MENDAKI KE KEM BAHA MELIHAT KEINDAHAN AIR TERJUN JELEWANG DI DABONG KELANTAN

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 жов 2024
  • TAMAN NEGERI GUNUNG STONG, DABONG, KELANTAN
    Gunung stong terletak di Taman Hutan Negeri Stong, Kelantan. Taman ini mempunyai hutan simpan seluas 21,950 hektar yang berdekatan dengan pekan Dabong di Kelantan. Dikatakan Gunung ini telah berusia ratusan tahun dan pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya melihat matahari terbit di Kem Baha, melihat pelbagai jenis burung, meneroka alam semula jadi ataupun mandi-manda di Air Terjun Jelawang yang juga air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Stong terletak 1422 meter dari paras laut dan ianya merupakan puncak ke-101 tertinggi di Malaysia. Taman Negeri Gunung Stong ini adalah di bawah seliaan jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPN Kelantan)
    Air Terjun Jelawang merupakan ikon Taman Negeri Gunung Stong, Negeri Kelantan Darul Naim. Ia juga merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter dari aras laut. Ia merupakan air terjun pertama yang dijumpai semasa memasuki kawasan Ekopelancongan ini untuk ke Kem Baha dan mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Air terjun ini menjadi mercu tanda dan tarikan utama di Daerah Dabong kerana dapat dilihat dari jalan utama. Mercu tanda yang berdiri megah ini sering menjadi tumpuan para pendaki, jurufoto dan penggiat Alan di mana gambar-gambarnya sering dipaparkan di laman sosial media.
    Nama Gunung Stong diambil sempena puncak gunung stong yang berketinggian 1422 meter dimana berasal dari batu-batuan yang disebut dengan perkataan "stone" dan dalam dialek Kelantan disebut sebagai "Stong" . Namun, puncak tertinggi di kawasan ini adalah puncak Gunung Ayam dengan ketinggian 1500 meter.
    Secara keseluruhan, terdapat sembilan (9) puncak yang boleh didaki dan dijelajahi oleh pengunjung di kawasan taman negeri ini yang lebih dikenali dengan "Trans Jelawang" iaitu Gunung Baha, Gunung Ayam, Gunung Stong, Gunung Nyelit, Gunung Che Tahir, Gunung Saji, Gunung Tera dan Gunung Job.
    Kepelbagaian biodiversiti dan keindahan landskap semula jadi kawasan Taman Negeri ini telah memukau ramai pengunjung dengan beberapa air terjun iaitu air terjun kolam putri, Air Terjun Telega Tujuh dan last waterfall.
    Terdapat 3 laluan masuk untuk ke Taman Negeri Gunung Stong iaitu melalui Stong Hill Resort, Kenerong dan Sungai Batu Banir. Namun, laluan terkenal dan sering digunakan oleh pendaki adalah melalui laluan di Stong Hill Resort yang melalui mercu utama kawasan pendakian ini.
    Kem Baha juga merupakan tempat perkhemahan yang menawarkan pemandangan indah dan menikmati matahari terbit di awal pagi berserta awan karpet. ia menjadi pengalaman yang sangat bermakna kepada pengunjung.
    #jelajahKeTSA #kelantan #dabong #hiking #hikingmalaysia #hikingadventures #hikinglife #hikinglovers #hikinggirl #hikingday #solohiking #hikingboots #gunung #gunungindonesia #malaysia #malaysiavlog #outdoorlif #stong #exploremalaysia
    NATURAL GUIDE
    NORIMA RIZAL MANAF (IJAI)
    WHATSAPP 013 9546863
    / ijairizal

КОМЕНТАРІ • 34

  • @Alansallehoutdoor
    @Alansallehoutdoor  4 місяці тому

    Sejujurnya saya bukanlah orang yang tepat dan amator bercerita tentang hutan dan hiking. Apa saya kongsi disini atas pengalaman saya sendiri semasa hiking.

  • @wanzakariawanmansor5752
    @wanzakariawanmansor5752 Рік тому +1

    rindu rsenya teringat kenangan lama bersama arwah member tempat keje masa bwk budak2 student uitm dungun dlm tahun 2009 😘

  • @darulamiera8636
    @darulamiera8636 2 роки тому +1

    Subhanallah....cantiknya...💕💕
    Cantik baju....wow...💙💙💙

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Tempat memang cantik ada rezeki panjang umur boleh datang.
      Alhamdulillah, rezeki dapat baju cantik.

  • @outdoorcamping4.267
    @outdoorcamping4.267 2 роки тому +1

    Terbaiklah bro alan mantap👍

  • @izzul2136
    @izzul2136 2 роки тому +1

    Terbaik Alan salleh outdoor

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Terima kasih singgah channel saya.
      Wish Allah bless you and family

  • @kosyamtube
    @kosyamtube 2 роки тому +1

    Tempat memang best terutama di kem baha. Sekali dah naik memang tidur umpama bahar memanggil-manggil.. Terbaik..

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Ada peluang nak naik lagi bermlm kat kem Baha nak layan sunrise.

  • @benmodses
    @benmodses 2 роки тому +1

    Gerak grup besar mmg banyak sabar tu, nice view, sure pengalaman yang terbawak² mimpi ni 😊

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Sini tempat best ni kena masuk dalam list hiking. Insya Allah ada rezeki nak datang lagi.

  • @ranjauajad
    @ranjauajad 2 роки тому +1

    nampak best ni, air terjun tertinggi SEA tu. ramai pulak geng kali ni... 👍👍👍

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Tempat memang best air terjun paling tinggi dia Asia tenggara. Lagi satu sini port layan sunrise dan awan karpet.
      Trip kali ni dapat jemputan dari KeTSA tu yang ramai.

  • @mohdabduhng1871
    @mohdabduhng1871 Рік тому +1

    Video bagus ! Terima kasih atas kongsian osem
    Baru blk hiking BAS n bermlm kat kem Baha dlm trip 3h2m, cuma takde rezeki nk tgk Airterjun Jelawang sbb air deras

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  Рік тому +1

      Tahniah bang berjaya hiking BAS selamat pergi dan balik.
      Kem Baha tu banyak waterfall bang Sy sendiri tak habis lagi pergi. Insya Allah ada rezeki nak datang lagi.
      Terima kasih singgah channel UA-cam Sy
      Wish allah bless you and family.

    • @mohdabduhng1871
      @mohdabduhng1871 Рік тому +1

      @@Alansallehoutdoor
      Terima kasih
      Saya pun akan kembali ke sana suatu hari nti utk memburu airterjun yg termis, InsyaAllah

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  Рік тому +1

      @@mohdabduhng1871 insya Allah semoga dimurahkan segala urusan

  • @hurairahyahaya
    @hurairahyahaya 2 роки тому +1

    Mmg trnanti2 kn vdeo Dr Alan. Insyallh bln 2/2023 akan ke sana. Skurg2nya dh tgk vdeo ni blh prepare mental & fzikal. Trutamanya Dr segi keselamatan. Terbaik Alan outdoor . Mmg layannn

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      Terima kasih banyak-banyak singgah channel saya dan terima kasih jugak sentiasa tonton contain2 sy.
      2/2023 nak naik gunung stong atau kem Baha? Klu nak info guide sy boleh bagi details.
      Terima kasih sekali lagi wish Allah bless you and family.

  • @zddin6962
    @zddin6962 2 роки тому +1

    Wahh best nampaknya tu alen.. Kelmarin gerik - jeli - tumpat. Ingat nak ke dabung juga, nak ke situ dengan naik keretapi ktm dabong juga tapi tanguh dulu laluan berbeza 😅😅 insyaallah next time. Anyway tq share x dapat pegi dapat tengok jadi la

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому +1

      Ada area Kelantan ? Next time boleh singgah Dabong, sini best, banyak tempat menarik. Nak guide atau transport dari KTM Dabong sy boleh bagi details.

    • @zddin6962
      @zddin6962 2 роки тому +1

      @@Alansallehoutdoor Wahh.. Apa2 abg rojer nanti insyaallah. Entah bila boleh peginya dah nak masuk musim tengkujuh dah. Tahun depan kot...

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому

      @@zddin6962 insya Allah ada rezeki sampailah nanti.

  • @MAINAKCHEQITA
    @MAINAKCHEQITA 2 роки тому +1

    Terbaikk , lawa air terjun dia , video dah siap Ada Terbang2 wow🔥🔥🔥

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому +1

      Ada banyak lagi tempat best kat sini, kena datang. Test2 terbang mana yg boleh.

    • @MAINAKCHEQITA
      @MAINAKCHEQITA 2 роки тому +1

      @@Alansallehoutdoor nampakk Paduiii apapun Terbaik my bradah ❤️

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому +1

      Adehhhh mana ada padu kadang pancit jugak tak cukup nafas🤣🤣🤣🤣🤣.

    • @MAINAKCHEQITA
      @MAINAKCHEQITA 2 роки тому +1

      @@Alansallehoutdoor hihi nampak fit Tu alhamdulilah ❣️🤲🤲❤️

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  2 роки тому +1

      @@MAINAKCHEQITA alhamdulillah

  • @baikazamku
    @baikazamku Рік тому +1

    Salam bro Alan ... nak tanya tuk hiking ni perlu tempah ke atau boleh walk in ? budak2 4-6 tahun dibenarkan ke ? boleh tau berapa harga per pax?

    • @Alansallehoutdoor
      @Alansallehoutdoor  Рік тому

      Wlkmslm
      Nak hike ke waterfall Jelawang dan kem Baha tu perlu guide serta permit dr jabatan hutan Negeri Kelantan.
      Takat nak layan sungai dlm stong hill resot tu walk in je bang.
      Takda masalah budak-budak nak hiking sampai peak waterfall Jelawang. Perjalanan hiking dlm 1jam 30minit ke 2jam ikut pada kemampuan masing-masing.