Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Kejohanan Sukan Tahunan SK PUCHONG PERDANA kali ke-23 2022

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 2 вер 2022
  • Kejohanan Sukan Tahunan SK Puchong Perdana Kali ke-23, 28 Ogos 2022
    Pada hari Ahad, 28 Ogos 2022, SK Puchong Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-23 bertempat di padang sekolah SK Puchong Perdana.
    Kejohanan ini disertai oleh 5 rumah sukan iaitu rumah sukan Biru, rumah sukan Merah, rumah sukan Kuning, rumah sukan Hijau dan rumah sukan Jingga.
    Antara objektif kejohanan sukan ini diadakan ialah :
    1. Memupuk semangat kesukanan.
    2. Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
    3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
    Acara yang dipertandingkan ialah perbarisan rumah sukan, hiasan khemah setiap rumah dan acara balapan. Selain itu acara tarik tali dan acara larian 100m tahun 3 peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari tersebut.
    Acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan perbarisan bagi setiap rumah sukan, bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan gimik perasmian kejohanan.
    Kejohanan sukan tahunan sekolah pada tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Biru. Naib Johan rumah sukan merah, tempat ketiga rumah sukan Kuning, tempat keempat rumah sukan Hijau dan tempat kelima rumah sukan Jingga.
    Secara keseluruhannya, semua murid telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan tahunan kali ini dan ini memudahkan guru-guru memilih pelapis dan atlet bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Petaling Perdana untuk tahun 2023.
    Diharap sukan tahunan ini dapat mencungkil bakat-bakat olahraga dalam kalangan murid dan meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.
    #sukantahunan #kejohanansukantahunan #sukan #acarasukan #sports #sportday #acaraperbarisan #perbarisanrumahsukan #acarabalapan #acaratariktali #tariktali #acaralarian #trek #kawadkaki #telematch #games #gameplay #sukantahunanskpp #gimiksukan #runninggames #sportgames #kejohanansukan #rumahsukan #rumahkuning #rumahbiru #rumahmerah #rumahhijau #rumahjingga #skpuchongperdana #run #schoolsportday #puchongperdana #puchong #happy #school #schoollife #play #school #bersukan #semangat #semangatolahraga #motivation #semangatbersukan #gnola79channel #gopro #hero10black #vlog #vlogs #sportvideo

КОМЕНТАРІ • 11