Rumah Terbuka Paling Meriah di Dataran Merdeka 20,000 Tetamu Dgn 120 Gerai Makanan & 72 Ekor Kambing

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 сер 2024
  • ❤️ Subscribe Ainul Mardhiah Channel (AMC) UA-cam Channel untuk Lebih banyak info menarik!
    Channel ini di hostkan oleh team AMC yang merupakan insan kerdil yang ingin berkongsi tentang masakan, makanan & minuman, tips, petua, usahawan dll bagaimana untuk optimumkan membantu komuniti dalam mendapatkan input terbaik dari perkara tersebut diatas seperti makanan minuman, pertanian, perikanan, keusahawanan dan sebagainya. Dengan tagline "Dari Komuniti ke Komuniti"
    72 Ekor Kambing Golek Untuk Juadah Rumah Terbuka Perdana Masjid di Bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP).
    KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 orang menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri@Dataran Merdeka yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang hari ini.
    Majlis dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan 120 masjid dan surau Jumaat terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, menyediakan pelbagai juadah termasuk ketupat, lemang, nasi briyani, kambing golek untuk tetamu.
    Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata masjid dan surau Jumaat terpilih menyediakan gerai jamuan masing-masing dalam menyantuni tetamu dan menjamu hidangan secara percuma kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.
    Katanya, konsep yang sama julung kali diadakan pada 2019 membabitkan 70 gerai sehingga tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori Penganjuran Masjid Paling Banyak Dalam Acara Rumah Terbuka Hari Raya.
    "Objektif utama Aidilfitri@Dataran Merdeka adalah untuk menjalin silaturahim dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan. Program ini juga diharap dapat membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan jawatankuasa masjid di Wilayah Persekutuan.
    "Ia juga diharap dapat menyemai sifat cakna dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta memasyarakatkan dan mempromosi masjid di Wilayah Persekutuan sebagai pusat penyatuan ummah," katanya.
    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan yang disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
    Mohd Ajib berkata, selain jamuan Hari Raya, beberapa aktiviti turut diadakan termasuk persembahan istimewa kumpulan nasyid Rabbani dan sumbangan duit raya berjumlah keseluruhan RM35,000 kepada 616 penerima terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf, pelajar tahfiz serta kanak-kanak.
    "Turut disumbangkan adalah 1,700 naskhah waqaf al-Quran kepada masjid, surau dan sekolah tahfiz sekitar Mentakab, Pahang; Kuala Terengganu dan Taman Sri Muda, Shah Alam," katanya.
    Sumber/ kredit: BH Online @ Berita Harian
    Jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE & COMMENT channel saya untuk sokong saya menghasilkan lebih banyak video ulasan, tutorial, review & vlog. Subscribe itu percuma gais. Terima kasih didahulukan diatas SUBS, LIKE, KOMEN dll.
    "Ya Allah ampunkan lah segala dosaku. Limpahkan rezeki yang berkat & halal kepadaku dan subscribers ku, sebagaimana yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Amin". Bukan ingin menunjuk pandai atau hebat, cuma ingin berkongsi pengalaman, cadangan, pendapat dan secangkir ilmu yang ada kepada anda semua.
    Tags:
    #openhouse #raya_besaran #sambutanramai
    Notis:
    Video dalam channel Ainul Mardhiah Channel Lepas Ini di Sebut Sebagai Singkatan AMC ini adalah hak milik penuh AMC. Jadi, tidak dibenarkan sama sekali untuk download/ muat turun dan upload/ muat naik atau terbitan kembali di mana-mana saluran media, dengan apa jua cara samada secara hardcopy atau softcopy tanpa kebenaran bertulis dan kelulusan bertulis pihak AMC. Jika sabit kesalahan boleh di kenakan saman dan tindakan undang-undang melalui akta suruhanjaya komunikasi 1998.

КОМЕНТАРІ • 14

  • @RonnStudio
    @RonnStudio 2 роки тому +1

    sodap tu kambing golek
    ❤️❤️❤️

  • @nurulfarahhanimhamzah7017
    @nurulfarahhanimhamzah7017 2 роки тому +1

    Sgt meriah .. mkn free

  • @sueeaylamrs.liverpoolkelan638
    @sueeaylamrs.liverpoolkelan638 2 роки тому +1

    Meriahnya disana ye!!!😂😂😂

  • @tamingsarybudusiam2472
    @tamingsarybudusiam2472 2 роки тому

    Event start pkl 10... sblm 11 mknan abis & ada yg bungkus bw blk..

  • @AinulMardhiahChannelAMC
    @AinulMardhiahChannelAMC  Рік тому

    utk tahun 2023 12 MEi yg nk g pastikn mari awl deh blko

  • @zulzul1122
    @zulzul1122 2 роки тому

    Meriah apa nya kata smpai kul 2pm..aku smpai kul 10.40 habuk pun tarak bukan kata makanan sisa makanan pun tak ada..buat umah tebuka mcm apa tah penganjur bodoh kesian orang dtang jauh2 smpai air pun habis dlm panas2 smu balik hampa..kta umah terbuka tapi makanan tak cukup...ramai yg dtg mcm pengemis cari makan tak ada.