Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak | UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak (4k Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 бер 2022
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar terletak di Daerah Perak Tengah dengan keluasan kira-kira 392.36 ekar. Kedudukannya yang stategik bersebelahan dengan lebuhraya Ipoh-Lumut membantu memudahkan perhubungan bagi kedua-dua bandar Ipoh dan Lumut.
    Kampus ini telah beroperasi sejak 1 Januari 1999. Pembinaan kolej kediaman pelajar mampu menampung kira-kira 8,000 orang pelajar dalam satu masa. Sehingga kini, Kampus Seri Iskandar menempatkan 9,665 pelajar sepenuh masa dalam 30 program akademik dan 418 pelajar separuh masa dalam 7 program, 539 pensyarah tetap dan 359 kakitangan pengurusan dan staf sokongan.
    Selain daripada bilik kuliah, fasiliti lain yang disediakan seperti 38 makmal komputer dengan lebih daripada 1,000 komputer, 10 bilik kuliah berteknologi (TEC), studio, makmal dan bengkel seramik, dewan serbaguna, perpustakaan dan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi disediakan untuk kemudahan warga kampus dan sewaan awam.
    Tanggal 1 Januari 1985 bermulanya sejarah penubuhan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak setelah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 1 Januari 1985. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang ke 8 dari 13 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.
    Penubuhan kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Cawangan Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke barat Bandaraya Ipoh.
    Di awal penubuhannya kampus sementara ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari semasa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan stor. Di samping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar itu pada Januari 1985 yang mengikuti kursus-kursus Diploma Perakaunan (DIA), Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perbankan (DIB) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS). Manakala, kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan pentadbiran.
    Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri dari Bangunan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
    Selain Kampus Seri Iskandar, Kampus Bandaraya Ipoh yang terletak di Station 18, Jalan Pengkalan, Ipoh telah mula beroperasi pada bulan Jun 2002 yang menumpukan kepada pengajian luar kampus. Perkembangan ini diikuti dengan beroperasinya Kampus Tapah telah pada Oktober 2010 yang memfokuskan kepada bidang ICT. Kini, secara keseluruhannya Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak mempunyai kekuatan seramai lebih 12,000 pelajar, 673 kakitangan akademik dan 453 kakitangan pentadbiran serta didukung oleh lima fakulti, dua daripadanya di Kampus Seri Iskandar dan tiga lagi di Kampus Tapah.
    #uitm #uitmperak #Seriiskandar #uitmseriiskandar #perak #malaysia #fawwazmedia
    -------------------
    Vopna by Alexander Nakarada | www.serpentsoundstudios.com
    Music promoted by www.chosic.com/free-music/all/
    Creative Commons CC BY 4.0
    creativecommons.org/licenses/...

КОМЕНТАРІ • 10

  • @redboxoutlet
    @redboxoutlet Рік тому +11

    First batch Uitm Seri Iskandar hadir..1996 (itm Manjung), 1997 -1999 (uitm sri iskandar) , hanya ada 1 faculty je masa tu iaitu FSPU. Asrama pon tak cukup...zaman tu ada taman maju gan rpa changkat sodang. monyet gan vavi hutan banyak..jenuh tggu bus klu nak pie uitm dari rumah sewa.Bus perak roadway atau sentral bus

  • @Ami-tc1rg
    @Ami-tc1rg Рік тому +7

    Rindu nk kena kejar dgn monyet dpn faculty qs😂😂

  • @zamzam-wf4qh
    @zamzam-wf4qh 2 роки тому +3

    terbaik sahabat good content

  • @nurimarasofea8320
    @nurimarasofea8320 2 роки тому +6

    Tgh viral isu lec uitm seri iskandar perlekeh golongan b40.. Bro trs up video uitm seri iskandar ye.. 😄 Tepat pada masanya.

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  2 роки тому +1

      Ya, habiskan stock video trip perak bulan lepas. 👍👍👍

  • @simahsaion7272
    @simahsaion7272 10 місяців тому +1

    Kolej profesional Mara kat mana

    • @imranlatif5719
      @imranlatif5719 Місяць тому

      Berdekatan dengan Kolej Vokasional Seri Iskandar.

    • @imranlatif5719
      @imranlatif5719 Місяць тому

      UITM&UTP semuanya berdekatan.