DOKUMENTARI ANUGERAH PENGARAH KONVOKOSYEN PMM 2023

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 6 вер 2024
  • ANUGERAH KHAS KEUSAHAWANAN
    NAJIHATUL BINTI SYUKOR
    DIPLOMA PEMASARAN SESI 1 2022/2023
    Najihatul Binti Syukor adalah salah seorang graduan Diploma Pemasaran dari Jabatan Perdagangan Sesi 1: 2022/2023. Graduan yang kini bergelar usahawan ini adalah pemilik sebuah entity perniagaan iaitu Js Florist Enterprise. Perniagaan yang semakin berkembang maju ini menyediakan perkhidmatan gubahan hadiah dan dekorasi majlis serta mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan.
    Anugerah Khas Keusahawanan ini diberikan kepada saudari Najihatul Binti Syukor sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan. Tahniah diucapkan.
    ANUGERAH PENGARAH SESI 2:2021/2022
    MOHD NUR AIMAN BIN MOHD ZAINI EFFENDI
    Mohd Nur Aiman Bin Mohd Zaini Effendi adalah seorang graduan Diploma Akauntansi dari Jabatan Perdagangan. Beliau telah dilantik sebagai Senator Jabatan Perdagangan dalam Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2020/2021. Sifat kepimpinannya semakin terpancar selepas dilantik sebagai Pengerusi Kelab Estetika UNESCO PMM. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Program Eksplorasi Budaya dan Warisan UNESCO - Melaka 2020, sebuah program yang diadakan oleh Politeknik Merlimau yang melibatkan pegawai kebudayaan, pensyarah, dan pelajar-pelajar Kebudayaan Politeknik dari seluruh Malaysia.
    Walaupun sibuk dengan aktiviti kokurikulum di luar bilik kuliah, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai seorang pelajar, yang terbukti dengan pencapaiannya dalam mendapatkan Himpunan Purata Nilai Mata 3.84 semasa bergraduan. Anugerah Pengarah ini diberikan kepada beliau sebagai tanda pengiktirafan dari Politeknik Merlimau diatas sumbangan dan pencapaian beliau ketika bergelar pelajar Politeknik Merlimau.
    ANUGERAH PENGARAH SESI 1:2022/2023
    NURUL SHAZLIYANA BINTI RIZAL
    Nurul Shazliyana Binti Rizal adalah graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Nama ini telah diangkat sebagai penerima Anugerah Pengarah Sesi 1:2022/2023 tidak hanya kerana pencapaian Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.72. Disebalik pencapaian HPNM ini, nama Nurul Shazliyana sangat sinonim dengan aktiviti-aktiviti anjuran Majlis Perwakilan Pelajar di pelbagai peringkat.
    Anugerah Pengarah ini diberikan kepada beliau sebagai tanda pengiktirafan dari Politeknik Merlimau diatas sumbangan dan pencapaian beliau ketika bergelar pelajar Politeknik Merlimau.

КОМЕНТАРІ • 7

  • @norlinirosli1401
    @norlinirosli1401 9 місяців тому

    Tahniah anak2 PMM keseluruhannya...Awesomeeee

  • @norainiabubakar677
    @norainiabubakar677 9 місяців тому +1

    Tahniah kepada penerima anugerah & semua graduan

    • @pmmtv14
      @pmmtv14  9 місяців тому

      terima kasih, teruskan menyokong PMM

  • @norlizamdisa8650
    @norlizamdisa8650 9 місяців тому

    Tahniah

  • @norlizamdisa8650
    @norlizamdisa8650 9 місяців тому

    Tahniah diatas kejayaan yg diperohi ❤

  • @roseaini4475
    @roseaini4475 9 місяців тому

    Alhamdulillah.. Tahniah pd semua pelajar dan tenaga pengajar PMM..Tahniah jg pd penerima anugerah yg telah berjaya mengharumkan nama ke2 ibu bapa..semoga graduan lebih maju jaya di masa hadapan..Aamiin Ya Rabbal Alamin..😊

  • @LODEH08532
    @LODEH08532 9 місяців тому

    terbaik