LP21 | Daniyal Kadir & Al Jafree - Wirid 2 Penganut Filem Melayu

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 лют 2025
  • BUDAYA KRITIKAN FILEM : MENILAI, MEMBINA ATAU MERUNTUHKAN?
    Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh dua susuk besar industri hiburan negara, Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanah air disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.
    Episod 21; Bagaimana kritikan filem membentuk industri perfileman Malaysia? Adakah ia membantu mengangkat martabat sinema tempatan, atau sekadar menjadi medan perdebatan tanpa hala tuju?
    Dalam episod kali ini, Al Jafree Md Yusop dan Daniyal Kadir, dua nama penting dalam dunia kritikan filem, berkongsi pandangan mereka tentang peranan kritikan dalam dunia perfileman.
    Adakah kritikan di Malaysia bersifat membina atau hanya mencetus kontroversi? Sejauh mana kebebasan pengkritik filem dalam menyuarakan pendapat tanpa dikawal sentimen industri?
    Mampukah kritikan yang tajam diterima sebagai wacana ilmiah, atau hanya dianggap sebagai serangan peribadi?
    Dari sejarah kritikan filem di Malaysia hingga cabaran semasa dalam era digital, perbincangan ini mengupas pelbagai sisi yang jarang didedahkan kepada khalayak. Kritikan bukan sekadar memberi penilaian, tetapi juga berperanan dalam membentuk identiti dan hala tuju sinema negara.
    Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!
    Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!
    Sembang biar berisi...kalau bukan kita, siapa lagi?
    Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.
    #Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #SazaliPRamlee #RuminahSidek #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy

КОМЕНТАРІ • 38

  • @mohdshahrilshah
    @mohdshahrilshah День тому +7

    Bangga dengan Daniyal Kadir. Merit yang sangat kuat sebagai penkritik filem

  • @tkamm6288
    @tkamm6288 День тому +3

    Assalamualaikum, hadir Tuan Adlin dan Dato khai, hidup podcast sembang sambung.

  • @TheMunawars
    @TheMunawars 15 годин тому

    Menarik sekali bila diperkata kan tentang apresiasi filem didedahkan kepada murid sekolah rendah sekolah. That's what films should be selain sekadar hiburan semata-mata. Pembikin seharusnya memikirkan outcome yang dihasilkan oleh karya mereka kepada generasi muda, pewaris bangsa dan negara kita dari sekadar memikirkan tentang pulangan semata. Inilah fungsinya kita memerlukan pengkritik yang berdaya mampan untuk mencetuskan pemikiran yang sihat dikalangan penonton. Awareness for all...yang filem bukan sekadar hiburan untuk semua.
    Bila dikaitkan dengan jati diri.....oh....I have so much to say! Must caling-caling Norman for lepak session dan sembang sampai aku pun tak paham apa dia cakap nanti hahaha. keep it up LP.
    Lagi! Lagi!!! Lagiiiiiii!!!!!!

  • @reduanali7753
    @reduanali7753 11 годин тому +1

    Apa yg menarik tentang podcast legasi dn setakat ni satu2nya podcast yg aku belum bosan utk mononton setiap minggu adlh guest dn topik yg mrk bawa, selepas beberapa minggu disajikan dgn guest yg membincangkan topik panas yg agak peribadi kita dikendurkan dgn guest yg membincangkan topik kritikan yg ilmiah tetapi diimbangi dgn idea2 yg membina dn antara ilmu yg mrk bawakan adlh bagaimana melihat filem dr kacamata seorang pengkritik yg blh mengubah persepsi orang terhadap pengkritik filem.

  • @semangathajar
    @semangathajar День тому +1

    This has got to be my fav discourse thus far. Rasa macam attend junior year college seminar course-work

  • @eddiemas74
    @eddiemas74 4 години тому

    Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh
    LEGASI PODCAST di episod yang ke 21, kita bersembang sambung dengan Al Jafree Md Yusop dan Daniyal Kadir, kedua duanya seorang penulis, pengkarya pengkaji dan penganalisa filem yang kita akan berkongsi pandangan dan menganalisa bersama dalam dunia perfileman.
    Content episod kali ini amat menarik bagi saya kerana menyentuh perkara sejarah perfileman tanahair dan juga pendapat kritikan yang membina kualiti yang terbaik.
    Pendapat saya, kritikan harus lah pendapat yang membina dan bukan kritikan yang menjatuhkan hasil karya orang lain. Pendapat saya, ilmu yang di kongsikan dari Al Jafree Md Yusop dan Daniyal Kadir amaik baik sekali untuk di jadikan panduan dalam menghasil kan apa jua karya dalam Negara.
    Saya mendoakan agar Al Jafree Md Yusop dan Daniyal Kadir, di berikan kekuatan semangat supaya senantiasa memberikan pendapat yang profesional kepada penggiat2 seni tanahair.

  • @AntiFilemSampah
    @AntiFilemSampah День тому +7

    Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menjustifikasikan perbezaan Pengkritik Filem & Pengulas Filem di Malaysia. Pengkritik Filem buat mereka yang saya kira golongan cendiakawan ‘mata ketiga’ yang lahir dari hasil didikan formal khusus kepada apresiasi filem di Universiti dan Pengulas Filem yang rata-rata mereka datang dari saluran sosial media seperti UA-cam & TikTok golongan rakyat marhaen yang mejoritinya tidak mempunyai pendidikan khusus di dalam bidang perfileman namun masih ingin mengutarakan pendapat mereka terhadap pengalaman menonton sesebuah filem yang saya kira masih dalam kategori ‘apresiasi filem’ cuma tidak seilmiah golongan-golongan Pengkritik Filem.
    Pengulas-pengulas filem ni hanya lahir di sekitar 2010an dengan kewujudan media sosial dan Pengkritik Filem sudah wujud dari era filem hitam putih lagi. Jika benar Pengkritik Filem ni cukup memberi impak di zaman mereka (tidak terhad sasaran kepada Pembikin Filem untuk sesebuah filem yang di kritik) jadi kenapa dalam tempoh lebih 20 tahun itu penonton di era media cetak seperti tidak ada apresiasi filem seperti sekarang? Walhal penonton ketika era itu hanya mengharapkan media cetak sepenuhnya. Jika tidak wujud Pengulas Filem di Malaysia, mejoriti besar rakyat marhaen tidak ada garis panduan filem apa yang mereka perlu beri sokongan dan masih ramai akan di tipu dengan lambakan filem-filem ‘sampah’ setiap tahun. Jika hilang kepercayaan penonton terhadap filem Malaysia, adakah ia sesuatu yang positif baik dari segi ekonomi serta tahap apresiasi filem penonton Malaysia? rata-rata filem yang di kategorikan filem 'Sampah' ini hendak dijual dipasaran tidak laku & hendak di hantar ke festival antarabangsa juga tidak layak. Mungkin akan datang bila filem P. Ramlee Jeritan Batinku mula ditayangkan, boleh cuba eksperimen filemnya berharap seratus-peratus dengan Pengkritik Filem tanpa sokongan Pengulas Filem?
    Buat sutradara Al Jafree, kenapa pula aspek teknikal tak penting dalam pembikinan sesebuah filem? Penonton kini sudah matang dan menonton filem secara keseluruhan. Faham saja jawapan ini dari perspektif seorang Penulis Filem, tapi jika saya bekerja buat teknikal dalam filem saudara, kata-kata saudara cukup menyinggung tenaga kerja sendiri umpama tidak perlu pun kewujudan bahagian teknikal filem saudara. Adakah ni justifikasi kenapa visual filem Mencari Rahmat sangat lemah? Umpama guna pakai kamera lansung ke profil warna s-log habis shoot terus sunting filemnya? Walaupun guna pakai DOP ternama (pernah menjulang Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia 2 kali), hasilnya sangat menghampakan bila mana video hasil Pencipta Kandungan tempatan serta hasil kerja Pengarah Filem Muda yang guna pakai telefon pintar mereka nampak professional & berkualiti dari hasil kerja seorang Pengkritik merangkap Penulis serta Pengarah filem tersohor seperti tuan.
    Agak ironi bilamana mengikut logik akal Dr. Daniyal Kadir, ‘Pengulas Filem’ yang sudah membuat penafian bahawasanya mereka datang dari golongan penonton biasa, pandangan & suara yg berpengaruh tidak boleh dikira sebagai pandangan peribadi walaupun pandangan itu dikongsi di dalam ‘saluran persendirian’ seseorang Pengulas Filem? Dan ikut logik akal Sutradara Al Jafree yang menceritakan juga bila mana Daniyal Kadir mengkritik filem Harum Malam menggunakan ‘akaun peribadi’ Daniyal sendiri dan Dain Said respon kepada kritikan beliau adalah ‘setback’ kepada industri? Saya kira Daniyal Kadir juga seorang penggiat industri yang suaranya cukup berpengaruh, jadi ada jumlah minimum pembaca ke untuk sesebuah ‘pendapat peribadi’ tu masih kekal sebagai ‘pendapat peribadi’? Mohon pencerahan.
    Ini bukan kali pertama perbincangan di Internet di mana sesetengah pihak merasakan sesetengah Pengulas Filem menerima bayaran untuk ulasannya tapi bila diminta bukti wujud transaksi berbayar ini, mejoritinya tidak respon sekadar cakap kosong di internet sahaja. Dengan kredibiliti Dato Khai yang di fahamkan pernah bekerja di Media Prima & Astro, mungkin boleh buat perkongsian serta bukti bahawasanya sesetengah Pengulas Filem ini betul dibayar di episod-episod Legasi podcast akan datang kerana sesetengah Pengulas Filem kelihatan seperti mereka terikat dengan produksi besar tempatan. Di akhir sesi audio siar, Daniyal Kadir ada berkongsi pandangan apa yang golongan Pengkritik Filem perlu lakukan bak kata Adlin untuk mengimbangi aspek apresiasi filem dari Pengkritik & Pengulas Filem Malaysia, semoga ia bukan sekadar cakap kosong dan Pengkritik Filem seperti saudara boleh beradaptasi dengan sosial media sedia ada. Kami penonton biasa sentiasa dahagakan kepelbagaian konten ilmiah terutamanya untuk filem Malaysia.

  • @MIKER786
    @MIKER786 8 годин тому

    Saya setuju untuk ada satu pihak yang boleh buat "archieving" bagi filem-filem atau drama-drama yang lama untuk dijadikan rujukan generasi penggiat filem masa depan.

  • @Panah_Beracun
    @Panah_Beracun День тому +2

    Ya..itu dia..👍

  • @TheAdilahsuhaila
    @TheAdilahsuhaila День тому +2

    hadirrr❤❤

  • @matramli2657
    @matramli2657 День тому +2

    filem adalah medium hiburan

  • @aznoorfirdaus1245
    @aznoorfirdaus1245 23 години тому +1

    Dr Norman Yusoff, orangnya segak berbaju hitam, penganalisa filem yang sangat kritikal mcm Tuan Adlin selalu perkatakan, antara tetamu yang patut berada dalam Legasi Podcast

    • @TheMunawars
      @TheMunawars 15 годин тому

      Yessss....Abror as well.
      Waiting...........

  • @janjaijanjai
    @janjaijanjai День тому +1

    mantop boh

  • @semangathajar
    @semangathajar День тому +2

    Saya tunggu M.Nasir dan Nasir Jani

  • @parangsakti
    @parangsakti 19 годин тому

    Kalau dikritik, disuruh buat filem sendiri? Kenapa..
    Penonton menyatakan apa yg mereka lihat & rasa.. bukankah filem disajikan utk penonton...
    Penggiat seni kata, kita ada kekangan itu dan ini.. jadi, jgn nafikan kelemahan itu.. nyatakan, jika tiada halangan, kita mampu buat... dan bila diberi peluang, maka buktikan kemampuan itu..
    Seni itu sendiri adalah rasa... ia bukan ilmu semata... penonton X nak tahu ilmu itu.. yg mereka mahukan, rasa itu sampai...

  • @Psycool_Rulz
    @Psycool_Rulz 21 годину тому

    setuju dengan Daniyal 43:55 filem Karaoke (2009) pernah ditayang di Cannes & menang di CIFF, tapi masih tak dapat ditonton lagi.. hanya ditayang di pawagan dulu..

  • @mohdfaizmohamadshariff2977
    @mohdfaizmohamadshariff2977 18 годин тому

    Assalamualaiku ape Kate.... Ini cadangan saye sahaje mungkin dapat di wujutkan Dari pihak Legasi Sembang Sambung membuat 100 list filem terpenting di Malaysia.... Dalam berbentuk UA-cam canel baru 100 list Legasi filem Malaysia (100 LLFM). Itu panangan saye la.....

  • @RazeefRazeff
    @RazeefRazeff День тому +1

    Sy jujur kata kalau tak melihat konten ini saya cuma kenal adlin Dari zaman dia jadi juri d akademi fantasia d tv.. semenjak mengguna smart phone semakin kurang nonton tv & mengikuti perkembangan film2 & drama tv Malaysia oleh itu Sy tidak tahu siapa org2 dlm filem Malaysia contoh al jefri & dato khai.. dengan ada teknologi green screen & AI mungkin akan lebih mudah mmbuat film berlatar belakang tahun 50an,60an & 70an ..mungkin yg paling susah untuk pengarah adalah pelakon2 yg dpt membawa watak2 p.ramlee & pelakon2 & istri2 beliau d zaman kegemilangan & kejatuhan beliau... Saya rasa konten ini masih juga selingan kerana kurang bercakap tentang p.ramlee..persoalannya ada kah Al jefri layak untuk mnjadi pengarah film kisah p.ramlee..

  • @shahkadir1276
    @shahkadir1276 17 годин тому

    Suka baca coretan Al Jafree tentang filem di FB. Dia kena rajin tulis panjang sikit lah.. banyak ilmu tu

  • @AriFakir-h4u
    @AriFakir-h4u 23 години тому

    ❤❤

  • @FlyingFath
    @FlyingFath 22 години тому

    Saya harap LP dapat mjemput Othman Hafsham pula nanti..

  • @azlan93lan43
    @azlan93lan43 День тому +1

    Interview lah zhaff vlog dgar dia hebat sangat pengkertik filem

    • @alfakirabdullah1518
      @alfakirabdullah1518 23 години тому +1

      Tu bukan pengkritik filem ..tu pengkrik2 ...berbagi pendapat sama mcm penonton2 lain nya... knowledge ada tapi sekadar sepintas lalu...budak 15 tahun pun boleh BG pendapat sama😂😂😂

    • @azlan93lan43
      @azlan93lan43 23 години тому +1

      @ dia rasa zhaff hebat sangat dapat bergambar dgn artis pergi tayangan perdana

    • @alfakirabdullah1518
      @alfakirabdullah1518 23 години тому

      @azlan93lan43 modal Dy kritik filem sambil tarik producer bg tiket free UTK tengok...lebih kepada promosi filem Sy tengok...

  • @kimothemo
    @kimothemo 6 годин тому

    Bab teknikal saya pentingkan hanyalah audio. Antara sebab saya tak suka filem 80-an ialah kualiti dubbing yang teruk, dan lebih-lebih lagi ketawa “ehehehe” yang melampau.

  • @zulkiflimohamad550
    @zulkiflimohamad550 2 години тому

    Utk pengetahuan legasi pihak uni bermasalah utk menonton filem2 selepas era hitam putih

  • @muhammadmuzamil5559
    @muhammadmuzamil5559 День тому +3

    Kenapa x jemput zhaf gemuk,dia lebih hebat

    • @adriantan9825
      @adriantan9825 22 години тому +1

      Tak elok mengejek badan tubuh Zhaf. Berdosa tau.

    • @haiqalamir2023
      @haiqalamir2023 19 годин тому

      Zhaf belum layak

    • @Hamka-e4o
      @Hamka-e4o 7 годин тому

      belum layak… serius.. tak layak

  • @wannajlin
    @wannajlin День тому +1

    Kene jemput bos Siar ni.

  • @PatikTulis
    @PatikTulis День тому +1

    Seniwati Sarimah belum jemput

    • @NazmiNaim-y4q
      @NazmiNaim-y4q День тому

      Betoolll

    • @elmiewahid4389
      @elmiewahid4389 День тому +1

      Saya lagi tunggu Seniwati Sarimah juga termasuk Seniwati Zaiton, Najwa P Ramlee dan Dian P Ramlee