CSR PROGRAM BERSAMA ETNIK MINORITI- LONG BEDIAN

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 жов 2024
  • Sarawak Skills Cawangan Miri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah menjalankan Program Latihan Kemahiran Etnik Minoriti di Dewan Masyarakat Long Bedian, Baram.
    Seramai 103 peserta daripada SMK K9 Long Bedian , Kampung Long Bedian, Long Atip, Long Watt, Long Bemang, Long Kevok, Long Win, Long Latei dan Long Leng mengikuti kursus yang telah dijalankan sepanjang 2 hari.
    Antaranya Kursus yang ditawarkan adalah Asas Pendawaian Elektrik, Kursus Asas Penanaman Hidroponik, Asas Penanaman serta Kursus Pembajaan Kelapa Sawit dan Kursus Asas Arduino.
    Selain itu, pelbagai pameran daripada agensi kerajaan dan Sarawak Skills turut dijalankan termasuk taklimat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kerjaya.
    Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Ketua Kaum Long Bedian, Pejabat Daerah Kecil Long Bedian dan SMK K9 Long Bedian.

КОМЕНТАРІ •