Isi Minyak Kereta GUNA AIR SAJE 😲 | Kehebatan Mualim Haji Abdul Wahid - Melaka

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 жов 2024
  • "Isi Minyak Kereta Guna Air, Stesen Minyak Bankrup"
    Muallim Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor
    BELIAU terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Beliau mengamalkan wirid Tariqat Ahmadiyah yang diterima dari gurunya, Mufti Haji Wan Musa di Kelantan.
    Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.
    Beliau juga suka mengembara dan telah melawat beberapa negeri seperti Arab Saudi, Indonesia, Mesir, Turki, Iraq, Kuwait dan India. Dalam kesibukan berdakwah, beliau sempat menghasilkan beberapa buah tulisan seperti Kitab al-Islam, Risalah Ilmu Falak dan risalah-risalah kecil yang melebihi 10 judul.
    Di kalangan ulama Melaka, tidak ramai yang menjadi tuan guru pondok seperti mana di Kelantan atau Kedah. Hanya beberapa kerat sahaja ulama pondok di negeri Hang Tuah ini yang membuka pondok antaranya ialah Tuan Guru Ahmad Kasim, Tuan Guru Mohd Zain Abdul Rahman, Mufti Jalil Hassan dan Tuan Guru Abdul Wahid Sungai Udang.
    Di kalangan ulama selepas merdeka, hanya Haji Wahid Sungai Udang atau Muallim Haji Wahid sahaja yang terkenal terutama kerana Madrasah an-Nuriah yang diasaskannya adalah institusi pendidikan Islam terpenting di Melaka sehingga hari ini. Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahid bin Othman bin Ningkal dan berketurunan Kerinci, Sumatera.
    Datuknya berhijrah dari Kerinci ke Melaka pada akhir abad ke-19. Ibunya bernama Siti binti Haji Yusof. Beliau dilahirkan di Kampung Paya Rumput, Rumbia, Melaka pada 1910.Beliau mula dihantar belajar di Sekolah Melayu Tangga Batu sehinga lulus Darjah Lima. Ketika berusia 14 tahun, beliau belajar agama di Palembang, Sumatera di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Sultan. Setahun kemudian, beliau kembali ke Melaka dan memasuki Pondok Paya Rumput dan berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Zain Abdul Rahman.Selepas itu beliau memasuki Pondok Khairiyah, Batu Tujuh, Air Molek di bawah Tuan Guru Haji Abdul Majid.
    Dua tahun kemudian beliau berguru pula dengan bapa saudaranya, Tuan Guru Haji Ahmad Kassim sehingga 1931. Setelah itu, beliau mula berkelana ke Kelantan dan sempat berguru dengan ulama-ulama yang terkenal seperti Tok Kenali, Tuan Guru Ahmad Manan Tok Hakim, Mufti Haji Wan Musa Tuan Tabal, Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Mufti Haji Ahmad Maher, Tuan Guru Haji Omar Nuruddin Sungai Keladi, Mufti Haji Mohd Noor Ibrahim, Tuan Guru Haji Said Kangkung dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung.
    Pengembaraan ilmu di beberapa pondok di Kelantan berakhir pada 1940. Ketika berada di Pondok Bunut Payung, keilmuan beliau sudah diakui sehingga dilantik menjadi guru pembantu bersama Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi. Selepas menamatkan pengajian pada 1940, beliau kembali berkhidmat di Melaka. Pada 8 Rejab 1358 (12 Ogos 1940), Muallim Haji Wahid telah mendirikan pondoknya sendiri iaitu Madrasah an-Nuriah ad-Diniah di Paya Rumput, Melaka.
    Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.
    Muallim Haji Wahid mengajarkan ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada 1971, sistem pengajian akademik diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang dan mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka.
    Setelah lebih 40 tahun menjadi khadam kepada perjuangan agama dan pendidikan anak bangsanya, ulama yang berkebolehan dalam ilmu falak ini telah pulang ke rahmatullah pada 3 Oktober 1991 bersamaan 14 Rabiul Awwal 1411 dalam usia 81 tahun. Beliau dikebumikan di Solok Duku, Masjid Tanah.
    Allahyarham telah meninggalkan waris perjuangan iaitu anaknya, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid serta anak saudaranya, Ustaz Zulkifli Ismail.
    Antara murid beliau yang terkenal ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Tuan Guru Haji Yaakub Solok Duku.

КОМЕНТАРІ • 15

  • @melayu
    @melayu  3 роки тому +8

    Menarik Hari Ini ⬇️
    🔥 Kisah Bulan Pernah Dibelah Dua | Berdasarkan Fakta Sejarah & Sains
    [ 🌟 EPISODE 1🌟 ]
    ➡️ ua-cam.com/video/hQLV5TinfTw/v-deo.html
    (sambungan episod 1 hingga 4, ada pada pengakhiran video.. dan ada dipamerkan Link pada description bawah video.. juga ada pada ruangan komen dibawah video setiap episod)
    🔥 [ TERBONGKAR ] PENIPUAN SEJARAH YANG DIMAINKAN!
    ➡️ ua-cam.com/video/527geTr1TV4/v-deo.html
    Sejarah Yang Tidak Didendangkan
    ➡️ ua-cam.com/video/kCvY9fkfc8Q/v-deo.html
    (RARE) Sejarah Robot ciptaan orang Islam yang tidak diketahui!
    ➡️ ua-cam.com/video/mg7IRQcN_dI/v-deo.html
    'Saya Tak Akan Mati Sebagai MELAYU!!'
    ➡️ ua-cam.com/video/Cb-ZZVBCJKo/v-deo.html
    Apabila 'NON-MUSLIM' berbicara tentang Surah Al-Maaidah
    ➡️ ua-cam.com/video/gFz1jDMbQn8/v-deo.html
    Henry The Black ملايو (Melayu) - Sejarah Yang Diputarbelitkan
    ➡️ ua-cam.com/video/tX1lHS9a8H4/v-deo.html
    'Mengisi Air Dalam Tangki Minyak Kereta' | Kisah Seorang Wali Allah Dari Melaka
    ➡️ ua-cam.com/video/cS7o2CDXaPc/v-deo.html
    🔥 Sejarah Melayu Yang Tidak Dicatatkan Oleh Penjajah!
    ➡️ ua-cam.com/video/2KXrrqCHxGg/v-deo.html
    Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu (ملايو) dan Nabi Ibrahim a.s.
    ➡️ ua-cam.com/video/_bbImPIdD0Q/v-deo.html
    Mesti Tonton | Sejarah Melayu Yang Dibongkar!
    ➡️ ua-cam.com/video/QhtjSueYw68/v-deo.html
    🔥 Sejarah Melayu Yang Telah Dihapuskan
    ➡️ ua-cam.com/video/dQHhA74Sigw/v-deo.html

  • @ibnuzakaria2203
    @ibnuzakaria2203 3 роки тому +22

    Subhanallah..Mualim Hj Abdul Wahid ini Guru kpd Almarhum Guru saya..moga2 Allah menempatkan para kekasihnya pada makam yg terpuji. Aminn Aminn Ya Arhamarrohimin

  • @mohdfadzli-dh3qd
    @mohdfadzli-dh3qd 3 роки тому +12

    skolah aljawahid ke??tu kmpg sy...bangga aku ad tok guru hebat...tp kami xhebat mcm dia...kami lalai...kami malu nk jmp dia...wlpn kmi xknai...tp kmi malu...klu sy g amk adk2 pupu sy blk sklh mse tu...xmampu sy angkt muka pndg bngunan...klu pndg pn...konpom hti ni terasa...btl2 ak dihina oleh bngunan yg ad disitu....tandas lg laa...btl2 dia hempas tanki najis tu ats pala...serius...lps tu ak dgn adk2 mula ikot arwah atok nenek ke kuliah agama...madrasah ustaz zul...lps atok nenek xdak...kmi mula jauh dr agama...skg bila dh ad ank..ak mula fkr bab agama...doakn ak sekeluarga...ak sedekahkn alfatihah utk korg dan kturunan korg....(sdg dibcakn)

  • @zhar74
    @zhar74 3 роки тому +4

    Wali ali kat batu pahat pun mcm tu....isi minyak guna air je. Lepas beliau meninggal baru la tau citer nyer

  • @zamrulmat3201
    @zamrulmat3201 2 роки тому +1

    Subhanallah...

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 3 роки тому +7

    Terbaik melayu tube... terbaik Ustaz.. Salam Ramadhan...👍👍 Alhamdulillah...🙏

    • @melayu
      @melayu  3 роки тому +3

      Salam Ramadhan Al-Mubarak..

  • @syedfazil3764
    @syedfazil3764 3 роки тому +8

    Allahuakbar alhamdulillah Subhanallah

  • @ismailaris9497
    @ismailaris9497 3 роки тому +3

    Ya Allah ... Allahuakbar

  • @aripfoyea9712
    @aripfoyea9712 3 роки тому +5

    Waliyullah.....

  • @ilahijunaidi5495
    @ilahijunaidi5495 3 роки тому +6

    Subhanallah.

  • @atlantico...4402
    @atlantico...4402 3 роки тому +8

    Tu laa karamah yg ad para wali Allah...

  • @dangsanak2222
    @dangsanak2222 3 роки тому +7

    Kiramah terjadi saat dperlukan..

  • @mohdshahrinshahzura5467
    @mohdshahrinshahzura5467 3 роки тому +5

    Allah.......