Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Garis Panduan Pendawaian Elektrik - 5. Pemilihan Kabel

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 вер 2021
  • Garis Panduan Pendawaian Elektrik Bangunan Kediaman ST (GPPE)
    ============
    Pautan Video: • Garis Panduan Pendawai...
    Ini merupakan merupakan siri video ke-lima (5) dari 8 siri video berdasarkan isi kandungan garis panduan tersebut.
    Video hari ini menyentuh topik di bawah:
    ============
    05 Pemilihan Kabel
    ============
    01 Pengenalan & 02 Sistem Bekalan Elektrik
    • Garis Panduan Pendawai...
    03 Pendawaian Elektrik
    • Garis Panduan Pendawai...
    04 Sistem Perlindungan & Kawalan Pendawaian
    • Garis Panduan Pendawai... &t=1m21s
    05 Pemilihan Kabel
    • Garis Panduan Pendawai... &t=1m21s
    06 Aksesori Elektrik
    • Garis Panduan Pendawai...
    07 Pembumian
    • Garis Panduan Pendawai...
    08 Pemeriksaan & Pengujian Pendawaian Elektrik
    00 Lampiran I - IV
    Thank you for listening. Please don’t forget to:
    - Subscribe my UA-cam Channel: Crux of EE @ bit.ly/2wwtsb8
    - Like my Facebook page: / cruxofee
    - Visit my website: www.cruxofee.com
    - Any questions, you can email or comment below
    Crux of Electrical Engineering
    E: cruxofee@gmail.com
    W: www.cruxofee.com/
    #GarisPanduanPendawaianElektrik #SuruhanjayaTenaga #ST #GPPE #EnergyCommission #EC #electricalengineering #cruxofelectricalengineering #Malaysia​ #cruxofee​ #Pendawaian #Wiring #PW1 #PW2 #PW3 #PW4 #Wireman #KontraktorElektrik #UnitPendawaian Persendirian #PrivateWiringUnit

КОМЕНТАРІ • 14

  • @Alif_Team_Engineering
    @Alif_Team_Engineering 6 місяців тому

    Salam.. terime kasih atas ilmu. Semoga dimurahkn rezeki..
    Soalan sye : pvc pipe 3/4 inch boleh ke sumbat 6 cable 4mm ring curcuit dlm 1 pipe?
    Boleh ke? Ade kesan atau kekurangan die?

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  6 місяців тому

      W'salam
      1. Bergantung pada insulation kabel tersebut jenis PVC atau XLPE, tahan api atau biasa, dan sebagainya.
      2. Kita ambil yg worst case, yakni, PVC cable 1C x 4mm2 biasanya tahan 70 degC.
      3. Ada beberapa tempat yg boleh refer utk tahu bilangan kabel yg maksima boleh masuk dlm setiap konduit.
      - National Electric Code NFPA 70, Annex C... 4mm2 bersamaan dengan saiz 12 AWG. Boleh dimuatkan sehingga 12 batang PVC (Jenis THWN). Namun di dalam table tersebut tidak dinyatakan diameter kabel termasuk insulation nya.
      - Teknik lain juga utk 3 kabel ke atas, had maksima adalah 40% (NEC) dari luas keratan rentas belah dalam conduit (luas dikira berdasarkan inner diameter konduit). Ambil contoh PVC conduit 3/4", Inner diameter sekitar 0.70" atau 17.73mm. Luas keratan rentas adalah sekitar 246mm2. Dengan had 40%, luas yg dibenarkan adalah sebanyak 99mm2 (dikira dari 40% x 246mm2). Bilangan kabel dibenarkan utk 4mm2 adalah sekitar 7 batang.
      Had yg ditetapkan utk luas keratan rentas konduit untuk kabel adalah untuk pengudaraan bagi kabel2 tersebut dan seterusnya menyejukkan kabel2 tersebut.
      Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk di sini juga:
      1. pdhonline.com/courses/e276/e276content.pdf
      2. www.iesupply.com/p/sch-40-and-sch-80-pvc-conduit
      Kesannya jika kabel2 dalam konduit terlampau padat, akan menyebabkan pengudaraan menjadi teruk, haba tidak dapat disisihkan dan dalam jangka masa tertentu, kulit PVC akan mula menjadi keras, nyah-warna, hingga merekah. Seterusnya, jika kabel2 lain dalam konduit sama juga merekah atau pecah, kejadian litar pintas boleh berlaku.

  • @rokeyjunior1865
    @rokeyjunior1865 3 місяці тому

    kalau guna 2.5 utk kipas boleh?

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  3 місяці тому +1

      Salam, tiada masalah utk gunakan saiz yg sedikit besar dari saiz minima yang diperlukan.

  • @azisana2892
    @azisana2892 2 роки тому

    Salam Tuan. Berdasarkan garis panduan terbaru SC, untuk aircond bawah 2hp, boleh guna wayar 2.5mm kan?
    Saya nak buat wiring rumah, basic elektrik memang ada. Cuma sebelum ni ikut pengetahuan saya, apa-apa aircond kena guna wayar 4mm. Betul kan?

    • @arelong256
      @arelong256 2 роки тому

      sya cuba jwab bang...klau db dekat dgan point blh jee tp klau jauh baik pkai 4mm

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  Рік тому

      Terima kasih @are long atas perkongsian jawapan.
      2HP @ 1.5kW @ 8.2A pada 230VAC, 0.8pF
      Jika dilihat GARIS PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK PEPASANGAN DOMESTIK
      GP/ST/No. 29/2021, di dalam single line diagrams Rajah 6.2,6.3,6.4 dan 6.5 menyatakan semua wiring untuk pendingin hawa di bawah 3HP adalah 4mm2.
      Manakala dalam bahagian 8.3, dinyatakan kabel 2.5mm2 dibenarkan untuk pendingin hawa sehingga 2HP seperti yang tuan nyatakan.
      www.st.gov.my/ms/contents/files/download/142/GARIS_PANDUAN_PENDAWAIAN_ELEKTRIK_PEPASANGAN_DOMESTIK.pdf

  • @gadjettechover8423
    @gadjettechover8423 2 роки тому

    salam tuan thanks atas ilmunya.
    my understanding ,tlg confirmkan betul atau salah:
    .
    1)utk load 13A pakai:
    2)double pole switch. berapa rated Amp utk double pole switch.
    DP switch bole tahan berapa Amp bila berlaku overcurrent?
    .
    3)apa kelebihan double pole DP switch berbanding SP single pole switch. my understanding DP & SP switch takde protection utk overcurrent.
    protection overcurrent hanya melalui MCB at DB
    .
    4)isolator. isolator pon takde protection overcurrent kan tuan? OC protection hanya melalui MCB at DB.
    Biasanya Isolator bole tahan berapa Amp jika berlaku overcurrent (short circuit) sebelum kaput?

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  2 роки тому

      1) Sebab max. rated continuous current socket hanyalah 13A.. bermakna... saiz konduktor pada plug sesuai utk bawa 13 amp continuously. Jika arus lebih, akan diputuskan oleh fuse pada plug tersebut atau MCB di DB.
      2) Soalan agak am. Single Pole biasa 10A dan 16A. Setengah brand macam Schneider, ada yg 4A juga. Untuk Double Pole biasanya 20A untuk kebanyakan jenama. Jenama mcm schneider ada 20A, 32A dan 45A Double Pole. Tidak dinyatakan dalam datasheet berapa SC let through yg boleh dibawa oleh switch tersebut sebelum MCB atau ELCB trip. Switches utk rumah dibuat berdasarkan IEC 60669-1SWITCHES FOR HOUSEHOLD AND SIMILAR FIXEDELECTRICAL INSTALLATIONS -
      Part 1: General requirements. Salah satu ujian ada dilakukan making and breaking capacity, pada Voltage 1.1 x Rated Voltage dan 1.25 x Rated Current.
      3) DP start pada load yg besar sehingga 20A, biasanya digunakan untuk air cond dan juga water heater. Single Pole (SP) yg biasa jumpa hanya sehingga 10A, digunakan untuk beban kecil mcm lampu dan kipas. Tiadalah kelebihan DP vs SP yg spesifik, sebaliknya untuk load jenis apa dan besar (kW) mana. Amnya, load kecil sudah memadai dengan SP. Sememangnya elok lagi DP sebab neutral pun akan diputuskan juga mcm penggunaan switch untuk heater/ aircond. Bayangkan wiring utk lighting jika DP switch juga digunakan, switch lebih besar... 3 gang untk lampu2 dan kipas kena ganti dengan 3 x DP switch menjadikan ruang untuk pasang switch menjadi lebih besar, neutral wayar banyak digunakan sebab kena tarik turun sekali ke switch DP tersebut. Fit for purpose sahaja tuan. Apakah tujuan penggunaan SP dan DP, pastikan praktikal dan yang penting sekali faktor keselamatan diutamakan.
      4) Isolator sama juga, tidak boleh make atau break short circuit/ overcurrent. Ia harus dilakukan oleh fuse atau MCB. Isolator atau Disconnector adalah berdasarkan IEC 60947-3 LOW-VOLTAGE SWITCHGEAR AND CONTROLGEAR, PART 3 SWITCHES, DISCONNECTORS, SWITCH-DISCONNECTORS AND FUSE COMBINATION UNITS. Di dalam standard ini ada dinyatakan, Rated short-time withstand current (lcw) di mana "The value of the rated short-time withstand current shall be not less than twelve times the maximum rated operational current and, unless otherwise stated by the manufacturer, the duration of the current shall be 1 s." --> 12 x Rated Current selama 1 saat

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  2 роки тому

      utk jawapan 3 dan 4, bawah kondisi mana-manapun ... penggunaan suis bersama-sama fius atau MCB di DB adalah wajib. Suis hanya sesuai untuk break/ make (OFF/ON) load current sahaja sehingga rated current suis tersebut. Manakala arus lebih/ overccurent diputuskan oleh fius atau MCB.

    • @gadjettechover8423
      @gadjettechover8423 2 роки тому +1

      @@CruxOfEE pawa tuan siap bg basis IEC. bukan kaleng2
      .
      2)utk kelebihan DP switch , my understanding putuskan neutral & live hence lebih safe utk buat kerja/maintenance, maka dpt elakkan isu shared neutral ada current pakai SP switch.
      .
      betulkan sy kalau salah tuan
      terima kasih

  • @hazwaniabdulhamid7071
    @hazwaniabdulhamid7071 2 роки тому

    terima kasih tuan atas penerangan sekarang pun dah keluar panduan edisi 2021 rujuk www.st.gov.my/en/contents/files/download/142/GARIS_PANDUAN_PENDAWAIAN_ELEKTRIK_PEPASANGAN_DOMESTIK1.pdf
    cuma tak mcm edisi 2008 ada saiz kabel pada skematik tapi kenapa yang baru ni dah tiada saiz kabel pada skematik

    • @CruxOfEE
      @CruxOfEE  2 роки тому

      Terima kasih... modul dibuat berdasarkan edisi GPPEK 2015. Nanti akan dikupaskan perbezaan dan pertambahan yg edisi domestik 2022.
      Jika lihat yg edisi 2022, ada kabel saiz diberi pada rajah skematik 6.2 - 6.5.

    • @bontotayam8477
      @bontotayam8477 Рік тому

      So skarang kalau aircond 2.5hp nak pakai 2.5mm boleh x?