Proton Wira Convert Gearbox Manual Kepada Automatic

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 155

  • @pernohazimat1445
    @pernohazimat1445 10 місяців тому +1

    Salam tuan budiman...Saya ada saga aeroback 1.5 1990 manual cadang nak tukar auto...Kalau Tukar engine auto 1.6 x der Masaalah kan... Mohon pencerahan

  • @kykiegamming5529
    @kykiegamming5529 6 місяців тому +1

    salam nak tanya lah lain² ke cas pernukaran gearbox. saya ada sebiji wira. abg ayah saya punya klau tukar auto berapa kos ye. tpi saya area sarawak

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 місяців тому +1

      waalaikumsalam, kos kerja bergantung pada upah dan penukaran (beli barang), untuk mode wira harga kasar boleh standby dalam 3K jika ada pembelian barang komponen, jika upah buka pasang sahaja standby kasar 300 ke 800.
      Terima Kasih

  • @dausfirdaus2293
    @dausfirdaus2293 Рік тому +1

    salam tuan.nk tnya wira vdo kalo masuk gearbox 4 speed boleh tahan lama x gearbox.sbb ade tgok dlm channel lain ade convert pkai oil cooler..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam, in sha allah jika minyak gearbox dan auto filter digantkan mengikut mileage yang tetapkan, tidak jadi masalah, berkenaan dengan oil cooler, ya penambahan sistem oil cooler keluar dari laluan bawah radiator lebih baik bagi mengawal haba panas pada ATF semasa gearbox beroperasi dan dapat memanjangkan jangka hayat gearbox.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      untuk pengetahuan sistem penyejukan ATF asal gearbox auto wira disalurkan pada pipe pada bahagian bawah dalam radiator

  • @malayandindochannel4431
    @malayandindochannel4431 10 місяців тому +3

    Salam bang.. brapo kos nak tukar ke dr manual ke auto

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Місяць тому

      harga kasar standby Rm3000 tapi tak sampai, boleh jimatkan banyak perkara lagi
      tengok apa yang betul2 perlu tukar dan apa yang boleh digunapakai semula.
      Terima Kasih

  • @AtapZink
    @AtapZink 11 днів тому +1

    Salam bos...kalu waja conver ke auto..wiring tukar skli ke?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  10 днів тому +1

      untuk waja dia ada TCU Transmission Control Unit, ECU untuk Gearbox Auto, jadi jika nak convert sebaiknya dapatkan complete set barang, Gearbox dan TCU perkara utama untuk membolehkan gearbox auto pada kereta waja berfungsi👍🏽

    • @AtapZink
      @AtapZink 10 днів тому +1

      @IzhamZurinGarage mknaya wiring guna yg manual tu la ya?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  10 днів тому

      @@AtapZinkya, wiring engine dan wiring gearbox auto berasingan.
      Terima Kasih

  • @RosYanti-pw1nv
    @RosYanti-pw1nv Рік тому +1

    Salam nk tnya,drvshaft wira auto dengan menual sama ke??

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Waalaikumsalam, sama sahaja kecuali jika ada modifi apa2 pada knuckle tayar

  • @IzzaraAesyah
    @IzzaraAesyah 10 місяців тому +1

    Salam nk tyn kenapa keta iswara auto sy bwk 100kmh meter rpm duduk dkt 4k ..ada tak solution utk rendahkan meter rpm pada final drive keta sy

    • @DJZZR3
      @DJZZR3 6 місяців тому +1

      Sbb auto 3 speed je

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 місяців тому

      @DJZZR3 ya betul, terbaik👍🏽

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 місяців тому

      boleh cuba minta tolong foreman adjust cable gear auto dan timing engine bagi selaraskan👍🏽

  • @muhdarif359
    @muhdarif359 Рік тому +1

    salam bang.. nk tny klu saga lmst 1.3, enjin 4G13 carburator nk convert manual ke auto 4 speed blh ke

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      waalaikumsalam
      untuk convert auto 1.3 carburator 3 speed dah memadai cukup, jika nak masuk 4speed agak sedikit rumit dari segi wirering🙏🏽

  • @afieqkime
    @afieqkime Рік тому +1

    Salam bang saya nak tnya, wira saya manual dh convert auto tp wiring reverse x buat lg, blh tlg share wiring diagram inhibitor sensor. Xpon boleh bg no. Wasap kalau abg boleh buatkan lebih mudah.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam, awak yang whatsapp saya tanya berkenaan lampu reverse kan? maaf lambat reply, banyak chat bertindan🙏🏽 apa2 saya update nanti, terima kasih

  • @mailsepet2357
    @mailsepet2357 Рік тому +1

    Assalammualaikum tumpang tanya sye ada wira 1.5 vdo (manual) injection...kalau sye nak upgrade gearbox sye 1.5 ke 1.6 manual boleh ke...sbb sye ada jugak tanya ii orng ada yg kata boleh ada yg kata tak boleh....mohon penjelasan bang 🙏

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam dulu memang tak boleh buat sebab tiada lagi orang yang cuba buat, sebab itu ada jawapan yang mengatakan tak boleh, tetapi sekarang boleh, dah ramai orang buat kerana gearbox auto 1.6 mempunyai 4speed pertukaran gear yang mampu menampung kuasa rpm tinggi dari kuasa engine, akan tetapi proses pemasangan perlu mencari bengkel yang mahir dari segi wirering kerana gearbox auto 1.6 menggunakan transmission control unit TCU untuk membolehkan gearbox beroperasi dengan baik dan sempurna.
      beza gearbox auto 1.5 ia menggunakan cable yang disambung pada trottle body/ carburator untuk berfungsi pertukaran gear semasa pemanduan.

  • @quaterteam408
    @quaterteam408 Рік тому +2

    Minit yg ke 1:39 bush tengah tu xpasang ke...

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      bush apa ya? maksudnya flywheel oil seal ya? yang getah bulat itu? jika itu, pada plastik berlogo proton itu yang lama kita dah cabut dan gantikan yang baharu pada engine🙏🏽

    • @quaterteam408
      @quaterteam408 Рік тому +1

      Lepas bos pasang oil seal terus pasang plate kan... Ad dapat bush bulat macam cincin tak

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      @quaterteam408 bush besi tengah untuk pelapit muncung torque converter ya? ada2
      bush ini jika tak masuk kadang2 akan jadi masalah starter motor terlampau rapat pada gigi plate T.Converter, jadi penyelesaiannya takkan nak turunkan gearbox semula, perlu la lapit nut pada ikatan starter motor untuk tinggikan kedudukan starter motor.
      bush itu kan? ke bush lain😅
      Terima Kasih sudi comment🙏🏽👍🏽

    • @quaterteam408
      @quaterteam408 Рік тому +1

      @@IzhamZurinGarage yes btol tu...👍👍👍👍

  • @mohdHanif-e5n
    @mohdHanif-e5n 10 місяців тому +1

    Assalamualaikum bang bgkel kt mana ni?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  10 місяців тому

      Waalaikumsalam
      No 9 Jalan 1 Taman Sri Indah Balakong

  • @mr.danialhaqimi797
    @mr.danialhaqimi797 Рік тому +1

    Asalam boss... Nak Tanya la...lepas manual convert ke auto... Bagaimana pulak meter Kete kita ye? Kalau kita nk tukar ke meter auto.. ada wiring perlu buat tak? Atau hanya pnp sahaja

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Waalaikumsalam,
      untuk function lampu indicator auto perlu wirering, tetapi jika PNP terus pun meter tetap function 1.3 1.5 injection
      untuk 1.6 pula, perlu wirering kerana ia menggunakan TCU (sistem gearbox auto elektronik)
      untuk pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

  • @SupianPawid-ti4bj
    @SupianPawid-ti4bj 3 місяці тому +1

    Kat mana kedai

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  3 місяці тому

      No 9 Jalan 1 Taman Sri Indah Balakong
      Terima Kasih

  • @hasmizamhjhassim6852
    @hasmizamhjhassim6852 Рік тому +2

    salam tuan. area mana ni tuan. berapa kos convert mcmni ye..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      Waalaikumsalam, area Taman Sri Indah Balakong, boleh contac nom ini 013-3185687. Terima Kasih

  • @tahuisback9202
    @tahuisback9202 Рік тому +1

    Salam bang saya ada wira 1.5 karburator nak convert auto apakah boleh, atau apa kekurangan dan kelebihan nya bang

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  11 місяців тому

      Waalikumsalam boleh tiada masalah.
      kelebihan lebih mudah nak pandu semasa jalan sesak
      kelemahan minyak petrol akan terasa sedikit banyak penggunaan berbanding asal🙏🏽

  • @fakaazman6843
    @fakaazman6843 6 місяців тому +1

    Ini wira engine 1.3 ke tuan? Ade issue ke wira aeroback 1.3 manual nk convert ke gearbox auto 1.5?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 місяців тому +1

      issue kebiasannya jika biasa pakai manual dan dah convert ke auto, bahan bakar petrol terasa lebih sikit penggunaan berbanding biasa, itu sahaja, akan tetapi jika sistem yang ada pada engine dan gearbox dalam keadaan baik dan sentiasa diservice dijaga , penggunaan bahan api petrol akan terasa normal sahaja.

  • @m.i.sbeginners4336
    @m.i.sbeginners4336 Рік тому +1

    Salam tuan,,,iti gearbox cuci saja ka atau spray cat balik? Berkilat balik

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam cuci air sahaja tak dapat naik warna silver seperti itu, jika nak naik warna seperti itu perlu cat semula, dan jika nak warna silver itu naik dan tahan lebih lama perlu hantar ke kedai blasting untuk cucian naik warna silver dan berkilat pada gearbox🙏🏽

  • @mohammadamirudinbinmohdnor8597

    Sy ad wira 1.3 (manual) injection tahun 2001..ingt nk convert ke auto..boleh ke masuk gearbox auto 1.5 pada wira1.3.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      In sha allah boleh tak jadi masalah, gearbox auto 1.5 masih menggunakan cable yang dihubungkan pada throttle body untuk pertukaran gearbox auto beroperasi, gearbox auto 1.6 sedikit rumit kerana ia perlu melakukan modifkasi dari segi wiring kerana ia menggunakan Transmission Control Unit (TCu) untuk sempurnakan operasi gearbox auto 1.6

    • @muhammadridzuan6149
      @muhammadridzuan6149 Рік тому +2

      @@IzhamZurinGarage sifu, tolong bagi penerangan, saya kreta wira 1.6, owner lama ckap die pkai drive shaft 1.5, saya cek cod dekat gear box, takde 222 221, yg ada 211,

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +2

      211 gearbox 4G13 cc 1.3 & 1.5 (Cable)
      Kod Gearbox F3A211
      F- Forward (Pacuan Roda Hadapan)
      3- Speed Gear
      A- Automatic
      2- Biasa (Bukan Heavy Duty/ Lasak)
      11- Jenis
      221 atau 222 gearbox cc 1.6 keatas (TCU)
      Kod Gearbox F4A2**
      F- Forward (pacuan roda hadapan)
      4- Speed Gear
      A- Automatic
      2- Normal (Bukan Heavy Duty/ Lasak)
      **- Jenis
      Maaf jika ada tersilap, boleh rujuk google rasa ada dia kongsi info berkenaan kod gearbox🙏🏽

    • @muhammadridzuan6149
      @muhammadridzuan6149 Рік тому +2

      @@IzhamZurinGarage tq bgi ilmu, patut kreta saya boleh gi 160km/j je, tekan abis pom xbrapa nk gi, punca gear box ke bang, cc 1.6, apa2 pom, terima kasih kongsi ilmu

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      Kuasa Engine lebih pada gearbox, jadi ia tak selaras, nak kenalpasti, bila rpm tinggi engine mengaung nak pergi lagi lagi, tapi limit gearbox dah tak boleh pergi.
      *160 pun dah laju dah tu untuk transmission auto kereta berusia, hati2 memandu👍🏽

  • @syahh3986
    @syahh3986 Рік тому +1

    Salam bos nk tnya,gigi starter sangkut dgn gigi torque converter punya apa?

    • @syahh3986
      @syahh3986 Рік тому +1

      Gearbox wira 1.5 auto

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Waalaikumsalam, minta maaf saya kurang faham pertanyaan, tapi saya cuba beri jawapan, boleh pilih mana satu jawapan yang diperlukan
      1. Starter untuk pada gearbox auto dan manual 1.5 adalah sama dan boleh digunapakai
      2. Nama komponen pada torque converter yang menghubungkan gigi starter (pinion gear) adalah COVER TORQUE CONVERTER (torque converter boleh dileraikan dan setiap satu komponen pada badan torque converter mempunyai nama)
      untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke num 013-3185687
      Terima Kasih

    • @syahh3986
      @syahh3986 Рік тому +1

      Gigi starter berlaga dgn gigi torque converter,punca dia apa?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Terima Kasih Whatsapp, apa2 boleh info pada saya semula👍🏽

  • @fyrafiz5703
    @fyrafiz5703 9 місяців тому +1

    Assalam bos. Saya baru tukar gearbox dari manual ke auto.
    Bengkel suruh dtg service tukar mnyk gearbox selepas mileage 1000.. Betul ke? Mcm cepat sangat nak service. Ke memang cmtu permulaan selepas convert ?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  9 місяців тому

      Waalaikumsalam. betul tu, sebab gearbox auto yang baru dimasukkan pada kereta condition dalaman tak tahu mcmna, jadi ATF yang dimasukkan untuk permulaan ini hanya digunakan dalam mileage terdekat sahaja bagi tujuan flushing/ cuci dalaman sistem pelinciran gearbox auto, sebaiknya nanti digantikan sekali filter auto bersama ATF baharu👍🏽

    • @fyrafiz5703
      @fyrafiz5703 9 місяців тому +1

      Terima kasih bos@@IzhamZurinGarage

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  9 місяців тому

      @@fyrafiz5703sama sama
      Terima Kasih juga sudi view dan comment YT saya 🙏🏽🫡👍🏽

  • @Hadizul2217
    @Hadizul2217 Рік тому +1

    Salam tuan maaf nk bertanya untuk Exora CPS manual convet k auto boleh buat x?biasa anggaran brpe tu??

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      Waalaikumsalam minta maaf buat masa ini bengkel kami full, tapi untuk convert manual ke auto boleh cuma banyak perkara perlu dimodifikasi dari segi penambahan part2 dan wirering costing mungkin agak tinggi berbanding convert auto kepada manual.
      untuk pertanyaan lebih lanjut boleh wasap ke nom saya 013-3185687
      Terima Kasih

    • @Hadizul2217
      @Hadizul2217 Рік тому +2

      Terima kasih atas information..in Shaa Allah nanti Sya cube kesana

  • @syedamirulsyafuanjamalulla2806

    maaf bertanya kalau wira aeroback 1.3 manual dah tukar ke auto kena tukaq paiping ke?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      paiping exhaust ke? jika piping exhaust set untuk kereta auto sebaiknya kekalkan yang sedia ada tabung exhaust atau jika nak lebih pickup dan jimat minyak boleh pergi ke kedai exhaust dan minta pendapat dari owner kedai exhaust, biasnyanya ia akan gunakan muffler atau tabung jenis S Flow beri udara exhast mampat dan dapat pickup, selebihnya boleh minta pendapat dan saranan dari pakar exhaust di kedai exhaust kereta🙏🏽

    • @syedamirulsyafuanjamalulla2806
      @syedamirulsyafuanjamalulla2806 Рік тому +1

      baik terima kasih

  • @farahnajda7990
    @farahnajda7990 Рік тому +1

    hai, u terima ke nk tukar manual ke auto for wira sedan 2003?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      maaf buat masa ni kita tak ambil kerja modifikasi, atas sebab kekurangan tenaga pekerja dan kerja yang banyak,
      untuk servis baikpulih kenderaan in sha allah kami terima.
      untuk maklumat lanjut berkenaan servis baikpulih kereta boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

  • @norarwadi7322
    @norarwadi7322 Рік тому +1

    Bos nak tanya berapa kos satria neo dari manual ke auto..perlu tukar wirering x??

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      maaf model campro belum pernah buat lagi, tapi pernah tengok orang buat dia tukar dan modifi sekali wirering, cuba bos buat research di group2 Facebook x silap ada tips mcmna diorang buat untuk senang kerja dan paling penting jimat kos🙏🏽

  • @gatemen934
    @gatemen934 Рік тому +2

    Bang ...mahu tanya...saga sv boleh convert manual ke auto ?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      campro boleh.
      ada 2 pilihan bergantung pada masa dan costing harga yang diberi oleh bengkel atas persetujuan owner kereta
      1. perlu cari gearbox auto jenis model kereta yang sama, terapi rumit melibatkan wirering, costing juga tinggi untuk convert manual kepada auto kerana ia perlu menambah banyak lagi komponen pada kenderaan bagi lengkapkan dan sempurnakan sistem transmission automatic
      2. Cari Halfcut Auto (separuh kereta potong complete engine gearbox wirering) kelebihan tiada sebarang modifikasi dari segi wirering dilakukan, perkara ini penting bagi memudahkan kerja untuk melakukan kerja2 baikpulih kenderaan pada masa akan datang jika kereta berlaku sebarang masalah (pilihan kedua ini lebih kepada costing, tetapi tidak perlu risau, barang lama pada kereta boleh dijual semula, barang campro memang laku keras👍🏽)
      2 pilihan ni owner kereta kena buat perbandingan dari segi harga, masa dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang pada kereta.
      untuk pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

    • @Ck_Garage
      @Ck_Garage Рік тому +1

      ​@@IzhamZurinGarage kalau starter same ke wira 1.5 auto dgn manual?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      @@Ck_Garage 1.5 auto manual sama, cuma kadang2 ada sesetengah tapi tak semua, perlu lapit washer untuk tinggikan sedikit pada permukaan tapak ikat starter di gearbox, ini kerana ada masalah geseran yang mengeluarkan bunyi🙏🏽

  • @nur3878
    @nur3878 Рік тому +2

    Sy sedang mencari yg ingin swap gearbox wira , sy ingin gearbox manual 1.5 , jika minat balas komen atau pm

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Terbaik👍🏽 Boleh tinggalkan nom untuk dihubungi

    • @threediamond9348
      @threediamond9348 Рік тому +1

      Saya punya manual... Kalau sudi boleh tinggalkan no utk urusan swap

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      @@threediamond9348 terbaik, UP👍🏽

  • @nazrimuhammad7612
    @nazrimuhammad7612 9 місяців тому +1

    Radioter memang kena pakai yg panjang ke?pakai yg pendek tak boleh ke?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  9 місяців тому

      berkenaan radiator sistem penyejukan engine tak kesah pun nak pakai yang sedia ada kecil atau modifi besar, yang penting sistem air coolant sentiasa bersih👍🏽
      Terima Kasih

  • @budakood6981
    @budakood6981 Рік тому +1

    Salam bos utk satria berapa kos utk ke auto

  • @Khaz-zn7to
    @Khaz-zn7to 7 місяців тому +1

    Wiring xkena tukar ke boss

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  7 місяців тому

      wiring tak perlu tukar, cuma perlu modifi sedikit penyambungan wire contoh salah satunya meter auto untuk lampu indicator pertukaran gear auto

  • @bmstudioproduction7053
    @bmstudioproduction7053 Рік тому +1

    bos. kalau hilux manual convert kpd auto. berapa kos?

  • @lawrenceang6469
    @lawrenceang6469 Рік тому +1

    Bang nak tanya wira aeroback 1.3 manual convert pergi auto kos dia agak2 berapa eh?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      anggaran kasar 2K+ untuk model 1.3
      cadangan saya jika ingin convert manual ke auto transmission, untuk menjimatkan dari segi kos dan masa, boleh pergi ke group wira di facebook dan iklankan sesiapa yang ingin swap gearbox di location yang berdekatan. disini dah jimat dari segi masa cari barang dan kos pembelian barang, hanya upah pada bengkel/ foreman sahaja anggaran dalam Rm300 ke Rm500 bergantung pada kerja.

    • @hazraiaswad8097
      @hazraiaswad8097 Рік тому +1

      Assalamualaikum bang saya wira mmc 1.5 manual nak tukar kepada auto wairing kacau ke ke pnp je ..kos agak berapa ye

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam untuk convert auto 1.5 tak rumit, yang rumit 1.6 sebab ia menggunakan Transmission Control Unit dan perlu banyak kerja m2 wirering berbanding 1.5 hanya untuk hidupkan lampu reverse dan meter jika ingin gunakan meter auto. kos kasar dalam 3k.

    • @hazraiaswad8097
      @hazraiaswad8097 Рік тому +1

      @@IzhamZurinGarage
      Yeke baik2 baru faham info terima kasih sudi berkongsi ilmu amin

  • @UsezNizalmrusez
    @UsezNizalmrusez Рік тому +1

    kalau saga LMST nak convert ke auto boleh ke

  • @biaxjohn22
    @biaxjohn22 Рік тому +1

    Knpa mcm nmpak tekan klass

  • @anosromanee-conti7960
    @anosromanee-conti7960 Рік тому +1

    bengkel dekat mane bang?

  • @xxlstorm4135
    @xxlstorm4135 Рік тому +1

    bang berapa kos tukar gearbox 1.5auto ke 1.6auto ? 1.5 kereta rasa mintak gear 😅

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      standby kasar 3 ke 4K, ya minta gear sebab gearbox 1.5 3speed sahaja, gearbox auto 1.6 4speed jadi dia boleh pergi lagi😅👍🏽

  • @tunkudaniel7872
    @tunkudaniel7872 Рік тому +1

    salam nak tanya. saya punya wira 1.5 vdo manual. nak convert auto. mana yg ok 4 speed atau 3 speed ?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Waalaikumsalam, prefer auto 4speed, cuma costing tinggi sedikit disebabkan 4speed menggunakan TCU (sistem gearbox auto electronic) dan perlu beri masa kepada foreman untuk kerja2 pemasangan dan wirering, in sha allah hasil puas hati👍🏽
      untuk pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

    • @roslitatejo9349
      @roslitatejo9349 Рік тому

      ​@@IzhamZurinGarage saya dah convert auto 3speed. Kalau nk ke 4speed berapa kosnya..

    • @roslitatejo9349
      @roslitatejo9349 Рік тому +1

      ​@@IzhamZurinGarage saya dah convert auto 3speed. Kalau nk ke 4speed berapa kosnya..

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      @@roslitatejo9349 untuk costing upgrade ke gearbox auto 4speed nak detail saya tak pasti sebab sekarang harga barang tak menentu, harga kasar boleh dikatakan 3k siap semua jika tiada apa2 masalah, dan seperti yang telah dimaklumkan kereta dah convert auto 3speed, mungkin dari segi kos akan berkurangan lagi sebab banyak barang komponen sistem gearbox auto dah ada pada kereta, cuma perlu penambahan komponen TCU (transmission control unit)(anggaran harga rm2++), meter auto (anggaran harga rm2++) jika tiada lagi dan wirering (anggaran upah wirering + pasang rm3++), gearbox lama boleh trade in dengan gearbox baru (anggaran kasar rm500 ke rm700.
      untuk lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

  • @Ck_Garage
    @Ck_Garage Рік тому +1

    drivehsaf boleh pakai yg asal.manual ke?

  • @mohamadrafiqrafi8980
    @mohamadrafiqrafi8980 Рік тому +1

    Wira Auto 1.5 brapa gear bang..xad od kan.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      kene check pada kod gearbox, tapi kebiasannya 3speed sahaja, 1.6 yang menggunakan TCU untuk sistem gearbox baru 4speed gear dan ada od

    • @mohamadrafiqrafi8980
      @mohamadrafiqrafi8980 Рік тому +1

      Jem 3 speed...kedarah minyak .tp pyh rosak plk ..klu gearbox yg 1.5doch tu brpa speed bang..boleh msuk 1.5sngle jgk ka

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      @mohamadrafiqrafi8980 1.5 dual overhead cam contoh 4g91 ya? yang ini gunakan TCU 4speed, maaf jika saya salah harap ada pembetulan dari mana2 yang lebih pakar🙏🏽 selalunya nak kepastian kita refer pada kod gearbox contoh F3A**** Front wheel drive 3 speed A auto . jika manual F5M**** Front wheel drive 5 speed M manual🙏🏽

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      @mohamadrafiqrafi8980 ya kebiasannya masalah bila dah convert auto 3 speed ni memang akan terasa minyak lebih penggunaan disebabkan engine lebih banyak kuasa dari gearbox untuk membolehkan gearbox menghantar kuasa keroda tayar mengerakkan kenderaan.
      payah rosak tu seperti yang kita tahu engine2, gearbox dan komponen2 lain proton yang buatan terdahulu memang A tahan lasak bersyarat dengan penjagaan yang baik oleh pemilik kenderaan👍🏽

  • @shahrulnazrin4995
    @shahrulnazrin4995 Рік тому +1

    Berapa kos tukar manual ke auto

  • @threediamond9348
    @threediamond9348 Рік тому +1

    Bang.. Kalau swap gearbox manual ke auto berapa ya anggaran? Wira 1.5 mmc

    • @threediamond9348
      @threediamond9348 Рік тому +1

      Swap plus cash gittewwww

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      maaf saya tak simpan gearbox auto, kalau kami ada job tukar gearbox baru kami ambil gearbox dari supplier gearbox.
      anggaran kos kasar convert manual ke auto 3k. ini harga kasar siap upah, termasuk tambah2 part untuk sistem gearbox auto.
      jika nak jimat dari segi kos dan masa carian parts2, encik boleh iklankan di group2 kereta, kawasan yang berdekatan dalam facebook dan buat posting swap gearbox, nanti tinggal cari bengkel berdekatan dan hanya bayar upah pemasangan sahaja anggaran rm300 ke rm600 bergantung pada kerja dan bengkel.

  • @mohdazairi-rl2vc
    @mohdazairi-rl2vc Рік тому +1

    Assalamualaikkum tuan.. saya berhajat utk tukar ke auto 4 speed.. bleh tahu harga kasar siap wiyering lampu meter.. dan bleh thu lokasi kedai dan berapa lama tempoh siap.? Terima kasih

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam
      minta maaf buat masa ini bengkel kami tak buat kerja2 modifi yang berat2 ia kerana kekurangan tenaga pekerja dan masa🙏🏽
      Lokasi bengkel kami berada di Taman Sri Indah Balakong yang beralamat no 9 jalan 1 taman sri indah balakong
      terima kasih

    • @mohdazairi-rl2vc
      @mohdazairi-rl2vc Рік тому +1

      @@IzhamZurinGarage untuk tukar gearbox boleh.?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      @@mohdazairi-rl2vc whatsapp atau call ke num 013-3185687 untuk lebih lanjut.
      Terima Kasih

    • @mohdazairi-rl2vc
      @mohdazairi-rl2vc Рік тому +1

      @@IzhamZurinGarage terima kasih boss

  • @Jeffrandy01Jeff
    @Jeffrandy01Jeff Рік тому +1

    Salam boss..nak tanya kalau 4g91 manual nak convert auto Perlu tukar meter jg ke bos

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      waalaikumsalam
      untuk gearbox yang menggunakan TCU datang sekali set wirering, dan penggunaan meter perlu digunakan untuk lampu pemberitahuan gear indicator
      itu sahaja👍🏽 Terima Kasih

  • @muhammadzahiruddin7132
    @muhammadzahiruddin7132 Рік тому +1

    bang, kalau wira 1.5 carburator convert ke auto okay ke?ke akan banyak masalah akan datang?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      jika pemasangan semua betul dan cukup semua komponen tak jadi masalah apa2 pun.
      tapi untuk kereta model lama ni jika kita convert dari manual ke auto, biasa owner kereta akan terasa penggunaan minyak berlebihan semasa menggunakan sistem gearbox auto daripada manual.
      perkara ini berlaku disebabkan dari kuasa yang mampu dikeluarkan oleh gearbox auto ada limit dia, contoh gearbox auto yang boleh dimasukkan pada wira ini ada 2 jenis, 3 speed gear dan 4 speed gear, engine mampu beri kuasa lebih untuk menggerakkan kereta, tetapi gearbox dah cut limit. disini berlaku engine memerlukan banyak bahan api petrol untuk paksa lagi gearbox bekerja untuk menggerakan kereta.
      *Gearbox Manual 5 speed gear

    • @hamdanhamdan7111
      @hamdanhamdan7111 Рік тому +1

      Gear box auto 1.5 carberator ade 4speed ke bos..sy pakai 3speed maraung je engine..minyak jd kuat

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +1

      @@hamdanhamdan7111 1.5 jenis cable disambung pada carburator atau throttle body menggunakan 3 speed, memang meraung dan kurang jimat minyak, gearbox auto 1.6 4 speed yang menggunakan Transmission Control Unit TCU, yang ini lebih ok berbanding 3 speed.
      untuk kenal pasti jenis dan berapa speed pada gearbox boleh perhatikan kod nom pada gearbox, boleh periksa semula di comment video ini saya pernah jelaskan secara ringkas kod maksud gearbox
      untuk pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687

  • @hafizyahya607
    @hafizyahya607 Рік тому +1

    Berapa kos semua tu bang

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Harga kasar standby 3k, bergantung pada barang dan proses kerja

  • @titanofgipantog5320
    @titanofgipantog5320 Рік тому +2

    Salam bos.
    Asalnya kereta sy Proton Wira Aeroback 1.3 Manual.
    Sekarang sudah ganti dengan engine Mitsubishi 4G91 1.5 pun manual.
    Saya bercadang nak tukar dengan gear auto.
    Soalan saya, adakah saya perlu cari original gearbox auto 4G91 atau boleh guna mana2 gearbox original wira auto 1.5?
    Maksudnya boleh masuk tak original gearbox auto ke engine 4G91?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +2

      Waalaikumsalam, untuk 4g91 boleh pakai gearbox asal 4G91 ataupun gearbox wira 1.6 yang menggunakan TCU (Transmission Control Unit)
      jika menggunakan gearbox 1.5, engine power lebih dari power gearbox (engine mengaung semasa rpm tinggi macam minta gear untuk nak power pergi lagi)

  • @mattlock2499
    @mattlock2499 Рік тому +1

    sya ada wira 1.3 manual bru 1 thun lebih obehole make over
    dan ingat nk tukr auto
    berapa kos sya perlu ada.atau tukr dan psng ke mcm mna apa barang sama dan tk sama

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      untuk jenis engine 1.3 kena tahu dahulu jenis engine carburator ataupun injection
      kebiasaanya benda utama dan penting yang akan dimodifi ialah
      1. Braket sambungan gear auto cable pada carburator atau trottle body (injection)
      2. Bracket engine mounting bahagian gearbox (Auto dan Manual tak sama)
      3. Pedal kaki (1set sekali datang pedal minyak acc dan brake)
      4. Gear Lever Auto & Cable Gear Lever Auto
      5. Gearbox Automatic 3 atau 4 speed (kena tanya juruteknik pemasangan kerja modifi gearbox manual ke auto, jika boleh nak gearbox yang tidak perlu menggantikan komponen driveshaft, bermakna driveshaft boleh digunakan yang sedia asal sama)
      6. Meter Auto (bergantung pada pemilik kenderaan, jika tak tukar pun tiada masalah)
      perkara yang perlu diservice dan komponen yang perlu diperbaharui
      1. Automatic Transmission Fluid (ATF)
      2. Auto Filter
      3. Driveshaft Oil Seal
      4. Input Shaft/ Torque Converter Oil Seal
      5. Flywheel Oil Seal (Note: Periksa keadaan jika baru ditukar tidak perlu gantikan baharu)
      dari segi costing dan info lebih lanjut, boleh whatsapp ke 013-3185687

  • @88mrejan
    @88mrejan Рік тому +1

    Manual 1.5 masuk auto 4 speed boleh ke bos?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому +2

      Bergantung sistem engine, jika 1.5 injection yang menggunakan ECU boleh tetapi perlu dimodifikasi dari segi wirering dari ECU, TCU dan Gearbox
      Gearbox 4 Speed menggunakan electrical system Transmission Control Unit (TCU)
      Gearbox 3 Speed menggunakan cable yang disambung pada carburator atau throttle body untuk kawal hydraulic membolehkan gear membuat pertukaran mengikut kesesuaian pemanduan engine kenderaan

    • @88mrejan
      @88mrejan Рік тому +1

      @@IzhamZurinGarage yes bos saya 1.5 mmc efi...tq bos penerangan nya 🙏

  • @n.b.ah.m.i5359
    @n.b.ah.m.i5359 Рік тому +1

    Salam admin, saya guna Toyota Innova 2012 M/T.... nak convert ke Auto... blh kah? anggaran kos?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      Waalaikumsalam, maaf bengkel buat masa ini full🙏🏽
      Jawapan: Boleh tetapi banyak komponen perlu ditambah contoh seperti Transmission Control Unit (TCU) dan kerja wirering
      Kos:
      1. Gearbox sahaja: Rm3000 (anggaran kasar)
      2. upah dalam Rm300 hingga Rm600
      3. komponen2 gearbox auto yang lain seperti TCU, Meter, Cable, ATF & Filter Auto bergantung pada harga bengkel (seeloknya jika nak buat kerja convert gearbox, serahkan pada bengkel sepenuhnya dari segi cari barang bagi memudahkan kerja)
      Cadangan: untuk jimatkan dari segi consting dan masa cari pemilik kereta innova auto yang ingin convert kepada manual, boleh swap, nanti pergi ke bengkel hanya upah sahaja yang diambil kira. (boleh iklan posting swap gearbox di facebook/ club innova)
      untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh whatsapp saya ke 013-3185687
      Terima Kasih

  • @zulazwanishak6708
    @zulazwanishak6708 Рік тому +1

    Bole dapat no phone tak..

  • @axdleborneoland123
    @axdleborneoland123 6 місяців тому +1

    Salam,nak tanya kalau wira 1.5 auto nak tukar manual,tetapi gearbox saga iswara..dapat pakai kah.

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  6 місяців тому

      Waalaikumsalam, untuk wira dan saga iswara model 1.3 1.5 sama sahaja gearbox auto. Terima Kasih

  • @iqbalsabtu6724
    @iqbalsabtu6724 Рік тому +1

    Wiring kena tukar juga ke?

    • @IzhamZurinGarage
      @IzhamZurinGarage  Рік тому

      tak perlu tukar wirering, boleh pakai sedia ada dan buat penambahan wirering sikit untuk function2 tertentu contoh seperti gear indicator