Aliff Aziz dan Bella Bercerai Bulan Puasa? Muhasabah diri di pertengahan ramadan I Ep 3

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 20 бер 2024
  • Podcast Borak-Borak Rumahtangga Episod 3 Edisi Khas Ramadan kali ini antaranya membicarakan mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan diantara Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa ditangkap khalwat bersama.
    Isterinya Bella Astillah memfailkan cerai di Mahkamah susulan isu terbabit. Turut dikupas isu mengenai Adira Suhaimi bersama Datuk Red.
    Menarik untuk episod kali ini, juga membincangkan Hadith riwayat ibn majah, kisah di mana Rasulullah marah pada isterinya Safiyyah Bt Huyay tentang sesuatu lalu dibantu oleh Aisyah untuk memujuk Nabi s.a.w. kisah ini dari Asam garam 23, buku jilid 1 Buku Asam Garam Rumahtangga Nabi s.a.w
    Serta dikongsikan juga, tips yang boleh dipelajari dari Ibn Qayyim, setiap ujian sudah ditentukan oleh Allah, tetapi apabila kita disakiti oleh orang lain, bagaimana pula prosesnya untuk mewujudkan sifat syukur, sabar, memaafkan, mencapai redha, mencapai ihsan dan sebagainya.
    Setiap episod akan menampilkan Zafrul Noordin, Pengasas MySakinah dan Luqman Makhtar, penulis buku Asam Garam Rumahtangga Nabi s.a.w untuk mengupas topik runcing ini bersama-sama berdasarkan ilmu psikologi hubungan moden serta dari sudut islam.
    EPISOD 3 ( Edisi Ramadan) TIMESTAMPS
    0:40 Pengenalan
    4:12 Isu Aliff Aziz dan Ruhainies
    24:17 Isu Adira Suhaimi dan Datuk Red
    29:22 Kisah asam garam 23, Nabi Marah, Safiyyah pujuk
    43:12 Hadis Popular ramadan tetapi daif
    50:53 Pespektif ujian dari sudut Ibn Qayyim
    59:42 Teaser episod 4 edisi khas ramadan
    Berikan sokongan anda kepada Program 500 Masjid, satu inisiatif khas kami untuk memperkasakan masjid di Malaysia bagi menyelamatkan perkahwinan yang sedang dalam krisis dan di ambang penceraian
    👉 Bit.ly/500Masjid

КОМЕНТАРІ • 73

  • @jhr29-rc1to
    @jhr29-rc1to 3 місяці тому +7

    Setiap ujian dalam kehidupan berlaku dengan izin Allah dan ia pasti yang terbaik untuk kita.

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Allah adalah perancang yang terbaik untuk manusia

    • @LeaEbdul
      @LeaEbdul 3 місяці тому

      Dah tau di tak payah cerita lagi

  • @Arsuy_Roon
    @Arsuy_Roon 3 місяці тому +7

    perlu ada mindset "masalah yang aku ada ni part of ujian yang Allah beri ni melalui orang".. boleh jerit kuat-kuat dalam diri.. "Hey Masalah, Aku ada TUhan!!"

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Dialogue dalam hati, jangan sampai keluar ke lidah

  • @princehisyam7952
    @princehisyam7952 3 місяці тому +2

    Jazakallahukhairo.

  • @krisaidah2070
    @krisaidah2070 3 місяці тому +2

    Manusia sekarang semua Nak jadi LAWYER.
    Ingat Allah Ada...

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Kami tak nak jadi LAWYER...

  • @haniida1827
    @haniida1827 3 місяці тому

    Terbaik podcast nih..jelaskan maksud khalwat ❤

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Terima kasih. Harap akan sentiasa mengikuti podcast kami pada episode2 yang akan datang, in shaa Allah

  • @nonayukie8849
    @nonayukie8849 3 місяці тому +1

    suka podcast ni

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Terima kasih. Harap akan sentiasa follow kami and kongsikan

  • @Qassim-tx1yd
    @Qassim-tx1yd 3 місяці тому +2

    zaman kita sekarang ni mmg kena canang isu artis baru orang nak sedar

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Kita harap dapat ambil pengajaran

  • @awisalkharni191
    @awisalkharni191 3 місяці тому +6

    ustaz yg berkopiah putih tu kalau nak jadi pencerita yg baik boleh tak habiskan ayatnya.. mcm mana nak bercerita kalau ayatnya 80% tergantung.. u all perasan tak?… 😅

    • @Jennahmedina
      @Jennahmedina 3 місяці тому +9

      Ya perasan mungkin dia x mau bercakap pasal hal orang jadi dia tapis or control apa dia nak cakap…😄

    • @annzainy318
      @annzainy318 3 місяці тому +1

      Susah nak jawab soalan yang ditijukan . Sebab jawapan dia mudah . Polygami boleh tapi takut netizen kecam . Susah uztaz nak jawab .

    • @zuraidaaeschbacher4136
      @zuraidaaeschbacher4136 3 місяці тому

      Walau pun berkali2 di tanya dan mengharapkan Ustaz memberi jawapan yg sensasi utk menghangatkan Podcast tetapi dgn Sopan dan beradab Ustaz ni menjawab Walaupun penceritaan nya tak habis tapi kita kan faham apa yg Nak di sampaikan Ni Ada lah cara yg terbaik demi menjaga perasaan org . .

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Nanti kami sampaikan kat Ustaz. Terima kasih

  • @psychthing2263
    @psychthing2263 3 місяці тому +1

    Saya ada terbaca pasal tajasus dalam islam mengenai isu khalwat..macam mana ye tu?

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Tak pasti, apa soalaan anda?

  • @zuraidaaeschbacher4136
    @zuraidaaeschbacher4136 3 місяці тому +5

    SETUJU dgn jawapan Ustaz tak perlu dan payah nak sebok dgn urusan org kerana pehak yg berkuasa telah pun menjalankan tugas dan kes ni dah pun di bawa kemakamah . . . .

    • @hasnihashim4416
      @hasnihashim4416 3 місяці тому

      😊
      😊😊
      😊😊😊

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Betul. Kita cuma nak ambil pengajaran daripada isu ini

  • @benyaminarieff
    @benyaminarieff 3 місяці тому +1

    Macam mana kalau anak si pasangan tu dah besar, lepastu dia tengok podcast ni? Padahal sebelum tu dia tak tahu apa2, semua orang dah lupa kes ni.

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Kehidupan celebrity. At least podcast kami memberi ilmu yang bermanfaat kepada generasi akan datang

  • @mddeli7626
    @mddeli7626 3 місяці тому +6

    Banyak Kali daa....

  • @alijahhassim6847
    @alijahhassim6847 3 місяці тому +1

    Ya saya perasan ustaz yg berkopiyah putih tu ckp mcm takut...mungkin takut isteri nya dengar...ckp mcm tk ikhlas/ bernas

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Baik, nanti kami sampaikan

  • @Lamanhati
    @Lamanhati 3 місяці тому +2

    Ustaz kopiah putih ni bukan takut nk cakap la.masalah kt sini pd pendapat sy ustaz tu nk berhati2 sbb podcaster ni dia sebut spesifik nama org tu.nanti jadi mcm mengumpat.lain la kalau dia tak sebut nama alif tu.

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Ustaz memang kena berhati-hati. Tapi nanti kami bagi tahu kat Ustaz

  • @aizasalim8629
    @aizasalim8629 3 місяці тому

    Ustaz kopiah putih tak ada nama ke.. kena rahsia nama??

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Ustaz Luqman Makhtar, dia tulis buku Asam Garam Rumahtangga Nabi. Tak tengok podcast ke?

  • @Arsuy_Roon
    @Arsuy_Roon 3 місяці тому +6

    starting of curang: tak jaga ikhtilat.. dan mudah bermesra antara L & P tanpa batas.. seram..

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Sebab itu Islam melarang laki dan perempuan bukan Mahram utk berkawan

    • @addyn3251
      @addyn3251 Місяць тому

      Masaalahnya ramai masih tk tahu Platonic Relationship tiada dlm Islam yg mana seorg lelaki & seorg perempuan ajnabi boleh shj2 berkawan baik tanpa apa2 ikatan yg menghalalkan mrk utk berdua bersama walau mcmana baik pon mrk itu di pandangan masyarakat tp tidak di pandangan Allah swt. Ini adalah istilah dari barat yg diambil pakai oleh setengah2 org kita. Hanya dgn ada nya pengetahuan agama yg berterusan dari asatizah yg muktabar yg dpt membantu mrk mencapai kejayaan di dunia & di akhirat.
      والله أعلم

  • @maznahamin8871
    @maznahamin8871 2 місяці тому

    Tak perlu nak kaji siapa report apa masalahnya...yg salah tetap salah...tak ada faedah pun nak tahu sangat...

    • @MySakinah
      @MySakinah  2 місяці тому +1

      Betul tu. Kita perlu fokus kepada perkara yang menyalahi Agama

  • @Asyrf123
    @Asyrf123 3 місяці тому +1

    Apakah teknik komunikasi yang baik ikut cara Nabi s.a.w bagi pasangan yang baru berkahwin?

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Sentiasa memberi tumpuan pada pasangan apabila dia meminta masa dan perhatian

  • @Jennahmedina
    @Jennahmedina 3 місяці тому +5

    Adakah bella yang mereport sehingga mak mertua dia berfikir dia x tutup aib suami dia…??? Then jawi tak terus serbu dia nak bukti yg banyak or berkali kali mungkin orang yg report tu da lama nampak..??? Hanya Allah dn mereka yang berkaitan tahu… kita nak nilai pun emtah entah salah…

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Rasanya kita tak akan tahu. Baik ambil pengajaran dari isu ini

    • @addyn3251
      @addyn3251 Місяць тому

      ما شاء الله تبارك الله
      نعوذ بالله من ذالك

  • @suhaimigaming8778
    @suhaimigaming8778 3 місяці тому +1

    Tak perlu pusing2 ??? Kedua2 nya perlu dipanggil klau mereka tak buat yg keji. contoh nya buat lah hukum sumpah lahnat berlandaskan hukum islam baru betul!!! public tak kan buat cerita yg bukan2 untuk memuaskan semua pehak👍👍👍

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      JAWI suruh dorang bernikah, bagi tutup Aib

    • @addyn3251
      @addyn3251 Місяць тому

      Oooh maa sya Allah begitu rupanya. Itu yg se elok2nya solusi yg dianjurkan bersabit dgn kes ini yg sesuai dlm Islam ya Tuan? Maaf sbb sy bukan dari sini. Tkasih Tuan.

  • @fatimahahamid9267
    @fatimahahamid9267 3 місяці тому +1

    Klu nk ckp isu khalwat malaysia paling banyak ustaz isteri yg curang begitu juga pihak juga suami..Adakah berlalku zaman nabi? Apa sebenarnya hukum zina syarat2 dia.banyak lagi org yg berbuat maksiat adakah islam suruh dipaparkan aib org? ?

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Zaman Nabi kalau dorang buat Zina datang mengaku kat Nabi, minta balasan di Dunia sebab tak nak kena di Akhirat

  • @Zulkar9Mohd
    @Zulkar9Mohd 3 місяці тому

    Aku mcm heran tgk vidio ni. Knapa aku faham apa yg host cakap tapi part tamu berkopiah tu, aku mcm x brapa nak tangkap ape dia berbual. Kena betul² dgr ngan teliti. Asal eh.🤔

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Terima kasih berkongsi feedback. Nanti akan sampaikan pada kedua host podcast nih

  • @alijahhassim6847
    @alijahhassim6847 3 місяці тому +1

    Saya pernah buat report utk buat serbuan kpd pihak jbtn .....jbtn tersebut pantas dtg dan tangkap kumpulan tersebut...tp nama pengadu di rahsiakn

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Menarik fakta ni. Mungkin Tuan boleh berkongsi dengan lebih mendalam.

  • @LeaEbdul
    @LeaEbdul 3 місяці тому

    Dah sudahlah jgn buka lagi cerita org apa anda dpt😊

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Kita tak buka cerita, cuma ini telah dilaporkan di media. Kami cuma harap dapat mempelajari dari situasi ini

    • @addyn3251
      @addyn3251 Місяць тому

      Maa sya Allah byk ilmu dari sudut Islam & contoh2 yg baik yg dikongsi mengenai rumahtangga Nabi SAW. الحمدلله

  • @FlipTrader
    @FlipTrader 3 місяці тому

    Channel baik2 dah tapi podcast sembang pasal dosa orang hahaha. Adoi la

    • @iskandarshahrajazolkamar7102
      @iskandarshahrajazolkamar7102 3 місяці тому +4

      Ceteknya cara kau berpikir

    • @Asyrf123
      @Asyrf123 3 місяці тому +4

      Cuba dengar sampai habis, baru nilai

    • @zildjanzildjan1473
      @zildjanzildjan1473 3 місяці тому

      Bende mcm ni baru rakyat suke...ko ape tau 😅

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Kita cuba nak ambil pengajaran dari su-isu semasa. Bukan sekadar nak bergosip yang berdosa

  • @syedmohd4707
    @syedmohd4707 3 місяці тому

    Bolih chakap dengan Bella, firasat aku, yang sebenarnya Laki awak nie, Aliff takde apa apa, kenapa ikut perasaan sangat, K LAH, HATI DAH MERAJUK NAK CHAKAP APA, YE TAK BELLA, sembayang beristikharah, mohon pada Allah apa yang baik for yuo..klau ade anak, Anaks tak berpisah...harap walau apa pon biarlah dengan baik, k Bella..wassalam buat semua..

    • @zildjanzildjan1473
      @zildjanzildjan1473 3 місяці тому

      Syed bole la try bella pulak...x sangka syed amik berat psl bella 😅

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Harap mereka ber Iddah betul2, mungkin ada harapan nak Ruju'

  • @AbhamidzahAHamid
    @AbhamidzahAHamid 3 місяці тому

    Pendapat saya ini perangkap..orang sengaja nak trap Aliff fitnah bulan Ramadhan. Kalau benar mereka berkhalwat ada kah mereka membuka baju atau setengah berpakaiyan.
    Berdua duan dalam rumah setakat habtar barang, makan minum tak ada benda.
    Yang benar2xx pernah berlaku khalwat Jakim tak pun tangkap..bab no call no report. Banyak maksiat pernah berlaku hingga pasangan dah bunting. Macham mana tugas JAKIM

    • @Lamanhati
      @Lamanhati 3 місяці тому +1

      Berdua2 di tempat tertutup bersama yg bukan mahram itu adalah khalwat.bukan semestinya buka baju atau x berpakaian sahaja baru dipanggil khalwat.

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Bermuda-dua di tempat tertutup dah kira khalwat. Apa yang dorang buat dalam bilik tu, Allahu a'alam

  • @lyanamaliana8626
    @lyanamaliana8626 3 місяці тому +2

    Siapa yang report?
    1.jiran? 2.kekasih ruhainies? 3.ahli kariah? 4.pengawal keselamatan?
    Kan ramai tue boleh buat report. Ape nak pelik 😅

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому +1

      Berul. Mungkin dah lama atau berkali-kali. Allahu a'lam

    • @lyanamaliana8626
      @lyanamaliana8626 3 місяці тому

      @@MySakinah pasti lah min. Takkan datang sekali orang dah terus report.Orang kita nie bukan nak heboh sangat pun hal orang, Tapi bila dah berkali-kali kau datang, orang tau pulak kau ada anak bini. Ermmm mana boleh nak biar. Berdosa kita sekali dengan dia kalau kita diam kan.

  • @alijahhassim6847
    @alijahhassim6847 3 місяці тому

    Ya saya perasan ustaz yg berkopiyah putih tu ckp mcm takut...mungkin takut isteri nya dengar...ckp mcm tk ikhlas/ bernas

    • @MySakinah
      @MySakinah  3 місяці тому

      Terima kasih memberi pandangan, nanti kami sampaikan keypads ustaz