Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSD Kota Marudu 2024

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 лют 2025
  • 27 Ogos 2024
    Padang SMK Bandau
    Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Marudu Kali Ke-50 disempurnakan YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau diiringi Pegawai Perhubungan Parlimen P.168 Bahagian N.7 Tandek Tuan Benson Tuyundo dan Naib Ketua Bahagian Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) P.168 Tuan Lawrence Saibon.
    Dikesempatan ini, YB Datuk Wetrom mengumumkan sumbangan berupa wang tunai kepada setiap atlet yang meraih pingat emas dan berjaya ke peringkat kebangsaan.
    Majlis turut diserikan dengan beberapa acara menarik seperti tarian AeroDance, lintas hormat semua kontinjen dan upacara gimik perasmian yang menghiburkan.
    Terima kasih dan sekalung tahniah kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Datu Roslin Bin Datu Siabok dan Pengetua SMK Tandek 2 yang juga selaku Pengerusi Pelaksana Kejohanan Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn serta semua guru-guru yang terlibat dalam usaha menjayakan kejohanan ini.
    Semoga kejohanan ini menjadi satu suntikan semangat kepada semua untuk mencipta kejayaan yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
    “MARUDU HEBAT : Drive to Excellence!”
    #datukwetrombahanda
    #parlimenkotamarudu
    #kotamaruduberubah
    #suarakotamarudu

КОМЕНТАРІ •