MAZHAB CINTA - Artis Tarbiah Sentap Records (Official Music Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 вер 2024
  • #MazhabCinta lagu pertama dalam sejarah #TarbiahSentap menghimpunkan semua artis kami, Rabithah, Aniq Muhai, Syed Salahuddin, The Truth, Areef dan Norhafiz (Autotune Band). Lagu sempena Maulidur Rasul, bulan memperingati Baginda Rasulullah SAW. Tanya diri kita siapakah Baginda bagi kita? Renung kembali jasa-jasa Baginda terhadap kita. Tanpanya adakah kita akan menjadi insan seperti hari ini. Ayuh! Kita perbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW ❤
    .
    Jom ikuti perkembangan artis Tarbiah Sentap:
    Tarbiah Sentap Records : / tarbiahsentaprecords
    Rabithah : / rabithahofficial
    Aniq Muhai : / aniqmuhai
    Syed Salahuddin: / syedsalahuddinofficial
    The Truth : / thetrvthofficial
    Areef : / areefmusic
    Norhafiz : / thenorhafiz
    .
    MAZHAB CINTA
    Lirik & Lagu: Akmal Mustafa
    Penerbit : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
    Susunan Muzik & Keyboardist: Iris Tan & Ida Liew
    Pemain gitar: Haw Vee
    Mixing & Mastering: Amin Nordin
    Arahan Muzik Video: Aidil Azhar
    Pereka Grafik: Azeem Razali
    TARBIAH SENTAP RECORDS
    .
    Penghargaan khas: Pengarah, Pegawai dan Kakitangan
    (Frontliners Sumber Air) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
    Tempat: Off River Storage, Bestari Jaya, Selangor.
    .
    ANIQ:
    Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
    Didaki Rasul dan 3 pengikut
    Bergegar Uhud lantaran rindu
    Ditenteram Rasul menenangkan rindu
    RIDWAN:
    Alkisah di perkebunan merintih si unta
    Dibebani kerja sedikit makanannya
    Dikucup kaki Rasul yang mulia
    Dibelai Rasul, keluhan unta didengar
    ANIQ:
    Hebatnya manifestasi cinta alam
    Tiada pohon, batu dan pergunungan
    RIDWAN:
    Yang dilalui baginda tanpa salam
    Kerana dia sebaik ciptaan
    AREEF:
    Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
    Hingga makhluk lain turut merasa
    AYMAN:
    Hanya kerana cinta pada baginda
    Dijanjikan syurga dan bersamanya
    ANIQ:
    Hingga Uhud dijanji syurga
    Rasul turut mencintainya
    NAUFAL & IRWAN:
    Alkisah pohon tamar yang kekeringan
    Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
    Menangis rindu rintih bak si bayi
    Ditenangkan Rasul lantas didakapi
    HAKIM:
    Walau cinta umat taruh di neraca
    Pasti cintanya lebih dari segalanya
    HAFIZ:
    Demi umat darah dan tangis mencurah
    Biarpun berabad lama terpisah
    NAUFAL:
    Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
    Bimbang umat dihentam azab seksa
    MAHDI:
    Kadang gusar baginda umat berlapar
    Namun rumahnya sering tak punya apa
    CHORUS:
    Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
    Hingga makhluk lain turut merasa
    SYED: (hanya kerana)
    NAUFAL: (cinta oh..)
    Hanya kerana cinta pada baginda
    IRWAN: (..dan bersamanya)
    Dijanjikan syurga dan bersamanya
    SYED SALAHUDDIN:
    Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
    Bimbang umat dihentam azab seksa
    IRWAN:
    Kadang gusar baginda umat berlapar
    Namun rumahnya sering tak punya apa
    AYMAN:
    Walau tika hujung nyawanya
    NAUFAL:
    Resah memikirkan umatnya
    MAHDI:
    Kerana sebegitu hebat cintanya
    RIDWAN:
    Layakkah ku jadi umatnya?
    ANIQ:
    Layakkah aku kan bersamanya?
    .
    Jom dapatkan baju T-shirt terbaru keluaran Tarbiah Sentap Exclusive, EDISI MAULID.
    PRE ORDER DIBUKA BERMULA 31 OKTOBER 2020 SEHINGGA 10 NOVEMBER 2020.
    Layari tarbiahsentapexclusive.com untuk maklumat lanjut, atau tekan LINK di ruangan caption untuk sebarang tembahan.

КОМЕНТАРІ • 2,1 тис.

  • @tarbiahsentap
    @tarbiahsentap  3 роки тому +2246

    Assalamualaikum semua! Jazakumullah sudi mendengar dan menonton video clip MAZHAB CINTA dari kami. Moga asbab lagu ni, kita dapat semakin mencintai nabi SAW dan meneruskan perjuangan dakwah baginda❤️🤲
    By the way, kami dari Tarbiah Sentap sedang buka PRE ORDER Tshirt Jersey EDISI MAWLID sempena Maulidurrasul pada 31 Oktober ini. Jika kalian berminat nak dapatkan, ayuh TEKAN LINK DI BAWAH SEKARANG😍
    tarbiahsentapexclusive.com
    tarbiahsentapexclusive.com

    • @aufajalani
      @aufajalani 3 роки тому +8

      Amin

    • @ninamalim2465
      @ninamalim2465 3 роки тому +8

      Waalaikumussalam, Aamiin...💖

    • @aliesyaaa._5626
      @aliesyaaa._5626 3 роки тому +5

      waalaikumsalam 😘

    • @farzyyyy8269
      @farzyyyy8269 3 роки тому +12

      Waalaikumussalam...aamiin alhamdulillah...tahniah tarbiah sentap..kolaborasi yang sangat mantap daripada semua ahli tarbiah sentap...semoga maju jaya dan teruskan perjuangan dalam berdakwah...Insyaallah..Allah permudahkan segala urusan...Salam Maulidur Rasul...
      اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ عَدَدَ إِنْعَامِ الله وَأِفْضَالِهِ
      #tarbiahsentaprecords

    • @niezas1735
      @niezas1735 3 роки тому +9

      alhamdulillah team tarbiah sentap.. setiap bait kata yg bermakna..seolah mentelusuri sikap penyayangnya rasul.. sesungguhnya makna cinta dan kasih syg sgt luas dgn landasan yg betul..tq dan tahniah team tarbiah sentap🤗

  • @amamijan
    @amamijan 3 роки тому +287

    rindunya Nabi, semoga kita masuk dalam syurga dengan Nabi 😭.

  • @ismdaniel2286
    @ismdaniel2286 3 роки тому +627

    Saya nak cerita sikit kisah saya semasa dalam perjalanan untuk mencintai Nabi:
    Saya mula berubah semasa dalam PKP.Namun,semasa buka sekolah.saya mula tak disenangi kawan-kawan.saya hendak menjaga ikhtilat,menjaga pandangan dan kurangkan mencarut.tapi akhirnya kawan kawan saya hasut saya Dan akhirnya saya terjebak dengan video lucah.saya tenggelam dalam dosa.tapi kini saya akan buat dengan perlahan-lahan untuk mencintai Nabi dengan membaca buku-buku Dan hadis nabi.saya ingin tenangkan hati dan bersihkan hati.

    • @izzahnazurah27
      @izzahnazurah27 3 роки тому +65

      Teruskan perjuangan dlm berhijrah..Allah lihat pada usaha kita..berusahalah utk jadi yg lebih baik..setiap manusia tidak terlepasa dri melakukan dosa,tetapi jadilah seorang yang sentiasa memohon keampunan kpd Allah..moga terus kuat ye..even tak kenal pon spe awak..tpy yg penting kita semua ade satu matlamat iaitu mengejar redha Allah dan mencintai Baginda..

    • @keluargaahmadammar2759
      @keluargaahmadammar2759 3 роки тому +10

      Saya sokong

    • @nikain1129
      @nikain1129 3 роки тому +16

      Teruskan perjuangan hijrah awk..Yakin kerana Allah yg awk boleh 😊.InshaAllah moga Istiqomah✨

    • @atkhaziz4701
      @atkhaziz4701 3 роки тому +14

      Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saudara ke arah kebaikan, aamiin

    • @hafizkage177
      @hafizkage177 3 роки тому +11

      Tetap dlm jemaah. In shaa Allah selamat

  • @afiqahfauzi9968
    @afiqahfauzi9968 3 роки тому +219

    ~ Mimpi bertemu Rasulullah itu impianku ~
    Yazid al Farisi berkata :
    Mafhumnya : "Saya bermimpi melihat Rasulullah Sallahualaihiwasallam di dalam tidur semasa ibnu abbas masih hidup. Maka saya bertanya kepada Ibnu Abbas, "Sesungguhnya saya melihat Rasulullah sallahualaihiwasallam dalam tidur ". Ibnu Abbas berkata, " Rasulullah sallahualaihiwasallam pernah bersabda, " Sesungguhnya syaitan tidak mampu menyerupai saya. Maka, sesiapa yang melihat saya di dalam tidur, sesungguhnya dia benar-benar telah melihat saya." Apakah kamu dapat sebutkan sifat orang yang kamu lihat dalam tidur itu? ( tanya Ibnu Abbas ).( Yazid al Farisi menjawab), " Ya, Baginda adalah seorang lelaki dari dua orang lelaki (sederhana). Kulitnya putih kemerahan, hitam kedua anak matanya, manis senyumannya, indah raut wajahnya. Janggutnya memenuhi ini (telinga) sampai ke sini (telinga) yang memenuhi leher bahagian bawah muka." yakni menunjukkan janggutnya yang lebat. Ibnu Abbas berkata, " Sekiranya kamu melihatnya dalam keadaan jaga, sudah tentu kamu tidak mampu menyifatkannya lebih daripada ini.
    Subhanallah, Mashaallah Ya rabb rezekikanlah kami untuk bertemu dengan Baginda Nabi SAW.
    عليه أفضل الصلاة والسلام
    (sumber: Syamail Nabi Bab 53)

  • @naufalisa
    @naufalisa 3 роки тому +1818

    Alhamdulillah Thank You guys ! ❤️ Moga kita semua mendapat syafaat di akhirat kelak 🥺

  • @MuhammadAmirHamzahBinMohdShafr
    @MuhammadAmirHamzahBinMohdShafr 3 роки тому +358

    Semoga lagu ini menjadi asbab kepada kita lebih mendekati Nabi Muhammad S.A.W

  • @ammar03danial
    @ammar03danial Рік тому +2

    Alhamdulillah

  • @nurinathirahnorazian2382
    @nurinathirahnorazian2382 3 роки тому +166

    Sannah Helwah Ya Rasulullah
    Ya Rasulullah,
    lahirnya engkau kedunia ini, dengan membawa seribu makna yang tersurat dan tersirat di Bumi Islam.
    Ya Rasulullah,
    Engkau tidak pernah berputus asa dan lelah dalam menyebarkan dakwah di Bumi Islam, walaupun pelbagai ancama yang kau hadapi, kau tetap kuat.
    Ya Rasulullah,
    Bagaimana untuk jadi sekuatmu, walaupun di hina, di maki, di caci, kau tetap besabar dan meneruskan perjuanganmu.
    Ya Rasulullah,
    Bertapa besarnya pengorbananmu terhadap Islam. Yang tak pernah sehari pun orang melupai segala amalan demi amalan yang kau sebarkan demi Ummat Islam.
    Tapi dek kerana Manusia yang lalai dan alpa, yang tersasar dgn keduniaan. Yang lupa siapa tuhan dan siapa nabi yang patut dinggati dan ditaati. Membuatkan Islam tercemar.
    Ya Rasulullah,
    Maafkan kami kerana alpa dan lalai. Walaupun peringatan kau dan Allah menyapa kami, kami tetap lalai. Maafkan kami, andai dunia sekarang buat Kau sedih Ya Rasulullah. Maafkan kami kerana mengabaikan tanggungjawab kami untuk menyebarkan dakwah. Maafkan kami Ya Rasulullah.
    Ya Rasulullah,
    Sungguh kami Rindu padamu, yang teramat dan tidak dpt diungkap. Setiap hari kami berdoa agar kita dapat bertemu.
    Tunggu Kami di pintu syurgamu Ya Rasulullah. Doakan kami supaya dapat bertemuMu ya Rasulullah.
    Salam Maulidur Rasul
    -Sistarbiyah
    telegram :@thedakwahnisa
    Sistarbiyah

    • @mizanurrahmanazhari182
      @mizanurrahmanazhari182 3 роки тому

      Allahu Akbar

    • @salinagrandebuteraz5993
      @salinagrandebuteraz5993 3 роки тому

      Siapa sini dengar dengan kelajuan 1.25 speed.. Aku rasa lagu ni sedap weh waktu dengar dengan kelajuan 1.25..😍😍😍😍😍

    • @erykhairy9008
      @erykhairy9008 3 роки тому

      LAYAK KE KITA JADI UMAT NABI MUHAMMAD SAW?
      Stiap orang Islam smue mngaku umat nabi Muhammad saw tp kbnyakan msih lalai mengingati ajaran nabi..dlam hadis nabi ade kata"kamu mngaku kamu umatku tp kamu tak buat apa yg aku buat"ape yg nabi buat? Nabi solat tp kita? Nabi seorang yg pnyabar tp kita? Nabi sntiase sayang smue orang tp kita? Nabi bersedekah tp kita? Tp rmai yg nk mngaku umat.. Kkdg ade orang pikir llaki yg tukar jantina jer nabi tk mngaku umat tp orang yg tk solat, tk buat sunnah nabi nie nk mngaku umat ke.. Kt mne rindu Dan cinta kte kt nabi sbnarnye? Adakah dari mulut hnye kata2 jer atau rindu tuu dh smpai kt hati kita.. Jd jgn mngaku umat sngt klau kita blom jd yg trbaik mcm sahabat nabi, sahabat nabi dh brjuang demi agama sungguh2 Dan skrg mrekA kt syurga tp kita spnjang hidup ape kita dh korban untuk agama? Kita blom jd yg trbaik untuk Allah redha untuk kita jmpe dgn nabi Muhammad saw.. Kita tk jaga agama baik2.. Disebabkn akhlak kita tk baik kita blom lgi mnjadi umat nabi Muhammad saw..

  • @alfateh3547
    @alfateh3547 3 роки тому +7

    Takbirr ...!! Allahuakbar ..!!

  • @MrJohntewaru
    @MrJohntewaru 3 роки тому +6

    Alhamdulillah, lagu buat Rasulullah trending🔥

  • @lovenature2266
    @lovenature2266 3 роки тому +21

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ❤️

  • @muhammadazam278
    @muhammadazam278 3 роки тому +62

    Allahuakbar.. Sallallahualaihiwasallam.
    Meremang dengar setiap lirik.
    Hati tiba² rasa tenang.
    Air mata mula bergenang.
    Bibir mula perlahan melafazkan selawat ke atas baginda.
    Akhirnya diri menggerakkan tubuh melaksanakan sunnahnya.
    Sayang baginda tak mampu ku balas dengan kudrat.
    Hanya mampu sentiasa berselawat..
    ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA A'LA AALI MUHAMMAD.

  • @ridwanrais.r
    @ridwanrais.r 3 роки тому +7

    Jom kasi trending lagu-lagu dakwah 🔥Asyik lagu kpop je yg penuh dekat UA-cam ni 😭

  • @MizaAzy
    @MizaAzy 3 роки тому +6

    lirik yg sangat mendalam.. betul.. layakkah kita? jgn hanya di bibir rindukan rasul.. jom kita sama2 buktikan..
    thx TS, semua lagu sgt mantap penyampaiannya.. lama dah tinggal hiburan2 lain, TS alternatif terbaik, sarat dgn mesej positif..

  • @Andi-bm1bd
    @Andi-bm1bd 3 роки тому +5

    Allahuakbar

  • @ridwanrais.r
    @ridwanrais.r 3 роки тому +17

    jom kasi 100k views sebelum pukul 12 malam ni

  • @ghost-he7ke
    @ghost-he7ke 3 роки тому +12

    antara langkah langkah untuk mengingati Baginda adalah dengan cara berzikir kepada Baginda kerana berzikir sekali kepada baginda Allah akan memberi kita 10 pahala.Selain itu, kita juga perlu menghayati setiap perjuangan Baginda untuk menegakkan agama Allah.Kita juga perlu mengamalkan sunnah baginda.Ramai remaja pada masa kini terlalu leka dengan teknologi terkini sehinggakan mereka lupa kepada Nabi Muhammad.

  • @mirulhaikal4409
    @mirulhaikal4409 3 роки тому +9

    Jom trendingkan lagu #MazhabCinta ni😍😍💕

  • @drharithabdulmalek8516
    @drharithabdulmalek8516 3 роки тому +19

    Mantap, lirik deep. Ada juga yg dengki dislike. Aduh...
    اللهم صل وسلم على نبينا محمد

  • @rohayuyusop2680
    @rohayuyusop2680 3 роки тому +5

    terbaik

  • @amirasyuhada5758
    @amirasyuhada5758 3 роки тому +26

    Setiap kali dengar, tiap kali tulahhh banjir...sebakkk sangattt....rasa hina sangat aku hidup di dunia ni, tanpa kenal Nabi Muhamad dengan betul, seringkali rasa tidak pernah cukup, rasa macam terlalu berat sangat ujian yang Allah bagi aku, tapiiii ujian Baginda lagi dahsyat, dari kecil dilahirkan tanpa bapa, hidup serba kekurangan, tapi sentiasa cukup. cinta Baginda kepada umatnya, terlalu kuat, sehinggakan Baginda resah jika umatnya berlapar, padahal Baginda sendiri di rumahnya tidak punya apa2, gusar jika umatnya terseksa dengan azab neraka😭😭 Layakkah aku jadi umatnya???Kuatkah sayang aku, cinta aku kepada Baginda. Cinta Baginda terlalu kuat sehinggakan dah hujung nyawa pon still ingat umatnya..Allahu😭😭😭😭😭 hinanya akuuuu....pelbagai ujian yang Baginda hadapi, dicaci, dihina, difitnah, tapiiii kitaaa???? baru diuji sikit, dah merungut...Ya Allah, letaklah kami berdamping bersama Baginda di syurga kelak...Aamiin🤲🏻

    • @adaa7807
      @adaa7807 3 роки тому +1

      Betul tu akk 😢

  • @sitirahimah1263
    @sitirahimah1263 3 роки тому +27

    bukit uhud, batang tamar,. unta.. hat nih Allah tak kurniakan akal, tp sngt mencintai Nabi Muhammad. kita??? selayaknya kita lg mencintai Nabi Muhammad..
    renung renungkanlah.. bagaimana kasih cinta Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud kurniakan kpd umat akhir zaman ini dgn mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai role model akhlak, cinta dan teladan..
    renungkan dan ingati kembali doa Nabi ibrahim semasa pembinaan kaabah yang direkodkan Allah didalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 129..(Wahai Tuhan kami! utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membaca firmanMu, dan mengajarkan mereka isi kandungan Al Quran, serta himat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka dari (syirik dan maksiat). Susungguhnya Ya Allah Engkaulah yang Maha kuasa lagi Maha bijaksana..
    beruntungnya kita ini semua menjadi umat Nabi Muhammad.. Ya Allah Ya Rahman kepadaMu kami meminta agar mencontohi akhlak Baginda Nabi Muhammad s.a.w. terima kasih Ya Allah nikmat agungMu ini..

  • @ahmadyushabintajuddin3834
    @ahmadyushabintajuddin3834 3 роки тому +24

    Cinta,
    Ungkapan yg semakin lali diperdengarkan ummat kini.
    Namun, keindahan sebuah cinta mulai dirobek nafsu akhir zaman.
    TAPI!!!!
    Seorang Al-amin hadir di Masa lalu, meninggalkan menifesto cinta terbaik, tidak utamakan diri tapi utamakan org lain. Berlapar, berpenat, bahkan berdarah sekalipun, kerana cinta yg Telus dari seorang nabi.. segala kesakitan Dan kesusahan sanggup dihadapi.
    Salam maulidurrasul. Mazhab cinta baginda nabi Muhammad S.A.W tidak Akan lenyap. Ajarin kami mazhab cintamu wahai Nabi. Moga cinta yg Salah kembali lurus senadi denganmu.

  • @grangerbookmarks
    @grangerbookmarks 3 роки тому +36

    Best 😭😭😭 Allahu teruskan berdakwah Tarbiah Sentap moga syurga buat kalian

  • @syahidahanis6232
    @syahidahanis6232 2 роки тому +2

    👍🏻

  • @firdausrusni630
    @firdausrusni630 3 роки тому +50

    Teringat saya satu hadith yang memberi harapan kepada kita untuk bersama dengan orang kita cintai di syurga nanti.
    Suatu hari seorang lelaki mendatangi Nabi SAW untuk mengajukan sebuah soalan. Beliau berkata, " Wahai Rasulullah, bilakah kiamat akan berlaku?"
    Baginda bertanya kembali, " Apakah persiapanmu untuk menghadapinya?"
    Orang itu menjawab, " Tidak ada apa-apa persiapan. Akan tetapi, aku sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya."
    Rasulullah bersabda, " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai."
    Anas bin Malik menceritakan kisah ini berkata, " Tiada sesuatu yang membuat kami bergembira sepertimana kegembiraan kami mendengar sabda Nabi, " Engkau bersama orang yang engkau cintai."
    Anas lalu berkata, " Aku mencintai Nabi, Abu Bakar dan Umar serta aku berharap akan berada bersama mereka disebabkan kecintaanku kepada mereka meskipun aku tidak mampu beramal seperti mereka." (Riwayat Bukhari)

  • @arifdanishrezwaneskandar1373
    @arifdanishrezwaneskandar1373 3 роки тому +148

    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

  • @purnama4303
    @purnama4303 3 роки тому +14

    Kesini karna habis baca buku surat cinta untuk pendosa🍃

  • @khairulamirin5971
    @khairulamirin5971 3 роки тому +3

    Allahu, tersentuh dengan lagu ni

  • @nurulsyamimi7939
    @nurulsyamimi7939 3 роки тому +8

    Moga syurga buat semua

  • @hafizahfazley4889
    @hafizahfazley4889 3 роки тому +16

    اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

  • @bbyamanda7986
    @bbyamanda7986 3 роки тому +17

    Mengalir air mata mendengarnya sangat menusuk dihati 😭 subhanallah

  • @nurulainfitriyahbtmohdazli4361
    @nurulainfitriyahbtmohdazli4361 3 роки тому +37

    Wuuu Can't Wait!!!
    Semoga lagu ini menjadi asbab kita semua mengingati nabi SAW.
    Semoga lebih banyak hati yang berselawat pada Baginda.

  • @najmuddinrifaieahmadshubki7373
    @najmuddinrifaieahmadshubki7373 3 роки тому +4

    Alhamdulillah, terbaik

  • @ridzha
    @ridzha 3 роки тому +2

    Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
    Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini
    Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
    Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan
    Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
    Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya
    (Qasidah Muhammadiyyah - al Imam al- Busoiri / al Busiri)

  • @amalinawafa5566
    @amalinawafa5566 3 роки тому +13

    Allahu.. betapa agungnya cinta nabi Muhammad , kekasih Allah , sehingga ke akhir hayatnya masih lagi mengingati umat nya. Namun kita?? Adakah masih mengingatinya?? Marilah berselawat bersama-sama tanda kasih dan sayangnya kepada baginda 💙. SALAM MAULIDUR RASUL .
    TERIMA KASIH atas lagu yg memberi manfaat dan iktibar buat kami. Semoga lebih byk lagu seperti ini dapat dihasilkan di masa akan datang ✅

  • @syabilaanisya6502
    @syabilaanisya6502 3 роки тому +10

    Mashaallah serius terbaikk..Tahniah Tarbiah Sentap!!!! Saya dah ulang lebih dari 10 kali dah lagu ni..Sebak rasa..

  • @khairilannuarmn4684
    @khairilannuarmn4684 3 роки тому +6

    Wow sedap nya lagu😍😍😍😍❤️❤️❤️

  • @nurinqistina2539
    @nurinqistina2539 3 роки тому +33

    Saya tak selalu menulis di ruang komen tapi lirik lagu sangat² memberikan sebak, arrangement lagu memang padu, clean, walaupun penyanyi ramai tapi harmoninya synchronize, cinematography sangat² professional. Lagu islamik terbaik pernah saya dengar. Tarbiah Sentap memang dah berada di tahap professional, terbaik team Tarbiah Sentap!

  • @bariyyah-2947
    @bariyyah-2947 3 роки тому +62

    The power of Tarbiah Sentap.. Cannot move on 😍😍

  • @ridwanrais.r
    @ridwanrais.r 3 роки тому +8

    Harini kita cuba capai trending top 10 dan 100k++ views insyallah 🔥🔥🔥

  • @ridzuanmazaki
    @ridzuanmazaki 3 роки тому +14

    Alam pun juga nenyatakan rindu dan cinta kpd Nabi, bagaimana pula kita sbg umatnya?
    Jarang dapat gabungan lagu,lirik dan klip video padu sebegini. Tahniah tim TS.

  • @ActionPills
    @ActionPills 3 роки тому +13

    Please trending. Ramai perlukan mesej lirik² dalam lagu ni 😭❤️

  • @missnasza
    @missnasza 3 роки тому +7

    Alhamdulillah.. terbaik Team Tarbiah Sentap dengan lahirnya lagu ni... Kisah Rasulullah yang disayangi umat ❤️

  • @husnahajirah5621
    @husnahajirah5621 3 роки тому +20

    MasyaAllah this is so good. The story behind the lyrics is so deep and touching. May Allah bless all of you for use this platform to spread the dakwah. اللهم صلي على سيدينا محمد. Salam Maulidur Rasul ❤

  • @kaizeraznan
    @kaizeraznan Рік тому +3

    Tarbiah sentap dah sangat matang.tahniah semua. Teruskan menghasilkan Karya hebat seperti ini

    • @tarbiahsentap
      @tarbiahsentap  Рік тому +1

      Terima kasih. Nantikan single baru 23/12 ini

  • @m.usamahmujahid5397
    @m.usamahmujahid5397 3 роки тому +2

    Cinta Rasulullah SAW terhadap umatnya tidak ternilai malah melampaui batas zaman hingga akhir hayat.
    Cintakan Rasulullah SAW tanda kita cintakan Allah SWTp

  • @afiqazli310
    @afiqazli310 3 роки тому +11

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وبارك وسلم❤️😍 ﷺ

    Sekadar berkongsi sahaja..
    Apa beza di antara kelazatan maksiat dan kelazatan ibadah?
    Kelazatan memandang perkara yang haram menyebabkan kegelapan dalam hati, menghilangkan khusyuk dalam solat, hingga membuatkan kita susah untuk mengalirkan air mata taubat.
    Kelazatan dan kebahagiaan dalam hati kerana menjaga pandangan mata lebih indah daripada kelazatan semua perkara. Sebab apa? Sebab memandang yang haram akan berakhir dengan kegelisahan. Nabi Yusuf alaihissalam lebih menyukai kelazatan beribadah ketika di penjara berbanding memenuhi kelezatan ajakan zina wanita.
    Allah berfirman,
    قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ
    Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku." (QS Yusus : 33)
    Moga Allah memelihara kita daripada terasa lazat dengan maksiat. Ameen.

  • @Irfan-cz2eg
    @Irfan-cz2eg 3 роки тому +17

    Keep streaming guyss 💪🏻💪🏻💪🏻 , trendingkan sama2 jom! 🌈🌹❤️ Tarbiah sentap 👍🏻❤️

  • @farisahhassan1686
    @farisahhassan1686 3 роки тому +2

    Betapa baginda sygkan umatnya.. Moga mendapat syafaat baginda Nabi.. Aminn ya Allah

  • @noranisnajihahzulkurnain9371
    @noranisnajihahzulkurnain9371 3 роки тому +2

    Dah banyak kali ulang dengar 😍

  • @hazlinuraisyah7569
    @hazlinuraisyah7569 3 роки тому +8

    "Layakkah aku bersamanya" Ya Allah deep nya.

  • @KhaditKhadit
    @KhaditKhadit 3 роки тому +5

    Terbaik, suka sangat!!!

  • @sitinurfarhanabintiyaakop5284
    @sitinurfarhanabintiyaakop5284 3 роки тому +2

    Terbaik lagu ni

  • @maisarahzamidi6623
    @maisarahzamidi6623 3 роки тому +11

    Even from the beginning, I burst my tears. Thank you Allah for guiding my heart to listen to this beautiful song, even i am a bit late. May this song will inspire all of us. Don't ever forget Mazhab Cinta.
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.

  • @zf-sx1wd
    @zf-sx1wd 3 роки тому +7

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pilihlah kami berkumpul bersama dengan Rasulullah. Kami sangat rindu untuk melihat wajah, dan mendengar suara Baginda.. Walau kami tidak layak, namun kami tetap akan terus berdoa dan berharap.. Jauhkan kami daripada jurang api neraka dengan syafaat Rasulullah..
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ❤️

  • @mohdaiman9734
    @mohdaiman9734 3 роки тому +8

    Semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah SWT.. AAMIINN..

  • @yusoffkhanalibahadra6195
    @yusoffkhanalibahadra6195 3 роки тому +5

    Tahniah Tarbiah Sentap Records...teruskan untuk ummah .

  • @aidanorrashid6516
    @aidanorrashid6516 3 роки тому +31

    Allah Allah Allah... MasyaAllah.. sungguh menyentap dan menyentuh... Karya yang terbaik.. teruskan perjuangan dalam menyampaikan dakwah dan semoga kita semua juga dipermudahkan urusan dalam menyambung dakwah Rasulullah...

  • @suefiena4731
    @suefiena4731 3 роки тому +13

    Terbaikkkk..terasa kasih sayang Rasulullah saw, terasa sampai menitis air mata,bila mengenangkan betapa besar cinta Rasulullah saw pada umatnya.. 😭

  • @farahhanani3028
    @farahhanani3028 3 роки тому +3

  • @edupoptoyment1714
    @edupoptoyment1714 3 роки тому +2

    suka feel yang dibawa setiap vokal..jadi lagu wajib pergi balik kerja...akan repeat dan repeat...sedap buat karok..

  • @baninhusna1224
    @baninhusna1224 3 роки тому +1

    Terutamanya sekali saya sebak sebenarnya dengarkan lgu ni sungguh perjuangan nabi muhammad saw yang berdakwah hingga naungan dakwah dia sangat dasyat tak terbandinglah kita yang sebagai manusia biasa sungguhlah kita tak akan jadi sehebat Nabi Muhammad saw.tapi dengan rasa cinta kita ats nabi kita ttp tabah dan kuat semangat utk berdakwah walaupun dihina dicaci ,dipinggirkan ,ditinggalkan ,dikecewakan kerana semua orang benci kita .dan ada yang mengikut kita melalui dakwah.sunggu besarlah org yg berdakwah sungguh hebat lah nabi kita Muhammad perjuangkan demi umat islam..kita kena bersyukur ❤

  • @wanamnie1409
    @wanamnie1409 3 роки тому +3

    Assalamualaikumm.. hye.. komen bnyak2 sikit, bgi trending lama lagiii

  • @nurainabhamid3351
    @nurainabhamid3351 3 роки тому +1

    Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa jujur dalam mencintai Engkau dan kekasih-Mu Rasulullah S.A.W
    Ya Rahman, Kami terlalu lalai dengan nikmat dunia.. sehingga lupa dengan Engkau Maha Pencipta.
    Ya Rahim, kami terlalu lemah, mudah terpedaya dengan cinta yang sia-sia, cinta manusia yang sifatnya berubah-ubah, lalai dengan cinta yang akhirnya menyakitkan diri kami sendiri..
    Ya Rab, kau ampunkan kami.. jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa ingat kepada-Mu dan Rasul-Mu. Ya Rab, jangan sesaatpun Kau biarkan kami tanpa mengingati-Mu dan Rasul-Mu..
    Kami takut akan terus lalai dan leka ya Allah..
    Ya Rasulullah, kami umat-Mu yang terlalu lemah.. ya Rasulullah.. maafkan kami kerana khianat cintamu yang JUJUR..
    Ya Rasulullah.. maafkan kami.. semoga kita dapat berjumpa di sana nanti.. 😢😢 aaminnn ya Rabbal Alamin..

  • @aishahanissya451
    @aishahanissya451 3 роки тому +13

    Subhanallah sngt mnyentuh hati...dalam mendengar dpat kita mngethui sirah2 nabi sdikit sbnyak ddalm lagu nie...allhamdulillah suara2 artis trbiah sntap semua merdu2😊...semoga dpat hsilkn bnyak nsyid2 sperti nie..

  • @senchsnn
    @senchsnn 3 роки тому +2

    sedihnya dengar lagu in

  • @afiqahabdulwahid8371
    @afiqahabdulwahid8371 3 роки тому +6

    Tak boleh move on. Ulang banyak kali dengar. Moga2 kita sentiasa mencintai Baginda Rasulullah SAW dengan meneladani sifat2 Baginda dalam diri kita. Selawat dan salam ke atas Baginda. Allahumma solli ala Muhammad.

  • @ainibrahim3438
    @ainibrahim3438 Рік тому +3

    Dengar nasyid ni,mengalir airmata😭..Lagu ni ada roh..dan kita boleh terbayang istimewanya Rasulullah yg sgt2 mulia dan prihatin pada setiap makhluk.
    Seperti kita berada bersama Rasulullah SAW.😭😭😭

  • @adli5133
    @adli5133 3 роки тому +1

    Nabi Muhammad SWT idola sy 😭

  • @nurulsyahriahmohamad850
    @nurulsyahriahmohamad850 3 роки тому +1

    Aslkm alhamdulilah bersyukur kepada Ilahi
    Amaln YG Nabi sering lakukan untk menyelamatkan umatnya adlah baginda sering berdoa dan terus berdoa untk umatnya walaupun umatnya sering maki hamun baginda. Saya dulu Banyak mendengar jugak lah kisah sirah Nabi sedih saya membaca buku buku kisah silam baginda. Bagaimana Cara Nabi mahu menyelamatkan umatnya Dari bencana Dan azab Yang Ditimpa oleh umatnya.
    *Cinta bukan bererti Kita cinta pada manusia sahaja, cinta sejati Kita adlah Nabi Muhammad saw *cinta manusia mudah Kita untk mencari tapi cinta Nabi adkh semudah itu untk Kita mencari dn mendekatinya. itu sahaja sekadar ilmu saya maaf kalau Ada Salah Dan silap.terima kasih.
    SANNAH HELWA YA RASULLAH SAW.

  • @sitiaishah9311
    @sitiaishah9311 3 роки тому +2

    Music best. Lirik bermakna

  • @najmuddinrifaieahmadshubki7373
    @najmuddinrifaieahmadshubki7373 3 роки тому +6

    Moga terus subur dakwah dari team Tarbiah Sentap

  • @woriornz5521
    @woriornz5521 3 роки тому +1

    Jazak allah

  • @zulhakimzulkifli98
    @zulhakimzulkifli98 3 роки тому +4

    Meremang dgr , moga kita smua dapat syafaat baginda Rasulullah

  • @muhammadasrul1981
    @muhammadasrul1981 3 роки тому +2

    👍baik

  • @LuqmanHakim-ke8vr
    @LuqmanHakim-ke8vr 2 роки тому +1

    pohon pun cintakn nabi,, tapi kita bagaimana, betul lh lagu ni, layakkah ku jadi umatnya 😭

  • @izzahizzaty2122
    @izzahizzaty2122 3 роки тому +16

    the best song ever, good message, good collab, and nice to hear everyone’s voice😍😍

  • @fatimahmn1675
    @fatimahmn1675 3 роки тому +7

    Sukaaa sangat lagu ni! Lebih 10 kali ulang!😍😍😍 Susunan lagu besttt musik memulaa rasa soft jaa kat telinga tpi bila smpai korus rasa menusuk ke jiwaa sgt dgn lirikk yg mmg 👍👍👍 Sayuuu mmg mgingtkn 'layakkan aku kan bersama Rasulullah?'😭❤️ Keep it up tarbiah sentap!🥰

  • @tasyaa_ohh_tasyaa
    @tasyaa_ohh_tasyaa 3 роки тому +3

    Sebaknya dengar lagu ni.. Lagu ni dapat membawa pendengar kembali ke zaman Rasullah SAW.. Seolah2 turut sama merasakan manifestasi alam ktk itu.. Sayuu sangat.. :'(

  • @anisahsurian2446
    @anisahsurian2446 3 роки тому +1

    Baginda Rasulullah paling jujur dalam cinta..sanggup lakukan apa saja demi umat yang dicintai..😭

  • @karmilafasihah2804
    @karmilafasihah2804 2 роки тому +1

    Saya suka lagu ni 😍

  • @sitiaaqilah6488
    @sitiaaqilah6488 2 роки тому +4

    Terkedu dengar lagu ni. Ibarat mendengar kisah perjalanan hidup nabi s.a.w. best sangat👍👍👍

  • @cherrymubble
    @cherrymubble 3 роки тому

    Seseorang mencintai Nabi SAW akan semakin mentaati dan mengikuti petunjuk Nabi. Antara kelebihan orang menyintai Baginda berbanding yang lain ialah mereka dianugerahi kemanisan iman.
    Orang yang merasai kemanisan iman mudah beribadat serta melalui kehidupan dengan penuh keceriaan dan ketenangan. Sekiranya mendapat kesusahan, dia mampu bersabar.
    Seandainya mendapat nikmat, dia bersyukur
    #sayanakmenang

  • @nurfatin7601
    @nurfatin7601 3 роки тому +1

    Teruskan stream

  • @nurainmalihah9268
    @nurainmalihah9268 3 роки тому

    Betapa agungnya kisah nabi SAW yg sanggup berkorban utk umatnya semoga mendapat syafaat di akhirat nanti....tidak ternilai pengorbananmu wahai kekasih Allah yg kami rindui dan tidak dpt kami bls...sungguhnya mulianya sifatmu nabi Muhammad SAW yg patut dijadikan idola buat kami umatmu yg prnuh kekurangan ni....semoga apa yg dikorbankn olehmu selamanni memdapat syafaat yg luar biasa.....aku rindu padamu Ya Rasulullah😢😢

  • @muhdidlan8394
    @muhdidlan8394 3 роки тому

    Dia datang mengajarkan mazhab cinta. "Dialah" Muhammad SAW yang mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya.
    Kamu akan dibangkitkan di akhirat nanti dengan orang yang kamu cintai.
    - MUHAMMAD SAW -

  • @srikandiislam1825
    @srikandiislam1825 3 роки тому +3

    Allahuakhbar.. Liriknya sangat mendalam.. Terasa rindunya pada rasulullah.. 🤧Terima kasih tarbiah sentap..

  • @nurshazizzati
    @nurshazizzati 3 роки тому +3

    Terima kasih team Tarbiah Sentap. Buat kami rindu dengan Rasulullah s.a.w. Moga kita mendapat syafaat disana.
    صل على سيدنا محمد

  • @anamethyst8464
    @anamethyst8464 3 роки тому +1

    Rindu kekasih Allah..

  • @coolestdracula2504
    @coolestdracula2504 3 роки тому +2

    Sedap la suara yg pakai topi tu

  • @mohamadfirdaus2628
    @mohamadfirdaus2628 3 роки тому

    Harap kita dapat syafaat Nabi dan diredhai oleh Allah.Moga ii kita syurga firdaus pada masa kelak.

  • @nurmadihah8562
    @nurmadihah8562 3 роки тому +1

    "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari akhirat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (HR AL-NASAI & IBNU HIBBAN)
    Yuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW😊 tunjuk cinta kita pada Rasulullah kita❤️

  • @nikfirdaus719
    @nikfirdaus719 3 роки тому +2

    uyyoo 1MILLION:):)

  • @zakiahbtwanibrahim6510
    @zakiahbtwanibrahim6510 3 роки тому +2

    Abg saya suka saya pun suka

  • @habibshaofe4040
    @habibshaofe4040 3 роки тому

    letakkanlah cinta pada Allah dan Rasulullah yang pertama...kerana Rasulullah cinta pada umatnya sangat hebat🥰 seperti yang ustaz adnin beritahu dalam live tadi..dan Rasulullah banyak berkorban kepada kita...kita mesti buktikan cinta pada Rasulullah dan bukanlah sekadar ungkapan☺️

  • @ikmalhakim9418
    @ikmalhakim9418 3 роки тому +2

    Terbaik 👍🏻

  • @fatinnurina4690
    @fatinnurina4690 3 роки тому

    Betapa cintanya Rasulluah S.A.W kepada Kita begitu banyak pergorbanan yang Rasulluah lakukan untuk umatnya tetapi apakah pergorbanan Kita kepada Rasulluah S.A.W adakah sekadar kata atau ia hanyalah palsu sahaja . Seandainya Kita benar cinta Rasulluah S.A.W maka Kita sanggup korbankan apa sahaja.
    Rasulluah berdoa untuk Kita setiap malam meminta kepada Allah untuk umatnya supaya diberi keampunan dan dilepaskan dari azab sewaktu tahajud yang Kita tahu doa sewaktu tahajud akan dimakbulkan .Betapa cintanya Rasulluah kepada Kita sehingga berdoa untuk umat dari malam sampai subuh untuk menerima syafaatnya kecuali mereka yang mensyirikkan Allah.
    Jadi tanya diri Kita adakah betul Kita cinta nabi dan Allah.
    Pupuklah diri Kita untuk mencintai nabi muhammad kerana baginda telah banyak berkorban untuk Kita.
    Wabillahi taufik Wal hidayah assalamualaikum.
    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

  • @rohaizatrejab1761
    @rohaizatrejab1761 3 роки тому +2

    Best ny kalau ada minus one untuk buat cover ..

  • @PitoInheart
    @PitoInheart 3 роки тому +8

    Sebuah karya yang baik. Tahniah ya shbt semua..
    One day nanti boleh kita kerjasama jom :)
    Struktur lagu awesome
    Variasi vokal baik
    Warna vokal : boleh improve lagi
    Teruskan menyinari dakwah..terbaik guys
    Pohon tunjuk ajar dan kongsi ilmu ya... congracias!