SELAWAT BURDAH
Вставка
- Опубліковано 24 гру 2024
- #mencariredhaillahi
Cerita tentang Selawat/Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam Al-Busiri. “Burdah” bermaksud “Selendang”.
Al-kisahnya Hazrat Imam SAALIH Shara-FUD-Deen ABU ABDULIAH MUHAMMAD BIN HASAN AL-BUSAIRI RA telah menjadi lumpuh dan tiada harapan untuksembuh. Lalu beliau mencipta sebuah puisi tentang kehebatan dan kebesaran Rasulullah SAW dan sentiasa mengalunkannya semata-mata meminta Allah Ta'alaa untuk menyembuhkan dia dari penyakitnya.
Beliau telah mengasingkan dirinya di tempat yang tenang pada satu malam Khamis dan dengan penuh keikhlasan beliau mula mengalunkan puisi ini. Seketika beliau telah tertidur lalu bermimpi bertemu Rasulullah SAW seraya mengadu tentang penyakit lumpuhnya.
Didalam mimpi beliau, kelihatan Rasulullah SAW menggunakan tangan baginda menyentuh keseluruh badan beliau lalu menyelimutkan beliau dengan skarf atau selendang. Melalui Barakat dan nikmat Rasuluallah SAW, Allah SWT telah menyembuhkannya dari lumpuh. Apabila beliau terjaga, beliau mendapati skarf atau selendang pada tubuhnya sama sebagaima yang beliau telah lihat dalam mimpinya . Ini menyebabkan puisi itu yang dinamakan "Qasidah Burdah".
Begitulah serba ringkas kisah tentang Qasidah/Selawat Burdah ini. Rasanya ramai yang dah tahu dan dengar alunannya.