Penerokaan Urban 🏚️🏬 | Wisma Punca Emas | Wolve Logan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 січ 2022
  • Jika anda ke Seremban & melalui Jalan Dato' Sheikh Ahmad & Jalan Yamtuan, pasti akan terlihat sebuah bangunan berseni bina Brutalist yang berdiri megah tetapi tidak pula diisi dengan pengunjung. Ia hanya berdiri tua menanti sesuatu yang tidak pasti akan membela nasibnya sedangkan pada 1980-an & awal 1990-an, Wisma Punca Emas merupakan sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi pengunjung & antara yang terawal di Seremban. Rangkaian pelbagai kedai & pusat permainan video arked, itulah tarikannya. Antara pusat beli-belah sezaman dengannya ialah Plaza Peninsula (Jalan Tub Dr. Ismail), Gamma Supermarket (Jalan Tunku Hassan), Hanjo (Jalan Tunku Hassan) & Gold lama (kemudiannya dikenali sebagai The Store, Jalan Tuanku Munawir). Selain itu, ia juga merupakan tumpuan buat seisi keluarga dengan pelbagai premis yang menyajikan pelbagai jenis barangan & perkhidmatan sesuai dengan zamannya.
    Malangnya, menjelang pertengahan 1990-an selepas munculnya beberapa pusat beli-belah yang jauh lebih moden & menarik seperti Terminal 1 Shopping Centre/Yaohan, Ocean/Centre Point & Seremban Parade/Parkson Grand, Wisma Punca Emas sudah tidak tidak relevan. Sejak itu pengunjung makin berkurangan & para peniaga mula meninggalkan premis masing-masing.
    Ketika zamannya saya hanya beberapa kali ke sini. Pertama kali pada 1991 atau 1992 membeli-belah & 1994 menonton wayang di sini di panggung Odeon serta pada 1997 atau 1998 membeli pita video. Kemudian pada zaman suramnya menjelang alaf baru, saya & ayah pernah ke sini membeli VCD & DVD, selain menjadi pelanggan tetap sebuah kedai fotostat. Selepas ke kolej, saya tidak lagi mempunyai niat atau keinginan ke sini kerana tiada keperluan sebelum menyedari akan lambang nostalgia tempat ini sedekad kemudian. Pada 2014-2017, pernah ke sini untuk ke Klinik Janaki & kedai rekod muzik yang mana saya membeli beberapa keping CD lama yang dijual dengan harga yang sangat murah.
    Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
    Terima kasih kerana sudi menonton.
    Sekadar perkongsian.
    LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
    💪🏼👹🏚️💪🏼
    #penerokaanurban #negerisembilanurbex #urbanexplorarion #seremban #urbex #urbanexploration #serembanurbex #serembanurbanexploratiom #malaysianurbex #malaysianurbanexploration #abandoned #oldbuilding #oldshoppingmall #abandonedshoppingmall #brutalistarchitecture

КОМЕНТАРІ • 59

  • @Lord_PumpkiN84
    @Lord_PumpkiN84 Рік тому +3

    ini semua kenangan lama.. zaman main arked,lopehtu mkn kepsi kek dopan wisma

  • @sharonleong7120
    @sharonleong7120 2 роки тому +3

    Thank you Khairul for sharing another great and interesting video. 👍👍👍❤️❤️❤️

  • @ianrashid4487
    @ianrashid4487 Рік тому +3

    Tahun 1986-1989 meriahhh kek WPE. 1986 kojo skojap kek Wisma Negeri sbolom dapek tawaran kojo di Klumpo. Febret spot kek snooker centre, tokey ey sampai konaa tak payah deposit. Ponah main dari jam 4.00 ptg sampai 4 pagi hari. Manggg ai, kenangan yg tak leh lupo.

  • @brunoconco9197
    @brunoconco9197 28 днів тому +1

    Yaa betull.. Selalu tempah seluar sekolah poket L😂

  • @waghihnesmilan586
    @waghihnesmilan586 Рік тому +2

    2001 lopeh tusyen..kengkawan ajak snooker kek Bakarat...tggl kenangan sumo tu

  • @mfaizal2016
    @mfaizal2016 Рік тому +1

    Kenangan Wisma Punca Emas ni. Rasa macam pernah masuk sekali dulu.

  • @znkevin3212

    Byk kenangan kek sini.. port ponteng.. lepak truwest,sopan,palat,disko 2020,game 20 sen,billiard tgkt 3,jamming metallic tham ex gitaris wings,mkn kek satay house,tmph sluar n baju kek johnson.. port ambik nang..kono tangkap ngan malik bon n bentayan 😂

  • @chrisdarrel2732
    @chrisdarrel2732 Рік тому +2

    Seremban ini bnyk ada tempat menarik untuk diupload,cuma kurang orng gi explore...harap dpt lihat bnyk video seremban lagi.😇

  • @mfaizal2016
    @mfaizal2016 Рік тому +2

    GOLD lama seberang KM Plaza tu pernah la masuk situ sblm tukar jd The Store kemudian ditutup

  • @quhan7664
    @quhan7664 Рік тому +4

    Lepas main game 20 sen singgah kedai buku SBL.

  • @sempoi7399
    @sempoi7399 Рік тому +4

    Ada orang kata wisma punca emas adalah yang pertama punya eskalator (tangga bergerak) di seremban tapi sebenarnya yang pertama punya eskalator ialah pasaraya yuyi. Sembilan supermarket dan emporium pun tidak ada eskalator.

  • @noorhaslinda5032
    @noorhaslinda5032 14 днів тому +1

    Menteri besar tak sakit mata or tak pernah turun seremban ke?

  • @PercetakanDimas-oj9jj

    Kenanganb5 thn kerja di wusma punca emas , thn 1991sampai 1996

  • @suriaamera3117
    @suriaamera3117 2 роки тому +3

    Ini semua sudah tinggal kenangan

  • @mazlijohari4533
    @mazlijohari4533 Рік тому +2

    Satay House, Truwest, kodai sopan, sinma, dll

  • @kopeesoosoo8740
    @kopeesoosoo8740 Рік тому +1

    Dulu ni tempat otai2 ni layan karok dgn tgk movie LD (bapak beso disc)😅😅😅

  • @jamalismail1980

    Assalamualaikum dan selamat tengahari wolve logan

  • @DPANAHONEXPLORER
    @DPANAHONEXPLORER 2 роки тому +3

    Assalamualaikum.. dah lama nak cuba masuk kat sini tapi blm kesampaian..rasanya kedai yg last kat sana kedai emas dgn kedai perabot..pernah merayau dalam ni 2 3 tahun lepas..memang gelap..

  • @baobeiyuweiyuting8245

    Sekarang pihak Tribunal sudah memberikan award kepada pihak Penuntut tahun 2023.

  • @chrisdarrel2732
    @chrisdarrel2732 Рік тому +3

    Mana ada semua tutup??sebelum covid,sampai skrg,kelab ktv itu tak pernah tutup😅🤣.masalah pengurusan wang,hub transit dadah,pergaduhan,maksiat,mesin perjudian,parking,sebab itu ditingalkan.kedai emas itu pun tak silap 2kali dirompak mengunakan senjata api,tapi kini agent cuba untuk mencari buyer atau buat perubahan lain😅🤣bnyk kenangan disitu,sempat juga enjoy😅🤣