KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG BERANGKAT KE PAMERAN TENUN PAHANG DIRAJA DI ROYAL SELANGOR

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 вер 2024
  • KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG BERANGKAT KE PAMERAN TENUN PAHANG DIRAJA DI ROYAL SELANGOR
    KUALA LUMPUR, 9 September 2024 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan di Royal Selangor Visitor Centre, hari ini.
    Turut mengiring Paduka Baginda ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
    dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 10.30 pagi sebelum berkenan menyampaikan titah berkongsi perjalanan membangunkan Tenun Pahang Diraja sejak 21 tahun lalu.
    Sebanyak 25 pasang baju tenun eksklusif milik Paduka Baginda dan paduka anakanda dipamerkan di sini termasuk baju ketika istiadat pertabalan Paduka Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
    Paduka Baginda ketika sidang media menegaskan bahawa nilai kain tenun tidak terletak pada harga semata tetapi segala usaha yang dicurahkan untuk menghasilkannya.
    "Nilai membuatnya (tenun) terletak kepada usahanya, rekaan dan kualiti..nilai terletak pada hasil produknya dari mula hingga akhir (proses penghasilan).
    "Ini adalah usaha saya untuk kongsi kecantikan dan keunikan kain tenun Pahang. Pihak penjara (Pahang dan Terengganu) banyak menolong dari segi pendidikan dan penghasilan (kepada banduan).. dah mahir, sekarang boleh buat teknik 'dua wajah', boleh pakai dua-dua belah (kain/samping) selain memastikan konsep tradisional terus dikekalkan," titah Paduka Baginda.
    Dalam pada itu baginda bertitah, generasi muda perlu ambil tahun mengenai kraf warisan negara agar ia tidak mati dah terus kekal hidup dari generasi ke generasi.
    "Kita perlu bangga dengan warisan kita, itu adalah identiti Malaysia, bagi yang berminat pergilah belajar menenun di institut yang disediakan (Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam) di Pekan.
    "Masuk institut tak perlu bayar, boleh belajar cara menenun dan kraf-kraf lain.
    Kerjasama kerajaan juga membantu menghidupkan tenun dan hasil kraf lain seperti yang diusahakan sehingga kini," katanya. -KESULTANAN PAHANG
    #kesultananpahang
    #tengkuampuanpahang

КОМЕНТАРІ •