Abraj Jaanadriah | Ibu Pejabat Tabung Haji Makkah | Lambaian Haji 2021 Tidak Kesampain

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 лют 2025
  • #Hajj1442 #Haji2020 #InFoHaji
    Maktab Jaanadriah | Ibu Pejabat Tabung Haji Malaysia | Menyimpan berjuta kenangan buat Jemaah Haji Malaysia
    Alhamdulillah vlog kali ini BangChik membawa kepada semua sahabat-sahabat BangChik ke tempat yang dirindui kebanyakkan jemaah haji malaysia.
    Setelah melihat Lambaian Haji Tidak Kesampaian semalam membuat BangChik teringat kembali kenangan bersama-sama dengan jemaah. Setiap tahun ketika haji inilah tempat BangChik bermain.
    Melayan atau menyantuni jemaah haji dari kalangan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat-sahabat tak kira alam maya atau sahabat lama dan sahabat atas sahabat.
    Insya-Allah jika ada ruang dan peluang pasti akan BangChik mengunjungi setiap maktab-maktab yang di duduki oleh jemaah malaysia.
    Semoga vlog ini dapat mengimbau kenangan melakukan haji dan dapat melepaskan kerinduan ibadah haji itu sendiri.
    #BangChikLife
    #KotaMakkahMadinahDirindui

КОМЕНТАРІ • 567

  • @tomasjapz4148
    @tomasjapz4148 3 роки тому +1

    Alhamdulilah3

  • @AnuarMursidi
    @AnuarMursidi Місяць тому

    Alhamdulillah syukur moga kita sentiasa dalam rahmat dan sihat selalu murah rezeki dapat naik haji Aamiin

  • @saridaibrahim3719
    @saridaibrahim3719 3 роки тому

    Kenangan haji thn 2018... Jzk bangchik..

  • @wisernk8459
    @wisernk8459 3 роки тому

    Alhamdulillah...terima kasih Abgchik...terubat rindu ttpi sayu hati...kita doakan keadaan akan menjadi baik..teruskan usaha lg usaha abgchik..

  • @rohanimohd3715
    @rohanimohd3715 3 роки тому

    Good luck 4 youtuber malaysia..

  • @markhankamari2031
    @markhankamari2031 3 роки тому

    Rindunye..tq bangchik. 👍👍😀

  • @aliaminn6790
    @aliaminn6790 3 роки тому

    Alhamdulillah.Tq Muhammad.

  • @sitiharon1728
    @sitiharon1728 2 роки тому

    Alhamdulillah...jazakallahu khairan BangChik... kenangan haji terindah 1438H (2017)
    maktab 74 ....Rindu teramat 😭😭😭

  • @syednasranshamilsyeddin1966
    @syednasranshamilsyeddin1966 3 роки тому +1

    Ada bilik spare di rumah bangchik. Wao. Terbaik.

  • @salasiahmispari7884
    @salasiahmispari7884 3 роки тому +1

    Tahniah BC..semoga terus berjaya bkarya

  • @isizz5399
    @isizz5399 3 роки тому

    Alhamdulillah...jumpa jg utuber mlaysia....byk dr indo...tenkiu bangchik share kbr dr tnh suci...doakn smpi ke sn lg...bru pg 2017 tp rindu sgt...

  • @nurulharlijahosman6611
    @nurulharlijahosman6611 3 роки тому

    Alhamdulillah. Terima kasih atas info. Moga banyak lagi maklumat yang disampaikan di masa akan datang.

  • @samironjerut8961
    @samironjerut8961 2 роки тому

    Jazakallah khyran kathiro, dpt mengembalikan kenangan musim hj tahun 2009, tingal d c ni.

  • @zalihaazizah3236
    @zalihaazizah3236 3 роки тому

    Alhamdulillah muga dapat pergi ke mekah utk kli ke 2.

  • @jamaliahmatnoor215
    @jamaliahmatnoor215 3 роки тому +1

    Alhamdulillah…2019 kami berhaji dan duduk dhotel tabung haji ni…bila berdiri dpintu sebelah surau nampak jam tower…tk bang cik mengimbau kenangan 2019…rindu yg teramat untuk kesini lagi

  • @zulkiflimatsiron2184
    @zulkiflimatsiron2184 3 роки тому

    Kenangan haji 2018

  • @rosliyajadri278
    @rosliyajadri278 3 роки тому

    Sayunya hati

  • @firdauschemay
    @firdauschemay 3 роки тому +1

    Terimakasih Bang Chik. Saya berada di sana Tahun 2014. Haji 1434

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      alhandulillah....👍👍👍👍

  • @hjhpazillahyahaya4395
    @hjhpazillahyahaya4395 3 роки тому

    Mak saya buat Hj tahun 2015...dan tinggal di Abraj Adjanatriah... terbaik bg Cik liputan terbaik... alhamdulillah

  • @osmandusa1543
    @osmandusa1543 3 роки тому +1

    Salam Bang Chik. Klu ada masa rakam juga Hotel Qasr Al Janadriyah. Sy dn isteri Haji 2015 menetap di sana. Rindu laluan ulangalik ke Masjid.

  • @sitiharon1728
    @sitiharon1728 2 роки тому

    Abraj Jaanadriah 0361 sentiasa dalam ingatan...begitu juga di sekitarnya... tempat membeli barang keperluan sepanjang tinggal di sana...lebeh lagi makanan utk breakfast di lorong yg BangChik tunjuk betul2 menggamit memory..semuga Allah angkat wabak covid dari bumi ini..dan dipermudahkan segala urusan Bangchik.🤲aamiin

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  2 роки тому

      insya-Allah, terima kasih sudi menonton untuk mengenang kembali memori paling indah… sama-sama kita doakan…

  • @abdulhadimohamad1727
    @abdulhadimohamad1727 3 роки тому

    Terima kasih. Teringat musim haji 2016 tinggal di hotel ini. Memang terbaik TH

  • @noorlizazainal8075
    @noorlizazainal8075 3 роки тому

    suka makan nasi mandy dn makan roti canai hujung sebelah sana, makan dok atas lantai je , kat belakang , nampak bukit yg dipenuhi rumah

  • @cikciahamangenaration3497
    @cikciahamangenaration3497 3 роки тому +1

    Alhamdulillah 🤲..syukran bang cik ..kenangan indah di maktab ni... terubat rindu...cuma terasa sedih bila lihat keadaannya sekarang

  • @zakariazaktis8105
    @zakariazaktis8105 3 роки тому +1

    terima kasih...... sheikh , dapat peluang ambik video dalam

  • @noorlizazainal8075
    @noorlizazainal8075 3 роки тому

    kalo hujan lebat, mcm air terjun air lalu

  • @mohamadzainudin7237
    @mohamadzainudin7237 2 роки тому

    Teringat bilik 473.. musim haji 2017.. 7 org yg mnginap 2 dh kembali kerahmatullah

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  2 роки тому +1

      terbaik…👍👍👍

    • @mohamadzainudin7237
      @mohamadzainudin7237 2 роки тому

      minit 16:15 .. kami dok kt kaki lima kedai makan roti canai, sebiji 5 rial bersama rakan² jemaah haji 😊😊

  • @hjaliasjuma9524
    @hjaliasjuma9524 3 роки тому

    Saya dulu tinggal dekat jln Ajyad musim haji tahun 2005 sangat rindu ke Tanah suci Makkah lagi ..,.

  • @fauzitahir8089
    @fauzitahir8089 3 роки тому +1

    apabila kita sedia meruntuhkan ego dlm diri kita bila beribadat haji dan umrah inshaa allah kita sedia berkongsi bilik dgn 4 atau 5 org sahabat baru sebilik

  • @othmankasim7308
    @othmankasim7308 3 роки тому +1

    Ada kedei roti canai sebelah kiri pintu masuk Abraj Aljanariah.

  • @jamaliayaacob4180
    @jamaliayaacob4180 3 роки тому +1

    Lambaian utk haji 2020 tidak kesampaian insyaAllah jika diberikan kelapangan dapat pergi ..

  • @tomasjapz4148
    @tomasjapz4148 3 роки тому +1

    Saya tomas japar
    Jrmaah umrah haji 2019
    Dari sdkn
    Tertangguh gara2 pendemik 2019

  • @hjzul582
    @hjzul582 3 роки тому +2

    Bang chik buat la liputan hotel raudah alsyoroq. Manar alsyoroq. Hotel land premium dekat misfalah

  • @englishbox
    @englishbox 3 роки тому +1

    Alhamdulillah... 2018 stay kt situ abraj janadriah... Mmg memori sama mcm yg BC cerita... Tq utk vlog yg menggamit memori ni...

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      alhamdulillah.. semoga mengubat kerinduan…

  • @eymmahmay4565
    @eymmahmay4565 3 роки тому

    Boleh tak tunjukan selepas ini Hotel Bakkah Al Sallah...Rindu sangat.Haji 2019...selama 44 hari diMekah

  • @maya2fren817
    @maya2fren817 3 роки тому

    Seronok sgt..rindu..tgk sampai habis..walaupn gi umrah..tpi suasana ni amat2 di rindui...smuga dpt lgi jejak kaki ke sini bwk mak pulak dgn anak2..aamiin

  • @mohdizaniabdulmajid843
    @mohdizaniabdulmajid843 3 роки тому +1

    Rindunya.....tak boleh nak diungkap dgn kata-kata. Maktab 88 tahun 2014.

  • @sitiasasitiasa2156
    @sitiasasitiasa2156 3 роки тому +1

    baru jumpa channel ni..selalu tengok alman mulyana ..kang irlan..sahabat salam

  • @norideayupaat4609
    @norideayupaat4609 3 роки тому +2

    Allahuakhbar kenangan mmg x dpt dlupakan

  • @rokiahmdisha4703
    @rokiahmdisha4703 3 роки тому +1

    Rinduuu....

  • @khairilfitrirazali5291
    @khairilfitrirazali5291 2 роки тому +1

    Bangchik 2022 ni buat korban x dekat sana

  • @noresahnoriza6943
    @noresahnoriza6943 3 роки тому +1

    alhamdullah teringat kembali kesah2 manis ketika berada di kota suci mekah tahun 2013 time kaseh di atas paparan ini

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      insya-Allah terima kasih atas sokongan...

  • @noorlizazainal8075
    @noorlizazainal8075 3 роки тому

    jazakallah khairan khatira terubat rindu

  • @zahrahkoming8299
    @zahrahkoming8299 3 роки тому

    Memang teringin sgt nak kesana, saya tak pernah pergi lagii, tolong doa kan utk saya ye,

  • @azlindayaakob1949
    @azlindayaakob1949 3 роки тому +1

    Alhamdulillah...2019 saya ddk di sini menunaikan haji....rindunya

    • @ruhananazri9392
      @ruhananazri9392 3 роки тому +1

      Saya pun buat haji 2019,saya ddk kat hotel zuwar al bait

  • @arijalbiz
    @arijalbiz 3 роки тому +1

    Kenangan yg sukar di lupakn...

  • @Junaidah-wp8so
    @Junaidah-wp8so 3 роки тому +1

    Terima kasih Bang Cik..

  • @zaimimohd5483
    @zaimimohd5483 3 роки тому +1

    Tk Bang Chik

    • @mohamadberhan7041
      @mohamadberhan7041 3 роки тому +1

      Terima kasih BC masih mampu berikan maklumat dan nostalgia semasa menunaikan haji tk bc

  • @saniahhassansaniahhassan4043
    @saniahhassansaniahhassan4043 3 роки тому

    Alhamdulillah...ni yg mama nanti2kan dari rakyat malaysia dari sana...terima kasih bangcik..

  • @zaizainuur7394
    @zaizainuur7394 3 роки тому +1

    Terima kasih..

  • @hartinasuratan4614
    @hartinasuratan4614 3 роки тому

    Alhamdulillah seronok nya saya dengan rancangan ini

  • @channelustazahsally
    @channelustazahsally 3 роки тому +2

    Alhamdulillah, akhirnya dapat tengok vlog utuber Malaysia berkaitan bumi haramain yg sgt2 dirindui.Kenangan mengerjakan ibadat haji 2019 pasti akan dikenang sampai bila2.Terima kasih Bangchik..soking anda 200%🙂🙂🙂

  • @kangjijiman314
    @kangjijiman314 3 роки тому +74

    Alhamdulilah baru jumpa youtuber malaysia sebelum ni saya subcribe ramai youtuber dari Indonesia.. Terima kasih Bangchik kerana membuat vlog seperti ni.dpt menghilang sedikit sebanyak kerinduan utk ke Mekah.saya mmg layan lah video2 yg menarik di Mekah or Madinah. Semoga Bangchik terus sukses dan sihat2 selalu ..Aminn salam dr Sarawak.

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +4

      alhamdulillah akhirnya bertemu dan berjodoh kita… dari negara mana pun tak kisah sebenarnya asalkan kita semua semakin rindu pada bumi ini… bumi yang sangat dirindui semua makkah dan madinah…

    • @sitiahmad1460
      @sitiahmad1460 3 роки тому +3

      Alhamdulillah,jumpa juga youtuber Dr Malaysia semuga selalu menonjol cerita menarik Dr Mekah bukan shj time haji....semuga success abg chik...

    • @cikyahcikyan7792
      @cikyahcikyan7792 3 роки тому +6

      sblm ni tgok UA-camr negara jiran, hr ni tgok UA-camr negara sendiri.
      moga terus bersiaran dgn cerita2 menarik dr tanah arab dr mulut org msia...👍🏼

    • @sigelangpink2715
      @sigelangpink2715 3 роки тому +3

      Alhamdulillah,syukur jumpa channel orang Malaysia.Selama ini saya pun banyak subscribe channel dari Indonesia untuk mehilangkan rindu tanah suci Mekah Almukarramah. Tahniah BangChik Life dan teruskan usaha murni tuan, semoga sukses. Saya menginap diJanadriah ini masa pergi haji pada tahun 2009, sungguh banyak meninggalkan kenangan manis, tengok vlog ini membuatkan airmata menitis..
      DARI warga Kuching,Sarawak & Merlimau,Melaka

    • @lhruslin
      @lhruslin 3 роки тому +2

      assalamualaikum
      semoga tuan sukses seperti kang alman mulyana..

  • @hjhpazillahyahaya4395
    @hjhpazillahyahaya4395 3 роки тому

    Assalamualaikum bg cik...biasa ke Hotel Rejab adjanatriah... sahabat Hj biasa tinggal di sana...

  • @zakariazaktis8105
    @zakariazaktis8105 3 роки тому

    sayu dan sedih melihat abraj janadriah ni.. 2017..... bilik tingkat paling atas dan paling penjuru..... selepas tunaikan haji 2017 dalam satu malam dapat mimpi jumpa Rasullullah sebanyak 3 kali.. tidur, mimpi, jaga sebanyak 3 kali... Ya Allah..... ada yg Rasulullah katakan pada saya ( sebanyak 3 kali )

  • @risma7215
    @risma7215 3 роки тому +2

    Alhamdulillah baru jumpa UA-camr Malaysia.. selalunya UA-camr dri Indonesia.. terima kasih bang chik telah membuat liputan ke hotel Abraj...amat sedih sekli apa bila melihat keadaan hotel Abraj.. hotel yg pernah menjadi tempat jama'ah haji Malaysia menginap semasa mengerjakan haji pada tahun 2018... terlalu banyak kenangan manis di hotel ini...kedai kedai tu lah tempat kmi jama'ah dri malaysia membeli makanan dn barangan keperluan utk dibawa pulang ke Malaysia... syukur Alhamdulillah terubat juga rindu kmi kepada Makkah..terima kasih kepada youtuber Malaysia..

  • @ainmohamed858
    @ainmohamed858 3 роки тому +1

    Alhamdulillah,
    Dpt melihat dan mendgr,suara malaysia

  • @mohdrazlanhamid1112
    @mohdrazlanhamid1112 3 роки тому +2

    Terima kasih info dari BangChik. Sekurang-kurangnya video ni memberikan manafaat kpd saya, salah seorang yg lambaian tak kesampaian.
    Semoga BangChik diberikan kesihatan yang baik agar dapat menghasilkan video2 & info2 terkini dari Mekah

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      jangan putus berdoa, insya-Allah sampai masa akan datang ke sini untuk ibadah haji…👍👍👍

    • @mohdrazlanhamid1112
      @mohdrazlanhamid1112 3 роки тому

      @@BangChikLife
      inshallah. terima kasih BangChik

  • @anizahabs8333
    @anizahabs8333 3 роки тому

    Tahniah bang chik...teruskn meneroka bumi Haramain esp Mekah Madinah....kami memang sentiasa mnunggu vid bng chik utk mngimbas kenangan.

  • @nazmiishak194
    @nazmiishak194 3 роки тому +2

    Alhamdulillah... Dapat mengingati semula kenangan Tahun 2016 di Ibu Pejabat Tabung Haji...

  • @ahmadbri9762
    @ahmadbri9762 3 роки тому +1

    Alhamdulillah... T.kasih3x Bang Cik mengembalikan kenangan kami. Sangat2x merindui tempat ini.

  • @rusnanihussin2030
    @rusnanihussin2030 3 роки тому +1

    Teruja sangat tengok vedeo bang chik. Bang Chik doakan saya dapat menjejakkan kaki ke sana ya.

  • @umikalsumkhamis6029
    @umikalsumkhamis6029 3 роки тому +4

    Subhanallah... rindunya😭😭
    Alhamdulillah...Saya dapat tunai haji tahun 2019 duduk di Rehab Al Janadriah... 3 kali dapat dtg ke Abraj ziarah sahabat jemaah dan menerima jemputan meraikan sahabat maktab.
    Sayunya hati lihat bumi Mekah. Sangat berterima kasih dengan pihak Tabung Haji menjaga jemaah dengan sangat baik. Moga bangunan2 tabung haji akan terus terpelihara..
    Moga COVID 19 segera berlalu dan dapatlah umat islam segera menjadi Tetamu Allah.
    Teruskan bervlog BangChik..bawakan content2 yg berinfomasi dan yang bisa merawart rindu kami kepada bumi haram Mekah dan Madinah.

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      alhamdulillah rezeki… tahun terakhir sebelum covid melanda, betul tu mmg petugas haji semua mmg terbaik… menjaga semua kebajikan jemaah… biasalah dalam banyak-banyak ada juga cacat cela tetapi itulah kenangan yang paling terbaik….
      Kita doakan sama-sama covid ini segera berakhir… inSya-Allah terima kasih sangat-sangat doakan saya, Insya-Allah selagi diberi kekuatan dan idea untuk bervlog… insya-Allah…

    • @rohaniahmad6148
      @rohaniahmad6148 3 роки тому +2

      Semoga covid 19 ini berlalu pergi

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      @@rohaniahmad6148 insya-Allah

    • @damiya5016
      @damiya5016 3 роки тому +1

      Sama la kita..thn 2019, rehab al janadriyah

    • @umikalsumkhamis6029
      @umikalsumkhamis6029 3 роки тому

      @@damiya5016 alhamdulillah... sama di Rehab ye... subahanallah.. rasa macam baru semalam jer kita ke sanakan... sengaja saya putar2 ingatan di sana tak nak bagi hilang dari ingatan..

  • @maznahismail8207
    @maznahismail8207 3 роки тому +1

    Alhamdulillah.. Sekurang2nya sedikit terubat kerinduan pada bumi barakah Mekah Al Mukaramah😥😥

  • @anayong2210
    @anayong2210 3 роки тому

    rindunya dgn tempat ni..

  • @salemabrar4619
    @salemabrar4619 3 роки тому

    Allahuakhbar..memori 2014..barokallah..bg chik..

  • @hashimibrahim2342
    @hashimibrahim2342 3 роки тому

    Terimakasih BC terbaik. Kenangan paling terindah abraj 2015 . Rindu sangat kota mekah

  • @zalinabuyong1906
    @zalinabuyong1906 3 роки тому

    terbaik...teruskan....semuga sentiasa mndapat rahmat ALLAH swt dn dpermudahkan segala urusan kebaikan ini..aminnn.

  • @norjavaart9934
    @norjavaart9934 3 роки тому

    Terima Kasih atas perkongsiannya

  • @hatiahawang8711
    @hatiahawang8711 3 роки тому +2

    Tahniah bngcik dpt buat vedio Mekah. Sya akan mngikuti sentiasa mnonton vedio bangcik. Teruskan view suasana di Mekah. View bnyak2 suasana dlm.Masjidillharam & dataran Kaabah.

  • @kamarudinbinkudongkpm-guru1017
    @kamarudinbinkudongkpm-guru1017 3 роки тому +1

    Alhamdulillah, Tuan boleh tak buat live maktab2 haji contoh Land Premium. Terima kasih

  • @mohdradzi9513
    @mohdradzi9513 3 роки тому +1

    Alhamdulillah....TQ Bang Chik...content menarik dan santai..review maktab-maktab lain buat rakyat Malaysia..keep it up..

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      insya-Allah jika diberi kesempatan…

  • @norlinmk5404
    @norlinmk5404 3 роки тому +2

    Rinduuu.. 2016.. tgkt 10 Abraj Janadriyah.. 💖

  • @SalmaSalma-jo3hq
    @SalmaSalma-jo3hq 3 роки тому

    Alhamdulillah UA-camrs malaysia.. semoga kita dapat merasa bagai berada dimakkah..tkasih bang cik vlogs untuk tontonan kami semua..

  • @sittyibrahim7277
    @sittyibrahim7277 3 роки тому +3

    Assalamualaikum BangChik...Tahniah dah capai 10K subsriber!!! Alhamdulillah tumpang gembira😅👍👍👍

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      waalikumsalam... terima kasih atas sokong... tumpang gembira bersama kerana semua terlibat dengan BangChik Life terus berkembang...

  • @hizanmior6762
    @hizanmior6762 3 роки тому

    🇲🇾😢🇲🇾😢🇲🇾😢🇲🇾😢🇲🇾😢🤲🤲🤲🤲🤲🤲Semoga Allah permudahkan segala ya......

  • @mohdismail7086
    @mohdismail7086 3 роки тому +2

    Kenangan terindah musim hj 2016 rindunya..

  • @firdauschemay
    @firdauschemay 3 роки тому +1

    Lorong pada minit 16.22 adalah tempat makan dulu 2014. Di kiri kedai yg jual roti canai Dan disebelah kanan diletak karpet utk duduk minum (di pinggiran Jalan). Tangga di hujung utk naik ke masjid Pakistan

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      terima kasih atas penerangan... maafkan saya jika tersilap memberi info...

    • @firdauschemay
      @firdauschemay 3 роки тому +1

      @@BangChikLife mungkin setiap Tahun ia jadi berbeza mengikut permintaan ramai. Yg penting video ini membawa kenangan indah para Haji Hajah di Mekah. Tahniah

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      @@firdauschemay alhamdulillah... semoga menjadi pengubat rindu kepada semua...

  • @sulasikordi9791
    @sulasikordi9791 3 роки тому

    bang cik Aas“lkum..buat lah vedio tempat sejarah islam yg jdi kenangan dulu hingga sekarang..macam sejarah Nabi mohammad s”w“lam.macam channel Alman mulyana itu dari indonesia malaysia saya harap boleh lah macam channel meraka yg dah terbaik channel itu bergerak

  • @saridaibrahim3719
    @saridaibrahim3719 3 роки тому

    Ada pasar pagi.. jual mcm²..

  • @sarimahothman4136
    @sarimahothman4136 3 роки тому

    Alhamdulillah...tkasih bang chik,pertama kali jumpa channel ni.👍

  • @nfzjantan1473
    @nfzjantan1473 3 роки тому

    Allahhuakbar sebak tak terkata ..Ssuah nk meluahkan dgn kata² 😭😭😭 Allah sebaik² perancang

  • @AbdulRahman-vg4vk
    @AbdulRahman-vg4vk 3 роки тому +1

    Teruskan buat content mengenai Mekah.

  • @rossilahbintidullahmoe1539
    @rossilahbintidullahmoe1539 3 роки тому +1

    Alhamdulillah.. terubat rindu dpt lihat dan dengar HQ TH. Banyak kenangan terindah dgn jemaah dari Semenanjung semasa kami sekeluarga mengerjakan haji tahun 204. Kebetulan kami sekeluarga seramai 5 orang dari Sabah menginap di HQ TH.

  • @nurulhidayahabdullah7690
    @nurulhidayahabdullah7690 3 роки тому +1

    Assalammualaikum.Terima kasih.Amin-aminn.

  • @narshidahhamzah2331
    @narshidahhamzah2331 3 роки тому +2

    Rindu sungguh. Maktab nilah saya tinggal semasa 2016

  • @lilymagnolia2499
    @lilymagnolia2499 3 роки тому +2

    Ya Allah...rindunya bangunan abraj al janadriah...memgamit kembali segala kenangan musim haji 2014..jalan2 yg dilewati...pintu keluar masuk bangunan ni....hiruk pikuk jemaah yg hendak pergi dan kembali dari masjid..menanti dgn sabar membeli sarapan dikaki lima dibangunan ni seusai solat subuh setiap hari...Ya Allah...rindu, serindu rindunya sampai mengalir airmata.
    Terima kasih Bang Chik atas vlog ni.sudi kiranya bang chik bawa kami jalan2 dari bangunan ni pergi ke masjidil haram...jalan jalan sampai pintu marwah, pasti sudah byk perubahan seiring waktu berlalu.

  • @suemelayu2477
    @suemelayu2477 3 роки тому +2

    Assalamualaikum Abgchik......semoga dimudahkan segala Urusan Disana......LuasNya Pemandangan.....

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      waalaikumsalam… 👍👍👍… terima kasih atas doa, semoga berbalik pada yang mendoakan

    • @jamilahsaid8595
      @jamilahsaid8595 3 роки тому

      Rindunya hanya Allah yg mengetahui....Hj 2018

    • @jamilahsaid8595
      @jamilahsaid8595 3 роки тому

      Maktab 79...2018...

  • @asnorsamizabintimohdsalleh6734
    @asnorsamizabintimohdsalleh6734 3 роки тому +1

    Hampir 10x jugak ke abraj... Paling manis hari meraikan team SAHABAT TH 1439H...maktab 76 fajr badea 3 dekat je... 2x minum teh tarik bwh jmbtan tu n byk kali jgk soping area abraj... Ya Allah... Rindunya😭😭

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      teh tarik walau susu cair tapi terima seadanya…👍👍👍

  • @ladzishukri2459
    @ladzishukri2459 3 роки тому

    Maktab saya haji 2018..bilik 641

  • @marminahjuraimi5667
    @marminahjuraimi5667 3 роки тому

    Rindu hj th 207 dan umrah3 bersama aruah suaimi, dan anak3...

  • @ramliramramli4330
    @ramliramramli4330 3 роки тому

    Adui hai..rindu yg amat sangat.. saya dduk situ 2017

  • @rjs6124
    @rjs6124 3 роки тому

    Terimakasih kerana sudi share video ni. Saya salah seoarang jemaah Haji Malaysia yang tinggal di sini semasa menunaikan ibadat Haji pada tahun 2018.

  • @fij0e
    @fij0e 3 роки тому +1

    Terima Kasih Bangchik. Memang rindu dengan Abraj ni. Pengalaman Haji 2018. Pengalaman paling best berlumba dgn pakcik2 nak pegi masjid dari abraj. Lalu bawah jambatan tu, tepi pintu masuk dekat belah bawah deretan kedai2 tu ada jual sarapan pagi2 dari warga Pattani yg menetap disana.

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому +1

      sarapan pagi tu yg penting…👍👍👍

    • @fij0e
      @fij0e 3 роки тому

      @@BangChikLife betul tu.

  • @noorhashimah2697
    @noorhashimah2697 3 роки тому

    Alhamdulillah... sangat rindu lambsian makkah

  • @ruzilahyaacob8518
    @ruzilahyaacob8518 3 роки тому +1

    Terima kasih banyak bang chik. Semestinya kami merindui ..2019 ..kami di sini ..semuga Allah menerima amal ibadah haji kami ..Allah mengampunkan dosa kami ..Allah memperkenankan kami dan memberi kami hadiah sekembalinya kami ke tanah air .Amin YRA ..kt 61 maktab 79

  • @musliahisnin3299
    @musliahisnin3299 3 роки тому

    Ye Alhamdulilah..maju jaya utuber Malaysia..
    Slm dri Johor..💪💪💪

  • @harmizaazlina3346
    @harmizaazlina3346 3 роки тому +35

    Alhamdulillah...ada vlogger Malaysia...teruskan laporan dari Mekah...

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      alhamdulillah… doakan…

    • @msaadhamid
      @msaadhamid 3 роки тому +1

      Ada satu lagi vlogger Malaysia iaitu Makkah Kenangan Terindah.

  • @qarkunkayafounderschannel
    @qarkunkayafounderschannel 3 роки тому +6

    Semoga bangchik life terus sihat memaparkan sebaik mungkin vlog terbaharu

  • @rozitamohamad6893
    @rozitamohamad6893 3 роки тому +1

    Waalaikumussalam wbrt.Walaupun lewat tapi tetap hadir nonton video Bangchik..menyedihkn dlm Lambaian Tidak Kesampaian tv3,semangat makcik umur 67 tetap +ve wpun baru kehilangan suami.

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      betul tu… sedih melihat tetapi itulah ujian Allah swt yang harus kita tempuhi dengan redha… sepatutnya pergi dengan suami isteri….

    • @rozitamohamad6893
      @rozitamohamad6893 3 роки тому +1

      @@BangChikLife pahala haji juga untuk arwah🤲

    • @BangChikLife
      @BangChikLife  3 роки тому

      kita doa-doakan niat tu dah ada cuma ada halangan…