[AQIDAH] SEMINAR AQIDAH - USUL & FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH & SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 29

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +5

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam - BAHAGIAN 1 DARI 3)
    1.1.5 Ketika ditanya tentang orang mati yang dikatakan diseksa dan diberi ni’mat di dalam kuburnya itu adakah tubuhnya atau ruhnya atau kedua-dua sekali yang merasai azab atau ni’mat itu? Al-Allamah Rasyid Ridha (m.1354H) setelah mengemukakan perbezaan pendapat ulama’ tentangnya, menulis:
    ونحمد الله تعالى أنهم لم يجعلوا هذه المسألة من أصول الأقائد التي يكفر منكرها
    Maksudnya: Syukur kepada Allah s.w.t. kerana mereka (para ulama’) tidak menganggap masalah ini sebagai salah satu usul aqidah yang dihukum kafir orang yang tidak mempercayainya. (lihat Majallah al-Manaar j. 8 m.s. 256).
    1.1.6 'Allamah ‘Abdur Rahman al-Mu’allimi al-Yamani (m. 1386H) di dalam bukunya “at-Tankil bima fi Ta’nib al-Kautsari minal Abaathil” menulis:
    وهذا إنما يحتاج إليه في فروع العقائد التي لا يضر عدم استيقانها
    Maksudnya: Perkara ini hanya diperlukan dalam furu’ aqidah yang tidak mengapa tidak mempercayainya. (lihat at-Tankil Bima Fi Ta’nib al-Kautsari Minal Abaathil j. 3 m.s. 282).
    2- USUL DAN FURU’ AQIDAH
    2.1 Usul aqidah ialah perkara-perkara yang mesti dipercayai dan ia menentukan Islam atau tidaknya seseorang.
    2.2 Usul aqidah adalah perkara-perkara yang diterima oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagai aqidah pokok dan usul bagi Ahli Sunnah Wal Jama`ah.
    2.3 Ayat-ayat al-Qur’an yang muhkam dan qath’i dalalahnya sahaja merupakan satu-satunya sumber usul aqidah yang disepakati oleh semua golongan Ahli as-Sunnah.
    2.4 Antara usul aqidah yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah:
    2.4.1 Percaya kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifat-Nya yang sempurna. Maha suci Ia daripada segala kekurangan. Tidak ada suatu apa pun yang menyerupai-Nya.
    2.4.2 Percaya bahawa tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib secara mutlaq selain Allah.
    2.4.3 Percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi lagi rasul dan beliau adalah utusan Allah yang terakhir.
    2.4.4 Percaya akan adanya hari kemudian dan hari pembalasan, merangkumi alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka sebagai perkara-perkara yang benar.
    2.4.5 Mempercayai adanya dosa dan pahala bagi amalan baik atau buruk yang dilakukan oleh manusia mukallaf.
    2.4.6 Mempercayai bahawa Allah ada mengutuskan sekian banyak hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia sebagai nabi-nabi dan rasul-rasul untuk membimbing manusia di dunia ini.
    2.4.7 Mempercayai Allah ada menurunkan kitab-kitab suci-Nya kepada rasul-rasul tertentu sebagai hidayat kepada kaum mereka masing-masing. Antaranya ialah kitab Taurat, Zabur dan Injil.
    2.4.8 Mempercayai Al-Quran sebagai kitab dari Allah yang terakhir dan ia terpelihara daripada sebarang tokok tambah dan penyelewengan.
    2.4.9 Mempercayai kewujudan Malaikat dan mempercayai bahawa mereka adalah makhluk Allah yang sangat taat kepada-Nya. Mereka sama sekali tidak menderhakai Allah.
    2.4.10 Mempercayai qadha’ dan qadar (taqdir), baik dan buruknya adalah daripada Allah s.w.t.
    2.4.11 Percaya tentang adanya makhluk-makhluk lain yang terlindung dari pandangan mata kasar manusia seperti jin syaitan dan lain-lain.
    2.4.12 Percaya tentang para rasul ada dikurniakan mu’jizat-mu’jizat tertentu oleh Allah ‘Azza wa jalla.
    2..4.13 Dan lain-lain.
    3- FURU’ AQIDAH
    Furu’ aqidah ialah perkara-perkara aqidah yang tidak disepakati di kalangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Ia tidak menentukan Islam dan kufurnya seseorang. Berbeda pendapat tentangnya juga tidak mengeluarkan seseorang dari daerah Ahli Sunnah Wal Jama`ah.
    3.1 Al-Qur’an yang tidak qath’i dalalahnya dan hadith-hadith yang sahih merupakan sumber furu’ aqidah.
    3.2 Antara usul dan furu’ aqidah, furu’ aqidah terbukti lebih banyak dan lebih luas berbanding dengan usul aqidah.
    3.3 Perbezaan dalam furu’ aqidah tidak menjadikan seseorang kafir dan tidak mengeluarkan dari Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Paling tinggi pun dalam setengah-setengah perkara ia membawa seseorang menjadi ahli al-bid’ah wal al-ahwa’ atau pendapatnya dianggap syaz (ganjil) sahaja, tetapi ia masih lagi Islam.
    3.4 Termasuk di bawah furu’ aqidah antara lainnya ialah kepercayaan-kepercayaan dan perkara-perkara berikut:
    3.4.1 Adakah iman itu “basith” atau “murakkab” dan adakah ia boleh bertambah dan berkurang?
    3.4.2 Dapat atau tidak manusia melihat Allah semasa hidup di dunia ini.
    3.4.3 Nabi-nabi, adakah terdiri dari kalangan laki-laki sahaja atau ada juga dari kalangan perempuan.
    3.4.4 Setelah mati apakah semua bahagian tubuh manusia akan binasa atau ada yang tidak binasa.
    3.4.5 Kalam Allah itu bersuarakah atau ia tidak berhuruf dan bersuara.
    3.4.6 Ibu bapa nabi kita Muhammad s.a.w. telah meninggal dunia sebagai muslim atau tidak?
    3.4.7 Adakah Allah s.w.t. itu “sesuatu‟ atau tidak?
    3.4.8 Sifat-sifat Allah itu adakah ia ‘ain zat-Nya (zat Allah itu sendirikah) atau bukan ‘ain zat-Nya.
    3.4.9 Khadhir yang tersebut di dalam hadith-hadith sahih dan hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s. itu adakah nabi atau wali atau malaikat?
    Bahkan kepercayaan tentang akan muncul di akhir zaman Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan lain-lain, meskipun sahih berdasarkan Hadith Mutawatir ma’nawi, namun masih lagi dianggap oleh sekumpulan besar ulama’ sunni sebagai furu’ aqidah.
    4- CONTOH-CONTOH PERBEZAAN PADA FURU’ AQIDAH ADALAH ANTARA ASYA’IRAH DAN MATURUDIYAH:
    4.1 Perbedaan pendapat dalam menentukan elok atau tidak eloknya sesuatu. Adakah ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal atau Syara’. Maturidiyah berpendapat ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal. Asya’irah pula berpendapat ia bergantung kepada ketentuan Syara’.
    4.2 Kedua-dua golongan, Asya’irah dan Maturidiyah menerima kalam Allah yang sebenarnya ialah kalam nafsi-Nya. Tetapi adakah kalam nafsi Allah itu boleh didengar atau tidak. Kata Maturidiyah, tidak boleh didengar. Apa yang didengar oleh Nabi Musa a.s. misalnya hanyalah sesuatu yang menunjukkan kalam nafsi Allah sahaja. Asya’irah pula berpendapat ia boleh didengar.
    4.3 Allah tidak mentaklifkan (membebankan) manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Asya’irah pula berpendapat, ia (menurut ‘aqal) boleh jadi berlaku. Al-Isfiraini dan al-Ghazali adalah antara tokoh Asya’irah yang tidak bersetuju dengan Asya’irah dalam masalah ini.
    4.4 Menurut Maturidiyah, Allah tidak berlaku zalim. Mustahil pada akal Tuhan berlaku zalim. Asya’irah pula berpendapat, tidak mustahil (pada akal).
    4.5 Menurut Maturidiyah, mengenal Allah wajib atas seseorang dengan sebab ia berakal (ada akal). Menurut Asya`irah pula ia wajib dengan sebab Syara’, bukan dengan sebab akal semata-mata.
    4.6 Menurut Maturidiyah, setiap perbuatan Allah mesti ada hikmat dan illatnya. Sedangkan Asya’irah berpendapat tidak, malah tidak boleh dikatakan begitu.
    4.7 Maturidiyah berpendapat, iman muqallid (orang yang mengikut orang lain semata-mata tanpa menggunakan pemikiran sendiri) adalah sah. Asya’irah pula berpendapat tidak sah. Kerana syarat sah iman di sisi mereka ialah mengetahui setiap masalah aqidah dengan dalil ‘aqli yang putus.
    4.8 Manusia mempunyai usaha ( كسب ) dan ikhtiar dalam melakukan sesuatu perkara. Usaha dan ikhtiarnyalah yang memberi bekas terhadap sesuatu yang dibuatnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Tetapi Asya’irah berpendapat, semua perbuatan ikhtiari manusia berlaku dengan kudrat Allah semata-mata. Allah jualah yang memberi bekas pada semua perbuatannya.
    4.9 Menurut Maturidiyah iman tidak bertambah dan berkurang. Sedangkan menurut pendapat yang masyhur dan popular di kalangan Asya’irah ialah iman boleh bertambah dan berkurang.
    4.10 Asy’irah berpendapat, taubat orang yang sedang nazak tidak diterima Allah. Sedangkan Maturidiyah berpendapat taubatnya masih diterima Allah.
    4.11 Menurut Maturidiyah, menanggap dan merasai sesuatu dengan pancaindera bukanlah ilmu. Ia tidak lebih daripada sarana untuk mendapat ilmu. Sedangkan Asya’irah sudah mengiranya sebagai ilmu.
    4.12 Kata Maturidiyah, orang celaka boleh menjadi bahagia dan orang yang bahagia pula boleh menjadi celaka. Sementara golongan Asya’irah pula berpendapat, kecelakaan dan kebahagiaan seseorang itu hanya akan pasti ketika ia meninggal dunia. Penghujung hidupnyalah yang menentukan sama ada ia seorang bahagia atau celaka.
    4.13 Bagi Maturidiyah, orang kafir tidak boleh dimaafkan (diampunkan) Allah menurut (hukum) akal. Sedangkan bagi Asya’irah, kalau menurut akal boleh saja. Tetapi menurut Syara’ pula tidak boleh.
    4.14 Menurut Maturidiyah sifat takwin adalah sifat zat yang azali bagi Allah s.w.t. Takwin di sisi mereka bukan mukawwan. Bagi Asya’irah, ia adalah sifat fi’il Allah. Justeru ia merupakan sesuatu yang haadith.
    4.15 Di sisi Maturidiyah, tidak harus pada ‘aqal dan Syara’ Allah menyalahi janji baik atau janji buruk yang dibuat-Nya, misalnya dengan mengekalkan orang-orang mu’min di dalam neraka dan mengekalkan orang-orang kafir di dalam syurga. Di sisi Asya’irah, meskipun semua itu harus pada akal, namun ia tidak harus pada Syara’.
    4.16 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang sifat (كن) “kun‟ yang dengannya Allah menjadikan segala sesuatu. Maturidiyah berpendapat ia kinayah kepada segeranya penciptaan Allah. Ia bukan perkataan sebenar. Dikatakan perkataan hanya secara majaaz sahaja. Asya’irah pula berpendapat, kejadian segala sesuatu berkait dengan kalam azali Allah s.w.t. Dan perkataan “kun‟ (كن) menunjukkannya itu.
    4.17 Maturidiyah berpendapat, taufiq bererti Allah memudahkan dan menolong seseorang. Menurut Asya’irah pula taufiq bererti Allah menjadikan kemampuan di dalam diri hamba-Nya untuk melakukan ketaatan.
    (SAMBUNGAN ARTIKEL KE BAHAGIAN 2)
    .

    • @solehah8652
      @solehah8652 2 роки тому

      Assalamualaikum.mana boleh dptkan nota2 ni? jazakallahu khair

    • @komunitidarulkautsar9328
      @komunitidarulkautsar9328  2 роки тому

      @@solehah8652 boleh download dari ruangan description video ni (ada link disediakan) atau copy and paste nota yg disertakan dalam ruangan description dan komen youtube ni

  • @CustomerCustomer-e5l
    @CustomerCustomer-e5l Рік тому +2

    mantap maulana.syukkraan smoga Allah melindungimu

  • @muhammadhilmi5746
    @muhammadhilmi5746 8 років тому +7

    terbaik ustaz maulana asri.pncerahan yang mdah utk difahami

  • @abdhalimustafakedah4342
    @abdhalimustafakedah4342 7 років тому +4

    jelas dan padat.mudah faham.penting .ckp mustahak utk dihayati.

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam - BAHAGIAN 3 DARI 3)
    8- SIAPA AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH?
    Beberapa jawapan berupa ta’rif dan pengenalan telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan persoalan ini. Di bawah ini dikemukakan dua sahaja daripadanya:
    8.1 Ahlus Sunnah Wal Jama’ah itu terdiri daripada tiga golongan (1) Ahlu al- Hadith wa al-atsar (2) al-Asya’irah dan (3) al-Maturidiyah.
    Demikianlah pengenalan yang diberikan oleh as-Safaarini dan lain-lain.
    8.2 Ahlus Sunnah Wal Jama`ah itu terdiri dari tiga golongan. Mereka ialah (1) Ahlu ar-Ra’yi wa an-Nazar (2) Ahlu al-Hadith wa al-atsar dan (3) Ahlu al-Kasyfi wa al- Wijdaan (Ahli Tasauf).
    8.3 Dan banyak lagi yang lain.
    8.4 Sebaik-baik ta`rif Ahlus Sunnah Wal Jama`ah ialah yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda s.a.w. bersabda:
    وَإِنَّ بِنَي إِسْرَائِيلَ تفرِّقتْ على ثِنْتيْنِ وسَبْعِينَ مِلَّةَ وتفترق أمّتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومَنْ هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي
    Bermaksud: Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya di neraka melainkan satu puak sahaja. Para Sahabat bertanya: “Siapakah satu puak itu wahai Rasulallah?”. Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah puak yang berada di atas landasanku dan landasan para Sahabatku”. (Hadith riwayat at-Tirmizi, at-Thabaraani, al-Haakim dan lain-lain).
    Jika hadith Rasulullah s.a.w. ini dijadikan panduan, nescaya ta’rif Ahlus Sunnah itu dapat menampung lebih banyak jumlah pengikutnya dan lebih luas konsep penerimaannya. Ia tentunya akan merangkumi golongan Asya’irah dan Maturidiyah yang mewakili Ahli ar-Ra’yi wa an-Nazar dan juga golongan Salafiyyah yang mewakili Ahli al-Hadith wa al-Atsar.
    Jika Ahli Sunnah hanya Asya’irah dan Maturidiyah sahaja, bagaimana dengan orang-orang yang telah berlalu sebelumnya seperti Imam Malik, Abu Hanifah, as-Syafi’e, Ahmad dan lain-lain. Adakah mereka itu bukan Ahlus Sunnah kerana pada masa itu belum wujud lagi Asya’irah dan Maturidiyah atau mereka itu juga Ahlus Sunnah? Jika mereka itu diterima sebagai Ahlus Sunnah, apakah nama yang sesuai untuk mereka? Berdasarkan bukti sejarah, mereka dikenali sebagai golongan Salaf atau Salafiyyah.
    9- PENUTUP
    Kesatuan dan kesefahaman antara golongan-golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sangat perlu bagi menjamin keharmonian umat Islam. Kesepakatan mereka boleh membentuk satu kuasa besar untuk menghadapi pelbagai cabaran terhadap agama Islam. Untuk itu mereka mestilah saling berkasih sayang, tolong menolong, bertolak ansur, mencari titik persefahaman, tidak tuduh menuduh dan tidak mengkritik tokoh-tokoh setiap aliran sebagai sesat dan menyeleweng. والله المستعان
    وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam - BAHAGIAN 2 DARI 3)
    4.18 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang amalan orang murtad yang terhapus dengan sebab kemurtadannya. Adakah ia dikira semula setelah si murtad itu kembali memeluk agama semula atau tidak? Maturidiyah berpendapat, ia dikira semula. Asya’irah pula berpendapat, tidak, malah ia terhapus terus.
    4.19 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang orang-orang kafir, adakah mereka akan diseksa kerana meninggalkan segala perkara yang difardhukan dan diwajibkan, di samping kerana kekufuran mereka? Maturidiyah berpendapat, mereka akan diseksa kerana kekufuran, bukan kerana meninggalkan perkara-perkara yang difardhu dan diwajibkan. Asya’irah pula berpendapat, mereka akan disekasa kerana meninggalkan kedua-duanya.
    4.20 Mereka berbeda pendapat tentang kema’shuman (عصمة) para nabi. Asya’irah menafikan kemungkinan para nabi melakukan dosa-dosa besar secara mutlaq. Mereka hanya mengharuskan berlaku dosa-dosa kecil pada para nabi secara tidak sedar. Ada juga di kalangan Asya’irah orang-orang yang menafikan kemungkinan para nabi ada melakukan dosa-dosa secara mutlaq, seperti al-Isfiraini dan Qadhi `Iyaadh. Begitulah pendapat Maturidiyah.
    5- CONTOH-CONTOH PERBEZAAN FURU’ AQIDAH ANTARA ASYA’IRAH DAN TOKOH-TOKOH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH YANG LAIN
    5.1 Asya’irah berbeda dengan Imam al-Bukhari daripada segi menanggap kalam Allah itu tidak berhuruf dan bersuara. Adapun al-Bukhari, beliau mempercayai kalam Allah itu bersuara, hanya ia tidak berhuruf sahaja.
    5.2 Jumhur Asya’irah dan Maturidiyah berbeda dengan Ibnu Hazam daripada segi mereka misalnya tidak menerima adanya nabi-nabi dari kalangan wanita. Sedangkan Ibnu Hazam berpendapat ada juga wanita yang dipilih menjadi nabi seperti ibu Nabi Musa a.s. dan ibu Nabi Isa, Maryam a.s.
    5.3 Ahlu Hadith dan Salafiyah menerima tauhid al-Uluhiyah, Rububiyah dan al-Asmaa’ wa as-Sifat sebagai landasan aqidahnya. Asya’irah pula menerima 20 sifat Tuhan yang wajib diimani. Pada asalnya mereka menerima hanya 13 sifat Tuhan sahaja. Setelah ditambah dengan 7 sifat ma’nawiyah yang diterima Maturidiyah, jadilah 20 kesemuanya.
    5.4 Asya’irah dan Maturidiyah tidak menerima hadith ahaad sebagai sandaran dalam bab aqidah, sedangkan Salafiyah dan Ahli al-Hadith menerimanya.
    5.5 Qadha’ dan qadar menurut Asyairah terbahagi kepada mu’allaq dan mubram. Salafiyah dan Ahli al-Hadith pula membahagikannya kepada kauni dan syar’i. Ibnu al-Qayyim telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perbezaan pembahagian seperti itu di dalam kitabnya Syifaa’ al-‘Alil.
    5.6 Asya’irah pada umumnya memakai kaedah ta’wil apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat. Golongan Salafiyah pula mentafwidhkan terus (menyerahkan) ma’nanya kepada Allah. Sementara segolongan Salafiyah yang lain pula mengitsbatkan terlebih dahulu ma’na asalnya, kemudian baru diserahkan hakikat ma’nanya kepada Allah. Bagaimanapun kesemua mereka tetap tidak menyerupakan Allah dengan sekalian makhluk-Nya.
    6- ANTARA SEBAB KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM DALAM MEMAHAMI METODOLOGI ALIRAN-ALIRAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH
    6.1 Tidak memahami konsep usul dan furu’ aqidah dengan baik.
    6.2 Asya’irah dianggap golongan yang mesti menta’wilkan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat. Padahal mereka adakalanya menerima saja ayat-ayat dan hadith-hadith itu tanpa sebarang ta’wilan. Sementara golongan Salafiyah pula dianggap langsung tidak menerima kaedah ta’wil. Padahal mereka juga adakalanya tidak dapat mengelak diri daripada ta’wil.
    6.3 Penggunaan istilah-istilah oleh ulama’ tertentu yang disalah ertikan. Misalnya penggunaan istilah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah untuk kumpulan mereka sahaja, penggunaan perkataan ضل atau ضلال dan sebagainya.
    6.4 Ta`sub, jumud, tidak mahu menerima langsung perbezaan dalam perkara-perkara yang masih boleh berbeza.
    7- SIKAP DAN PENDIRIAN YANG SEHARUSNYA DIAMBIL OLEH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH DALAM MENDEPANI GEJALA-GEJALA INI
    7.1 Meraikan setiap perbezaan antara aliran-aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam permasalahan furu’ aqidah.
    7.2 Saling bantu membantu antara kesemua aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam usaha menegakkan Islam.
    7.3 Menegur secara bijaksana dan berhemah jika berlaku kesilapan.
    7.4 Tidak mentohmah, memfitnah, menuduh, mencerca, dan memaki hamun antara sesama Ahli Sunnah Wal Jama’ah, sebaliknya memperakui dan mengenang setiap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh setiap ulama’ dari setiap aliran.
    7.5 Mengenepikan perbezaan furu’ aqidah antara Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan memberi sepenuh tumpuan kepada ancaman sebenar terhadap Islam.
    7.6 Meneladani tokoh-tokoh ulama’ Sunni di seluruh pelosok dunia yang berfikiran terbuka dan bersangka baik terhadap semua aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
    7.7 Mempelajari kitab-kitab aqidah semua aliran Sunni dengan saksama. Lebih baik lagi jika kesemuanya dimasukkan dalam sukatan pengajian di pusat-pusat pengajian.
    (SAMBUNGAN ARTIKEL KE BAHAGIAN 3)

  • @ownrana5321
    @ownrana5321 2 роки тому +1

    Selesai tonton 2

  • @ozispace
    @ozispace Рік тому +1

    Bahas tentang Imam Mahdi,Dajjal & Nabi Isa (57:00)

  • @mikey6040
    @mikey6040 4 місяці тому

    ALLAH KATA HANYA DIA YG TAU TAKWILNYA.
    Allah tak kata ayat mutasyabihat tak boleh takwil atau tak ada takwilnya.Apabila Allah membahagikan ayat al quran kepada dua bahagian yg satu muhakamat dan yg satu mutasyabihat konfirm yg mutasyabihat tu kena takwil.Kalu tak pembahagian tu akan jadi sia sia.Kalau semua tak payah takwil baik tak payah dibagi kalau macam tu cukup dikatakan semua ayat muhkamat kan senang.Tapi bila Allah kata sebahagian muhkamat yg maksudnya tak perlu takwil dan sebahagian mutasyabihat maknanya konfirmlqh yg mutasyabihat tu wajib ditakwilkan dan ini adalah usul akidah kerana ijmak antara salaf dan khalaf.Khilqf hanya terjadi pada peringkat takwil tafsili.Salaf menyerahkan takwilnya kepada Allah sedangkan khalaf berijtihad menentukan takwilnya.Di sinilah sebenarnya tempat ijtihad yakni pada takwil tafsili bukan pada asal takwil.Pada asal takwil itu termasuk usul akidah tg tidak boleh berijtihad yg mana keingkaran terhadapnya merupakan kekufuran sebab jelas dan gamblang dengan nas Al quran.siapa yg tolak melazimkan maknanya dia menolak Al Quran.Sebab tu sebahagian ulama mengkafirkan ibnu taimiyah dalam masalah ini.Sebahagian yg tidak mengkafirkan hanya kerana ihtiath( berhati Atau kerana ibnu taimiyah telah bertobat dan kembali kepada akidah asyairahbukan kerana ibnu taimiyah itu benar.
    Senarai Ulama meng KAFIR kan Ibnu Taimiyyah
    Syaikh Abdul Ghani al-Nabulisi (wafat 1143H)
    Syaikh Muhammad al-Mahdi ibn ‘Ali al-Siyadi (wafat 1287H)
    Sayyid Muhammad Abul Huda al-Siyadi (wafat 1328H)
    Mufti Musthafa ibn Ahmad al-Syatti al-Hanbali al-Dimasyqi (1348H)
    Syaikh Muhammad Khattab al-Subki (wafat 1352H)
    Mufti Madinah al-Munawwarah, Syaikh al-Muhaddits Muhammad al-Khidir al-Syanqithi (wafat 1353H)
    Syaikh Salamah al-‘Azzami al-Syafie (wafat 1376H)
    Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (wafat 1354H)
    Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (wafat 1371H)
    Syaikh Ibrahim ibn Utsman al-Samhudi al-Misri
    Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani
    Syaikh Muhammad al-A’rabi al-Tabbani (wafat 1390H)
    Syaikh Mansur Muhammad Uwais
    Al-Hafidz ibn al-Siddiq al-Ghumari (wafat 1380H)
    Al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H)
    Al-Musnid al-Habib Abu al-Asybal Salim ibn Ahmad ibn Jindan (wafat 1389H)
    Syaikh Muhammad ibn Isa Badran al-Misri
    Syaikh Musthafa Abu Saif al-Hamami. Beliau telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghauth al-‘Ibad bi Bayani al-Rasyad. Kitab tersebut telah diiktiraf oleh beberap orang ulama’ besar yang menulis pujian terhadapnya. Diantaranya Syaikh Muhammad Sa’id al-‘Urfi, Syaikh Yusuf al-Dijwi - anggota Majlis Ulama Besar al-Azhar, Syaikh Mahmud Abu Daqiqah, Syaikh Muhammad al-Buhairi, Syaikh Muhammad Abdul Fattah ‘Itani, al-Muhaddits Syaikh Habibullah al-Syanqiti, Syaikh Dusuqi Abdullah al-‘Arabi dan Syaikh Muhammad Hifni Bilal
    Al-Muhaddits Syaikh Abdullah al-Harari.

  • @musa21127
    @musa21127 7 місяців тому

    Join.

  • @ruangilmu1178
    @ruangilmu1178 3 роки тому +1

    Tak semua khilaf itu di anggap, apabila khilaf itu menyelisihi jumhur yang terlalu amat sangat banyak maka khilaf tersebut tertolak. Macam Abu Hanifah kata boleh nikah mut'ah. Abu Hanifah menyelisih Ahlussunnah. Tergelincir, Abu Hanifah tidak keluar dari Ahlussunnah sebab itu. Namun kita katakan tak sengaja tersalah dalam fatwa beliau rahimahullah. Begitu juga persoalan lain, baik dalam Aqidah atau pun fiqih, apabila telah masyur ada kesepakatan di atas sebuah perkara kemudian datang seorang menyelisihi kebanyakan orang maka sekalipun dalam Ulama Ahlussunnah kita tolak khilaf tersebut.
    Wa Allahu 'alam...
    Semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq...

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 2 роки тому

    Rukun Iman ada 6.. yang pertama ialah percaya kpd Allah..ini adalah Asas Aqidah,yaitu:
    "Awalludin Makrifatullah"..awal agama adalah mengenal Allah dari Segi Dzat A'fal dan Sifat Allah.Ini yang dibincangkan olih Asy-Syariah-Maturidiyah ,berlawanan dengan pegangan Trinity Tawhid yg hanya membincangkan Sifat2/nama2 Allah.

  • @kingkai3862
    @kingkai3862 6 місяців тому

    16.7.2024

  • @mohdsaibayaacob3819
    @mohdsaibayaacob3819 6 місяців тому +1

    Manhaj SALAF dan manhaj Salafiyyah adalah BERBEZA. Manhaj Salaf adalah al-Itsbat Bi La Kayfiyyah ataupun al-Itsbat Ma'a at-Tanzih.
    Manakala manhaj Salafiyyah pula ialah Tafwid al-Kayfiyyah. Jauh bezanya. Sebab itulah Salafiyyah menganggap Asha'irah dan Maturidiyyah termasuk dlm kalangan ahli bid'ah bersama-sama dgn Jahmiyyah, Muktazilah, Shi'ah dll.

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 2 роки тому

    Sengketa hanya berlaku bila Ustaz2 Wahabi mengangap Asya'irah wal maturidiyah sesat.

    • @kuzaidkudeen2926
      @kuzaidkudeen2926 Рік тому

      Sama juga Asya'irah dan maturidi jgk mengeluarkan salafi dikalangan ASWJ

  • @mikey6040
    @mikey6040 4 місяці тому

    *SALAF TAK TOLAK TAKWIL .*
    Mereka cuma tolak takwil tafsili.susah yer.?
    Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda
    سمعَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ قومًا يتدارَؤونَ فَقالَ : إنَّما هلَكَ مَن كانَ قبلَكُم بِهَذا ضربوا كتابَ اللَّهِ بعضَهُ ببعضٍ ، وإنَّما نزَلَ كتابُ اللَّهِ يصدِّقُ بعضُهُ بعضًا ، فلا تُكَذِّبوا بعضَهُ ببعضٍ فما عَلِمْتُم منهُ فَقولوا وما جَهِلْتُم فَكِلوهُ إلى عالمِهِ
    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:Sesungguhnya orang orang sebelum kamu itu telah binasa kerana mereka mempertentangkan kitab Allah sebahagian dengan sebahagiannya padahal sesungguhnya diturunkan kitab Allah itu ialah supaya membenarkan sebahagiannya akan sebahagiannya oleh itu janganlah kalian mendustakan sebahagian akan sebahagiannya apa apa yg kamu tahu maka katakanlah dan apa apa yg yg kamu tidak tahu maka serahkanlah kepada yg mengetahui.
    Jadi jelas nabi tak suruh konfirm macam yg wahhabi buat nabi suruh serah kan kepada yg lebih tahu yaitu Allah .Yang wahhabi buat mereka konfirm tangan Allah maknanya tangan secara zahir.Mana mereka tahu? Kan Allah kata hanya Dia yg tahu.Sebab tu tidak pernah salaf mengatakan tangan Allah itu tangan Allah sebaliknya mereka serah.Imam Malik halau orang dari majlisnya itu bukan dalil imam malik menolak takwil.Itu hanya dalil beliau menolak takwil tafsili.Imqm syafie juga tidak menolak takwil yg dia tolak hanya takwil tafsili Misalnya salah satu kat Imam Al Syafie:
    آمنت بالله وبما جاء عن الله على مراد الله وآمنت برسول الله وبما جاء عن رسول الله على مراد رسول الله
    Aku beriman dengqn Allah dan apa apa yg datang dari Allah sebqgaimana yg dimaksudkan oleh Allah dan aku beriman dengan Rasulullah dan apa apa yg datang dari Rasulullah seperti yg dimaksudkan oleh Rasulullah.Jelas Imam syafie tidak konfirmkan macam yg wahhabi konfirmkan sebaliknya dalam masalah yg tidak diketahui seperti ayat mutasyabihat Imam syafie serahkan kepada Allah.Sedangkan wahhabi menyalahi akidah salaf sebab mereka konfirmkan bahawa tangan Allah tu maksudnya betul betul tangan cuma kata mereka tangan Allah tu tak serupa makhluk.Persoalannya dari mana mereka tahu?Kan dalam Al Quran Allah mengatakan hanya Dia yg tahu?

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 3 роки тому +1

    APA benda damai Aliran Sunnah waljamaah..mereka tak pernah sengketa..yg celarunya adalah firqah yg diluar Ahlulsunnah waljamaah...!!!?????

  • @muzakkirazmi6424
    @muzakkirazmi6424 3 роки тому +1

    Ahli sunnah tak pernah menkafirkan mana 2 puak yg tak sama aliran .tapi wahabi akan bidahkan apabila org yg tak sama dgn aliran dgn nya

    • @ridri3580
      @ridri3580 Рік тому +2

      Terbaru UAI, MENGKAFIRKAN sesiapa yang makan keropok lekor...ahli sunnahkah dia atau wahabi?

    • @muhammadirfan5611
      @muhammadirfan5611 6 місяців тому

      Membid‘ahkan perbuatannya atau membid‘ahkan pelakunya, terutamanya secara muqayyad/mu‘ayyan (tentu)? Kemudian, adakah sama membid‘ahkan dengan mengkafirkan? Adakah sama mengkafirkan dengan memastikan masuk neraka?

  • @tajularifin7088
    @tajularifin7088 5 місяців тому

    Bkn asyoiroh dan salafi...tapi asyoiroh vs wahabi

  • @muzakkirazmi6424
    @muzakkirazmi6424 3 роки тому

    Mendamaikan ahli sunnah wal jamah macam mana .kalau awak dok bidah kan apa yg.org dari mazhab 4 amal kan .kalau batul handak mendamai kita buat lah amal yg sama .Janganlah dok bidahkan

    • @amerkushairi2093
      @amerkushairi2093 2 роки тому

      Cuba bgtau sikit apa amalan 4 mazhab yg dibidahkan oleh salafi...mcm sembang je ko ni

    • @faizfaiz965
      @faizfaiz965 2 роки тому +3

      Apa cth perkara dari imam/ulamak muktabar mazhab 4 yg asri yusoff & lain² tu bid'ahkan?
      Yg sering terjadi: Perkara² yg di'claim' dari ulamak muktabar mazhab 4, tp tiada pun diajar oleh mereka. Bahkan ada yg mereka sendiri pun bid'ahkan juga. Dari mana² dtgnya, guru utara semenanjung claim mimpi, syeikh Yemen zaman terkemudian ajar, tapi claim dari mazhab 4.

    • @muhammadirfan5611
      @muhammadirfan5611 6 місяців тому

      "Kalau batul handak mendamai kita buatlah amal yg sama," kalau macam ni tak ada ulama yang damai.

  • @mikey6040
    @mikey6040 4 місяці тому

    ALLAH KATA HANYA DIA YG TAU TAKWILNYA.
    Allah tak kata ayat mutasyabihat tak boleh takwil atau tak ada takwilnya.Apabila Allah membahagikan ayat al quran kepada dua bahagian yg satu muhakamat dan yg satu mutasyabihat konfirm yg mutasyabihat tu kena takwil.Kalu tak pembahagian tu akan jadi sia sia.Kalau semua tak payah takwil baik tak payah dibagi kalau macam tu cukup dikatakan semua ayat muhkamat kan senang.Tapi bila Allah kata sebahagian muhkamat yg maksudnya tak perlu takwil dan sebahagian mutasyabihat maknanya konfirmlqh yg mutasyabihat tu wajib ditakwilkan dan ini adalah usul akidah kerana ijmak antara salaf dan khalaf.Khilqf hanya terjadi pada peringkat takwil tafsili.Salaf menyerahkan takwilnya kepada Allah sedangkan khalaf berijtihad menentukan takwilnya.Di sinilah sebenarnya tempat ijtihad yakni pada takwil tafsili bukan pada asal takwil.Pada asal takwil itu termasuk usul akidah tg tidak boleh berijtihad yg mana keingkaran terhadapnya merupakan kekufuran sebab jelas dan gamblang dengan nas Al quran.siapa yg tolak melazimkan maknanya dia menolak Al Quran.Sebab tu sebahagian ulama mengkafirkan ibnu taimiyah dalam masalah ini.Sebahagian yg tidak mengkafirkan hanya kerana ihtiath( berhati Atau kerana ibnu taimiyah telah bertobat dan kembali kepada akidah asyairahbukan kerana ibnu taimiyah itu benar.
    Senarai Ulama meng KAFIR kan Ibnu Taimiyyah
    Syaikh Abdul Ghani al-Nabulisi (wafat 1143H)
    Syaikh Muhammad al-Mahdi ibn ‘Ali al-Siyadi (wafat 1287H)
    Sayyid Muhammad Abul Huda al-Siyadi (wafat 1328H)
    Mufti Musthafa ibn Ahmad al-Syatti al-Hanbali al-Dimasyqi (1348H)
    Syaikh Muhammad Khattab al-Subki (wafat 1352H)
    Mufti Madinah al-Munawwarah, Syaikh al-Muhaddits Muhammad al-Khidir al-Syanqithi (wafat 1353H)
    Syaikh Salamah al-‘Azzami al-Syafie (wafat 1376H)
    Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (wafat 1354H)
    Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (wafat 1371H)
    Syaikh Ibrahim ibn Utsman al-Samhudi al-Misri
    Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani
    Syaikh Muhammad al-A’rabi al-Tabbani (wafat 1390H)
    Syaikh Mansur Muhammad Uwais
    Al-Hafidz ibn al-Siddiq al-Ghumari (wafat 1380H)
    Al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H)
    Al-Musnid al-Habib Abu al-Asybal Salim ibn Ahmad ibn Jindan (wafat 1389H)
    Syaikh Muhammad ibn Isa Badran al-Misri
    Syaikh Musthafa Abu Saif al-Hamami. Beliau telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghauth al-‘Ibad bi Bayani al-Rasyad. Kitab tersebut telah diiktiraf oleh beberap orang ulama’ besar yang menulis pujian terhadapnya. Diantaranya Syaikh Muhammad Sa’id al-‘Urfi, Syaikh Yusuf al-Dijwi - anggota Majlis Ulama Besar al-Azhar, Syaikh Mahmud Abu Daqiqah, Syaikh Muhammad al-Buhairi, Syaikh Muhammad Abdul Fattah ‘Itani, al-Muhaddits Syaikh Habibullah al-Syanqiti, Syaikh Dusuqi Abdullah al-‘Arabi dan Syaikh Muhammad Hifni Bilal
    Al-Muhaddits Syaikh Abdullah al-Harari.