Assalamualaikum..... Sy bela dopper untuk jual daging..... Sy pilih baka terbaik....dapat anak baru potong.... Sy pilih dopper sbb umur 7- 8 bulan dah boleh sembelih....... Sbb dopper ni jenis biri2 sado.... Cepat besar.... Jimat masa😊😊...... Tp perlu pemakanan yg cukup.... Betul2 gemuk... Bru ada untung.... Kalau kurus... Memang x lepas😅.... Apa2 pun sama2 kita kongsi... Bertukar pendapat... Salam Dari penternak Hulu selangor
Betul la tu.. Dorper org jual utk main baka.. Kawinkan biri biasa besar sikit la.. Kalau dorper jual utk pedaging harganya xkan jadi mcm tu.. Kalau pergi kandang beli kambing /biri2 harga akan beza utk tujuan bela/makan2/akikah.. Selalunya utk tujuan makan2 akan lebih murah sebab spec rendah, xperlu bela lama.. Spec akikah qurban pula perlu cukup umur & sifat.. Spec utk bela selalunya bentuk badan, saiz kaki,induk beranak kembar, & beberapa spec lagi diambil kira utk menjamin kualiti induk yg baik.. Harganya pasti berbeza.. Kena ada pengalaman utk beli & pilih.. Bukan beli kt fb semata2.. Pergi tgk dpn mata lebih baik.. Insyaallah sedikit perkongsian bersama.. Salam satu minat..
Terbaek PakLong👍🏼 Maaf PakLong🙏🏼 Saya pon baru 2 tahun bela biri2. Masih belajar. Pada saya ini bukan pendedahan tapi perkongsian. Dorper di Malaysia masih lg biri2 hobi/permainan tu yg mahal. Top 5 daging biri2 paling sedap(bleh google). Daging dorper di market sekitar rm60/kg. Dorper betina utk breeding. Dorper jantan biasanya utk pembaka/daging, besar & mahal so berbaloi utk tujuan daging. Contoh dorper jantan berat 100kg, siap proses daging & tulang hanya dapat +-50kg sahaja. Biri2 kampung sesuai utk apa sahaja. Biri2 cross sesuai utk apa saja. Untung utk tujuan daging. Senang jual. Berat & lebih besar dari biri2 kampung. Lasak & senang di bela. Pendapat saya, Dorper lebih manja utk di bela sebab ianya biri2 hybrid. Kandang PakLong dalam kebun, siang sangat panas dan malam Plk sejuk angin direct tiada pokok keliling kandang. Tanam pokok rapat keliling kandang agar tak terlalu panas siang hari. Sebab bumbung kandang PakLong rendah sangat. *InsyaALLAH peminat dorper tak marah sebab Perbandingan antara dorper dan biri2 cross/kampung adalah tak sepadan. Skarang dah 2 tahun bela biri2 saya lebih suka bela biri2 Santa Ines & Barbados Blackbelly. Khas utk daging dan hobi. Maaf tersalah kata. Manafaat ambil, rasa sembang kosong tinggalkan🙏🏼 *Tetap semangat ya PakLong✌🏼👍🏼 ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD.
tuan tuan ada hak untuk komen.. pak long juga sedang tunggu komen² yg x seiring dgn apa yg pak long cuba clearkan. pak long hanya bg pendapat dan syor berdasarkan apa yg berlaku. tuan² berhak komen dgn fakta masing². cuba bincang secara ilmiah ya.. x perlu emosi sangat...😊😊
Salam pak long terima kasih atas perkongsian.. dorper di malaysia harga agak tinggi sbb dijual untuk baka sama sperti lembu limousine yg agk mahal hrga baka di malaysia terutama di kelantan..kandang dorper pak long klau boleh kna tggi sikit skurang2 5kaki bg mngelak gas ammonia naik ke ats hasil dr percampuran najis & air kencing..sgt bhaya untuk kesihatan ternakan. sy pn bela dorper untuk breeding smua PB direct Australia. Bapak kndang berat hidup 120kg. Betina ada sekor je yg cecah 100kg yg lain dlm linkungan 40-60kg.. Video ada di channel sy.
Yang best owner farm tu orang Malaysia kita. Dia beli farm tu luas 200 ekar cuma 500k aud jer. Dan dia ternak dorper semua rasanya. Nak citer lebih boleh pm. Sebab aussie payah sikit.. kami tak boleh nak sembelih sesuka hati. Kena laluu abbatoir berlesen.
Assalamulaikum pak long Sy ader bela kambing Dan lembu .tentang kambing Sy lebih suka bela bebiri cross...Dr dopper. Cross lagi padat Dan padu walaupun dia kecik Dr dopper. Tentang dopper no Komen....TU sensetif pada penternak dopper...maaf..Selamat hari CNy.
Tahniah Pak long...atas pendedahan dan maklumat.. Hanya Allah yg membalas jasa baik Pak long... fikirkanlah wahai penternak. Dan perniaga-perniaga kambing.. ikhlas bagitau ni..
Kambing betina dgn jantan quantity daging yg diperoleh berbeza.Betina kurang daging jika dibandingkan dgn jantan. Kita beli baka hanya utk upgred brg bg mendapatkan hasil yg cantik. Kita sbg breeder kalau nk bantu kurangkan harga pasaran,kita biakkan dan jual pada harga yg berpatutan.Yang mahal cuma induk dan baka sahaja.Kalau kita nak membantulah...
Konsep penternakkan mcm ni pak long..asingkan penternakan pedaging dgn breeding..kalau bela utk daging kena beli secara langsam harga lebih murah dan blh kira jumlah daging ttp utk breeding beli sepasang,untung modal dapat utk anak2 generasi dia org .berat pulak bergantung teknik pengemukkan...bila bercakap pasal daging kebanyakkan daging ni induk yg jantan lebih banyak dari betina.tpi semua bergantung pada manusia itu sendiri
Boleh tahan meriah komen disini.. Hahaha.. Sebab tu dari 2014 saya mula masuk dalam bidang penternakan, saya tak beli barang import (kambing boer).. Tujuan saya bela kambing untuk sembelih, jika beli kambing boer, memang rugi lah.. Tetapi kalau cross untuk dapat saiz kambing yang lebih baik, saya sokong.. Moga kita jelas dengan tujuan kita bela..
Kemudahan di negara kita syukur al hamdulillah baik dri segi bank rumput n bahan sisa seperti buah buahan,ubi n lain lain...tapi tengok di negara seberang...kemudahan bank makanan kambing n lembu terhad sangat..tapi penternak mereka sangat gigih..dan penternak mereka sangat berjaya
Paklong macam BMW ngan proton saga la, barang impot memang mahai, lebih baik bela kambing biasa saya rasa bebaloi paklong, tq paklong bagi pencerahan,👌👌👌
sy suka paklong buat video2 dari kebun, apa saja yg betul dan yg salah yg paklong buat menjadi pengajaran pada sy dan penonton2 lain.. tiba rezeki sy nnt sy pon akan mulakan kecil2 juga, jadi ilmu yg sy guna sedikit sebanyak dtg dari pengalaman belajar online di kebun abah ni..☺ tp dalam banyak2 kerja kebun ni sy rasa nak memagar kebun sendiri rasa cabaran sangat. nak upah org takut mahal pulak buat sendiri bole tahan penatnya tu hahaha.. apa2 pon semoga kebun abah terus maju jaya..dan pak long sentiasa sihat sejahtera..
Awal awal dulu sya dh fikir...not worth dgn doper ni...biri biri biasa lebih mudah.bela....dan kurang risiko pyakit.. Jual pon mudah....harga baik waktu kurban.
Kursus Pak Long ....Kursus macam Pak Long habaq..kalau dah pi, nampak berilmu sikit dan boleh share ilmu ngan kami.ilmu+ pengalaman =Mantap Paklong..45rm × 10 kg = 450 tu kedai besa...modal beli RM1200 + modal bg makan pellet segala jenis kata dalam RM400..haaa baik beli daging kat pasar.haha..letih wooo
pak long cuma habaq berserta bukti yg ada. kalo ada org x boleh terima apa yg pak long cuba sampaikan, itu terserahlah. pak long ikhlas habaq, pilihan pada masing². tq ya
Penjelasan yang terbaik paklong.. dari total daging 10kg kalau ditolak berat tulang mau tinggal 5kg saja..bela doper beda buat sup tulang saja paklong.. 🤣 Kalau org bela doper ke kambing kampung sekali pun bertujuan nak dibuat makan..tujuan nya sama,kalau kita beli doper mahal2 setakat nak makan sup tulang lebih baik beli kambing kampung,harga xmahal org yang beli pun xterasa kena game dari sekor kambing berat daging 5kg sian pada pembeli..
Paklong kira harganya mahal sebab belum dibiak kan paklong tapi saya rasa sekiranya paklong berjaya biakkan dia Dari 12 ekor yang paklong beli tu menjadi 2 kali Ganda ke katakan jadi 24 ekor inshallah time tu paklong xkan rasa sangat harga daging tu mahal Dan x rasa rugi cuma tulah bila dikira ii dengan dedak Dan jugak paklong beli rumput tu dekat kawan mmm secara jujur saya cakap memang menangis tapi xpe saya tau paklong pun Dah Cuba Tanam sendiri rumput jadi inshallah next time Dari segi kos Makanan paklong dapat kurangkan Dan saya inshallah akan terus support kebun abah ni semoga maju jaya paklong , Kalau diberi kesempatan nak sangat datang melawat ke kebun abah ni hehe suka tengok video ii paklong Dari Tanah tu hutan sehingga sekarang
Betul pak long..senang kira klo biri/ kambing tu tak sama besar dgn lembu jaras memang takla sampai 100kg..beli sejenis tali tape paklong, ukur lilit rusuk dia dapat anggaran berat dia..berat kita pun boleh dapat pakai tali tape tu..animal weight tape measure dlm shopee
Tidak Mencela Tidak Kecam dan Tidak Marah... tapi rakyat hargai.... atas Pencerahan ilmu yg baik... TERIMAKASEH ILMU YG DI LONTARKAN Semua Tercatat di buku AMALAN. mudahkan buku amalan di terima di tangan KANAN...DI PADANG MASYAR KELAK....Aminn.. Soalan : Kawasan Tanah Hang Cantik , Berapa keluasan dan di mana kawasan ladang ini...?
Masha-Allah banyak-banyak terima pak Long diatas perkongsiannya, Alhamdulillah Syukur sangat-sangat dapat pengetahuan tentang perkiraan bagi jualan harga daging segar & jualan hidup. Semoga Pak Long diberikan kesihatan yg baik serta diprmudhkn stiap urusannya Aamiin Yaa Rabbal Alamin 🤲☺️
Assalamualaikum Pak long. Semoga terus maju jaya dlm penternakan. Kambing kampung mix gurun lagi tahan lasak dari sepisis lain. Jarang kena ciritbirit. Kalau kena ciritbirit bole cuba bagi mkn daun senduduk. Insyallah baik sehari dua 😁
Salam, saya pun bela Dorpers sebagai sampingan, tak banyak dalam 45 ekor. Tapi tak ada pulak yang macam Dorpers Pak Long. Keadaan Dorpers Pak Long seperti Dorpers yang berapa kali keturunan kacuk beranak lokal tetapi dibeli dengan harga premium. Kalau berat 25kg tu macam berat kambing pencen je tu. Dorpers di kandang saya rata lebih 40-50kg. Tapi seperti biasa lumrah, cabaran berbeza, hasil berbeza, kejayaan orang bukan untuk semua, seperti juga kegagalan seorang bukan bererti kegagalan semua. Walau bagaimanapun satu perkongsian yang baik untuk menjadi contoh penternak lain.
W,salam terima kasih atas pendedahan yang paling berani ini. Untuk info pak long genetik ternakan atau tanaman akan menurun bila berulang kali dibiakkan dari induk yg sama. Sebab itulah seperti pak long cakap biri2 banyak orang cross baka. Saya minta lepas ni kalau nak beli tengok brg dulu jangan bardasarkan jenama. Dari pengalaman saya lebih 25 thn dlm bidang ni saya hanya guna induk yg sama untuk 2 kali anak saja kalau lama dipakai anak kecik. Doper pak long generasi yg keberapa pun tak tau sebab saiz dia kecik
betul tu.. walaupun nama saja dorper, tapi belum tentu baka dorper tu dari type purebreed atau pureblood.. mungkin dah jauh F.. boleh jadi F3 @ F4. harga dorper mahal disebabkan boleh dijadikan sebagai pembaka induk betina atau pejantan. Contoh, seekor anglo nubian baka pejantan purebreed saja boleh cecah RM30k sekor. kenapa begitu mahal? sebabnya kambing ini adalah baka asli dari type purebreed yang mana induk ini boleh dikembangbiakkan daripada induk yang asli ini sendiri. Boleh hantar sampel ujian darah di makmal veterinar utk ujian baka mcm DNA test utk kenalpasti kesahan baka. Contoh lain, kenapa BMW harga terlalu mahal berbanding proton? sebab jenama je ke? sampai destinasi sama je.. tapi anda sendiri tahu jawapannya..
"Jika anda tiada masalah, cari dan bela sepasang kambing !!!!!" Iklim kita hujan berlebihan, kebanyakan baka impot dari negara tropika kurang hujan.Olih itu tentukan kaedah sesuai supaya anda tidak jadi hamba kambing. Tempat asal, 200 -300 ekor hanya dijaga olih seorang budak tadika waktu petang sahaja & beri pulangan utk keluarga... sebab ada kawasan ragut yang sesuai. Anda bolih pilih kaedah fidlot @ meragut, terbaik ada bekalan rumput & dedaun sendiri utk ternakan kambing berkualiti selain faktor2 berikut :- 1) Ruang kadang yang bersih & kering termasuk zon perumpun api di musim hujan terutama utk anak2 kambing. 2) Kawasan berpagar utk ternakan merayau-rayau, mengawan & berjemur dan pastikan cerun tanah memudahkn aliran air hujan keluar supaya setiasa berkeadaan kering & permukaan tanah kejab tidak berlumpur. 3) Pastikan struktur binaan anda teguh kerana kambing yang sihat agak buas dan nakal terutama yang jantan2. 4)Pemilihan baka bergantung kpd ;- a) kesediaan masa yg anda bolih beri tumpuan rutin harian,mingguan & bulanan. b)Luas plot ladang ternakan anda. c)Terrain@rupabumi tanah anda. d)Pengalaman yg sudah ada @ bolih dilatih dlm keluarga. e)Sumber kewangan yg tersedia utk hobi @ habuan rezeki tambahan. f)Kaedah anda proses makanan... pastikan seimbang kandungan protein, tenaga,fiber hijau, fiber kering(karbon), garam & mineral. Amat memberi kesan kpd berat & kualiti dagingnya. Jika anda menternak kambing secara meragut sendiri , pilih baka kacukan yg panjang telinga tidak melebihi hujung mulut kerana faktor kelembaban keterla luan dimusim hujan. Banyak penyakit berlaku di musim hujan samada peringkt dewasa @ anak. Perumpun haba api amat membantu diwaktu malam & jenis2 dedaun yg kurang kandungan air diberi waktu siang hari jika tdk mahu beri pellet yg dibeli.Kualiti pellet kilang kini makin merosot sedangkan harga terus naik.... Awas ya !!!!! kita ternak kambing untuk TAMBAHKAN & BUKAN SUSUTKAN TABUNGAN YANG KITA SABAR SIMPAN; Selain;- a) ingin rasa fresh mutton yg juicy. b)umur kambing cukup umur. c)tengok kenakalan perangai kambing d)bantu senamrobik harian anda. e)guna tanah secara produktif. f) mengamal sikap penyayang kpd haiwn w/pun tujuannya utk dikorbankan. g)mengenali baka2 kambing dunia. h)be the sherperd to share the PERT's maksud saya mudah buat amal jariah sepanjang masa sebab kambing biasa LAHIR 2 EKOR 2 KALI SETAHUN.... jika anda sudah capai momentumnya.
assalamualaikum paklong. dr sudut kiraan daging mmg mcm tu paklong.. tp kt malaysia penternak ad segmen dan peranan masing2.. klu kira untuk daging(potong) kita tetap perlukn baka utk di cross baru hasil kita berganda.. smoga semua yg tgk video ni dpt buka minda dan fokus pada matlamat masing2..
Kalau mcm tu ,...x dak orglah, nak beli dorper ni ,..beli utk mkn2 jadi rugi ,...bukan semua org nak jadi penternak ,..cuma boleh buat pameran ja ,..buat showroom ,..apa2 pun ,terima kasih pak long ,..syabasss...!!..
biri ni area melborne pon buat qurban harga 200 aud itu hrga kwsan bandar.kalau masok kwsan luar bandar lg murah.padan la masok ke malaysia biri ni jd hrga kayangan.jwpn d mudah..biri australia lebih bnyak dr populasi manusia(pengeluaran melebihi permintaa)manakala malaysia pula manusia lebih bnyk dr biri ni(permintaan melebihi pengeluaran)kpd yg berminat menternak ni 100%tak rugi sbb permintaan akan sentiasa melibihi pengeluaran yg mengakibatkn hrga pasaran sentiasa tiggi.
Baik punya perkongsian ilmu... Kambing ni kuat makan tak kira siang mlm..selagi ada rumput kt ctu..tapi berat x naik2 jugak ..banyak taik dari daging...
Sama la halnya dengan Lembu Sado a.k.a limosin, belgian blue, charolis etc. Harga buat kenduri bukan main mahai. Lebih lagi kalau korban. Yang dapat manfaat secara berterusan bukan penternak, atau pembeli. Sebaliknya si penjual dedak atau makanan haiwan la yang galak duk penaik harga makanan haiwan dek kerana galaknya minat dan obsesi masyarakat Melayu khususnya terhadap hobi lembu sado berkenaan. Alasan Covid semua tu sebagai penyedap saja untuk rasionalisasi kenaikkan. Walhal bila ekonomi dan import balik kepada keadaan sebelum covid, harga makanan haiwan tidak berlaku penurunan sebagaimana kenaikkan tempoh hari. Pembeli nak beli utk apa jua tujuan, tetapi kos pemilikannya menjadi mahal. Terjadi Kurang permintaan. Harga tak menarik kecuali dibeli dengan harga rendah. Penternak nak jual, tapi harga tak balik modal kos makanan dan sebagainya. Terpaksa bela. Terpaksa beli makanan haiwan mahal. Kalau tak beli langsung, lembu tak naik timbangan, takda spesifikasi dikehendaki. Yang untung, tentunya semua terlibat dalam rantaian makanan haiwan.
Betul tu Pak Long Macam bela rusa juga. Jual induk, anak ibu untung. Jual daging mahal sangat jadinya. Permintaan tak meriah. Yang frozen harga murah katanya bukan rusa ori tapi daging lain. Wallahuallam. Dulu perternak rusa macam cendawan tumbuh, meriah. Sekarang apa dah jadi?
Sembang santai berlatar belakangkan pokok pokok pisang tu memang kena gayanya cikgu abah, teruskan ruang sembang santai mungkin seminggu sekali cikgu abah, boleh slot sikit sikit hal mengenai hal hal kebun ke baja ke, jenis jenis tumbuhan ke, janji sembang santai, pondok ngopi tu pun mantap
Xpa pak long.. kita peringkat permulaan ni memang mcm² benda nk pikir..untung ruginya... tapi utk bejaya.. kena hadap halangan tu...inn shaa Allah..dh berjaya nnti..kita kira balik apa modal n kos kita...
Yup bergantung atas tujuan dn objektif.. Kalau bela sb nk makan daging better cross atau biri2 biasa.. Kalau untuk jual pada jenama so biri mcm doper ni memng blh hasil.. Namun lg menguntungkan kalau di biak dri beli yg sudah besar.. Pendapat saye la.. Huhu
sebenar nya ini pun bagus untuk penternak2 untuk mengetahui ternakan mana tak patut ternak bagi mengelakkan masalah / isu yang boleh mengjahanamkan penternak sendiri.
Wkmslm..Pendedahan Yg Penuh Keikhlasan..Semoga Kita Semua Dpt Manfaat Dari Pendedahan Dan Penjelasan Ini..Terima Kasih Pak Long,Semoga Di Murahkan Rezeki Dan Berikan Kesihatan Yg Baik..👍👍
salam paklong. terbaik video kali ni. teruskan usaha. kambing kampung pun sama maslah jugak. sumbat bg makan takmau besaq2. cross terbaik. sabaq sikit lagi paklong.. satu hari bila dah harga daging lembu korban setompok cecah rm1200 mungkin org ramai akan mula pilih kambing dan biri2 untuk buat korban. sekrg pon dah rm900. teruskan paklong. barakallahu fik.
Pak long seorang yg jujur....terbaik dari info yg pak long bagi...semoga pak long sekelurga sihat dan dimurahkan rezki...salam dari sarawak
tq🙌🏿
Assalamualaikum..... Sy bela dopper untuk jual daging..... Sy pilih baka terbaik....dapat anak baru potong.... Sy pilih dopper sbb umur 7- 8 bulan dah boleh sembelih....... Sbb dopper ni jenis biri2 sado.... Cepat besar.... Jimat masa😊😊...... Tp perlu pemakanan yg cukup.... Betul2 gemuk... Bru ada untung.... Kalau kurus... Memang x lepas😅.... Apa2 pun sama2 kita kongsi... Bertukar pendapat... Salam Dari penternak Hulu selangor
Pendedahan berani mati ni pak long. Terima kasih sebab kongsi ilmu mahal ni. Rasa & berat sama tapi harga yg jauh berbeza. Terbaik👍👍👍
ini berdasarkan realiti yg kita alami sendiri
Betul la tu.. Dorper org jual utk main baka.. Kawinkan biri biasa besar sikit la.. Kalau dorper jual utk pedaging harganya xkan jadi mcm tu.. Kalau pergi kandang beli kambing /biri2 harga akan beza utk tujuan bela/makan2/akikah.. Selalunya utk tujuan makan2 akan lebih murah sebab spec rendah, xperlu bela lama.. Spec akikah qurban pula perlu cukup umur & sifat.. Spec utk bela selalunya bentuk badan, saiz kaki,induk beranak kembar, & beberapa spec lagi diambil kira utk menjamin kualiti induk yg baik.. Harganya pasti berbeza.. Kena ada pengalaman utk beli & pilih.. Bukan beli kt fb semata2.. Pergi tgk dpn mata lebih baik.. Insyaallah sedikit perkongsian bersama.. Salam satu minat..
biri² cukup umur hanya setahun
Pak Long ni memang terbaiklah Terima kasih Pak Long kerana bagi tahu tentang biri-biri
Terbaek PakLong👍🏼
Maaf PakLong🙏🏼
Saya pon baru 2 tahun bela biri2. Masih belajar.
Pada saya ini bukan pendedahan tapi perkongsian.
Dorper di Malaysia masih lg biri2 hobi/permainan tu yg mahal. Top 5 daging biri2 paling sedap(bleh google). Daging dorper di market sekitar rm60/kg. Dorper betina utk breeding.
Dorper jantan biasanya utk pembaka/daging, besar & mahal so berbaloi utk tujuan daging. Contoh dorper jantan berat 100kg, siap proses daging & tulang hanya dapat +-50kg sahaja.
Biri2 kampung sesuai utk apa sahaja.
Biri2 cross sesuai utk apa saja.
Untung utk tujuan daging.
Senang jual.
Berat & lebih besar dari biri2 kampung.
Lasak & senang di bela.
Pendapat saya, Dorper lebih manja utk di bela sebab ianya biri2 hybrid.
Kandang PakLong dalam kebun, siang sangat panas dan malam
Plk sejuk angin direct tiada pokok keliling kandang.
Tanam pokok rapat keliling kandang agar tak terlalu panas siang hari. Sebab bumbung kandang PakLong rendah sangat.
*InsyaALLAH peminat dorper tak marah sebab Perbandingan antara dorper dan biri2 cross/kampung adalah tak sepadan.
Skarang dah 2 tahun bela biri2 saya lebih suka bela biri2 Santa Ines & Barbados Blackbelly.
Khas utk daging dan hobi.
Maaf tersalah kata.
Manafaat ambil, rasa sembang kosong tinggalkan🙏🏼
*Tetap semangat ya PakLong✌🏼👍🏼
ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD.
terima kasih sangat² atas perkongsian yg bermakna ni. pak long sangat hargai
tuan tuan ada hak untuk komen.. pak long juga sedang tunggu komen² yg x seiring dgn apa yg pak long cuba clearkan. pak long hanya bg pendapat dan syor berdasarkan apa yg berlaku. tuan² berhak komen dgn fakta masing².
cuba bincang secara ilmiah ya.. x perlu emosi sangat...😊😊
Salam pak long terima kasih atas perkongsian.. dorper di malaysia harga agak tinggi sbb dijual untuk baka sama sperti lembu limousine yg agk mahal hrga baka di malaysia terutama di kelantan..kandang dorper pak long klau boleh kna tggi sikit skurang2 5kaki bg mngelak gas ammonia naik ke ats hasil dr percampuran najis & air kencing..sgt bhaya untuk kesihatan ternakan. sy pn bela dorper untuk breeding smua PB direct Australia. Bapak kndang berat hidup 120kg. Betina ada sekor je yg cecah 100kg yg lain dlm linkungan 40-60kg.. Video ada di channel sy.
tahniah tuan..
Betul tuan..kandang Kambing ni dia kena tinggi sbb kambing ni sensitif..nk habaq lama da takut kena kecam.
Tahun ni kampung korban dorper di Seymour Australia... Seekor 240 aud. Berat 80 kg sekor.
murahnyq harga tu.
Yang best owner farm tu orang Malaysia kita. Dia beli farm tu luas 200 ekar cuma 500k aud jer. Dan dia ternak dorper semua rasanya. Nak citer lebih boleh pm. Sebab aussie payah sikit.. kami tak boleh nak sembelih sesuka hati. Kena laluu abbatoir berlesen.
Pandangan ikhlas dan dari pengalaman org biasa yg tidak mempunyai modal spt org2 kayangan. Terima kasih Pak Long
ya tuan, tapi orang marah x puas hati bila cakap ikhlas macam ni
Betul tu Paklong. Kalau kita bela jual hidup. Ada untung. Kalau kita beli untuk buat jual dagin. Kita rugi. .
Assalamulaikum pak long Sy ader bela kambing Dan lembu .tentang kambing Sy lebih suka bela bebiri cross...Dr dopper. Cross lagi padat Dan padu walaupun dia kecik Dr dopper. Tentang dopper no Komen....TU sensetif pada penternak dopper...maaf..Selamat hari CNy.
Video yg bernafaat bgi penternak pemula dn pngguna,,tbaeek pklong,,👍
Mantap pak long👍👍👍👍🐐🐐🐐🐐terbaiklah paklong
Tahniah Pak long...atas pendedahan dan maklumat.. Hanya Allah yg membalas jasa baik Pak long... fikirkanlah wahai penternak. Dan perniaga-perniaga kambing.. ikhlas bagitau ni..
Terbaik pak long
Kambing betina dgn jantan quantity daging yg diperoleh berbeza.Betina kurang daging jika dibandingkan dgn jantan.
Kita beli baka hanya utk upgred brg bg mendapatkan hasil yg cantik.
Kita sbg breeder kalau nk bantu kurangkan harga pasaran,kita biakkan dan jual pada harga yg berpatutan.Yang mahal cuma induk dan baka sahaja.Kalau kita nak membantulah...
yea setuju..kalau beli sekor terus nk untung mmg xlah..jadikan baka..biakkan lepastu jual harga sama mcm kambing/biri2 biasa
terbaik pak long..superb
Konsep penternakkan mcm ni pak long..asingkan penternakan pedaging dgn breeding..kalau bela utk daging kena beli secara langsam harga lebih murah dan blh kira jumlah daging ttp utk breeding beli sepasang,untung modal dapat utk anak2 generasi dia org .berat pulak bergantung teknik pengemukkan...bila bercakap pasal daging kebanyakkan daging ni induk yg jantan lebih banyak dari betina.tpi semua bergantung pada manusia itu sendiri
#ye...pak long...kaum mana yg cipta
Ekonomi...dgn branding...
Bungkusan yg cantik..colorful..blink..blink...
Akhir..jadi sampah...boleh makan bungkusan blink..blink..#👍👍👍pencerahan ini..pak long#
Kambing, kena jual nyawa.
Baru ada untung.
Sebab tu kena sembelihan korban guna unit seekor
Bukan jual daging kilo.
Thanks Pak Long.
Alhamdullillah
Atas keikhlasan mu pak long. Hebat pk long
Apapon kerja buat kena ikhlas..nk Cari redha allah ..allah sayang hati kita tenang..
Waalaikumussalam alhamdulillah syukur mantap 💪😍👍 terbaiklah Pak Long KEBUN ABAH 😊🥰👏
Terima Kasih Pak Long..maklumat Yang amat berguna.,
ilmu yang bermanfaat. pahala yang berterusan. terima kasih paklong
Boleh tahan meriah komen disini.. Hahaha.. Sebab tu dari 2014 saya mula masuk dalam bidang penternakan, saya tak beli barang import (kambing boer).. Tujuan saya bela kambing untuk sembelih, jika beli kambing boer, memang rugi lah.. Tetapi kalau cross untuk dapat saiz kambing yang lebih baik, saya sokong.. Moga kita jelas dengan tujuan kita bela..
tq tuan atas komen tuan ni.. tq tq
Terbaik paklong nampak paklong mmg iklas menerangkn hal yg sebenar byk yg kita xtahu tq paklong👍👍👍
cuba terangkan.. tapi ada org yg x boleh terima
Kemudahan di negara kita syukur al hamdulillah baik dri segi bank rumput n bahan sisa seperti buah buahan,ubi n lain lain...tapi tengok di negara seberang...kemudahan bank makanan kambing n lembu terhad sangat..tapi penternak mereka sangat gigih..dan penternak mereka sangat berjaya
betul tuan..
Paklong macam BMW ngan proton saga la, barang impot memang mahai, lebih baik bela kambing biasa saya rasa bebaloi paklong, tq paklong bagi pencerahan,👌👌👌
yaa..
sy suka paklong buat video2 dari kebun, apa saja yg betul dan yg salah yg paklong buat menjadi pengajaran pada sy dan penonton2 lain.. tiba rezeki sy nnt sy pon akan mulakan kecil2 juga, jadi ilmu yg sy guna sedikit sebanyak dtg dari pengalaman belajar online di kebun abah ni..☺ tp dalam banyak2 kerja kebun ni sy rasa nak memagar kebun sendiri rasa cabaran sangat. nak upah org takut mahal pulak buat sendiri bole tahan penatnya tu hahaha.. apa2 pon semoga kebun abah terus maju jaya..dan pak long sentiasa sihat sejahtera..
Terbaik paklong in 4👍
Biri2,,kambing,,lembu... Masing2 ada pilihan bg penternak...nk bela utk main baka @ bela utk pedaging.. 😊
perkongsian paling PADU pada tahun 2023.. terima kasih paklong untuk perkongsian.. pendedahan paling bagus.. terima kasih terima kasihhhhh...
Awal awal dulu sya dh fikir...not worth dgn doper ni...biri biri biasa lebih mudah.bela....dan kurang risiko pyakit..
Jual pon mudah....harga baik waktu kurban.
Kursus Pak Long ....Kursus macam Pak Long habaq..kalau dah pi, nampak berilmu sikit dan boleh share ilmu ngan kami.ilmu+ pengalaman =Mantap Paklong..45rm × 10 kg = 450 tu kedai besa...modal beli RM1200 + modal bg makan pellet segala jenis kata dalam RM400..haaa baik beli daging kat pasar.haha..letih wooo
pak long cuma habaq berserta bukti yg ada. kalo ada org x boleh terima apa yg pak long cuba sampaikan, itu terserahlah. pak long ikhlas habaq, pilihan pada masing². tq ya
@@kebunabah racun itu madu
Bnyk panaih abang long hahhaa
Bnyk penternak sini 😆👍
Penjelasan yang terbaik paklong.. dari total daging 10kg kalau ditolak berat tulang mau tinggal 5kg saja..bela doper beda buat sup tulang saja paklong.. 🤣
Kalau org bela doper ke kambing kampung sekali pun bertujuan nak dibuat makan..tujuan nya sama,kalau kita beli doper mahal2 setakat nak makan sup tulang lebih baik beli kambing kampung,harga xmahal org yang beli pun xterasa kena game dari sekor kambing berat daging 5kg sian pada pembeli..
Tabik paklong.. jujur dan terus terang.
Assalamualaikum...terbaik paklong ..ilmu sgt2 manfaat pd kami xtau ni..terima kasih paklong, semoga dipermudahkn segala urusan dimurahkn rezeki paklong sekluarga..ini kali paklong mmg betul hero..superrr👌👍👍
Paklong kira harganya mahal sebab belum dibiak kan paklong tapi saya rasa sekiranya paklong berjaya biakkan dia Dari 12 ekor yang paklong beli tu menjadi 2 kali Ganda ke katakan jadi 24 ekor inshallah time tu paklong xkan rasa sangat harga daging tu mahal Dan x rasa rugi cuma tulah bila dikira ii dengan dedak Dan jugak paklong beli rumput tu dekat kawan mmm secara jujur saya cakap memang menangis tapi xpe saya tau paklong pun Dah Cuba Tanam sendiri rumput jadi inshallah next time Dari segi kos Makanan paklong dapat kurangkan Dan saya inshallah akan terus support kebun abah ni semoga maju jaya paklong , Kalau diberi kesempatan nak sangat datang melawat ke kebun abah ni hehe suka tengok video ii paklong Dari Tanah tu hutan sehingga sekarang
ya betul
Betullah tu, sebab tu Pak Long cakap jangan beli untuk buat sembelih makan.
ya tuan.. tq ya
Mmg terbaik pak long..
Mendedahkan harga kambing kayangan
Terbaik lah, semoga menjadi tauladan bagi2 yg tk tahu
Betul pak long..senang kira klo biri/ kambing tu tak sama besar dgn lembu jaras memang takla sampai 100kg..beli sejenis tali tape paklong, ukur lilit rusuk dia dapat anggaran berat dia..berat kita pun boleh dapat pakai tali tape tu..animal weight tape measure dlm shopee
Slmm, terbaikk ilmu yg dikongsi kan , semoga dapat memberi manfaat kepada semua orang yg menonton kebun abah
Tidak Mencela Tidak Kecam dan Tidak Marah...
tapi rakyat hargai....
atas Pencerahan ilmu yg baik...
TERIMAKASEH ILMU YG DI LONTARKAN
Semua Tercatat di buku AMALAN.
mudahkan buku amalan di terima di tangan KANAN...DI PADANG MASYAR KELAK....Aminn..
Soalan : Kawasan Tanah Hang Cantik , Berapa keluasan dan di mana kawasan ladang ini...?
tq tuan.. cuma satu ekar dibeli. semua org di kwsan ni dpt percuma sbb org pahang. tq tuan
Terbaik Pak Long!!👍👍👍perkongsian yg amat bagus, God bless Kebun Abah, Amin🙏
tq😊
Terima kasih atas info Yang bermanfaat untuk semua penonton kebun abah.terbaik dan mntapalah paklong...,..
Masha-Allah banyak-banyak terima pak Long diatas perkongsiannya, Alhamdulillah Syukur sangat-sangat dapat pengetahuan tentang perkiraan bagi jualan harga daging segar & jualan hidup. Semoga Pak Long diberikan kesihatan yg baik serta diprmudhkn stiap urusannya Aamiin Yaa Rabbal Alamin 🤲☺️
amin..
Terbaik pak long kebenaran kerana Allah .. kesian orang nak buat kenduri tak cukup daging..
Assalamualaikum Pak long. Semoga terus maju jaya dlm penternakan. Kambing kampung mix gurun lagi tahan lasak dari sepisis lain. Jarang kena ciritbirit. Kalau kena ciritbirit bole cuba bagi mkn daun senduduk. Insyallah baik sehari dua 😁
Salam, saya pun bela Dorpers sebagai sampingan, tak banyak dalam 45 ekor. Tapi tak ada pulak yang macam Dorpers Pak Long. Keadaan Dorpers Pak Long seperti Dorpers yang berapa kali keturunan kacuk beranak lokal tetapi dibeli dengan harga premium. Kalau berat 25kg tu macam berat kambing pencen je tu. Dorpers di kandang saya rata lebih 40-50kg. Tapi seperti biasa lumrah, cabaran berbeza, hasil berbeza, kejayaan orang bukan untuk semua, seperti juga kegagalan seorang bukan bererti kegagalan semua. Walau bagaimanapun satu perkongsian yang baik untuk menjadi contoh penternak lain.
tq..
Dorper pak long tu bgthu jenis yg cross...tak tahu kacuk ngn biri2 ape.. Klau dorper yg betul2 dorper berat 40 50 kg..
Alhamdulillah paklong,, terbaik
W,salam terima kasih atas pendedahan yang paling berani ini. Untuk info pak long genetik ternakan atau tanaman akan menurun bila berulang kali dibiakkan dari induk yg sama. Sebab itulah seperti pak long cakap biri2 banyak orang cross baka. Saya minta lepas ni kalau nak beli tengok brg dulu jangan bardasarkan jenama. Dari pengalaman saya lebih 25 thn dlm bidang ni saya hanya guna induk yg sama untuk 2 kali anak saja kalau lama dipakai anak kecik. Doper pak long generasi yg keberapa pun tak tau sebab saiz dia kecik
Yee betul tu bro... Nk cari barang, tgok dulu barang, jgn main jenama jee...ilmu menilai barang, baka mau ada.. Klu tak ada payah, slalu terkene jee..
betul tu.. walaupun nama saja dorper, tapi belum tentu baka dorper tu dari type purebreed atau pureblood.. mungkin dah jauh F.. boleh jadi F3 @ F4. harga dorper mahal disebabkan boleh dijadikan sebagai pembaka induk betina atau pejantan. Contoh, seekor anglo nubian baka pejantan purebreed saja boleh cecah RM30k sekor. kenapa begitu mahal? sebabnya kambing ini adalah baka asli dari type purebreed yang mana induk ini boleh dikembangbiakkan daripada induk yang asli ini sendiri. Boleh hantar sampel ujian darah di makmal veterinar utk ujian baka mcm DNA test utk kenalpasti kesahan baka. Contoh lain, kenapa BMW harga terlalu mahal berbanding proton? sebab jenama je ke? sampai destinasi sama je.. tapi anda sendiri tahu jawapannya..
Baguih betui pencerahan Pak Long ni..terima kasih byk2 pak long
ni baru btul. . tq paklong
"Jika anda tiada masalah, cari dan bela sepasang kambing !!!!!"
Iklim kita hujan berlebihan, kebanyakan baka impot dari negara tropika kurang
hujan.Olih itu tentukan kaedah sesuai supaya anda tidak jadi hamba kambing.
Tempat asal, 200 -300 ekor hanya dijaga olih seorang budak tadika waktu petang
sahaja & beri pulangan utk keluarga...
sebab ada kawasan ragut yang sesuai.
Anda bolih pilih kaedah fidlot @ meragut,
terbaik ada bekalan rumput & dedaun sendiri utk ternakan kambing berkualiti
selain faktor2 berikut :-
1) Ruang kadang yang bersih & kering
termasuk zon perumpun api di musim
hujan terutama utk anak2 kambing.
2) Kawasan berpagar utk ternakan
merayau-rayau, mengawan & berjemur
dan pastikan cerun tanah memudahkn
aliran air hujan keluar supaya setiasa
berkeadaan kering & permukaan tanah
kejab tidak berlumpur.
3) Pastikan struktur binaan anda teguh
kerana kambing yang sihat agak buas
dan nakal terutama yang jantan2.
4)Pemilihan baka bergantung kpd ;-
a) kesediaan masa yg anda bolih beri
tumpuan rutin harian,mingguan &
bulanan.
b)Luas plot ladang ternakan anda.
c)Terrain@rupabumi tanah anda.
d)Pengalaman yg sudah ada @ bolih
dilatih dlm keluarga.
e)Sumber kewangan yg tersedia utk
hobi @ habuan rezeki tambahan.
f)Kaedah anda proses makanan...
pastikan seimbang kandungan
protein, tenaga,fiber hijau, fiber
kering(karbon), garam & mineral.
Amat memberi kesan kpd berat &
kualiti dagingnya.
Jika anda menternak kambing secara meragut sendiri , pilih baka kacukan yg
panjang telinga tidak melebihi hujung mulut kerana faktor kelembaban keterla
luan dimusim hujan. Banyak penyakit berlaku di musim hujan samada peringkt
dewasa @ anak. Perumpun haba api amat membantu diwaktu malam & jenis2
dedaun yg kurang kandungan air diberi
waktu siang hari jika tdk mahu beri pellet
yg dibeli.Kualiti pellet kilang kini makin
merosot sedangkan harga terus naik....
Awas ya !!!!! kita ternak kambing untuk
TAMBAHKAN & BUKAN SUSUTKAN TABUNGAN YANG KITA SABAR SIMPAN;
Selain;-
a) ingin rasa fresh mutton yg juicy.
b)umur kambing cukup umur.
c)tengok kenakalan perangai kambing
d)bantu senamrobik harian anda.
e)guna tanah secara produktif.
f) mengamal sikap penyayang kpd haiwn
w/pun tujuannya utk dikorbankan.
g)mengenali baka2 kambing dunia.
h)be the sherperd to share the PERT's
maksud saya mudah buat amal jariah
sepanjang masa sebab kambing biasa
LAHIR 2 EKOR 2 KALI SETAHUN....
jika anda sudah capai momentumnya.
Bagui cerita Pak long, sedikit sebanyak kongsi pengalaman, lanjut Pak long, pelihara bagi banyak ekor..
Trina kasih diatas maklumat Dan pencerahannya Paklong..memang terbaik..👍👍👍👍
sama²
betul pak long...yg dah bela saja tahu...abg aq ckp pon betul
Normal tu sja.....paklong kena tnya pendapat orng juga tentang pemakanan,apa penyakit kambing....kalau kurang pengalaman memang mcm ni la paklong
memang cmtu.sbb beli harga baka..selalu org juai daging untuk yg kurang beemutu.yg cantik semua dijual baka.
Pak long beli nyawa sekali pak long oiiii....nyawa dgn mati tak sama.
Baru Faham ...Terima kasih info nya ..Salam Dari sabah
Perkongsian yang baik. Semoga pak long dimurahkan rezeki....
amin
assalamualaikum paklong.
dr sudut kiraan daging mmg mcm tu paklong..
tp kt malaysia penternak ad segmen dan peranan masing2..
klu kira untuk daging(potong) kita tetap perlukn baka utk di cross baru hasil kita berganda..
smoga semua yg tgk video ni dpt buka minda dan fokus pada matlamat masing2..
ya kita ada tujuan masing². biri pembaka x sesuai untuk potong. begitu juga sebaliknya
Terima kasih pak long
Nak korban nak akikah beli la yg terbaik yg tersayang yg termahal yg termampu yg terikhlas baru Allah Terima.
Kalau mcm tu ,...x dak orglah, nak beli dorper ni ,..beli utk mkn2 jadi rugi ,...bukan semua org nak jadi penternak ,..cuma boleh buat pameran ja ,..buat showroom ,..apa2 pun ,terima kasih pak long ,..syabasss...!!..
Ha ha ha tu kena bela satu ladang pak long
terbaik info yang bermanfaat,kalau ada netizen yang marah hang bermakna orang nya berhati busuk.
Pendedahan PakLong mmg bagus...alhamdulillah
15:43 nampak dorper paklong baru amik tu jalan capit2...dia mai bibit penyakit nanti paklong 🤕🤕🤕
Tqsm atas perkongsian informasi 💪💪💪
dia 12 jam dalam guni, satu perjalanan yg tersiksa. pak long sangat kesian kat dia.
biri ni area melborne pon buat qurban harga 200 aud itu hrga kwsan bandar.kalau masok kwsan luar bandar lg murah.padan la masok ke malaysia biri ni jd hrga kayangan.jwpn d mudah..biri australia lebih bnyak dr populasi manusia(pengeluaran melebihi permintaa)manakala malaysia pula manusia lebih bnyk dr biri ni(permintaan melebihi pengeluaran)kpd yg berminat menternak ni 100%tak rugi sbb permintaan akan sentiasa melibihi pengeluaran yg mengakibatkn hrga pasaran sentiasa tiggi.
Pencerahan ini barulah clear...terima kasih kongsi pengalaman..
Baik punya perkongsian ilmu...
Kambing ni kuat makan tak kira siang mlm..selagi ada rumput kt ctu..tapi berat x naik2 jugak ..banyak taik dari daging...
mmg kuat makan.. kalo rumput dia mkn rapat sampai ke bawah.
Sama la halnya dengan Lembu Sado a.k.a limosin, belgian blue, charolis etc. Harga buat kenduri bukan main mahai. Lebih lagi kalau korban.
Yang dapat manfaat secara berterusan bukan penternak, atau pembeli. Sebaliknya si penjual dedak atau makanan haiwan la yang galak duk penaik harga makanan haiwan dek kerana galaknya minat dan obsesi masyarakat Melayu khususnya terhadap hobi lembu sado berkenaan.
Alasan Covid semua tu sebagai penyedap saja untuk rasionalisasi kenaikkan. Walhal bila ekonomi dan import balik kepada keadaan sebelum covid, harga makanan haiwan tidak berlaku penurunan sebagaimana kenaikkan tempoh hari.
Pembeli nak beli utk apa jua tujuan, tetapi kos pemilikannya menjadi mahal. Terjadi Kurang permintaan. Harga tak menarik kecuali dibeli dengan harga rendah.
Penternak nak jual, tapi harga tak balik modal kos makanan dan sebagainya. Terpaksa bela. Terpaksa beli makanan haiwan mahal. Kalau tak beli langsung, lembu tak naik timbangan, takda spesifikasi dikehendaki.
Yang untung, tentunya semua terlibat dalam rantaian makanan haiwan.
tq komen ni ya
Terima kasih perkongsian paklong.
Setuju Pak long bijak buat kira kira..harga atas jenama.
Tahniah. Pencerahan yg mantap
Betul tu Pak Long Macam bela rusa juga. Jual induk, anak ibu untung. Jual daging mahal sangat jadinya. Permintaan tak meriah. Yang frozen harga murah katanya bukan rusa ori tapi daging lain. Wallahuallam. Dulu perternak rusa macam cendawan tumbuh, meriah. Sekarang apa dah jadi?
x meriah sbb x da permintaan untuk terus beli anak dan induk. kalau bela nak sembelih mmg rugi lah... sekilo daging dah cecah RM100 mcm dorper ni lah
harga beza dr baka. tapi kena hati² dlm memilih baka jgn tertipu.
Tkasih pk long...
Pcerahan tbaik lah...
Kami dpt info dn ilmu bguna..
Terima kasih Pak long, seronok Dan penuh bermanfaat perkongsian Pak long ni, jarang org nak share dgn kita, terbaik Pak long 👍👍👍
tp ada org x suka kongsi mcm ni..
@@kebunabah racun itu madu
Betul tu paklong sy PON berfikir perkara yg sama jugak..kenapa baka jenis ni mahal sangat
Terima kasih PakLong.....,Bela doper Jual..,biri biri untuk sembelih.
noted
Alhamdulillah terima kasih pak long..ilmu baru ni utk saya..video yg sangat bermanfaat👍
Tahniah paklong ....ni la realiti nya....byk pnternak baru xnmpak bnda2 ni...
bila dah kena ni barulah nampak
terima kasih pak long sebab berkongsi pengalaman nih. Mahal harga nya pengetahuan nih.
terbaiklah pak long. Alhamdulillah maklumat berguna utk kami yg marhein ni
Terimakasih informasinya Pak Long, bermanfaat sangat untuk semua, Jazakallah Khairan
Sembang santai berlatar belakangkan pokok pokok pisang tu memang kena gayanya cikgu abah, teruskan ruang sembang santai mungkin seminggu sekali cikgu abah, boleh slot sikit sikit hal mengenai hal hal kebun ke baja ke, jenis jenis tumbuhan ke, janji sembang santai, pondok ngopi tu pun mantap
😊😊 pak long x pandai nk borak²😁😁
Aah betul tu pak long..lagi elok buat breeding untuk tahun pertama...focus bagi membiak
Terbaik...
Terbaik Pak Long, good info👍👍👍
Xpa pak long.. kita peringkat permulaan ni memang mcm² benda nk pikir..untung ruginya... tapi utk bejaya.. kena hadap halangan tu...inn shaa Allah..dh berjaya nnti..kita kira balik apa modal n kos kita...
insyaallah.. amin..
Yup bergantung atas tujuan dn objektif.. Kalau bela sb nk makan daging better cross atau biri2 biasa.. Kalau untuk jual pada jenama so biri mcm doper ni memng blh hasil.. Namun lg menguntungkan kalau di biak dri beli yg sudah besar.. Pendapat saye la.. Huhu
sebenar nya ini pun bagus untuk penternak2 untuk mengetahui ternakan mana tak patut ternak bagi mengelakkan masalah / isu yang boleh mengjahanamkan penternak sendiri.
Wkmslm..Pendedahan Yg Penuh Keikhlasan..Semoga Kita Semua Dpt Manfaat Dari Pendedahan Dan Penjelasan Ini..Terima Kasih Pak Long,Semoga Di Murahkan Rezeki Dan Berikan Kesihatan Yg Baik..👍👍
terima kasih pak long sebab jujur. saya doakan yang terbaik untuk orang orang jujur macam pak long.
amin..
Kambing biri biri betina tu kilang duit mestilah mahai... Apa2 terima kasih atas penerangan..
salam paklong. terbaik video kali ni. teruskan usaha. kambing kampung pun sama maslah jugak. sumbat bg makan takmau besaq2. cross terbaik.
sabaq sikit lagi paklong.. satu hari bila dah harga daging lembu korban setompok cecah rm1200 mungkin org ramai akan mula pilih kambing dan biri2 untuk buat korban. sekrg pon dah rm900. teruskan paklong. barakallahu fik.