SUTERA- Aisha Retno (Konsert Merdeka RTM 2022)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 вер 2024

КОМЕНТАРІ • 18

  • @zaimyusoff
    @zaimyusoff 7 місяців тому +10

    BEDAH LAGU "SUTERA" KARYA AISHA RETNO #AJL38
    oleh Za'im Yusoff
    1. Sedari awal, Aisha Retno jelas menggunakan kain sutera sebagai citra perlambangan secara metafora simile yang mempersonafikasikan persona wanita.
    2. Malah, dalam Islam pun, Sutera memang lambang wanita. Dalam sebuah hadis, Rasulullah solla Allahu 'alaihi wa aalihi wassalam bersabda, “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan sutera bagi kaum lelaki”.
    3. Sutera adalah lambang elegan dan kemewahan, kelas tertinggi, mewah lagi berkualiti seraya harga sutera yang tinggi menjadi lambang harga wanita yang juga tinggi.
    4. Begitu pula apabila Aisha menyebutkan, "Kain sutera ini/Seputih hati ini", bermakna bukan sahaja harga sutera maka wanita itu sahaja yang tinggi, malah ketinggian harga itu berkadar langsung dengan nilai diri yang jauh lebih penting lagi, yakni kesucian hati wanita yang tidak ternodai.
    5. Namun, sayangnya - kesucian ini ternoda, diujarkan Aisha dalam "Namun coretan pilumu / telah layukan sucinya / benang-benang keagungan / diriku ini". Soalnya, siapakah "kamu" dalam coretan pilu-mu itu?
    6. Bahagian bridge seterusnya ada memberikan isyarat melalui "Mindaku mengembara di awang-awangan / Macam merpati sejoli dan berterbangan / Realitinya si puteri keseorangan".
    7. Merpati sejoli mengisyaratkan wujudnya pasangan bagi persona wanita. Tetapi kelihatan pasangan berkenaan tidak seiring dan sejalan dengan persona wanita berkenaan menunjukkan perhubungan mereka berdua tiada lagi persefahaman, tidak lagi setuju sehaluan.
    8. Bukan setakat itu, malah mungkin juga perhubungan itu sendiri bersifat toksik, atau lebih teruk lagi, sejenis "abusive relationship". Hal ini boleh diteliti jika kita memahami maksud coretan pilumu.
    9. Coretan pilumu boleh membawa dua maksud. Satu, kisah sedih atau nukilan pedih. Tetapi coret juga bermaksud conteng-conteng yang banyak, garis-garis tebal panjang lagi tidak keruan yang boleh memberi maksud adanya "calar-balar" malah "lebam-lebam luka" yang ditinggalkan oleh pasangan yang abusive bersamanya!
    10. Jika dilihat begini, maksud lagu Sutera menjadi lebih besar. Sutera bukan sekadar suara women empowerment bahkan suara dokongan dari mereka yang mahu melihat jiwa-jiwa yang terdera segera bebas dari kezaliman mereka yang menzalimi!
    11. Lantaran itulah, Aisha menyeru dalam korus "Oh mekarlah/Bertahanlah/Walau badai hadir jua". "Mekarlah" dari terus melayu di awal verse "telah layukan sucinya". "Bertahanlah" - terus mempertahankan di awal verse benang-benang keagungan maruah wanita. Walau apa juga cabaran badai yang tiba.
    12. "Jernihkanlah" - dari kesan-kesan perhubungan yang keruh. "Buang luka" - yang mengesahkan lagi bait "coretan pilumu" bermaksud calar-balar didera pasangan. "Jiwa raga" - baik dari segi mental (yakni jiwa) mahupun dari segi fizikal (yakni raga).
    13. Agar semuanya kembali ke fitrah asal - "Bak kain sutera"
    14. Khulasahnya, Aisha mahu wanita-wanita teraniaya ini bangkit bertindak agar tidak terus dibungkam diam akibat penganiayaan pasangan. Atas semua ini, Aisha memberi pesan kepada pasangan pesona dalam bait - "Jangan pernah engkau cemarkan batin suteraku"!
    15. Aisha juga melakukan homaj melalui kaedah iqtibas terhadap karya leluhur di mana Aisha turut sama berasal yakni dari seniman-seniman Jawa.
    16. Selain penghargaan kepada seniman terdahulu, dengan memasukkan bait-bait syair mahsyur Jawa juga menunjukkan pesan-pesan Aisha dalam lagu Sutera bukan sekadar bersifat rentas bahasa dan rentas bangsa bahkan rentas zaman juga rentas generasi.
    17. Bait-bait "Hangelangut bebasan Tanpo tepi" (Kebebasan tanpa batas) juga "Ngulandoro ngamboro nguggahi gunung" (Lonjakkanlah diri merentasi segala pergunungan) adalah sebenarnya petikan karya bertajuk "Ngimpi" dari seniman besar Jawa, seorang maestro dalang bernama Ki Mujoko Joko Raharjo; yang dihasilkan sekitar 1980an.
    18. Ki Mujoko ini pula merupakan antara anak muridnya Ki Narto Sabdo, seorang tokoh dan guru seni dan budaya Indonesia yang besar di mana namanya turut diabadikan di sebatang jalan di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
    19. Kini, persoalannya adalah Sutera akan juga diabadikan bukan sebagai sebatang jalan tetapi diabadikan sebagai Juara AJL 38 tak lama lagi? Mari kita nantikan.
    20. All the best, Aisha!
    Selesai ditulis. 9.47pm. 1 Februari 2024.

  • @99FASfarhan
    @99FASfarhan 2 роки тому +11

    Kaw kaw Aisha bagi sampai jatuh cekak dia 😍😍😍💯💯💯

  • @zoelee4103
    @zoelee4103 2 роки тому +6

    Please semua jom undi lagu Pencarianku Aisha Retno di Muzik Muzik.. Sekarang lagu Pencarianku dah di senarai menunggu nak kena undi banyak² lagi supaya masuk Top 20 semula.. baru boleh tengok Aisha Retno perform lagu Pencarianku di AJL!!! Lets Vote Pencarianku hari²!!! 🔥🔥🔥🔥🔥

  • @zoelee4103
    @zoelee4103 2 роки тому +11

    Wow!!!! Best sgt Live Sutera ni Aisha!!!!! You on fire girl!!! 🔥🔥🔥🔥🔥 Voice, song, outfit & the dance ALL GREAT!!! I will keep voting Pencarianku di Muzik Muzik so that i can see you perform final AJL!!! s/n : thank you for uploading the video admin ♥️

  • @hzqlkn7313
    @hzqlkn7313 2 роки тому +9

    good attitude aisha !! Semoga ke ajl . Part " bak kain sutera " sangatlah addicted!!

  • @zoelee4103
    @zoelee4103 Рік тому +2

    Please semua... Lets vote Lagu Sutera di Carta Top 20 Muzik Muzik.. Now Lagu Sutera dah di tangga ke 12.. turun 3 anak tangga.. lets consistently vote for Sutera to see Aisha in AJL.. 💕💕💕

  • @sffndys
    @sffndys Рік тому +4

    komposisi lagu ni hampir sempurna, intro dia pun dah best, ad soul yng tersendiri, gabungan elemen yang berlainan, (Pop-Etnik Kreatif) but still it modern song , lyrics not bad 48% chord progession best termasuk instrumental 16% almost 20% but ad part mcm tak berapa nk masuk seiring melody, well melody's rate is 32% ada change utk tembus AJL ,i want to see this song berentap atas pentas unggul AJL , ada uniknya, tapi vibes intronya lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, perhitungan markah sy utk lagu totalnya 96 % well done Aisha Retno, nice quality of Malaysian songs

  • @mellyivandaxton3177
    @mellyivandaxton3177 9 місяців тому +1

    Naqiu and aishah tetno seriously the best performer and singer in Malaysia .very intelligent in music 🎵

  • @syazhamid5406
    @syazhamid5406 2 роки тому +6

    Wowww !!! 😍💥

  • @zm4182
    @zm4182 2 роки тому +4

    Best Aisha... tqvm yana😘

  • @spero5374
    @spero5374 2 роки тому +4

    best aisha..moga ke ajl

  • @naura1111
    @naura1111 Рік тому +2

    sempoi la dancer cepat2 kuis cekak rambut aishah. Terbaik Aishah and dancer. Love

  • @zoelee4103
    @zoelee4103 Рік тому

    Please semua... Let's vote Sutera di Carta 20 Muzik Muzik.. now Sutera di tangga ke 9 dalam carta..

  • @schweizz1
    @schweizz1 9 місяців тому

    Kreatif betul lagu ni

  • @walidfikri1081
    @walidfikri1081 Рік тому +2

    Nieh klo g AJL nieg cnfirm.gempak areangement.. Aisha nieh banysk ilmu...moga lepas ke AJL

  • @mohamadamirulhafizabdwahab2327
    @mohamadamirulhafizabdwahab2327 6 місяців тому

    1:40 nasib baik tak jirik tangan si penari 😂😂😂...laju betol penari wak keje