amat digalakkan. Ini kerana, mereka berada pada kurun yang terbaik sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dan mereka juga berada ketika zaman penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW. Dengan itu, kita boleh mencontohi mereka dengan mengambil iktibar atau pengajaran daripada kisah mereka.
      Berdasarkan soalan di atas, di sini kami cuba untuk mendatangkan sebahagian teks berkaitan kisah tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam kitab para ulama:
      Teks Kisah Bilal RA Bermimpi Bertemu Dengan Nabi SAW Selepas Kewafatan Baginda SAW:
      ثم إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول له ما هذه الجفوة يا بلال أما ان لك أن تزورني يا بلال فانتبه حزينا وجلا خائفا فركب راحلته وقصد المدينة فأتى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يبكي عنده ويمرغ وجهه عليه وأقبل الحسن والحسين فجعل يضمهما ويقبلهما فقالا له يا بلال نشتهي نسمع اذانك الذي كنت تؤذنه لرسول الله صلى الله عليه وسلم في السحر ففعل فعلا سطح المسجد فوقف موقفه الذي كان يقف فيه فلما أن قال (الله أكبر الله أكبر) ارتجت المدينة فلما أن قال (أشهد أن لا إله إلا الله) زاد تعاجيجها فلما أن قال (أشهد أن محمدا رسول الله) خرج العواتق من خدورهن فقالوا أبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم فما رئي يوم أكثر باكيا ولا باكية بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك اليوم
      Maksudnya: “Kemudian Bilal bermimpi bertemu Rasululllah di dalam tidurnya. Lalu dia ditegur oleh Nabi SAW: “Wahai Bilal! Alangkah keras dan gersangnya hatimu, di mana kerinduanmu kepadaku ,lama kamu tidak menziarahiku.” Bilal pun tersedar dalam keadaan yang sedih dan takut.” Dia terus menunggang tunggangannya menuju ke Madinah lalu menziarahi maqam Nabi SAW. Lalu, dia menangis di sisi maqam Nabi SAW sambil mengusapkan wajahnya pada maqam Nabi SAW. Setelah itu, datanglah al-Hasan dan juga al-Husain yang kemudiannya mereka berdua memeluknya dan menciumnya sambil berkata: “Wahai Bilal! kami rindu untuk mendengarkan azanmu sepertimana dulu kamu azankan untuk Rasulullah SAW pada waktu sahar (sebelum masuknya waktu subuh).” Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua lalu melaungkan azan dari atas bumbung di tempat yang sama ketika dia melaungkan azan dahulu (di zaman Rasulullah). Apabila terdengar laungan suaranya mengucapkan “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, bergegar kota Madinah bergetar. Ketika dia mengumandangan syahadah bertambah lagi gegarannya sehingga ketika dia melaungkan “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!”, para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka sambil berkata, “Apakah Rasulullah diutuskan kembali?.” Sungguh tiada hari yang paling banyak tangisan daripada kaum lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW melebihi daripada hari itu..” [Lihat: Tarikh Dimashq, 7/137 dan Usd al-Ghabah, 1/415]
      Kisah ini ada dinukilkan di dalam kitab Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir dan juga Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah. Di sini kami cuba untuk nukilan beberapa pandangan para ulama dalam menilai status kisah ini, antaranya:
      Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi (744 H) menghukum riwayat atau kisah ini tidak sahih. Tambahan pula, kisah ini gharib (ganjil) lagi mungkar. Pada sanadnya pula terdapat perawi yang majhul dan juga terputus. [Lihat: al-Sorim al-Munki, 237]
      Imam al-Hafiz al-Zahabi (748 H) menilai riwayat yang menceritakan berkaitan apa yang diriwayatkan berkaitan hari yang paling ramai menangis daripada kalangan orang lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW berbanding pada hari tersebut (kembalinya Bilal ke Madinah) adalah riwayat mungkar. [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/358]
      Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) di dalam kitabnya menyatakan kisah kembalinya Bilal RA ke Madinah adalah kisah yang jelas akan kepalsuannya. [Lihat: Lisan al-Mizan, 1/108]
      Imam al-Syaukani mengatakan kisah Bilal RA ini diriwayatkan oleh sekumpulan daripada kalangan sahabat antaranya Bilal RA sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Asakir dengan sanad yang baik. [Lihat: Nail al-Awthar, 5/114]
      Melihat kepada beberapa pandangan para ulama di atas, maka kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa riwayat atau kisah di atas adalah tidak sahih sebagaimana yang dipegang oleh Imam Ibn Abd al-Hadi, Imam al-Zahabi dan juga Imam Ibn Hajar al-Asqalani. Walaupun ia merupakan kisah yang tidak sahih, namun ia tidak menafikan kecintaan dan kerinduan Bilal RA kepada Rasulullah SAW. Selain itu juga, sebahagian ulama sedikit tasahul (tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat) dalam menerima riwayat-riwayat berkaitan sirah ini. Tambahan pula, Imam al-Zahabi ada menukilkan satu riwayat yang lain berkaitan laungan azan Bilal RA selepas daripada kewafatan Nabi SAW iaitu:
      Daripada Zaid bin Aslam , daripada ayahnya berkata:
      قَدِمْنَا الشَّامَ مَعَ عُمَرَ، فَأَذَّنَ بِلاَلٌ، فَذَكَرَ النَّاسُ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَلَمْ أَرَ يَوْماً أَكْثَرَ بَاكِياً مِنْهُ
      Maksudnya: “Kami datang ke Syam bersama dengan Umar RA, maka Bilal RA telah azan. Maka manusia (yang berada di situ) mengingati Nabi SAW (apabila mendengar azan Bilal RA). Aku tidak melihat satu hari pun orang yang paling banyak menangis daripadanya (iaitu Bilal RA).” [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 1/357]
      Penutup
      Kesimpulannya, kisah ini adalah tidak sahih sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani walaupun di sana terdapat para ulama yang menilai bahawa ia adalah sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan akhlak kita seperti akhlak para salaf soleh dalam mencintai Nabi SAW dengan meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW di atas segala-galanya. Amin.
      Wallahua’lam

    • @santai1547
      @santai1547 3 роки тому +2

      @@archeralfateh2493 tak boleh mengatakan palsu selagi ada ulama yg berbeza pendapat, kan ada nama2 perawi disitu, antaranya Ibnu Asakir, Ibnu Al Athir, Imam Al Syaukani, yg membenarkan, jadi orang yg tulis artikel ni ja yg ambil padangan lebih ketat sikit mengikut perawi Imam Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani, Imam Abdul Hadi dan Imam Zahabi... Jelas tak tuan, apa2 riwayat tak dihukum palsu selagi ada perbezaan pandangan para Ulama, dan setiap yg palsu itu perlulah dipersepakati oleh semua Ulama yg jelas mengatakan palsu

    • @mutabattil8181
      @mutabattil8181 3 роки тому +2

      Hadith "Kisah Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah"
      ✓Ibn Abdul Hadi : Riwayat ini tidak sahih. Kisah ini gharib lagi mungkar. Padanya terdapat perawi yang majhul dana sanadnya terputus (al-Surim al-Munki, 237)
      ✓Az-Dzahabi : Riwayat yang mungkar (Siyar 'Alam an-Nubala', 1/358)
      ✓ Ibn Hajar Al-Asqalani : Jelas kepalsuan nya (Lisan al-Mizan, 1/108)
      ✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Kami cenderung mengatakan kisah ini tidak sahih, walaupun sebahagian Ulama' seperti al-Syaukani di dalam Nail Al-Awthar mengatakan ia Sahih.
      ULASAN:
      Athar Bilal RA ini diriwayatkan oleh Imam al-Ghassani dalam Kitab Akhbar Wa Hikayat dan al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Ada 4 penilaian ulama terdahulu terhadapnya, sepertimana berikut;
      i. Ulama yang mengatakan sanadnya jayyid (baik); Imam as-Subki dalam Syifa’ al-Saqqam, Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya Tuhfah az-Zuwwar, al-‘Allamah as-Solihi as-Syami dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad, al-‘Allamah as-Samhudi dalam Khulasah al-Wafa, al-Allamah as-Syawkani dalam Nailul Autar (meskipun dalam kitab al-Fawa’id al-Majmu‘ah, beliau menyatakannya sebagai: لا أصل له, yakni tiada asal baginya), Maulana Abdul Hayy al-Laknawi dalam Khairul Khabar Fi Azani Khairil Basyar ﷺ, Maulana Zakariyya al-Kandhalawi di dalam bukunya Fadhilat Haji dan lain-lain.
      ii. Ulama yang mengatakan sanadnya daif; al-Hafiz az-Zahabi dalam al-Mizan dan al-Tarikh kerana perawinya, Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman al-Syami adalah majhul (tidak diketahui kedudukannya dalam hal periwayatan). Manakala dalam kitabnya Siyar A‘lam al-Nubala’, beliau menyifatkannya sebagai bersifat munkar. Namun, munkar di sisi az-Zahabi bukanlah bermaksud sangat daif, batil atau palsu, kerana menurut az-Zahabi di dalam kitab al-Muqizah: “Munkar ialah hadis yang bersendirian perawi daif dalam meriwayatkannya. Dan boleh jadi hadis seorang perawi saduq (bersifat benar) yang bersendirian juga boleh dianggap munkar”. Definisi ini lebih sesuai kerana al-Hafiz az-Zahabi juga kelihatan ‘bingung’ apabila memberi komentar mengenai kisah ini dalam Tarikh al-Islam (17/67): “Sanadnya baik, tiada yang daif padanya, tetapi Ibrahim adalah majhul”.
      iii. Ulama yg mengatakannya palsu; al-Hafiz Ibn Hajar dalam Lisan al-Mizan. Namun, ini seperti bukan adat kebiasaan beliau yang tidak mudah menilai sesebuah hadis atau khabar sebagai palsu tanpa bukti yang jelas. Pandangan beliau turut diikuti oleh yg lain, seperti al-‘Ajluni dalam kitab Kasyful Khafa. Manakala Ibn ‘Abd al-Hadi dalam al-Sarim al-Munki menyatakannya tidak sahih.
      iv. Kisah ini turut dicatatkan tanpa apa2 komentar oleh ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Kamal, al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal, an-Nawawi dalam Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat dan lain-lain. Manakala Ibn Nasiriddin ad-Dimasyqi dalam Jami‘ al-Athar fi al-Siyar wa Mawlid al-Mukhtar telah menukilkan daripada al-Risalah fi al-Solah satu riwayat daripada Imam Ahmad bahawa kisah ini pernah disebut Imam Ahmad tanpa mengingkarinya.
      Setelah meneliti sanad dan kesemua pandangan, saya berpendapat kisah tersebut sebenarnya tidak dapat dinilai sebagai palsu. Sekurang-kurangnya, kisah ini dhaif sahaja, dan boleh diceritakan sebagai targhib (memberi motivasi).
      Ustaz Dr. Mohd Khafidz Soroni حفظه الله

  • @mimiaqilahabdkadir5448
    @mimiaqilahabdkadir5448 3 роки тому +1

    Subhanallah