Tauhid 3 Bida'ah? | Dr. Firanda Andirja Abidin

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 28 чер 2024
  • Ilmu Tauhid adalah ilmu yang disusun untuk membantu manusia mengenal Tuhan dan segala perkara yang berkaitan dengan keagungan-Nya.
    Di dalamnya terdapat pembahasan mengenai zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya yang mulia lagi sempurna.
    Tujuan ilmu Tauhid disusun dan dibukukan ialah untuk memberi kemudahan kepada manusia memahami kebesaran dan keagungan Tuhan yang menciptanya dan mencipta sekelian alam ini.
    Sejarah ilmu Tauhid
    Seperti ilmu-ilmu Islam lain yang telah tersusun baik, ilmu Tauhid juga tidak dikenali dan didapati sebagai suatu subjek ilmu di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya.
    Di zaman awal Islam, pemahaman tauhid dicapai menerusi penjelasan Nabi s.a.w mengenai apa itu iman dan Islam secara umum. Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan berkaitan Allah dibaca langsung kepada para sahabat dan mereka menerima dan memahami kewajipan mentauhidkan Allah secara spontan tanpa banyak persoalan.
    Sukar untuk dipastikan secara tepat bilakah masanya ilmu Tauhid ini mula disusun dan dibukukan sebagai satu ilmu yang khusus.
    Apa yang dapat dijejaki ialah menerusi catitan-catitan secara tidak langsung di dalam kitab-kitab hadis seperti Al-Muwatta’ tulisan Imam Malik yang meletakkan bab iman, bab tauhid dan bab ilmu dalam kitab tersebut.
    Aktiviti penulisan dan penyusunan ilmu Tauhid bermula apabila muncul persoalan-persoalan yang berkaitan dengan Allah dan sifat-sifatnya sehingga mencetuskan kekeliruan antara umat Islam terdahulu kerana dikaitkan dengan kaedah falsafah Yunani.[1]
    Menurut rekod, buku pertama yang banyak pengisian tentang persoalan-persoalan tauhid dan akidah ialah buku Al-Fiqh Al-Akbarkarangan Imam Abu Hanifah. Buku tersebut mengandungi sanggahan terhadap pendapat-pendapat dari aliran Muktazilah, Jahmiyah, Qadariyah dan Syiah mengenai akidah yang telah menyimpang dari fahaman asal para sahabat dan tabiin.
    Tauhid ‘Tiga Serangkai’
    Tauhid Al-Rubiyyah, Tauhid Al-Uluhiyyahdan Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifatmerupakan kaedah pembelajaran ilmu tauhid yang dikenali juga sebagai Tauhid Tiga Serangkai hari ini.
    Secara ringkas, Tauhid Al-Rububiyyah merujuk kepada mengesakan Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini dan menafikan adanya Tuhan atau sebarang kuasa, selain Allah yang menciptakan alam.
    Tauhid Al-Uluhiyyah pula merujuk kepada mengesakan Allah di dalam peribadatan, iaitu manusia dituntut untuk beribadah hanya kepada Allah sahaja, bukan kepada selain Allah.
    Manakala Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifat pula adalah menetapkan segala sifat-sifat dan nama-nama yang sempurna bagi Allah sebagaimana Dia sendiri menyifatkan dan menamakan diri-Nya.
    Sejak kebelakangan ini, terdapat suara-suara yang mempersoalkan tentang kewajaran pendekatan ini diajarkan kepada masyarakat Islam.
    Dakwaannya adalah ia menjadikan seseorang kurang imannya atau kufur kerana tidak menepati panduan ilmu tauhid yang dipelopori oleh imam Abu Hasan Al-Asy’ari yang merupakan seorang alim di dalam ilmu tauhid.
    Menurut pendapat ini, ilmu Tauhid yang sebenar perlu dipelajari menerusi sifat 20 yang terangkum di dalamnya segala perkara yang berkaitan dengan keesaan Allah taala. Mereka mendakwa bahawa ilmu Tauhid tiga serangkai ini merupakan bid’ah dalam Islam kerana tidak pernah disebut oleh golongan salafussoleh.

КОМЕНТАРІ • 102

  • @ijat8865
    @ijat8865 4 дні тому

    👍🏻💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍👍🏻

  • @muzapahang4190
    @muzapahang4190 3 дні тому

    Seorang ulama besar Ahli Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) kontemporari dari Arab Saudi, Syeikh al-Muhaddith Dr al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, menegaskan antara faktor menyebabkan munculnya budaya ekstremis dalam Islam adalah metode pengajian Tauhid Tiga yang ada dalam kurikulum Pendidikan Islam.
    Kredit BH Online
    06 Oktober 2016
    Ape lagi admin, pegi le report polis..saman la BH Online tu.
    🤣🤣🤣

  • @maslanmtisa1851
    @maslanmtisa1851 4 дні тому

    Tauhid 3 bukan sahaja bidaah tapi SESAT

    • @Se7enSoulStudio
      @Se7enSoulStudio  4 дні тому

      @@maslanmtisa1851 fuyoooo oo 🤣

    • @Se7enSoulStudio
      @Se7enSoulStudio  4 дні тому +2

      @@maslanmtisa1851 Allah adalah satu-satunya pencipta, pemilik, dan pengendali alam. Mengesakan Allah SWT. Beriman kepada nama-nama Allah SWT dan sifat-Nya, sebagaimana termaktub dalam Al-Qur'an dan sunnah rasul-Nya.
      Ini semua sesat? 😂 Habis tu yang tak sesat apa dik?

    • @muzapahang4190
      @muzapahang4190 3 дні тому

      ​@@Se7enSoulStudio
      Seorang ulama besar Ahli Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) kontemporari dari Arab Saudi, Syeikh al-Muhaddith Dr al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, menegaskan antara faktor menyebabkan munculnya budaya ekstremis dalam Islam adalah metode pengajian Tauhid Tiga yang ada dalam kurikulum Pendidikan Islam.
      Kredit BH Online
      06 Oktober 2016..
      Betul la sesat admin ...
      Cer cube try test bawa lawan kat mahkamah saman BH Online..ade bran?

    • @farredzul
      @farredzul День тому

      ​@@Se7enSoulStudiobenda baru if ikut wahabi sesat bro...

  • @jawebeserk2054
    @jawebeserk2054 6 днів тому +1

    paham pulak pak ust ini. jk setuju usul fiqh itu bukan bidaah dari mana dtg usul yg fatwa amalan halal syarii dgn hukum bidaah spt maulid. melainkn dalil buruk sgka oleh ust2 wahabi ..ya kan?

    • @xaviahmad6368
      @xaviahmad6368 5 днів тому

      ua-cam.com/video/OWtQUD4qIRY/v-deo.htmlsi=915kHX-NbZoDJtZK

    • @chikfidipoh6241
      @chikfidipoh6241 5 днів тому +1

      Maulid zaman nabi ada ke nabi buat?😂

    • @jawebeserk2054
      @jawebeserk2054 5 днів тому +1

      @@chikfidipoh6241 kenapa pulak? smbutan maulid hukumnya haram ke jika nabi saw x buat?

    • @ukaragen
      @ukaragen 5 днів тому +3

      Bidaah yg dibenarkan cuma dlm perkara keduniaan kehidupan manusia.. menyusun dn mengkategori ilmu fiqah, ilmu tajwid, ilmu tauhid, semua nya utk kemashalatan kehidupan manusia.. dgn ada nya penyusunan dn kaedah memydahkan utk belajar ilmu2 tu, ia memudahkan umat belajar dn mengamalkan islam yg benar.
      Maulid Nabi adalah satu amalan baru dlm agama.. Ia tdk kena mengena dgn keoerluan umat.. kalau takde maulid nabi tak boleh berselawat ke?

    • @jawebeserk2054
      @jawebeserk2054 5 днів тому

      @@ukaragen hg nak spin kemana ni? alasan usul fiqh hg x leh pakai sbb perkara haram, makruh, wajib n sunnah suma ada hujah dalil. ulamak x leh bikin hukum baru xnpa dalil. jd jk ust pak wahab haramkn maulid ini apa dalilnya? takkan alasan syok sendiri aje. buruk sgka lagi.. ya kan?

  • @user-in6od4zs6d
    @user-in6od4zs6d 6 днів тому +1

    Perkampungan Mujassimah Perlis tu pun bida'ah kalau ikut hukum agama wahabi. Wahabi Perlis sememang Ahli Bida'ah, tak perlu dalil.

    • @zunssaad2653
      @zunssaad2653 6 днів тому +5

      Wkwkwk maksud bidaah pun kau tak fahamlah lol qiqiqiqiqi 🤣

    • @Malek-hg2ce
      @Malek-hg2ce 6 днів тому +3

      maaf setelah saya tgk video2 penjelasan apa itu bidaah baru paham..bidaah yang nabi larang adalah bidaah dalam agama ...kerana semua dalam ibadat agama telah nabi bagi contoh untuk buat mcmna..kalau bidaah dlm kehidupan dibolehkan kan

    • @zunssaad2653
      @zunssaad2653 6 днів тому +2

      @@Malek-hg2ce betul..... perkampungan' sunnah bukan ibadah, mikrofon bukan ibadah.🤭

    • @user-in6od4zs6d
      @user-in6od4zs6d 5 днів тому

      ​@@Malek-hg2cewahabi yg ramai2 berkumpuk tu buat maksiat atau buat ibadat? Yg mana satu, wahabi2 Ahli Bida'ah atau Ahli Maksiat.

    • @user-in6od4zs6d
      @user-in6od4zs6d 5 днів тому

      ​@@Malek-hg2ceKalau Perkampungan Mujassimah Perlis tu bukan ibadah, jadi yg wahabi ramai2 berkumpul tu jadi Ahli Bida'ah dan Ahli Maksiat la kan.

  • @user-in6od4zs6d
    @user-in6od4zs6d 6 днів тому

    Bida'ah la tauhid 3 tu, mana ada asal. Mana ada dalil. Nabi SAW tak buat, ciptaan Ibnu Taimiyah. Bida'ah dholalah tu kalau ikut hukum wahabi.

    • @chikfidipoh6241
      @chikfidipoh6241 5 днів тому +3

      Sifat 20 mai dari nabi?😂

    • @ahmadsabri4106
      @ahmadsabri4106 5 днів тому

      Tunjuk pandai tapi kelaut maksud bidaah pun tak faham... Sifat 20 Tu kaedah mempelajari ilmu tauhid. Tauhid 3 juga kaedah/ methodology belajar ilmu tauhid. Juga spt rukun imam .
      Hang nak ikut Cara memahami ilmu tauhid Cara sifat 20 pun boleh, nak ikut Cara tauhid 3 pun boleh atau rukun iman .. pun boleh. Bila dah faham Kena beriman.. tetapi jika Kamu dah khatam methodology sifat 20 jika Kamu Masih melakukan khurafat / menyembah selain dari Allah boleh menyebabkan musyirik, jika Masih lagi mengikut hadis palsu Maka siap tempatmu Di neraka. Itu pesan rasulullah. Jadi Kena beriman dgn Allah bukan beriman dgn sifat 20, tauhid 3 atau rukun iman. Yg ni kaedah yg ulamak buat untuk memahami ilmu tauhid.
      Kalau ikut formula Kamu ni Semua jatuh bidaah. Al quran bidaah, kitab kitab Semua bidaah, imam imam muktabar Semua bidaah, Ahlul hadis Semua bidaah.
      Yg Di maksudkan bidaah oleh ustaz yg Kamu gelar wahabi Tu adalah ibadah khusus..
      Yg ni Kamu Kena Cari belajar Dan fahamkan betul. Dah pandai nanti Kamu boleh Tunjuk ajar Kpd ustaz, Kyai, Pak Habib yg Masih tak faham Bab bidaah. Mungkin dgn Kamu mereka boleh dengar cakap.. Dan jadikan mereka pendakwah yg jujur Dan amanah bawa manhaj rasulullah yg ini Allah hendak. Ok selamat belajar, selagi tak khatam jgn Komen lagi dlm media.. tahu le bodoh Tu free tapi jgn kau borong Semua bagi le sikit kat orang lain yg suka ratib wahabi wahabi Tu. ok selamat belajar..

    • @ijat8865
      @ijat8865 4 дні тому

      Tak atas tak bawah tak kiri tak kanan tak depan tak belakang.... 🤭

    • @alufeed4890
      @alufeed4890 3 дні тому

      Sifat 20?

    • @farredzul
      @farredzul День тому

      haaaaa kan wahabi kata bidaah semua sesat...aswj tak kata macam tu...means korang buat bertentangan dengan apa yang korang pegang...faham ke tak

  • @arashaqasha2845
    @arashaqasha2845 6 днів тому

    pak wahab je la yg betul..pak wahab tu ulamak ke wali atau sahabat nabi..jwb la di Mahkamah Masyar nnti

    • @nuex76
      @nuex76 5 днів тому +6

      bwahaha...asamjawa triggered...