Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Review Hotel Paling Lengkap THE BANJARAN, IPOH, PERAK

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 лип 2024
  • Part 1 - review penuh The Banjaran, Ipoh, Perak.
    saya akan review proses check in dan tour dalam kawasan resort ni.
    Masa masuk, dekat guard house dia akan tanya nama dulu, hanya yang ada booking je boleh masuk sebab ini private resort dan hanya dewasa je boleh masuk atas faktor privacy dan keselamatan.
    Park sahaja kereta, mereka dari dalam lobby dah mencari mana kita, dia akan sambut dan angkat barang kita dari kereta terus.
    Sampai je lobby, tradisi sini memang semua guest baru sampai kena pukul gong besar dekat situ sebagai simbolik dan pemberitahuan pada semua yang ada tetamu baru sampai.
    Proses check in mudah sahaja, dan staf mereka sangatlah mesra. Dia hidangkan welcome drink air halia sejuk dan tuala sejuk untuk guest sejuk kan badan.
    Oh lupa.. ini bukan paid review ye.. ni memang i bayar sendiri.. so korang boleh percaya yang review ni jujur dan diyakini.
    Lepas check in, dia bagi key room dalam bentuk bracelet, nanti buka pintu kena scan je bracelet ni. Lepas tu, kita dibawa tour keliling resort ni menaiki buggy car ni.
    Adik butler yang entertain saya masa ni sangat bagus, dia explain satu per satu semua facilities dan apa kita boleh buat dekat dalam ni.
    Lepas tu kita terus ke villa.. saya dapat Water Villa yang harga website korang boleh tengok RM2,350 untuk 1 malam.. maybe akan lebih murah kalau ada offer kot.
    Best sangat villa ni, besar dan cantik. Kalau korang nak tengok, jom follow saya dan tunggu part 2 ok !
    .
    Part 2 - saya akan review penuh pasal bilik villa ni, sebab selalu orang review sekali lalu je kan.. saya akan show semua apa yang saya dapat disini so korang akan dapat gambaran lebih tepat.
    Dekat The banjaran ni ada beberapa jenis villa, ada Lake Villa dalam RM1,800, Water Villa RM2350, Garden Villa RM2600, paling mahal Royal Villa RM15,000 untuk 1 malam.
    Yang saya stay ni Water Villa punya..besar...155 sqm tau. dalam ada 1 katil king, ada private pool, private jacuzzi air original dari kolam air panas dekat luar tu, nak listkan semua sangat banyak.. so saya raya better korang tengok video ni.
    Yang masih tertanya lokasi, ini dekat THE BANJARAN, Ipoh, Perak... dekat ke dengan Lost World of Tambun... nak masuk kena booking dulu ye sebab tempat ni private so tak semua boleh masuk tanya booking dan kanak-kanak tak boleh masuk tau atas faktor keselamatan.
    .
    Part 3 - nyesal pula tak buat voice over sekali sebab macam bosan pula video ni.Tapi kalau ada suara i mencecer kang tak feel pulak suasana dalam tu. ahahaha.
    Waktu malam kan tak de aktiviti, so kita join la candlelight dinner DALAM GUA !wahhh..best gila.. gi tag suami korang, ajak dia candlelight dinner sini.. 😆 .
    Sebelum book i tanya dulu halal tak, diorang cakap halal, adik tu cakap chef pun ada melayu.. so i minta jangan campur apa apa wine/champagne la dalam makanan atau minuman... dia kata ok !
    Nak masuk dalam ni dress code dia smart casual, so tak boleh pakai selipar atau seluar pendek..heels tak digalak kan sebab takut jatuh, gua kan .
    Harga pula, kalau stay situ RM645 sahaja seorang.
    Menu pula, dia 11 course punya makanan.. tapi portion dia tak banyak la.. so ok, boleh habis makan sampai ke-11 tu.. makanan pun sedap..ada la 1 dish dia tu i tak lalu tekak, yang lain ok.
    SUASANA dia Ya Allah.. korang tengok kebesaran Allah, gua dah jutaan tahun tu.. cantik sangat.. .
    Pengalaman makan dalam gua ni, at least la merasa sekali seumur hidup pun cukup la.. tapi kalau banyak duit nak berkali-kali pun ok je.
    Staf semua manissssss muka, peramah, baik.. tapi bab hidang makan tu slow ya rabbi... tak tipu sampai terlelap tunggu.
    .
    Part 4 -Pagi pagi jam 7 pagi i dah keluar villa breakfast dulu. Lepas breakfast, i jalan kaki jalan-jalan keliling The Banjaran.
    kalau stay banjaran ni banyak aktivity santai dan semulajadi kita boleh buat korang
    - boleh mandi dalam kolam air panas semulajadi
    - boleh bersauna dalam gua wap semula jadi
    - boleh bermeditasi di dalam gua penuh kristal semulajadi
    - boleh bersantai dicafe atas sambil menikmati pemandangan
    - boleh jungle trekking jalan sampai lost world of tambun
    - boleh pergi spa dia
    - boleh join kelas yoga
    - boleh makan dalam gua
    .
    Part akhir - i akan share pasal breakfast dia dan proses check out.
    Breakfast sedap, dan bukan buffet tau.. tapi korang boleh order apa saja menu dia tiada had.. macam-macam ada.
    Tahap sedap tu ok la sedap.. ada la yang termasin sikit tu dia terlebih garam kot.. ala tapi tu normal la kannn.. kuih dan buah memang dia hantar ke meja. Air pun dia hantarkan.
    Proses check out dia mudah sangat.. dan paling best ada dapat hadiah kenang-kenangan tau.. best sgt.. dia bagi seorang 1 paper bag, dalam paper bag The Banjaran tu ada 1 balang kecil isi cookies dan 1 mini labu sayong ada tulis The Banjaran.. boleh buat hiasan ni.. .
    Kalau korang tanya, nak repeat lagi tak, yes... nak.
    Terima kasih tau korang sudi tengok dari part 1 sampai akhir ni.. sayang korang 🥰 .
    #thebanjaranhotspringsretreat #cuticutimalaysia #lokalpride #hotelmalaysia #reviewhotel

КОМЕНТАРІ • 10