The Sepanggar Port Tunnel (Terowong Sepanggar), Kota Kinabalu 4k60fps

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 23 вер 2023
  • SEPANGGAR: Terowong Sepanggar sepanjang kira-kira 600 meter yang memendekkan laluan menghubungkan pusat bandar raya Kota Kinabalu dengan Pelabuhan Teluk Sepanggar, di sini, akan dibuka secara rasmi mulai Sabtu ini.
    Ia adalah laluan terowong pertama menembusi kawasan berbukit di negeri ini dengan kos pembinaan kira-kira RM81.5 juta, termasuk laluan empat lorong dua hala sepanjang 2.5 kilometer disiapkan pada tahun 2015 dengan tempoh pembinaan 56 bulan.
    Projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang diselia Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) itu dilaksanakan Syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd.
    Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata pembukaan terowong itu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik dan sokongan kepada operasi eksport dan import.
    "Kemudahan ini dapat memendekkan lagi jarak perjalanan penghantaran barangan ke Pelabuhan Sepanggar sekali gus mempercepatkan lagi operasi dan pergerakan kontena selaras dengan rancangan untuk membesarkan pelabuhan berkenaan.
    "Di samping itu, laluan alternatif ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sekali gus membantu mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih selesa," katanya pada Majlis Perasmian Terowong Sepanggar, di sini, hari ini.
    Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
    Yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad; Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Pengerusi Azam Jaya Sdn Bhd, Tun Ahmadshah Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Amrullah Kamal.
    Selain memberi kemudahan kepada Pelabuhan Teluk Sepanggar, laluan baharu itu memberi manfaat kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan Teluk Sepanggar dan aktiviti perindustrian berhampiran pelabuhan.
    Kira-kira enam kilometer jarak perjalanan dipendekkan menggunakan laluan pintas itu atau penjimatan 15 minit berbanding laluan sedia ada Jalan Teluk Sepanggar sekali gus disasar sebagai pemangkin pertumbuhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
    Musa berkata, infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan dengan pembukaan kawasan baharu di sekitar KKIP sejajar kepesatan pemodenan di Sepanggar.
    "Di bawah SEDIA ada banyak lagi program peningkatan jalan akan dilaksanakan untuk menyokong pembangunan di kawasan ini.
    "Kita juga akan membesarkan laluan Universiti Malaysia Sabah (UMS)-Sulaman untuk menampung pertambahan trafik melalui pembiayaan kerajaan Persekutuan," katanya.
    INFO
    Terowong Sepanggar
    - 600 meter panjang
    - 2.5 kilometer laluan empat lorong dua hala
    - RM81.5 juta kos projek
    - 2011 pembinaan dimulakan dan siap pada Jun 2015
    ===================================================
    KOTA KINABALU: Sabah's first twin tunnel, which cuts through several hills, will be officially opened to road users this Saturday.
    The 600 metre Sepanggar Tunnel is a dual carriageway which shortens the travel distance between Sepanggar port and the state capital.
    The RM81.5 million project, under the Sabah Development Corridor (SDC), was completed two years ago in a time span of 56 months.
    Implemented by Azam Jaya Group and supervised by the Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia), the project also includes a 2.5km-long highway.
    In his speech launching the tunnel on Tuesday, Chief Minister Tan Sri Musa Aman said the new infrastructure project will further boost the state’s economy, particularly in the sectors of manufacturing, logistics and export-import operations.
    "This will shorten the travel distance in transporting goods to Sepanggar port, thus speeding up the operation and movement of containers in line with plans to expand the port.
    "This alternative route will also help reduce traffic congestion and create a more comfortable economic environment," he said.
    Musa's speech was delivered by Deputy Chief Minister cum State Infrastructure Development Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
    The establishment of the tunnel shaves about six kilometres or 15 minutes’ travel time off the current route of Jalan Teluk Sepanggar.
    "More road upgrading programmes under Sedia will be implemented to support development in (Sepanggar).
    "We are also looking at enlarging the Universiti Malaysia Sabah-Sulaman road to accommodate increased traffic through funding by the federal government," said Musa.
    Pairin added that the state government would identify more potential and suitable locations in the state to build tunnel roads.
    He said construction of tunnels could overcome the issue of roads being damaged due to landslides.
    Although constructing a tunnel was costly, he said, tunnels were designed for long-term durability and its maintenance was cost-saving.
    “It does not face the risk of landslides, which are common on hill side roads.”
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 1