PESAN penting Habib Umar bin Hafidz : Ambil ILMU dari sumber yang BENAR & tidak mudah MENGHUKUM

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 жов 2024
  • [AMBILLAH ILMU DARI SUMBER YANG SAHIH ]
    Kata Allamah Habib Umar Bin Hafidz bagaimana seorang itu mengatakan dia mengetahui dan benar, jika ia tidak mengambil ilmu dari sumber yang benar? Nabi menceritakan apa yang akan berlaku kepada ummatnya diakhir zaman daripada fitnah ujian yang besar yg akan menimpa ummat, ditanya sahabat kepada Nabi apa jalan keluar nya? Jawab Nabi " Kitabullah ( Al Quran Al Karim ).
    Kerana itu kita perlu memastikan ilmu yang kita ambil itu betul-betul benar, iaitu bermula diambil daripada generasi para sahabat, para tabiin sehingga kepada mereka yang mengambil ilmu dari sumber yang sahih dan benar itu.
    Kerana itu Allah meniadikan ilmu itu sebagai neraca timbangan supaya kita tidak tersalah mengambil ilmu yang bersumberkan daripada Al Quran.
    Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai contoh sebagai seorang yang berhati-hati ketika menjawab persoalan, ketika ditanya tentang satu kalimat daripada Al Quran أبا daripada firman Allah
    وَفَاكِهَةً وَأَبًّا (Surah ‘abasa:31)
    Beliau tidak mahu menjawab kerana takut menyalahi makna Al Quran dengan pendapatnya sendiri. Ini adalah batasan ataupun contoh kepada kita untuk tidak berani menjawab sesuatu yang tidak diketahui sekalipun kita orang yang berilmu dan mempunyai pemahaman ilmu yang luas apalagi kalau seseorang itu tidak mempunyai ilmu ! "
    Berbicara tentang Ilmu, seseorang manusia itu diberikan keupayaan untuk memperluaskan ilmunya dan saling mengambil faedah daribada satu sama yana lain. Dan tidak membatasi ilmu ini (limu Syariah) dengan hanya “diri dia sahaja yang tahu" sehingga menghukum orang lain dengan itu dan ini tanpa memerhatikan ilmu yang ada pada orang yang lain. Manusia begini adalah manusia yang paling jahil walaupun dia mendakwa dia orang yang berilmu.
    Contohnya Imam Malik, ketika para penguasa pada waktu itu menawarkan kepadanya untuk menjadikan kitab Muwatto' karangannya sebagai dasar undang undang kepada seluruh negara. Imam Malik menolak tawaran it dan mengatakan " Janganlah kamu menjadi sebab timbulnya fitnah dengan membatasi ilmu itu dengan apa yang ada di kitab Muwatto' sahaja. Kerana kemungkinan ada banyak hadis g belum saya terima.
    Pada hari ini, ada orang tahu satu dua kalimat, belajar satu dua tahun sudah boleh menjadi mufti kepada seluruh ummat dan suka menghukum hanya dengan pengetahuannnya yang terbatas sampaikan orang yang hidup ataupun orang yang mati pun tak terselamat dari orang ini.
    Contohilah para sahabat Nabi yang saling menghormati antara satu sama yang lain.
    Satu kisah seorang orang tua yang alim sedang menaiki binatang tungganganya, ditengah ada seorang yang jahil ingin mengolok-olok orang tua ini dengan mengatakan " Wahai Syeikh ! Siapa yang lebih mulia antara engkau dan binatang yang engkau tunggangi ini? Syeikh tua itu menjawab dengan ilmu dan adabnya " Wahai anakku, kalau nanti dihari kiamat aku selamat daripada neraka dan masuk syurga maka aku lebih baik daripada binatang ini, namun jika sebaliknya maka binatang ini lebih mulia dari aku ".
    Dijawab dengan ilmunya dan akhlakya, inilah contoh daripada seorang yang mempunyai ilmu yang benar.
    Dasar keharmonian seperti ini dan seperti ayat yang Allah firmankan itu yang perlu kita terapkan pada anak-anak kita, sekolah sekolah kita, masjid masjid kita agar tidak tersebarnya kebencian sesama kita.
    ------------------
    Habib Umar bin Salim bin Hafidz Hafizahullah
    Majlis Ilmu Madani 2023
    Bersama Syeikh Ali Jumuah dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim
    Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
    26 Mei 2023 bersamaan 6 Zulkaedah 1444H
    ------------------
    Kredit video :
    RTM TV1
    Subscribe ​⁠ ​⁠​⁠​⁠‪@Qamarun.channel‬
    #habibumarbinhafidz #habibalizaenalabidin #anwaribrahim #khaihanorman

КОМЕНТАРІ • 33

  • @mahmudabdullah1517
    @mahmudabdullah1517 9 місяців тому +1

    SALAM SELAMAT BUAT ANDA SEMUA SEMOGA SEMUANYA DALAM NAUNGAN DAN RAHMAT DARI ALLAH TUHAN SELURUH ALAM TIADA TUHAN'YANG LAYAK DISEMBAH DENGAN SEBENAR NYA MELAIKAN ALLAH YANG MAHA PENYANTUN LAGI MAHA MULIA 👍🙏🤝🤝🤝🤝❤️❤️❤️❤️

  • @mohdfahmimohdfahmi9143
    @mohdfahmimohdfahmi9143 Рік тому +2

    Yg penting sekali ilmu ini utk saya amal dan sampaikan bukan dengar kemudian simpan utk diri sendiri yg lebih buruk dari saya ialah tahu ilmu tu tapi x amal x sampaikan kena tipu dgn shaitan konon diri saya baik alim berilmu tapi tidak. Hati2 sahabat2 ku yg lain sentiasa lah muhasabah diri hari2 musuh utama kita x pernah putus asa dan kita manusia pun harap2 begitu.

  • @AlBaidho
    @AlBaidho Рік тому +1

    وقد سمعنا من لسان الحبيب أنيس بن علوي الحبشي.
    ليس فى الكتب والدفاتر علمٌ.
    وإنما العلم في صدور الرجال.
    رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري.
    بارك الله لنا ولكم جيعا.

  • @mohdfahmimohdfahmi9143
    @mohdfahmimohdfahmi9143 Рік тому +1

    Kita manusia yg hidup di zaman ini AllahTaala sentiasa membimbing kita melalui pewaris lidah ilmu Nabi kita Muhammad Rasul Allah maka sentiasa lah istiqamah belajar tanpa henti lagi dan lagi hingga xde lagi di dunia ini Inshaallah Allahumma AllahTaala.

    • @mahmudabdullah1517
      @mahmudabdullah1517 9 місяців тому +1

      SALAM SELAMAT BUAT ANDA SEKELUARGA SEMOGA SEMUANYA DALAM NAUNGAN DAN RAHMAT DARI ALLAH TUHAN SELURUH ALAM 🙏🙏🙏🙏🙏

  • @genzee.official
    @genzee.official Рік тому +7

    pesanan yang sgt penting utk kita semua faham, jazakallah habib

  • @MisterZeke
    @MisterZeke Рік тому +5

    fahimtum habib. singkat sgt habib di malaysia. semoga habib ziarah kami lagi kedepannya

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 Рік тому +2

    Assalamualaikum.... terbaik Habib.... terima kasih atas perkongsian dan ilmu.... Alhamdulillah...

  • @ป้ายโฆษณาแอนด์สกรีนอาร์ต

    Ilham Allah tidak semua boleh org beriman dan dekati Allah sahaja

  • @ustazsabrial-buti7551
    @ustazsabrial-buti7551 Рік тому +1

    ya Allah

  • @ummatrasulullah8173
    @ummatrasulullah8173 Рік тому +4

    Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh habib 💝💝💝 Allahumma sollli Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Ali Sayyidina Muhammad 💝🌷♥️🌹🎁❤️🌻💫🌟🍁🌸💐🌼🏵️🌠 Ijin share habib.... jazakumullahu khairan ❤️❤️❤️🎁🎁🎁💝💝💝🌹🌹🌹♥️♥️♥️🌷🌷🌷

  • @mohdashariabdrahim2273
    @mohdashariabdrahim2273 Рік тому +2

    Sumbar yang Benar ialah dari Al Quran

  • @reimihim6815
    @reimihim6815 Рік тому +3

    Jangan cepat menghukum sptmana ada satu golongan diMalaysia yg menghukum org lain dgn bidaah dan x ikut sunnah nabi saw...

  • @mariammariam2481
    @mariammariam2481 Рік тому +2

    Diilhamkan Allah kpd ia ???

  • @fusemalaysia840
    @fusemalaysia840 Рік тому +2

    saya ade masalah qalb lah, ingat nak pergi masjid jumaat depan...saya nak kena dapatkan verification dulu ruh saya bau busuk ke tidak... sekarang ni semua tutup hidup kalau saya lalu, ikut hukum maslahat umum fardu kifayah tak boleh, sebab menganggu khusyuk makmum yang lain

    • @Qamarun.channel
      @Qamarun.channel  Рік тому +1

      Mohon Allah bantu dengan taufiqNya

    • @imangarrix5904
      @imangarrix5904 Рік тому

      Semoga Allah beri kesembuhan penyakit tuan. Aaminnn

    • @1razmie
      @1razmie Рік тому +2

      Minum kopi lah...hilang bau...

  • @abdulmalek9565
    @abdulmalek9565 Рік тому

    الله أكبر ولله الحمد لله رب العلمين و رب العرس العظيم مشاء الله صلى الله على سيدنا محمد ورحمة العلمين وعلى اله وصحبه اجمعين اللهم امين٣ برحمة يا ارحم الراحمين٣ لا حولا قوة الا بالله العلى العظيم العليم الحكيم ربنا اتنا في الدنيا حسنة و في الآخرة حسنة و قنا عذاب النار٣ 😔 ربنا انك انت الوهاب 😔 اللهم برحمة يا ارحم الراحمين٣ وسلم تريما كاسية عبده جهل فقر عبدالماك 😢

  • @AbuBakar-ny2ce
    @AbuBakar-ny2ce Рік тому +2

    Kenapa x panggil pengerusi ulama dunia ug dulunya timbalan yusof qardhawi yg skrg ni ketua ulama dunia..

  • @adhamnurhakim9189
    @adhamnurhakim9189 Рік тому +1

    Minit 14.30 habib buat ape

    • @Qamarun.channel
      @Qamarun.channel  Рік тому

      Hanya beliau dan Allah sahaja yg tahu

    • @zakarianawawinawawi6654
      @zakarianawawinawawi6654 Рік тому

      Senang jawabnya..😁 teman rasa macam tau jawapannya

    • @PinkTulip1701
      @PinkTulip1701 Рік тому

      ​@@Qamarun.channeloohh tak tahu ye. Ke pura2 Bersangka baik? Biar sy jawab kan. Kononnya yakazah dengan Rasulullah laa tu. Rasulullah datang dalam majlis dan beliau dapat melihat Rasulullah. Malangnya siapa yang terlalu bersangka baik dan percaya. Bersangka baik dan kebodohan itu ada di atas garisan yang sangat nipis. Bezakan. BERFIKIRLAH. Tolonglah berfikir. Nak cop aku apa pun, cop laa. Wahabi ke apa ke. Yang penting aku dah sampaikan. Semoga terbuka minda untuk berfikir. Sudah2 la mengagungkan manusia. Sudah2 lah.

    • @Qamarun.channel
      @Qamarun.channel  Рік тому +1

      @@PinkTulip1701 lebih baik diam bang dari menfitnah

  • @imangarrix5904
    @imangarrix5904 Рік тому

    Malulah dtg majlis 'Malaysia madani'..

  • @ahmadshahbinmohdhashim4675
    @ahmadshahbinmohdhashim4675 Рік тому

    Haji Hadi Dan ulamak PAS tak bersama ker...knp?