PERAPAN KAMBING MEMANG PADU‼️AL-FATEH STEAMBOAT & GRILL KG JAWA

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 сер 2024
  • Restoran steamboat dahulunya agak kurang berada di pasaran. Jika terdapat restoran steamboat di pasaran, kebanyakannya tidak halal. Namun, restoran steamboat kini semakin banyak dan sangat mudah didekati.
    Restoren Al-Fateh Steambot & Grill (Kg. Jawa, Klang) menyediakan menu makan malam dengan sajian yg enak dan terbukti menjadi kegemaran ramai orang. Lokasi yang strategik serta tempat makan yang selesa dan luas sehingga mampu memuatkan sehingga 500 pelanggan dalam satu masa.
    Restoran Al-Fateh ini antara restoran steamboat yang agak popular kerana tidak banyak restoran steamboat di buka di sekitar kawasan ini. Oleh sebab itu, ia sering menjadi pilihan ramai kerana kedudukan lokasi restoran yang sangat bersesuaian.
    Restoran ini menyediakan pelbagai pillihan lauk pauk untuk direbus / celur dan untuk dipanggang. Pelbagai makanan laut segar dan mentah, daging kambing, lembu, ayam, bebola ikan, sotong, udang, pelbagai jenis sayuran segar, mee kering turut disediakan.
    Kepingan daging lembu, kambing dan ayam untuk dipanggang telah diperap dengan bermacam perasa atau rempah. Antaranya adalah perasa bbq, lada hitam, kari dan bermacam lagi.
    Pelanggan diberi pilihan samada sup biasa atau kuah tom yam sebagai sup renehan steamboat. Bagi yang datang bersama anak kecil, digalakkan untuk memilih kuah sup sebagai hidangan.
    Sambil menunggu hidangan steamboat anda siap, boleh juga anda memanggang kepingan daging yang telah diperap. Daging kambing antara hidangan yang semestinya anda panggang dan rasai sendiri keenakan daging tersebut. Biarpun dipanggang, dagingnya masih terasa lembut serta berjus.
    Bahan yang digunakan untuk perapan daging adalah sangat berbeza dan tidak sama di restoran steamboat lain. Aroma yang terhasil sebaik sahaja anda mula memanggang, ternyata membuatkan perut semakin melonjak lapar. Sebab ini jugalah ramai yang menjamu selera di sini.
    Sos pencicah yang disediakan untuk dimakan bersama steamboat dan hidangan grill juga menyelerakan. Sememangnya sos yang disediakan juga begitu serasi antara satu sama lain. Antara sos yang disediakan adalah sos cili, sos Thai, sos lada hitam dan sos bbq.
    Makanan laut yang disediakan buat para pelanggan juga banyak pilihannya. Antaranya adalah pepahat, kepah, kerang, udang, kupang yang boleh anda nikmati bersama kuah sup atau tom yam.
    Selain itu juga, menu berasaskan karbohidrat seperti nasi goreng, mee goreng dan kue teow goreng turut disediakan untuk para pelanggan. Hidangan ini boleh dimakan bersama lauk-pauk yang telah dipanggang dan sememangnya cukup mengenyangkan.
    Air minuman yang disediakan di ‘water station’ juga mempunyai pelbagai pilihan yang boleh anda pilih seperti air sirap, air nenas, asam boi biru dan juga laici. Ais krim sebagai dessert sudah pasti menjadi pilihan ramai terutama kanak-kanak.
    📍 Al-Fateh Steamboat & Grill
    Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, off, Jalan Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor
    Cawangan Al Fateh Steamboat & Grill
    Seksyen 7 Shah Alam
    Alamat : No 41 jalan kristal K 7/K seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia
    FB Page : / alfatehsekyen7
    Bukit Raja
    Alamat : No 6 Jalan Astaka 4B/KU2 Bandar Bukit Raja, 41050 Klang
    FB Page : / alfatehbukitraja
    Kampung Jawa
    Alamat : Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor
    FB Page : / restoranalfateh
    #AlFatehSteamboat&Grill #AlFatehKgJawa #alfatehsteamboatgrillkgjawa #steamboatgrill #steamboat #foodie #foodhunting #foodreview
    #friedfood #seafood #deepfried #fish #prawns #squid #foodphotography #foodstagram #grill #foodiereview #foodporn #foodie #foodiegram #instafood #malaysianfood #malaysiafoodie #thehungryfoodie #foods #tempatmakanterbaik #tempatmakansedap #tempatmakantiptop #tempatmakanpadu #tempatmakanbest #klang #grillfood #tempatmakanmalaysia #kgjawaklang #malaysiafoodstagram #tempatmakanviral #foods #tempatmakanterbaik #vlog #fyp #tempatmakansedap #tempatmakantiptop #tempatmakanpadu #tempatmakanbest #tempatmakanmalaysia #malaysiafoodstagram #tempatmakanviral #myfoodiesharing #myfoodie
    #singgahmakan #foodhunter #foodhunting #travelforfood #travel #jjcm #2022 #sukamakan #malaysiafood #travelblogger #foodporn #PilihanTerbaikTravellers #foodpornmalaysia
    #singgahmakan #makanmakan
    #instatravel #travelgram #instagood
    🌟 My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.

КОМЕНТАРІ • 4

  • @mohdrazlanhamid1112
    @mohdrazlanhamid1112 Рік тому +2

    terbaik tuan. mantap

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Terima Tuan Razlan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @jintanmanis5000
    @jintanmanis5000 9 місяців тому +1

    Dulu kedai nih jual nasi lemak kt depan jejantas kolej islam/ depan masjid diraja, pastu tukar lokasi masuk dalam, nasi lemak dia sedap
    Lebih kurang 12 tahun lepas lah, ramai org kot
    Skrng dh jual steamboat, viral steamboat pulak, nasi lemak diorng dh tak femes, walaupun setiap minggu kita beli hehehehe

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  9 місяців тому

      Ooo ye ke? Dulu pemes nasi lemak dia? Sedap kat sambal dia ke? Tapi byk² kedai steamboat & grill yg saya pergi, dekat sini sedap perapan kambing dia tu...pastu sentiasa refill... Btw terima kasih ye sudi singgah ke Gnola79 Channel 👏👍🏻😉