Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 14 сер 2024
  • Kali ni Che Nom nak share resepi ayam butter kicap yang dipadankan bersama dengan nasi butter. Pada mak-mak atau tukang masak di dapur yang buntu tak tau dah nak masak apa tu, sekali skala jom lah cuba masak menu ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak sebab bahan masakan ayam dan nasi butter tu ada yang sama je.
    Ayam butter kicap ni berkuah pekat, manis-manis pedas berlemak rasa nya, dan nasi butter pulak memang lembut, rasa lemak bersusu dan wangi. Pasti ramai yang suka lah kalau menu macam ni.
    //Bahasa Melayu
    -------------------------
    Bahan-bahan ayam kicap:
    1/3 ketul mentega
    1/2 ekor ayam
    1 sk serbuk kunyit
    1 sk garam
    1 batang serai
    2 tangkai daun kari
    4 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
    1 tangkai cili merah
    1 inci halia
    Kicap pekat manis
    2 sb sos tiram
    1 sb gula melaka
    Sedikit air
    2-3 sb air asam jawa
    2 tangkai cili merah
    Sedikit garam (jika perlu)
    1/2 biji bawang holland
    10 tangkai cili padi
    Daun bawang
    Bahan-bahan nasi butter:
    1/3 ketul mentega
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 batang serai
    1/2 biji bawang holland
    2 cwn beras
    1 cwn susu cair /susu full cream
    2 cwn air putih
    1/2 kiub pati ayam
    Sedikit batang daun bawang
    Garam secukup rasa
    //English
    -------------------------
    Soy sauce chicken ingredients:
    1/3 stick butter
    1/2 chicken
    1 tsp turmeric powder
    1 tsp salt
    1 stick lemongrass
    2 stalks curry leaves
    4 shallots
    5 cloves garlic
    1 red chili
    1 inch ginger
    Sweet soy sauce
    2 tbsp oyster sauce
    1 tbsp palm sugar
    A little water
    2-3 tbsp tamarind juice
    2 stalks of red chili
    A pinch of salt (if needed)
    1/2 yellow onion
    10 stalks of bird's eye chili
    Scallion
    Butter rice ingredients:
    1/3 stick butter
    2 cloves garlic
    1-inch ginger
    1 stick lemongrass
    1/2 yellow onion
    2 cups rice
    1 cup evaporated creamer /full cream milk
    2 cups plain water
    1/2 cube chicken stock
    A few scallion stalks
    Salt to taste
    Tajuk di dalam video ini
    _____________________________
    00:00:53 -
    Bahan masak kicap
    00:03:09 -
    Masak ayam
    kicap butter
    00:06:04 -
    Bahan nasi butter
    00:06:59 -
    Masak nasi butter
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    Jenama Kuali : chenom.my/kual...
    Jenama Pisau: chenom.my/pisa...
    Model Blender: chenom.my/blen...
    #resepichenom

КОМЕНТАРІ • 210

  • @my_way2262
    @my_way2262 Рік тому +64

    sesiapa yg xtaw nk mkn nasi lauk apa jom kita cuba mkn menu masakan che nom semesti menyelerakan.apa pun masakan che nom bukan biasa2...SLMT MENJAMU SELERA.

  • @nurhanaibrahim162
    @nurhanaibrahim162 Рік тому +5

    Mashallah best halal dan sedap.Cuma kurang sikit chili lebih lagi chili padi.Bagis subtitle English BM.Simple sedap halal.Keep up good work Che Nom proud of Malaysia Muslim food healthy delicious affordable...halal.

  • @iffahdayini7981
    @iffahdayini7981 Рік тому +5

    Baru lepas buat menu ni tuk mkn tgh hri td.. suami puji sedapp boleh buka kedai 😂❤ terima kasih Che Nom 😊

  • @samsulbahari4925
    @samsulbahari4925 Рік тому +5

    Kalau makan nasi butter dengan ayam butter kicap kat Butterworth...mesti ngam.Terbaik la Che Nom..simple but awesome!

  • @Pesonazirah3448
    @Pesonazirah3448 Рік тому +7

    Huhu tak terkata tengok pun dah tau memang menyelerakan sedap nya 😁

  • @DapurCheMala
    @DapurCheMala Рік тому +5

    Salam Che Nom, Wah special sungguh masakan kali ni. Ayam butter kicap pasti sedap. Nasi confirm wangi. Lain dari yg lain. Tq Che Nom.

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Рік тому +2

    Byk sggh Idea Che Nom ni hari² mkn nasi biasa jemu jg nnti boleh cuba nasi ni pula,terimaksh Che Nom share resepi yg sdp ni

  • @nabilaelyanasharif4579
    @nabilaelyanasharif4579 9 місяців тому +2

    Selalu la pening nak buat menu apa yg sekali harung je semua boleh makan. Boleh la try ni esok. Thank you Che Nom ❤

  • @IsKetambolaa
    @IsKetambolaa Рік тому +4

    Sedapnya ayam butter kicap makan dengan nasi butter. Bau harum 😋

  • @ropiahsedek6185
    @ropiahsedek6185 Рік тому +3

    Wahhhhhhh Che Nom sedapppppnya nasi butter dengan ayam kicap butter kalau tambah acar buah perghhhhhh dahsyatttttttt nikmatnya 😋😋

  • @sakinahsakinah6739
    @sakinahsakinah6739 Рік тому +4

    🥰🥰🥰🥰,pasti sedap ni........,nasi butter memang bestlah dgn ayan kicap.

  • @ummirose6287
    @ummirose6287 Рік тому +21

    Harum nasi butter sampai sini Cik Nom 😁
    Untuk ibu2 muda yg punya anak kecil hidangan Nasi Butter dan Ayam Butter Kicap ni sesuai sangat untuk hidangan Idil Adha yg x lama lagi ni cuma tambah acar mantah untuk jd pelengkapnya 😍 Selamat Hari Raya Idil Adha untuk Cik Nom dan Semua Muslimin dan Muslimat ❤🙏

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому +6

      Terima kasih Ummi. Selamat Hari Raya Aidiladha yg bakal menjelma

  • @batmandarkknight6684
    @batmandarkknight6684 Рік тому +3

    Wow
    Che Nom
    Tk bagi respi baru
    Senang di masak sedap di makan
    Bajet pun tak banyak 👍😊😋

  • @honeynn5112
    @honeynn5112 Рік тому +11

    Masakan & resipi Che Nom tak pernah mengeciwakan… selalu jadi rujukan saya dan famili tiap kali buntu cari resipi. Rasa mcm hebat pulak bila selalu dpt pujian dr famili.. makin bersemangat nak masuk dapur..😍😘

    • @safwannisahidin407
      @safwannisahidin407 Рік тому +1

      Setuju! Penerangan pn jelas.. Hihi. sesuai utk yg x slalu msuk dpur mcm sy😂

  • @faezahy
    @faezahy 11 місяців тому +1

    Baru try hari ni...anak2 ckp sedappp sgt....masak style mcm ni mmg kebanyakkan kanak2 suka...terima kasih che nom share resepi terbaik....❤...alhamdulillah

  • @mustikasari7266
    @mustikasari7266 Рік тому +4

    Resepi che nom
    Semua sedap 👍👍

  • @norem6595
    @norem6595 Рік тому +1

    Alhamdulillah syukur.....Perkongsian yg BAROKAH. Semua resepi drp CHE NOM sedap dan menyelerakan. X rugi klu setiap masakannya kita cuba...ANUGERAH drp ALLAH SWT pd hambanya yg terpilih....Syukur dgn sgla NIKMATNYA.
    💙💙💙

  • @bungacinta2009
    @bungacinta2009 Рік тому +2

    Sedapnya ayam masak kicap tu terliur je tengok, nanti nak cuba buat resepi che nom.

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      Selamat Mencuba Wanie 😊

  • @anilombok6587
    @anilombok6587 Рік тому +2

    Saya habis coba memasak ayam kecap ni dan ini enak
    Saya sebagai orng lombok yg tak suka ayam masak kecap karena
    Kami terbiasa dengan yg pedas pedas dan yg ini benar benar enak pedas manis gurih terikasi resep nya❤❤❤❤

  • @joemengkuang7420
    @joemengkuang7420 Рік тому +1

    mmg dok tggu notification che nom ni....mmg cpt² buka nk tgk resipi ape plak....terbaik kak....trima ksh slalu share resipi

  • @zztynzln844
    @zztynzln844 5 місяців тому

    Saya dah cuba resepi ni sempena iftar ke-2 hari ni. Cumanya derhaka haha guna marjerin pelangi 😂 Air asam jawa, bwg holland, daun bwg pun saya tak guna tapi tetap sedap. Terima kasih CheNom ❤

  • @nurhasanamohdyusof6859
    @nurhasanamohdyusof6859 Рік тому +1

    Memang sedap! Sya dah try utk lunch tdi masak ikut resipi che nom ayam Butter kicap & nasi butter ni. Husband tambah 2x. hehe. Boleh masuk list utk jamu tetamu juga ni. Terima kasih che nom. ❤

  • @nurfarahnatashaarshad1321
    @nurfarahnatashaarshad1321 Рік тому +1

    Terima kasih kongsi resepi che nom....tengok pun nmpk sedap bole try nt

  • @mariamharun8348
    @mariamharun8348 4 місяці тому +1

    Alhamdulillaah. Mohon share. Terima kasih Che Nom

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 Рік тому +1

    Waalaikumsalam Che Nom. Sedap menyelerakan menunya

  • @RosilaMdelah
    @RosilaMdelah Рік тому +3

    Terima kasih kongsi resepi cik Nom 💕💕

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 Рік тому

    T.kasih berkongsi resepi nasi butter Dan ayam kicap butter terbaik boleh masak untuk hari Raya nanti.

  • @malaykitchen
    @malaykitchen Рік тому +2

    Sedapnya nampak, Terbaik dan terima kasih resepi ❤🥰

  • @roselynaroselyna4282
    @roselynaroselyna4282 Рік тому +1

    Tkasih cik nom..banyak dah resepi cek nom yg cik ros dah cuba.terbaik...

  • @nasuhaaina6248
    @nasuhaaina6248 2 місяці тому

    Dah try.. mak aii sedap betui. Thank u che nom

  • @entirajabu4313
    @entirajabu4313 8 місяців тому +1

    Terima kasih cik nom berkongsi resepi semua sedap2❤❤❤

  • @LeillyChannel
    @LeillyChannel Рік тому +1

    Sedap sekali ayam butter, terima kasih resepnya che nom

  • @sharifahmaimunah6298
    @sharifahmaimunah6298 Рік тому +1

    Terime kasih resepi nya
    Insyaallah cobe resepi ini hari minggu.

  • @didilayang9794
    @didilayang9794 Рік тому +1

    Selama saya selalu menonton video cik nom ini banyak menefaat saya dapat... terima kasih cik nom❤❤❤

  • @cintayatie2228
    @cintayatie2228 Рік тому +2

    Sedap teliur tengok😄

  • @darenniamni
    @darenniamni 5 місяців тому

    alang² saya confuse nak masak ayam ape. Teringat dengan resepi Che Nom. Resepi pertama Che Nom saya try. 😊 Memang sedap rasa dia.

  • @fatinirwana2327
    @fatinirwana2327 7 місяців тому

    resepi ayam kicap butter sgt sedap even makan dengan nasi putih je🤩🤩🤩

  • @nurulfiddah8238
    @nurulfiddah8238 Рік тому +1

    Syukran che nom..memang x tau nak masak ape dahh..boleh la cube sebab suami bawak bekal hari2..❤❤ ❤❤che nom😊

  • @soldout3386
    @soldout3386 Рік тому +1

    Ank baru je request nk mkn ayam kicap,nnt blh lah try resepi Che Nom ni,tq Che Nom

  • @ericlai3221
    @ericlai3221 Рік тому +2

    wow! ni mesti sangat lazat❤

  • @raniaaira9846
    @raniaaira9846 Рік тому +1

    Gabungan yg mantap 👍

  • @whereayugoing
    @whereayugoing Рік тому

    Mesti nk kena Cuba ni utk anak2 suka la dorg no. Terima kasih che nom. Semoga murah rezeki selalu

  • @rosmahwahid8566
    @rosmahwahid8566 Рік тому +2

    Waalaikumsalam Che Nom,terima kasih atas perkongsian resepi ni🥰🥰pasti sedap😋😋

  • @johnalchabell2675
    @johnalchabell2675 7 місяців тому +1

    untungnya lah anak anak and laki kak nom ni.. makan sedap2 tiap hari

  • @user-fu6ks8ud1r
    @user-fu6ks8ud1r 11 місяців тому

    Wahhh...terbaik laa,resepi che nom terbaik laa...sy suka ikut resepi dia...mnjadi..esk Kita try buat...pning kpala dh mkir...esk on msk yg nie...TQ share resepi

  • @imok5869
    @imok5869 10 місяців тому

    Dah try buat tapi daun bawang dgn serai tak der 😂 saya guna bhn² yg ada dlm peti ais je, beras biasa je tk guna beras mcm Che nom ni..
    Alhamdulillah sedap 👍

  • @ushakrish_
    @ushakrish_ Рік тому +3

    Thank you so much for sharing this delicious recipe.🥰🥰

  • @sumiaini9995
    @sumiaini9995 Рік тому +1

    Assalam Che Nom..... Sedapnya... Kita nak cuba nanti buat raya haji ni... Tq Che Nom resepinya. 😊❤👍

  • @tadatadha
    @tadatadha 3 місяці тому

    Assalamualaikum.. Terima kasih che nom diatas perkongsian resepi..terbaikk..👍👍👍

  • @aatiqahamr5554
    @aatiqahamr5554 Рік тому +2

    Terima kasih che nom kongsi resepi. Sedih baca sharing che nom dkt fb. Che nom pls jgn stop bt sharing resepi 🤍🤍🤍

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому +1

      InsyaAllah masih bersemangat nak share content. Doakan ye

    • @nurulfiddah8238
      @nurulfiddah8238 Рік тому

      Betul tu..teruskan berkarya..kami sentiasa sokong❤❤❤ che nom😊

  • @nickasmah4937
    @nickasmah4937 Рік тому +1

    Mmmmm sedap nanti boleh buat,, tq cek nom❤

  • @momoshin5476
    @momoshin5476 Рік тому +1

    Aduuiii... Dh ler tgh lapar Ni. 😬

  • @ZainBeautifulSoul
    @ZainBeautifulSoul Рік тому +1

    Waaaaaaa Che Nom, OMG! want to cook tonight but still demam from tummy flu 🥹....next week lah! Thank you Che Nom!🥰💜

  • @normalaismail274
    @normalaismail274 Рік тому +1

    Terimakaseh che nom, nk cuba la nanti,halal ye che nom😊

  • @Lolina94
    @Lolina94 Рік тому

    terima kasih kongsi resipi che nom. sy dan adik beradik suka resipi che nom. selalu try dan menjadi. ❤

  • @tutikisnawati4918
    @tutikisnawati4918 8 місяців тому

    Che nom buat dapur semua nampak kemas mesti rajin ❤❤❤

  • @ranjit_kaur
    @ranjit_kaur Рік тому +2

    Thank u Che Nom 😋😋.

  • @leeswantoh6878
    @leeswantoh6878 Рік тому +1

    Wow, sedaaap nya, the fragrance of the dish n rice can reach few KM😊I m feeling hungry dy 😋😋😋thanks che nom for sharing this fabulous rcp❤️❤️❤️

  • @yayaever21
    @yayaever21 11 місяців тому

    Saya dh try ayam butter kicap tu .suami mkn bertambah²

  • @puspa15ramayah13
    @puspa15ramayah13 Рік тому +1

    I dah masak ayam kicap Che Som, my family enjoyed bersih licin.
    Thank you for this simple but delicous recipe.

  • @fatinnuraisyah5058
    @fatinnuraisyah5058 Рік тому +1

    Nanti Fatin cuba masak resepi Che Nom ayam butter kicap dan nasi butter raya syawal tahun 2024 untuk bakal suami (Syafiq Aiman Fauzan ) . Sebab masa sekolah rendah , these were his favourite food when raya .

  • @tutituti8327
    @tutituti8327 Рік тому

    Asslmmkm cek nom memang sedap resepi menu dari cek nom saya selalu masak mengikuti resepi cek nom apa lagi resepi mee kari cek nom wooh sedaapp.terima kasih resepinya cek nom

  • @josiefun56
    @josiefun56 Рік тому +1

    Love your recipies. Simple and your videos are so easy to follow

  • @SitiLiaYassin
    @SitiLiaYassin Рік тому +1

    Lembut nya suara…

  • @Withspace.
    @Withspace. Рік тому +1

    Saya dah mula risau dah che nom. Video ni pop up kat wall youtube saya. Nanti mesti mak saya akan buat 😂

  • @fatinmunirah7190
    @fatinmunirah7190 Рік тому +1

    dah try masak tadiii sedap sangatt!!! tq che nom!

  • @zakiahismail8025
    @zakiahismail8025 Рік тому +1

    Sedap nampak che nom masak. Buat menu bento sesuai sangat ni❤

  • @TheEiykyen81
    @TheEiykyen81 11 місяців тому

    Sumpah sedap tak tipuuuu... try la hampa... In sha Allah xmenyesal...

  • @ismanizarismail8079
    @ismanizarismail8079 Рік тому

    Terima kasih che Nom..saya dah buat tadi dan abah saya sukaaaaa sangat..siap cakap bole buat nege..😂😂😂

  • @lynnsmartnick7570
    @lynnsmartnick7570 8 місяців тому

    Wow... sedapnya....dah nak try masak lah ni sekarang buat hiidangan keluarga tengah hari ni. Salam perkenalan dari Manchester, England ❤

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 Рік тому +1

    Boley Buat Menu Buka Puasa 😘😘😘

  • @sitikhalijah626
    @sitikhalijah626 Рік тому

    alhamdulilah done masak.. sedap resipinye . banyak masak ikut resipi che nom.. terbaiklah che nom.. sayang che nom.. semoga dilimpahkan rezeki 🥰

  • @hazwanizakaria4455
    @hazwanizakaria4455 Рік тому

    Dah buat tadi,buka puasa.
    Sedap. Terima kasih

  • @hhanim60
    @hhanim60 Рік тому

    Sekali lagi, terkma kasih paling tinggi dari saya na, Che Nom.

  • @patmaganesan3857
    @patmaganesan3857 Рік тому +2

    Super sis yummy recipe 😍

  • @sitijamilah8996
    @sitijamilah8996 Рік тому +1

    Tq che nom. Share resepi ya. Boleh cuba raya haji nanti.

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      Selamat mencuba Siti 😊

  • @marziataita9429
    @marziataita9429 Рік тому +1

    Nak cubalah.

  • @Sajian_Dapur_Mami
    @Sajian_Dapur_Mami Рік тому

    Olahan ayam nya enak banget kak

  • @fadilahidris898
    @fadilahidris898 Рік тому +1

    Waalaikummusalam ❤❤❤

  • @fatimahmatdesa8338
    @fatimahmatdesa8338 Рік тому

    Masakan che nom semua sedap sedap

  • @zahrorifasah5557
    @zahrorifasah5557 Рік тому

    Ari ni cuba…hari raya aidiladha….sedap

  • @petitAmour32
    @petitAmour32 Рік тому +1

    Sedappppp

  • @najihaazri6363
    @najihaazri6363 Рік тому

    Wauuuuuu menu baruuuu

  • @lindtmazlan
    @lindtmazlan Рік тому +2

    Wah nasi butter dengan ayam kicap. Nice combo. Nak masak esok la. Terimakasih Che Nom 😊

  • @qamaridris315
    @qamaridris315 Рік тому +1

    Menu wajib buat nih😅

  • @monaliza2672
    @monaliza2672 Рік тому +6

    Terima kasih Che Nom berkongsi resepi. Dah siap masak & makan. Alhamdulillah sedappp 😍

    • @nurulasyikin8777
      @nurulasyikin8777 10 місяців тому

      Awak guna beras basmati ke beras biasa? Klau guna beras biasa sukatan sme mcm video ke?

    • @monaliza2672
      @monaliza2672 10 місяців тому

      Hi awak, kita mix beras wangi & basmathi. Air tu ikut sukatan sendiri. Good luck, sedap tau.

  • @orlandonecesito4904
    @orlandonecesito4904 Рік тому +1

    Your chicken recipe is like adobo. A popular Philippine recipe. Yummylicious. Thanks for sharing. Fr: Pilipinas.

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      Thanks for watching 😊

  • @ernisiswantini4011
    @ernisiswantini4011 9 місяців тому

    Nak taray lah..cam sedap je

  • @darkhaven87
    @darkhaven87 Рік тому +3

    Che nom: if tak naik bau, something wrong lah.
    😂😂😂😂 che nom so cute and funny

  • @zurianafauzi3086
    @zurianafauzi3086 10 місяців тому

    sedapnya , trima kasih Cik Nom

  • @seisahibrahim5099
    @seisahibrahim5099 Рік тому +1

    Assalamualaikum Che Nom, apa pn resepi Che Nom smua nya sdp²...
    sya sngt suka dsertakn dgn resepi nya skli...tsih Che Nom

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      Wsalam..sama2 😊

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 Рік тому +1

    Sedap Nyaaa…😘😘😘

  • @amranibrahimrashidi
    @amranibrahimrashidi Рік тому

    Menarik ni, nanti saya cuba la ..

  • @seekimheng8929
    @seekimheng8929 Рік тому +1

    Wow best 😊 👍👌🙏

  • @qamaridris315
    @qamaridris315 Рік тому +1

    Fav anak saya❤

  • @AnjeBeby
    @AnjeBeby Рік тому +1

    Nti try msk... ❤

  • @Wary-nt4sc
    @Wary-nt4sc Рік тому

    Sedappnya.......

  • @safiyanazeeha393
    @safiyanazeeha393 3 місяці тому

    Terima kasih che nom❤

  • @AryBerry85
    @AryBerry85 Рік тому

    Dah cuba. Mmg sedap 👍🏼

  • @CookingMamaHanif
    @CookingMamaHanif Рік тому

    Terima kasih resepnya che nom. 🇮🇩