Tarian Rampaian Ranchak Bertemu - ASWARA

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 лип 2024
  • Tarian Rampaian Ranchak Bertemu ini telah disusun oleh Mohd. Hafzal bin Aziz dan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tahun 1, Diploma Seni Tari ASWARA sebagai persembahan selingan semasa Unleash! 2024, Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Diploma Seni Tari ASWARA
    Tarikh: 12 Julai 2024
    Masa: 8.30 malam
    Tempat: Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
    Penari:
    1. Muhammad Amar Danish bin Affendey
    2. Ivan Dee Justin
    3. Kiritharan Nair A/L Chandran
    4. Mohamad Rahiman bin Sharudin
    5. Mohammad Azrul bin Atan
    6. Choi Keh Yin
    7. Auni Faqihah binti Mohd Adi
    8. Norhazlinda binti Hamzah
    9. Yushahierra Izzatul Aqma binti Yusmawi
    10. Vishalni A/P Sarawanan
    Sinopsis:
    Tarian Ranchak Bertemu ini merupakan sebuah rampaian tari pergaulan Melayu yang terdiri daripada tarian Inang dan Joget. Dalam tarian inang menampilkan gerak asas inang seperti Melenggang, Lambung Angin, Petik Bunga, Jemput Sudi dan sebagainya. Joget pula merupakan tari pergaulan yang dipercayai telah berkembang melalui proses sinkretik yang melibatkan pengaruh Portugis dan Melayu. Joget atau Lagu Dua (yang dikenali di Sumatera Utara, Indonesia) merupakan salah satu repertoir utama Ronggeng Melayu pada tahun 1930-an hingga 1960-an. Antara ragam-ragam yang ditarikan dalam tarian joget adalah Langkah Satu, Langkah Dua, Langkah Silang, Terkam, Saing, Mutar, dan Terancang. Dalam persembahan ini, kesantunan si penari wanita dan ketangkasan gerak si penari lelaki ditonjolkan seiring dengan penggunaan pantun atau kiasan yang berpandukan adab dan adat budaya Melayu dan juga mempamerkan kerancakan ketika mereka bertemu.

КОМЕНТАРІ •