Cara pasang Dashcam DDPAI N5 Dual + Hardwire kit OBD pada kereta Axia

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 104

  • @Sowite-h8b
    @Sowite-h8b 2 дні тому

    Terima kasih bang atas tutorial ni sgt2 la membantu . Semoga Allah Taala sentiasa permudahkan rezeki abg Aamiin . Penjelasan yg sgt terbaik n suka bila abg ckp Nauzubillah untuk contoh kemalangan 👍🏽👍🏽

  • @munirapipi1733
    @munirapipi1733 4 місяці тому +4

    terbaik bang. cara pasang yg agak detail dan nampak kemas. kesian tgk berpeluh2, hihi. keep it up!

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 місяці тому +2

      Terima kasih. Saya memang jenis kuat berpeluh. Makan dalam aircond pun boleh berpeluh 😂 Jadi biasanya saya standby tuala kecik nak lap peluh bila buat kerja macam ni.

  • @godio6990
    @godio6990 4 місяці тому +4

    Terbaik abg share.. ikhlas betul.. semoga jd saham di akhirat aminn..

  • @solihinnnnn
    @solihinnnnn 2 місяці тому +2

    terima kasih atas perkongsian cara pasang, penjelasan yang sangat jelas lagi terperinci.

  • @mfbm6415
    @mfbm6415 3 місяці тому +1

    Terima kasih atas perkongsian ilmu dan tak lupa kepada tukang pegang kamera. Terbaik!

  • @MyBentayan
    @MyBentayan 3 місяці тому +1

    terbaik..kurang2 dpt idea kpd yg belum pasang

  • @shukrimohd2u
    @shukrimohd2u Місяць тому

    setelah berpikir panjang dan review yg lain. aku rase x confident na pasang sendiri, haha... suh mereka yg expert la gamaknye

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  Місяць тому

      Hahahaha. Baik... Ada orang memang berani nak cuba pasang sendiri. Ada orang lebih prefer orang lain yang dah mahir pasangkan.
      Tak ada betul, tak ada salah.
      Tuan nak pasang pada kereta apa tu?

  • @noumanaeman
    @noumanaeman Місяць тому

    Tq tuan. Sy dh psg Ddpai Z60 kt kereta Axia sy berpandukan rujukan video ni.

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  Місяць тому

      Sama². Terbaik! Pasang dengan 4G hardwire kit ke? Atau plug & play (USB) sahaja?

  • @Syah2752
    @Syah2752 5 місяців тому +1

    Ada plan juga pasang sendiri dekat saga vvt. Cuma tu la tak pernah buka dia punya cover tu semua. Thanks bro for insight

  • @ajsgamingstation2444
    @ajsgamingstation2444 4 місяці тому

    Mantap bang jelas penerangan baru order nanti pasang... Terima kasih

  • @paklongyeh4249
    @paklongyeh4249 Місяць тому +1

    Kereta jenis cermin tengak mcm ni nk pasang rear cam blakang cukup senang.kena yg sedan mcm persona jenuh adjust nk bg nampak center,tidak nampak line hitter tu

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  Місяць тому +1

      Kalau kereta bezza, bahagian atas dia tu kosong. Tak ada line heater tu. Senang nak ejas.
      Kalau sedan lain tu, memang kena try and error. Jangan terus lekat.
      Memang leceh sikit. Tapi kalau DDPAI, dslam app kita boleh tengok kamera belakang. Jadi sambil pegang fon tu kita boleh ejas.
      Kalau 70mai, dalam app tak boleh tengok live feed kamera belakang. Melainkan model a510 & a810 kalau x silap.

    • @pendetamukmintv7910
      @pendetamukmintv7910 Місяць тому

      @@mursyidsazalibang ape fungsi radar tu yer

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  Місяць тому

      Radar tu dia akan detect motion / pergerakan.
      Kebanyakan dashcam lain, termasuk nodel DDPAI lain hanya akan detect bila ada GEGARAN
      Sama ada orang langgar kereta atau baling sesuatu kena cermin kereta.
      Baru dashcam akan mula rakam.
      Bila ada radar motion detection, orang lalu depan kereta sahaja pun dia akan bangunkan dashcam (masa enjin off) untuk mula rakam.
      Ddpai N5 dual sahaja yg boleh pasang radar buat masa ni

  • @hazwanhasanudin5141
    @hazwanhasanudin5141 7 місяців тому +5

    cantik video. kipidap

  • @abidinmuhayan9376
    @abidinmuhayan9376 7 місяців тому

    Mantap video, clean, straight forward, xda bgm yg mengganggu

  • @chunyeatlee9129
    @chunyeatlee9129 2 місяці тому

    Terima Kasih 😊

  • @amirulshah8584
    @amirulshah8584 2 місяці тому +1

    So ape jd dengan
    1. kabel yg connect ke 12v
    2. Kabel yg connect dgn fius

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  2 місяці тому +2

      1. Kabel yang connect ke 12v
      - hanya hidup masa enjin on
      - masa enjin off, tak ada parking surveillance
      - kalau jarang parking tempat public, rumah landed kereta dalam pagar, sesuai lah pasang 12v soket sahaja
      - kabel akan nampak di luar
      2. Kabel yang connect ke fius
      - kena pasang hardwire kit jenis fius
      - tersorok, tak nampak kabel di luar. Kemas
      - boleh enable setting parking surveillance-masa enjin off, dashcam akan rakam bila detect gegaran

    • @amirulshah8584
      @amirulshah8584 2 місяці тому

      @mursyidsazali oh maksudnye boleh pilih la nk pakai cable mana yg kita nak? Ingatkan kene pakai semua cabel yg dia bagi, jenuh pikir mana nak cucuk.

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  2 місяці тому

      Betul... Akan guna 1 jenis sahaja kabel.

  • @emyhelmi5926
    @emyhelmi5926 6 місяців тому

    cantik video! sngat clear

  • @eugenereivillanueva
    @eugenereivillanueva 4 місяці тому +1

    151st like and I am a new subscriber

  • @AK-tj4vh
    @AK-tj4vh 7 днів тому

    Assalam bang terima kasih buat tutorial berkenaan pemasangan DDPAI ni.
    Nak tnye update sekarang di tahun 2025 mcm mana ya kamera DDPAI model N5 ni di Axia lama ni? Ada isu apa-apa? Guna kabel OBD kan? Ada gangguan apa-apa pada komponen elektrik ke macam mana?
    Harap ada yg boleh reply komen ya jika ada yg menggunakan DDPAI dgn OBD kit mcm dalam video ni, sebab cadang nak guna wayar OBD sahaja, macam lagi senang dari hardwire yg perlukan kotak fuse dibuka.
    Terima kasih

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  7 днів тому +1

      Waalaikumsalam. Dalam video ni saya pasang di kereta adik saya. Setakat ni adik saya tak ada lagi cerita apa-apa isu negatif berkenaan dashcam N5 dual ni.
      Dan ramai juga customer saya yang lain yang pasang N5 dual ni guna OBD hardwire.
      KALAU ADA ISU PUN, kabel OBD tu sendiri jelah yang tak berfungsi. Tu ada sorang customer saya bagitau.
      Bukan isu dengan kereta, atau dashcam memyebabkan isu pada kereta dia.
      Tapi kabel OBD dia tu lepas beberapa hari, tak boleh supply power ke dashcam dia. Dia guna kabel USB sambung ke soket lighter rokok tu ok je.
      Maknanya dashcam ok.
      Itu jelah. Kes terpencil. Tapi saya cerita jelaj

    • @AK-tj4vh
      @AK-tj4vh 5 днів тому

      @@mursyidsazali Baik bang terima kasih bagi respons. Lega sikit dengar.
      Nanti ada masa boleh buat video pemasangan untuk Persona 2024 juga tak?
      Rasanya dekat UA-cam takde lagi video Persona baru kena pasang dahscam. Apa pun terima kasih buat video tutorial, sangat membantu orang ramai😁

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 дні тому

      Saya pun belum ada lagi customer yang minta pasang pada kereta persona baru. Kalau ada saya buat, insya Allah

  • @hakkikorcum2997
    @hakkikorcum2997 15 днів тому

    Hello. Happy New Year. I have a problem. Can you help? I want to restore the device to factory settings, but I don't know how. Do you have an idea? Because the application does not see the camera's Wi

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  15 днів тому

      Does your device have a screen? If it does, "reset to factory settings" is usually in the settings menu, doooown at the bottom of the list.
      If your device has no screen, there is usually a button (sometimes hidden in a hole) thst you need to push using a needle / sim ejector tool to hard reset your device.
      Do you mind sharing the name and model number of your device?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  15 днів тому

      Or... Sometimes it's just a matter of pressing on the "power" button for a few seconds to do a hard reset

    • @hakkikorcum2997
      @hakkikorcum2997 14 днів тому

      @ hi. Thank you for your answer. Ddpai N5dual where you introduced the model of my camera. It has no screen. I couldn't see a hidden button either.

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  14 днів тому

      Do you have a VPN running in your phone. I used to have a problem connecting to my dashcam.
      I tried resetting my dashcam, I tried deleting my dashcam app and installing it back.
      Turns out it was my VPN that was blocking connection to my dashcam

    • @hakkikorcum2997
      @hakkikorcum2997 14 днів тому +1

      @ yes my phone has a VPN and it is open. When I drive, I will turn off it. I will try it. I write result

  • @tradeandtravels626
    @tradeandtravels626 7 місяців тому +1

    Mursyid, mai putrajaya roger2.. Nk pasangkn di kete.. Ke ada tutorial psang di myvi?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  7 місяців тому

      Myvi g3 lebih kurang sama je dengan Axia ni. Jap, siapa ni? Aku kat shah alam sampai weekend ni (31/5/2024)

  • @zann9863
    @zann9863 7 місяців тому +1

    Saya pensubscribe baru En

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  7 місяців тому +1

      Terima kasih banyak2 tuan! 🤩🤩

  • @fazlysaihin3276
    @fazlysaihin3276 27 днів тому

    Klip gantian tu sama kah dgn cover lain kereta...share link shopee bang

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  27 днів тому

      Untuk kebanyakan kereta, memang sama je clip dia.
      Ada la sesetengah kereta conti yang guna clip jenis besi. Clip besi memang jarang patah, melainkan dah berkarat dan dah rapuh.
      Saya beli dulu yang ni s.shopee.com.my/VqQLL6yCf
      Saya beli sekali dengan clip remover tu. Sangat berguna bila clip tertinggal dsn madih melekat dalam lubang dia tu.

  • @ibnusyed4208
    @ibnusyed4208 5 місяців тому +1

    Bila pasang hardwire ni maksudnya power mmg dari obd tu ke? Tak perlu guna wayar yg sambung ke usb port/ pencucuh rokok tu dah?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  5 місяців тому +1

      Betul. Dan dia boleh enable parking surveillance, sama seperti pasang hardwire kit yang sambung ke fuse box.

  • @imanluthfi3242
    @imanluthfi3242 6 місяців тому +1

    Salam bang,klu nak tgok semula rakaman,mmg kena connect dgn dash cam jugak ke bru blh tgok ?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому

      Untuk dashcam model macam DDPAI N5 Dual yang tak ada skrin, memang kena sambung dengan fon lah untuk tengok rakaman.
      Kalau tak, boleh cabut SD card sambung ke telefon atau laptop. Tapi kena hati-hati lah, SD card ni kecik. Tak jaga betul-betul senang hilang.

  • @anasbarkawi
    @anasbarkawi 2 місяці тому

    Salam tuan, kalau cermin depan ada tinted visor gelap, radar boleh fungsi ke kalau pasang kat situ?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  2 місяці тому +1

      Kalau tinted 90%, radar masih boleh berfungsi. Kalau yang solid 100% tu, memang radar tak detect lah

  • @norazlankasim1450
    @norazlankasim1450 23 дні тому

    Assalamualaikum obd tu semua kereta sama ke tuan

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  23 дні тому +1

      Waalaikumsalam. Sama je untuk kereta-kereta yang keluar dari tahun 1996 ke atas.

    • @norazlankasim1450
      @norazlankasim1450 21 день тому

      @mursyidsazali ada ape masaalah tak nanti macam kacau ecu kereta

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  21 день тому

      Takda. Hardwire OBD2 ni memang dia design untuk tap pada power masa enjin on dan off sahaja.
      Kalau pasang hardwire kit jenis fuse, yang tu boleh kacau kalau silap pilih fuse.

  • @fahmi29zainal
    @fahmi29zainal 4 місяці тому

    Salam tuan, kalau beli yg radar, takpayah la psang OBD hardware kit kan? Sebab radar tu dah ada connectiom ke OBD sendiri?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 місяці тому +1

      Wsalam. Setakat yang saya tahu, kalau beli radar tu memang dia datang sekali dengan hardwire kit OBD.
      Tapi kalau nak beli hardwire kit OBD tanpa radar, yang itu ada.

  • @sophist7243
    @sophist7243 4 місяці тому

    Salam Tn. Kalau Myvi 2012 lagi best sama saja ke cara pasang?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 місяці тому +1

      Wsalam. Myvi lagi best dia lain sikiiit lah di belakang.
      Kalau ada customer nak pasang di myvi lagi best di masa depan, saya cuba lah buat video.
      Tapi ada je video orang lain tunjuk serba sedikit macam mana nak pasang di bahagian belakang myvi lagi best tu

    • @sophist7243
      @sophist7243 4 місяці тому

      @@mursyidsazali Baik tuan. Terima kasih ya respon.

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 місяці тому

      Sama-sama

  • @dinbachok6424
    @dinbachok6424 6 місяців тому

    Salam tuan. 24 hour surveillance macam mana nak buat?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому

      Wsalam. Kena pasang hardwire kit. Sama ada yang sambung ke fuse box, atau yang sambung ke port OBD (macam dalam video ni).
      Baru boleh enable 24 hour surveillance dalam setting dashcam.

  • @rynz2806
    @rynz2806 6 місяців тому

    Salam tuan, apa beza 2 mode switch yang ada di obd ya?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому

      2 mode switch macam mana tu? OBD hardwire brand DDPAI tak ada switch.
      Kalau 70mai saya tahu ada switch untuk tentukan berapa lama kita nak dia tarik power daripada bateri bila enjin kereta off.
      Itu ke maksud cik?

    • @rynz2806
      @rynz2806 6 місяців тому

      Di obd ddpai n5 ade switch kecil jika tolak ke atas ada tulis acc dan jika di tolak ke bawah ada tulis 24

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому +1

      Oh ada eh? Saya tak perasan.
      Kalau ACC dia hanya akan supply power kepada dashcam bila enjin on sahaja. Feature parking surveillance dan time lapse recording semasa enjin off tak boleh guna lah.
      Kalau 24hrs tu masa enjin on dia supply, masa enjin off pun dia akan supply max 24jam.

  • @sinkoh2015
    @sinkoh2015 6 місяців тому

    Hi, Bos ada buka 24 hours surveillance? Kalau buka 64gb card tu cukup ke untuk 4k camera ni? Tak perlu high endurance card?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому +4

      64GB boleh rekod lebih kurang 6 jam 4K video, termasuk video kamera belakang 1080p.
      Kebanyakan dashcam ada feature loop recording. Maksudnya kalau memory dah penuh, dia akan buang video paling lama untuk make space untuk video baru.
      Kalau ada video semasa memandu yang nak download, jangan tunggu lama sangat untuk download, takut kena replace dengan video baru.
      24 hour surveillance ada 2 mode.
      1. Parking surveillance - dia cuma rekod bila ada movement / gegaran. Video2 ni dia akan store dalam folder asing.
      2. 24 hour "timelapse" recording. Yang ni dia akan continously rekod selagi enjin off. Tapi dalam mode timelapse.
      So, kalau dia rekod untuk 6-8 jam pun, video dia cuma beberapa minit sahaja. Dan file size video masa timelapse ni tak besar.
      Timelapse ni on hanya bila kita nak parking in public places-shopping mall, office parking, apartment parking, dll.
      Kalau nal tinggal kereta lebih dari 12 jam, lebih baik off timelapse recording.
      On parking surveillance sahaja.
      DDPAI N5 Dual ni boleh beli sekali dengan radar module. Bila dia detect movement depan dan belakang kereta, masa tu baru dia akan start record.

    • @sinkoh2015
      @sinkoh2015 6 місяців тому

      @@mursyidsazali wow, keterangan sangat jelas, confuse nk ambil kad capacity brp seblm ni, info sangat membantukan. Thank you so much

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому +1

      You're welcome 😊

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому +1

      Oh, dan memang betul. Untuk dashcam yang boleh rekod 4K, bukan semua jenis memory card boleh guna walaupun capacity dia sama-64GB.
      Kalau google "memory card 4K" dia ada tunjuk specs memory card yang sesuai untuk recording 4K

  • @elmiwanai7367
    @elmiwanai7367 5 місяців тому

    salam tuan dashcam ddpai n5 tak boleh connet dgn telefon android sebab apa..

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  5 місяців тому +1

      Tak boleh connect macam mana tu? Saya dah cuba di 3 jenis telefon android, setskat ni semua boleh.
      Masa nak connect dengan app tu, app tu suruh tekan butang di dashcam, dalam app versi android tak keluar gambar butang apa. Tapi saya ada mention dalam video ni. Di dashcam N5 tu pun ada satu je butang.

    • @elmiwanai7367
      @elmiwanai7367 5 місяців тому

      @@mursyidsazali tak dapat connet wi fi telefon.hanya...bluetooth je tersambung

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  5 місяців тому

      Buka je app DDPAI, pastikan wifi dan bluetooth on. Lepas tu add device dalam app DDPAI dan ikut step yang dia bagi tu.
      Kalau tak boleh jugak, cuba chat dengan customer service dia di Shopee atau TikTok Shop

  • @bulkul128
    @bulkul128 5 місяців тому

    Salam bang,klu pasang guna obd kit warranty kereta tak void?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  5 місяців тому

      Wsalam. Tak void, tuan. Dia tak kacau apa2 wiring sedia ada kereta

  • @ArepTravian
    @ArepTravian 6 місяців тому

    Dia makan batterytak kalau kereta lama tak jalan atau boleh setting camera mati bila engine off?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  6 місяців тому +1

      Kalau tanya DDPAI, dia kata selamat. Dalam setting guna app telefon boleh set berapa lama maksimum dia rakam masa enjin kereta off.
      Contohnya 24jam, 48jam, 72 jam. Kalau enjin off lebih daripada masa tu, dia akan cut off lah feature parking surveillance, sampai kita on balik enjin.

    • @mursyidsms
      @mursyidsms 6 місяців тому +1

      Kalau nak tinggal kereta lama tak on enjin, tutup time lapse recording. On parking surveillance sahaja. Dia hanya akan rekod bila dashcam detect gegaran sahaja.
      Kalau nak parking tempat awam, shopping mall, kat ofis untuk 2-3 jam, atau paling lama pun 8-9 jam, boleh lah on time lapse recording masa tu.

  • @contengstudio4270
    @contengstudio4270 2 місяці тому

    salam bang, obd tu untuk apa ?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  2 місяці тому

      Hardwire kit OBD tu untuk enable parking surveillance. Sebelum ni hanya ada option hardwire ke fuse box.
      Hardwire fuse ni tak semua orang boleh buat secara DIY. Tapi kalau guna yang jenis OBD, memang senang nak pasang sendiri.
      Dia plug & play sahaja

  • @ImranDaniel-n1j
    @ImranDaniel-n1j 2 місяці тому

    Assalamualaikum bang apq nama app ddpai tu

  • @VelentineJaulip
    @VelentineJaulip 7 місяців тому +4

    Daa siap pasang.. cuma ada 1 prob aq kena lepas connect obd.. kadang2 dashcam tak hidup masa start kereta.. kena cabut dlu wayar baru dpt on.. kdg2 ok.. xtau tu normal ke x.. aq je ke kena cm ni?

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  7 місяців тому +2

      Dashcam brand apa tu, tuan? Kalau baru lagi beli, tuan rekod video dan tunjuk balik kepada seller. Takut ada isu dengan hardwire kit.
      Tapi tuan boleh try 2 benda ni dulu.
      1. Cuba tekan sambungan OBD tu, kot-kot dia longgar sikit. Ataupun cabut dulu, bersihkan port obd tu guna berus gigi lama yang kering ke. Boleh jadi ada habuk yang block pin2 OBD tu.
      2. Cuba sambung cable biasa yang sambung ke 12v socket (soket lighter rokok tu). Sambung direct je (tak perlu selit2 kabel dia) untuk tengok bila on kereta, dashcam menyala normal ke tidak.
      Sambil tuan buat step ni, rekod je video. Boleh send kepada seller

    • @omarhashim3380
      @omarhashim3380 4 місяці тому

      Bos kat kereta wira tahun 2003 vdo boleh tak bos​@@mursyidsazali

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  4 місяці тому

      Kalau ada customer Wira di masa depan, insya Allah saya cuba buat.
      Tapi konsep dia lebih kurang sama je tuan.
      Kalau kereta sedan, bahagian belakang tu boleh tengok video saya pasang di perodua bezza ua-cam.com/video/_f3kxGH8aqE/v-deo.htmlsi=YivDTfp-pVxw1CxP

    • @nurulain7786
      @nurulain7786 3 місяці тому

      Saya pon jadi mcm ni jugak..tapi bila cucuk ke tempat rokok dia auto record(lampu hijau) tapi bila pasang obd bila start kereta dia akan tetap je parking mode je(lampu purple) mula2 mmg tak tekan ke suis 24h pastu bila dh tukar ke 24h mula2 okey (kluar lampu hijau)pastu esoknya bila nk start enjin dia masih ttp ke parking mode and x record pon apa2 😅

    • @nurulain7786
      @nurulain7786 3 місяці тому

      Tak tau nk buat mcm mna lagi dh

  • @Faizal_ahmadkhan
    @Faizal_ahmadkhan 7 місяців тому

    Bos boleh join dgn android player secara live tak??

    • @mursyidsazali
      @mursyidsazali  7 місяців тому

      Kalau android player tu boleh connect wifi dan bluetooth, dan boleh install app dashcam, boleh lah kot agaknya.
      Cuma kalau nak jadikan dashcam tu reverse camera, tak berapa praktikal lah. Sebab setiap kali nak reverse, kena buka app dia secara manual dan tukar ke view camera belakang.
      Kalau dah ada android player, tambah dalam rm30 pasang reverse camera quality AHD (kalau android player support lah).