REVIEW | Fishing rod AJIKING ATOM SURF 4503 & AJIKING SURFKING REEL

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 сер 2024
  • REVIEW | Fishing rod AJIKING ATOM SURF 4503 & AJIKING SURFKING REEL #Ajiking #TceTackles #Surfcasting #Padubaqhang!

КОМЕНТАРІ • 121

  • @abahmufishing
    @abahmufishing 3 роки тому

    Padu gk lentur dia tak la lembut sangat cunnn,mesin pun ok jugak..slm sehobi sahabat😁

  • @DakZamFishing
    @DakZamFishing 4 роки тому

    Like... Terbaik masta surf casting... Mmg mantapp.. info yg amat mudah dan ringkas

  • @radziradziey398
    @radziradziey398 3 роки тому

    Saya sudah bli Joran ajiking 15kaki boleh tahan kualiti vagus terbaikk👍

  • @Hairi..
    @Hairi.. 2 роки тому +1

    Ajiking atom surf ni ada yg 12 kaki tak?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому

      salam bang! setahu saya ajking atom ini rasanya tiada 12 kaki, penawaran panjang kalau tidak silap saya model 420 ( 14 kaki), 450 (15 kaki) dan 500 (16.5 kaki).
      apa2 pun saya dah lama jual ajiking atom surf ini sebab rasanya lembut.. berbanding kebanyakkan joran yang saya baru beli seperti daiwa phantom, lebih liat dan sedap dibaling bang~

  •  4 роки тому

    Again a great video, see you next time, stay healthy and greetings from Germany 🇩🇪👍

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Thanks for the comment and greetings from Malaysia! I would consider doing my commentary in English for the next video for better understanding towards my international friends like you! Thanks for stopping by here!

  • @abdulazeez5950
    @abdulazeez5950 Місяць тому

    Tali brapa Lb pkai.boleh masuk spool brapa rtus meter tu..sya ingat nk ambil stu msen ni..

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  28 днів тому

      Salam bang! saya sangat menyarankan abang pergi SHOPEE online, taip je tali jenama sougayilang, puas hati pakai sebab saya selalu pakai tali ini.. biasa saya pakai yang 15lb-30lb untuk mesin ini , dia boleh muat 150-200 meter berdasarkan ketebalan tali...
      Kalau saiz dia dalam shopee, biasa saya ambik yang ketebalan 0.20-0.30mm.. 0.14mm itu ibarat 12lb agak halus, jadi jarang saya beli saiz tu.
      Untuk memudahkan abang, saya letak sekali link shopee. my.shp.ee/riMourH

  • @ihsanjayadi62
    @ihsanjayadi62 2 роки тому

    Bang request review test libasan joran lurekiller surf gazer 420bx 100-200 gr

  • @apoijambang8844
    @apoijambang8844 4 роки тому

    Terbaik info di kogsi kn.👍👍👍😁

  • @afiqzaym8559
    @afiqzaym8559 3 роки тому

    Seahawk windsurf band pernah guna?

  • @RoyLandy
    @RoyLandy 4 роки тому

    Nice casting bro
    👍👍👍👍👍

  • @nurhalimbinmohamad2412
    @nurhalimbinmohamad2412 3 роки тому

    harini tadi saya telah beli rod ajiking surf atom dan reel surf king seperti video.
    saya nak tanya.. saiz tali braded apa yang sesuai. dan saiz tali perambut apa yang sesuai?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      Salam bang! Kekuatan tali yang disarankan adalah juga bawah edaran TCE tackles iaitu Ajiking buster 9 sulam harga anggaran RM40+ untuk segelung, 100meter, Tce hanya jual segelung2 . Dalam 1 kotak biasa ada 5 gelung, dan dalam 5 gelung tersebut , semua talinya adalah bersambungan, saya ketika itu beli 2 gelung sambung, harga sekitar RM 80+. Kekuatan tali benang/braided yang disarankan utk mesin pantai seperti Ajiking surfking dan pancingan pantai adalah 30lb-50lb. Kalau semakin tebal tali, semakin sikit tali yang boleh muat dalam mesin. Jarang saya pakai tali berkekuatan 50lb.. selalunya 30lb atau 40lb yang terbaik. 40lb dapat masukkan sekurang kurangnya 200meter dalam mesin, tapi saya selamanya ini, paling jauh pun balingan setakat anggaran 130meter sahaja, memang takkan habis tali dalam gelendung, melainkan larian drp sang ikan yang mega.
      Utk perambut pula,saya sarankan abang google "perambut pantai" atau"perambut pari", di situ ada cara utk setup perambut tersebut, tapi kan , kalau dulu tahun (2008) saya sendiri pun tidak tahu nak buat perambut, main buat je, saya cangkuk umpan umpun 2,3 ekor dalam satu mata kail besar, boleh je dapat pari anggaran 3kg di kampung hailam,melaka! Jadi jangan risau kalau perambut yang anda cuba buat cantik atau tidak, paling penting sekali,ianya. KUAT dan tidak mudah lucut.. kalau abang duduk melaka, datang terus ke Tce tackles cawangan paya rumput melaka saya kerja sepenuh masa di sini,senang saya nak cerita berdepan..kecuali hari rabu,saya cuti.

  • @yusufhamzah6369
    @yusufhamzah6369 4 роки тому

    Jika ada rezeki boleh surf bersama2 😊

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      SAlam bang! sekarang saya memang kerja sepenuh masa di TCE Tackles, Muar. Kalau senang, datanglah jenguk2 saya :)

  • @ajidjid2527
    @ajidjid2527 4 роки тому

    Tes batu 140 ke 150g...

  • @rowenrichard4857
    @rowenrichard4857 Рік тому

    5:37 ini la libasan paling teruk kalau time pertandingan...puncah 1.libas kena tali orang sebelah 2.membahayakan kepada pemancing² d sekitar

  • @kickricko
    @kickricko 3 роки тому

    Thx for video

  • @sugiartofishing9716
    @sugiartofishing9716 3 роки тому

    Mantap bos 👍

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      Salam perkenalan daripada Malaysia dan terima kasih kerana sudi hadir bang!

  • @solehinlehin2486
    @solehinlehin2486 4 роки тому

    Salam...bro di antara rod Banax Magic Plus Surf,,Okuma Nemesis Surf dan Ajiking Atom Surf mane yang lebih bro syorkan untuk pakai..boleh beri pendapat tak?sebab ke tiga tiga rod tersebut bro dah pakai..jadi saya mahu tanye feedback bro yang pernah pakai rod tersebut...😊

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +3

      Salam bang! Jadi berdasarkan pendapat peribadi, scara keseluruhan dan kesimpulannya ketiga-tiga joran saya melibas beberapa kali tanpa masalah penyambung tercabut atau patah, justeru, tidak dapat dinafikan bahawa ketiga-tiga joran BOLEH digunakan :)
      Namun, sebagai tambahan, sekiranya anda mencari joran yang untuk keselesaan maksimum, termasuk daripada segi keringanan, tegang dan salah satu model yang mampu milik daripada jenama yang terkenal , saya sarankan anda untuk ambil Banax Magic Plus! Ini kerana harga lumrah untuk joran surf Banax adalah sekitar RM340++ dan ke atas, namun untuk model magic plus ini, ianya masih dalam lingkungan RM220- RM270+ berdasarkan kepanjangan.
      Okuma Nemesis Surf pula, pada pendapat peribadi saya adalah untuk menyasarkan seperti Ikan senangin, siakap, talang, todak kerana ikan seperti ini tidak melekap dasar laut seperti
      pari( kalau menyasarkan pari, disarankan pakai Banax formula, Banax Ionix, Magic Plus ataupun Ajiking Atom Surf pun boleh , walaupun lentur sikit hujung, tapi tidaklah lembut sangat. Kita kena ambik joran keras untuk main pari sebab ianya degil selalu melekap di dasar laut.
      Berbalik pada landasan, ada pemancing pernah berkata , sekiranya anda memakai joran yang terlampau keras, ikan senangin, siakap, todak atau ikan yang kerap membuat loncatan atau larian padu apabila terkena pancing akan mudah terlepas, justeru digalakkan untuk pakai okuma nemesis surf :)
      Bang, kalau bang berada di area Muar, mai singgah dekat TCE Tackle di Tanjun Agas, saya berada di sini :) Apa2 pertanyaan boleh whatapps saya di 011-16158728

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +2

      Kalau ditanyakan saya antara tiga model ini dan diberikan pilihan, saya akan pilih Banax Magix Plus.

    • @solehinlehin2486
      @solehinlehin2486 4 роки тому

      Terima kasih atas maklum balasnye tuan. Saye tinggal di Tampoi johor..jika ade kesempatan saye singgah di sane..🙏🙏😉

  • @imranmohdshah364
    @imranmohdshah364 4 роки тому

    Terbaik bos......

  • @parkji659
    @parkji659 4 роки тому

    hai branden...pade pndapat u atom surf vs relix merah video yang lepas tu mne lebih baik?adakah ia standing dgn banax magic plus...tq..😊

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam bang! Ini park ji yang macam dekat Facebook ? Dan juga kawan kepada Rudy? Utk pengetahuan anda Rudy dah pernah jenguk saya di TCE tackle Muar, abang bila lagi? Hehe rasanya abang duduk Muar/batu pahat juga kan?? Senang2 whatapps saya di 011 16158728, senang saya nak buat hantaran suara

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Kesimpulan peribadi saya adalah. Atom surf ini kosong seperti Banax Magic plus, tapi bezanya adalah joran ini lembut daripada banax magic plus. Maksud saya Atom surf ini dia melantun balik macam banax Medusa, tapi melantun di bahagian tip atau pertama joran, bukan macam Relix surf, gegar satu badan saya 😅 kurang sedap.. minta maaf tapi bagi pendapat peribadi saya Relix surf kurang sedap, sebab tu mungkin warnanya yang cantik nak tarik orang beli je. Hahaha

    • @parkji659
      @parkji659 4 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai ea saye park ji.kwan rudy..sye ad dtang tce muar bulan lpas untuk hntar reel ajiking surf king sebab repair roller bail arm...mybe belom siap lagi kot sebb tiade sebarang pnggilan lagi.ape pun tq untuk pndapat peribadi yg d berikn tntang atom surf vs relix surf.nanti free sye wasap ea..tq. 👍😊

  • @noremeemohdnizam7416
    @noremeemohdnizam7416 2 роки тому

    Salam bang.. Rod sehawk surf 15 kaki untuk beginner ok x?.. Pair dengan reel n batu ladung apa yg sesuai?.. Tq bang.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому

      salam bang! boleh2.. rod sehawk dalam kategori mampu milik saya rasa sebab dalam lingkungan rm200+ kebiasaannya, cuma saya sendiri tidak pernah pakai justeru saya kurang pasti macam mana ianya rasa, tapi janji tidak lebih daripada rm300+ sebab kalau macam joran banax harga lumrah rm300+ memang BUKAN dikategorikan sebagai mampu milik. tapi banax memang sedap, cuma stoknya susah sikit nak dapat skarang
      berkenaan dengan mesin, saya ingin sarankan satu mesin yang saya baru beli daripada online ini juga iaitu mesin deukio c8000, abang boleh cuba rujuk pautan ini ye~ memang sedap saya pakai mesin ini, harga pun sekitar rm193 je bang
      ua-cam.com/video/NgeAY-uw8Rc/v-deo.html

  • @apekkamosa1741
    @apekkamosa1741 3 роки тому

    boss nak tanye...kedai mana satu y...

  • @kadekeditia6453
    @kadekeditia6453 3 роки тому

    Bisakah kirim-kirim ke indonesia??

  • @peyjulfaizul1263
    @peyjulfaizul1263 Рік тому

    Terbaik bang

  • @aznurulhadeera5967
    @aznurulhadeera5967 4 роки тому

    Terbaik brenden... Reel tu berat nye brape ye? Goyang x kayuhan nye?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +1

      Terima kasih bang! Tidak tertulis pada kotak tapi anggaran dalam 600gram.. tapi ada satu mesin jenama Okuma 8k warna silver yang itu rasanya dah anggaran sekilo kot beratnya.. reel Ajiking surfking ini dia tidak goyang dan stabil,
      tapi kan tidak kira apa Jenama yang saya pakai sekali pun bang, kalau kena ikan besar, memang saya akan turun joran sikit, kayuh mesin dan tarik joran ke belakang dan elak daripada selalu sangat paksa kayuh dalam tekanan yang kuat untuk melanjutkan jangka hayat mesin tersebut😅 tapi kalau pakai teknik biasa seperti turun joran, kayuh mesin, tarik jora ke belakang dan repeat, teknik ini lebih memanjangkan jangka hayat mesin, tapi paling penting sekali, pada pendapat peribadi saya tali sama sekali tidak boleh dibagi longgar walaupun sesaat apabila terkena ikan besar, takut berputih mata

  • @alongziefishing8962
    @alongziefishing8962 4 роки тому

    Padu rod ni...

  • @encikdolpin9746
    @encikdolpin9746 4 роки тому

    Tq sifu pendedahan nya..🙏😊 Dari balingan nampak padu nih sifu..agak2 sifu max batu ladung boleh sampai brapa ya?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +1

      Salam bang, sebab ianya lembut sedikit, justeru, saya mengalakan penggunaan saiz 5 ye, tapi kalau baru beli dan berjinak2 dengan joran tersebut , saya sarankan anda pakai batu saiz 3,4 sekadar bagi membiasakan diri dengan joran tersebut, apabila telah yakin, boleh tingkatkan lagi saiz batu. Batu saiz 8 saya tidak digalakkan ye bang

    • @encikdolpin9746
      @encikdolpin9746 4 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai baik..terima kasih info nya sifu..🙏😊

  • @akagamishank4206
    @akagamishank4206 Рік тому

    Bang banax magic plus 15' ada stock x

  • @carofmalaysia5764
    @carofmalaysia5764 3 роки тому

    Ada link shoope bang dia pnya kedai

  • @aldikurniawan454
    @aldikurniawan454 3 роки тому

    Kaku mana sama banax medusa bang

  • @khairulazri6561
    @khairulazri6561 4 роки тому

    Sy selalu mancing sni bro. Ade rezeki dpt la jmpe nnti

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam bang, saya selalu main di pantai Crystal bay,alai, namun, kerja sepenuh masa di TCE tackle Muar! Datang lah jenguk saya kecuali hari khamis sebab saya cuti

  • @abgjashchannel3078
    @abgjashchannel3078 4 роки тому

    Tbaik brendan

  • @muinsani1773
    @muinsani1773 4 роки тому

    Line guna ape tu bro? Berapa meter? Pastu agak2 balingan boleh pergi berapa jauh? Maaf baru nak cuba2 beli joran pantai

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Kalau ikut standard (tidak semesti diikuti) ye bang, mesin kena atas saiz 7000.
      Sebab? Untuk muat tali banyak bagi balingan jauh dan juga tahan larian padu daripada ikan besar ( pari 10kg++). Dan untuk tali utama dalam mesin, digalakkan pakai benang kekuatan 20-50lb/pound.
      Tali halus= senang baling jauh, takut putus kalau kena ikan besar.
      Tali tebal= sukar baling jauh, tapi lebih selamat kalau kena ikan besar.

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Bang, kalau anda di area melaka atau muar, datang TCE muar dekat dengan al aikhsan tanjung agas, saya ada di sini, kerja sepenuh masa. Ada sebarang persoalan, whatapps saya je di 011 16158728

    • @muinsani1773
      @muinsani1773 4 роки тому

      Trima kasih bro brandard? Sy di uluyam selangor...

  • @amydailami9618
    @amydailami9618 4 роки тому

    Kena beli ni

  • @aimankakitapau2652
    @aimankakitapau2652 4 роки тому

    Berapa harga mesin tu Dan berapa harga rod tu Branden fishing 1993

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam bang! Harga joran anggaran dalam RM 190+ manakala mesin anggaran RM200+ . Untuk rod, harga bergantung pada kepanjangannya juga namun hanya ada model 14,15 dan 16 kaki. Yang saya pakai adalah 4503 iaitu 15 kaki. Tapi secara terperinci, kalau dua set tersebut dicampurkan tidak cecah RM450 pun bang, namun sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut wahtapps saya je bang, 01116158728, segala perkongsian pengalaman mancing peribadi boleh saya kongsikan ☺️

  • @justgaming3648
    @justgaming3648 3 роки тому

    Nak tanya bro kalaau batang tips tu patah kalau repair balik agak2 boleh libas tak ?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому +1

      salam bang! hakikatnya saya tidak yakin kalau repair balik dia akan kembali ke asal, termasuk "rasanya" sebab biasa kalau dah kes patah, memang kena cari batang tengah atau pucuk joran lain sebagai pengganti, dekat tce sekarang memang payah sikit nak dapat spare part joran pantai. Tapi saya ada satu saranan bang, saya cuma tahu dekat melaka ini ada seorang abang, namanya, "Izzat Rashid" . saya sediakan pautan pada Facebooknya, abang cuba inbox dia, sebab dia duduk pantai puteri melaka, dan dengar kata dulu sangat aktif buat blank joran. kemungkinan beliau boleh bantu anda ~ cuba pm dia. Andai kata kalau joran pantai patah bahagian pucuk, atau hampir dekat hujung, abang boleh jenguk mana2 kedai pancing minta pekerja atau bosnya untuk masukkan cincin hujung yang baru, tapi jorannya dah akan jadi pendek sikit lah~

  • @abdulazeez5950
    @abdulazeez5950 Місяць тому

    Batu brapa gram pkai bang

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  29 днів тому

      salam bang! selalunya saya pakai batu saiz 4-5 iaitu anggaran 120gram-140gram. Tapi tengok pada joran bang, kalau dah rasa macam keras memang kita boleh pakai saiz 5, tapi dalam rakaman ini, jorannya agak lembut, jadi saya pakai saiz 4 atau 120gram.

  • @adikomangofficial4149
    @adikomangofficial4149 2 роки тому

    salam dari Indonesia. boleh tanya ke??

  • @eiyrafara8886
    @eiyrafara8886 3 роки тому

    untuk reel ni berape meter tali boleh masuk

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      Salam bang! kekuatan/ketebalan tali yang disarankan adalah 30lb/40lb yang mempunyai 8 atau 9 sulam sebab permukaan tali ini adalah lebih lembut, licin berbanding yang 2 atau 4 sulam. Kalau di TCE Tackles, saya galakkan anda masuk tali AJIKING BUSTER 9 SULAM yang harga anggaran RM40+ segelung iaitu 100meter, kalau tidak cukup boleh je tambah segelung, sebab tali adalah sambung. Anggaran panjang tali yang boleh dimasukkan untuk ketebalan 30lb (sekiranya diameter halus), 250 meter iaitu penuh 2 gelung dan hanya separuh daripada gelung ketiga. Namun ini cuma anggaran, selalunya kalau di TCE Tackles cawangan Paya Rumput Melaka, saya menawarkan servis masukkan tali untuk pelanggan tanpa caj. Supaya senang bagi pelanggan untuk menentukan berapa gelung tali yang diorang perlu beli untuk penuh satu mesin tersebut.

    • @rizuan.rizaila
      @rizuan.rizaila 2 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai bos..saya ade reel size 4000 (tiada jenama). kalo beli tali kat TCE paya rumput tu boleh masuk sekali tak? 😅

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому

      @@rizuan.rizaila salam bang! Datang je, memang 80% tugas kita masukkan tali untuk pelanggan, free je tiada upah, cuma harga tali je~ tapi ada minoriti 20% macam itu yang berkata diorang masuk sendiri~ nak bawak mesin dan tali sendiri drp rumah utk kita masukkan pun boleh bang, esok saya ada, drp pukul 10am -7pm ye~

  • @mahyukiyukiee3621
    @mahyukiyukiee3621 3 роки тому

    Nak tanya.... Surf king tu die skru handle ke

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому +1

      Salam bang! Ianya bukan power handle, dia macam mesin biasa2, perlu buka nat yang sebelahnya bagi buka pengayuhnya.

  • @hanifzakwan3056
    @hanifzakwan3056 2 роки тому

    Tackle melaka atau meefah ada stock ke rod ni ? Brp rm ye ?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому +1

      salam bang! kalau tidak silap saya lah bang ketika itu, harga lumrah untuk joran ini adalah rm230-rm270 berdasarkan kepanjangan joran~
      sebenarnya abang boleh jenguk terus dekat mana2 cawangan tce tackles yang berdekatan dengan anda dan minta pekerja tanyakan atasannya samada ada stok atau tidak untuk joran tertentu, namun buat ketika ini, dekat melaka memang tiada stok untuk joran ajiking atom surf ini, joran pantai sedia ada yang banyak di kebanyakkan cawangan tce tackles di melaka adalah Okuma power surf 8k yang harga lumrah rm420-RM430, namun blanknya cukup nipis~
      tapi kebiasaannya kalau tiada stok di melaka, tapi apabila pekerja dah tanyakan atasan dan diorang kata ada stok, kebiasaannya barang tersebut ada dekat HQ Tce tackles iaitu di Lunas kedah dan andai kata pelanggan tersebut nak, beliau boleh deposit separuh daripada harga joran tersebut dan ianya akan dihantar ke melaka kepada pelanggan tersebut~
      Meefah saya kruang pasti tapi biasa meefah tiada jenama ajiking, sebab rasanya kebanyakkan jenama bawah mereka adalah shimano dan gtech~
      kebiasaannya kalau barang ada, dekat shopee tce tackels dia akan letak sekali barangan tersebut, namun andai kata tiada stok, memang dia tidak akan memaparkan barangan tersebut, dan ini saya baru jenguk balik shopee dan taip joran ajiking atom surf namun tidak jumpa, jadi kemungkinan besar dekat tce atckles HQ dah tiada stok~ apa2 pun saya sarankan abang bertandang terus ke mana2 cawangwan tce tackles yang berdekatan dengan abang , cuba tanya pekerja dan tempah, dialu2 kan juga untuk bertandang ke cawangan paya rumput yang saya ditugaskan ini bang~

    • @hanifzakwan3056
      @hanifzakwan3056 2 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai sy ada minggu lepas , perasan jugak awak .. tpi tk tegur sbb nmpk mcm busy je .. next time sy dtg ye

  • @hanifhilmi9162
    @hanifhilmi9162 2 роки тому

    Bro nk tnye bli rod dgn reel dkt mana?klw bli online boleh share link tk?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому +1

      salam bang! saya sebenarnya nak sarankan Tce Tackles, namun memandangkan stok sentiasa kehabisan dan dah banyak kal isaya tempah diorang tak hantar2 juga stok, justeru saya sarankan yang lain buat ketika ini ye~
      saya sendiri pun baru beli rod baru iaitu bossna 12 kaki daripada seorang penjual yang trusted ( saya terima barang dalam keadaan baik dan pantas)
      nama beliau adalah Michella Tan ( anda boleh whatapps beliau di 0162107986)
      berkenaan dengan stok mesin dan joran yang beliau ada~
      saya cuma sarankan penjual yang saya pernah deal dan yang tidak pernah saya tak berani nak recommend kepada sahabat kita~

    • @hanifhilmi9162
      @hanifhilmi9162 2 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai terima kasih bang👍🏻

  • @fazztv5800
    @fazztv5800 Рік тому

    Bang, antara ajiking atom vs awashima sky caster mana lebih padu?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  Рік тому +1

      salam bang! maaf lambat balas.. sebenarnya kalau berdasarkan pendapat peribadi saya, kedua2 hampir sama rasa,
      tapi awashima sky caster dia rasa kejung dan keras sikit sahaja berbanding ajiking atom surf.
      Time saya buat rakaman ini, saya memang rasa ajiking atom surf sedap pakai sebab keras.
      tapi setelah rasa lebih banyak joran berlainan di pasaran, sekarang saya lebih berminat
      1) Gtech swin surf
      2) AJiking pari surf
      3) Banax impeller/magic plus
      sebab semua joran ini tidak berapa lembut, boleh pakai batu berat sikit, tambahan hujung joran TIDAK MELENTUR BANYAK pada permulaan sebelum balingan.

  • @matjue2275
    @matjue2275 2 роки тому

    Hai.. Bro,berapa harga mesin tu.?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  2 роки тому +1

      Salam bang! Last saya beli mesin tersebut dengan harga rm208 dekat tce tackles. Tapi tidak pasti harganya sekarang, mungkin dah naik. Tapi yang saya review mesin Deukio cc8000 lagi puas hati sebab material dia kukuh sikit..berbaloi..

  • @ahmadfauzipk7389
    @ahmadfauzipk7389 3 роки тому

    boss saya nyari joran surf panjang 5metel lebih apa boss tau?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      Salam bang! Maaf saya kurang faham, maksud abang, anda baru beli joran 5 meter(16.5kaki) , dan abang ingin tahu kelebihannya ke? Tapi bagi saya sendiri, 5meter agak berat, yang dalam video ini, saya pakai adalah 4.5meter(15kaki)

  • @claimtestimonies
    @claimtestimonies 4 роки тому

    Mantap bro 👍👍👍.
    Yg 18 kaki ada x

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +1

      Salam bang, datang lah muar kalau ada kelapangan 😅 untuk model ini cuma ada keluaran 14,15 dan 16.5 kaki

    • @claimtestimonies
      @claimtestimonies 4 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai ohhh max 16.5 kaki. Tq bro for the info.
      Boleh juga jika sy free & plan nk mancing di muar sy boleh drop by

  • @quereyeforstraightguy9585
    @quereyeforstraightguy9585 3 роки тому

    rod atom surf 16 kaki anggaran berapa harganya sifu?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      Salam bang! yang whatapps ada masalah tu ke ?? Anggaran Rm220 kalau tidak silap saya lah, yang saya tahu ianya beleum pernah cecah RM250. Harga lebih kurang je, tapi bawah daripada banax magic plus (harga lumrah RM220- Rm270) di mana banax magic plus ini merupakan salah satu model joran pantai mampu milik daripada jenama banax, sbab harga lumrah banax yang saya boleh ingat kembali
      Banax Formula 14 kaki =RM333+
      Banax Tornado/Impeller 15 kaki=RM 658+
      Banax Ionix 15 kaki = Rm380+
      Banax ionix 16 kaki = RM444+
      Ajiking Surfking reel =RM208+

    • @quereyeforstraightguy9585
      @quereyeforstraightguy9585 3 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai wasalam sifu branden ! ye betul sifu. yg ade masalah whatsapp tu. sifu boleh ingat sy ye.. hebat sifu😊. maaf sy terpaksa komen kat sini..rod ajiking tu anggaran 220 ye.. baik2 sy terima kasih sbb terangkn kat sy dgn detail ..sifu nak tanye kalau rod relix yg harge 230 240 utk 16 kaki ok x? sy ade 2 pilihan dan harge kedua2 rod ni pun lebih kurang.. 1 lagi pilihan adelah rod lemax beach master xsilap.. yg ade 2 warne..1 biru 1 lagi merah.. saya x mampu nk bajet harge tinggi utk rod faktor kewangan.. sy bajet 250 dan kebawah.. sy hampir2 nk beli rod china kat shoppe yg warne biru mude..sanboen xsilap.. 13kaki rm142 camtu tapi xjadi.. harap sifu mmbantu bagi sy option rod ape yg ok utk sy

  • @shahrulimran5856
    @shahrulimran5856 4 роки тому

    🔥🔥🔥

  • @ashman7758
    @ashman7758 4 роки тому

    hi admin, main line saiz bape ye..

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam bang! Tali utama saya adalah 50lb, tapi lebih digalakkan pakai antara 20-40lb untuk balingan lebih jauh ye!

    • @ashman7758
      @ashman7758 4 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai ok tq boss

  • @aryjohary4881
    @aryjohary4881 4 роки тому

    bro cuba banax ionix pulak...padu ke tak

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Tunggu kalau ada lagi yang sudi taja saya pasti akan buat! Apa2 pun abang boleh je whatapps saya di 011 1615 8728, saya boleh kongsi pendapat peribadi saya mengenai banax ionix. Bagi saya banax ionix ini dia berada di tengah2. Antara banax Magic plus dan banax formula. Nak kata padu takde lah padu sangat, kurang berat berbanding formula surf, dan tidak berasa "kosong" sangat berbanding magic plus

    • @aryjohary4881
      @aryjohary4881 4 роки тому

      baik bro..pape nanti saya wasap

  • @theking1m442
    @theking1m442 3 роки тому

    Bro mcm mne nk beli jorang ni..kt terengganu xde hmmmmm

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      salam abang! boleh je, tapi saya beranggapan mungkin sekarang agak susah, sebab ramai telah beli, pengilang pula macam lambat, jadi payah sikit nak dapatkannya, sama seperti jenama banax formula, magic plus, impeller dan ionix.. sebab buat ketika ini, di seluruh tce tackle cawangan melaka, memang dah kehabisan stok, bila saya tanyakan pihak atasan, diorang pula kata stok belum ada, sebab saya bertugas untuk cawangan paya rumput melaka dan menumpu pada pelanggan walk in. Saya rasa apa yang abang boleh buat adalah jenguk di mana2 cawangan TCE tackles yang terdekat dengan tempat abang, cuba tanya pekerjanya, samada boleh tempah dan bagi deposit atau tidak ?

    • @theking1m442
      @theking1m442 3 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai owhhh mcm tuu ke. Xpe2 nnti sy try jenguk2 mne ade jorang ni. Semoga channel bro trus berkembang meluas👍👍💥💥💥

  • @istongkat8475
    @istongkat8475 4 роки тому

    😍😍😍

  • @kakipancing168
    @kakipancing168 4 роки тому

    Terbaik bro..... Brpa hrga ajiking atom tu

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam bang! Harga joran anggaran dalam RM 190+ manakala mesin anggaran RM200+ . Untuk rod, harga bergantung pada kepanjangannya juga namun hanya ada model 14,15 dan 16 kaki. Yang saya pakai adalah 4503 iaitu 15 kaki. Tapi secara terperinci, kalau dua set tersebut dicampurkan tidak cecah RM450 pun bang, namun sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut wahtapps saya je bang, 01116158728, segala perkongsian pengalaman mancing peribadi boleh saya kongsikan ☺️

  • @juanedijuangjuang6802
    @juanedijuangjuang6802 3 роки тому

    Review joran ajiking yahoo bang

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      salam bang! tumpang tanya ,maksud abang joran ajiking wahoo bukan ?kalau model wahoo setahu saya ada sebatang model baru ajiking yang dinamakan "wahoo" iaitu AJIKING WAHOO TELESURF di mana saya telah membuat review pendek sahaja dalam video ini. Sebab joran Ajiking wahoo telesurf ini jarang saya pakai sebab dia lembut sikit bang~ apa-apa pun, abang dipersilakan untuk tengok rakaman ini, review pendek je untuk joran tersebut~
      ua-cam.com/video/dM9FZss5N-A/v-deo.html

    • @majalahkampong5595
      @majalahkampong5595 Рік тому

      Yahooo yeehaaa

  • @adekstella5037
    @adekstella5037 4 роки тому

    aishh. dia rachun lagi laa ni😌

  • @widhiii5203
    @widhiii5203 4 роки тому

    kalau dirupiahkan berapa tuh mas joranya

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому

      Salam daripada malaysia bang! Saya telah selidik dan harganya anggaran 667,062+ rupiah. Bagi saya, ianya adalah MURAH.

    • @widhiii5203
      @widhiii5203 4 роки тому

      @@GroupKakiPancingPantai waduh murah sekali bang. disini hargane 1 .5jt itu

  • @khairulazri6561
    @khairulazri6561 4 роки тому

    Bro kerja tce tackle ke? Kt mne

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  4 роки тому +1

      Kerja sepenuh masa di TCE tackles tanjung agas, Muar, datang lah kalau dekat, setakat ini ada dalam 7,8 rakan alam maya saya telah datang jenguk saya, whatapps je 011 16158728 sebelum datang tu

  • @amersalim3484
    @amersalim3484 3 роки тому

    Salam bang,minta nombor Tackle tu...nak belilah rod surf atom tu

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому +1

      Salam bang, bang duduk area mana? Sebab Paya Rumput akan buka satu cawangan baru , memang agak sibuk sikit minggu ini saya sebab kena pindah barang dan keluarkan stok semua. Whatapp saya 011 1615 8728 kalau ada kelapangan tu bang

  • @azizulradzi28
    @azizulradzi28 3 роки тому

    Mesin size berapa tu sobat?

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      salam bang! ianya tidak sebut pada kotak mesin mahupun pada mesinya, tapi kita beranggapn ianya sekitar saiz 8000 ye~ Harga Ajiking Surfking buat ketika ini adalah RM208

  • @najmiikmal8797
    @najmiikmal8797 3 роки тому

    Bang beli kt mne tu

  • @azmiramir7654
    @azmiramir7654 3 роки тому

    bro ni mcm gitaris pop shuvit r...hihi

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      salam bang dan terima kasih kerana sudi hadir! walaupun dah lama, tapi saya tetap nak balas, dan saya baru je google pop shuvit ini jauh nauu beza daripada muka saya...hahaha~

  • @iwayanmayun6684
    @iwayanmayun6684 2 роки тому

    Kaku bos jorannya

  • @habibasnawi9037
    @habibasnawi9037 3 роки тому

    Kaku kah

    • @GroupKakiPancingPantai
      @GroupKakiPancingPantai  3 роки тому

      salam bang! secara jujurnya depan joran Ajiking Atom surf ini dia lembut dan tidak sekaku seperti banax formula~ Getuan lembut daripada sang ikan yang bersaiz kecil turut senang kelihatan untuk joran Ajiking Atom Surf ini.

  • @zambro2648
    @zambro2648 3 роки тому

    Cun