KAKI PONTENG PARLIMEN POTONG ELAUN! KENYATAAN PANAS DARI SPEAKER DEWAN RAKYAT!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 вер 2024
  • Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sesi Parlimen tanpa alasan yang sah berdepan pemotongan elaun, menurut cadangan undang-undang baharu kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
    Beliau berkata undang-undang baharu itu perlu kerana wakil rakyat harus ke Parlimen untuk menjalankan tugas masing-masing.
    Menurut Johari, undang-undang sedia ada memperuntukkan penggantungan bagi Ahli Parlimen yang tidak menghadiri enam sesi berturut-turut.
    “Saya beri peringatan kepada semua Ahli Parlimen. Kamu dipilih untuk ke Parlimen, jadi kamu mesti hadir mesyuarat.
    Kami sedang tunggu rang undang-undang itu, yang mungkin akan dibentangkan pada hujung sesi Parlimen ketiga, katanya kepada pemberita ketika melawat DUN Pulau Pinang.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada Mac memaklumkan RUU itu sudah 90% siap.
    Katanya beberapa sesi libat urus diadakan sepanjang 2023 dan 2024, melibatkan pemegang taruh seperti speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, setiausaha kedua-dua Dewan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, serta Jabatan Hal Ehwal Undang-undang di JPM.
    Dalam pada itu, Johari mengingatkan Ahli Parlimen untuk selesaikan pemeriksaan kesihatan masing-masing menjelang 13 Nov agar mereka dalam keadaan sihat untuk bertugas.
    Ini untuk menangani masalah kesihatan lebih awal. Jika wakil rakyat asyik meninggal dunia maka keadaan akan jadi rumit, dengan pilihan raya perlu diadakan, katanya.
    KAtanya lagi, beliau diberi kebebasan penuh untuk bertindak tanpa arahan perdana menteri, sejak memegang jawatan speaker dua tahun lalu.
    Johari berkata ahli pertubuhan termasuk parti politik menjadi speaker dewan legislatif adalah sesuatu yang boleh diterima selagi individu tersebut tidak memegang sebarang jawatan.
    Sumber Berita
    1. www.freemalays...
    2. www.freemalays...
    3. www.freemalays...
    #malaysia #kakipontengparlimenpotongelaun #viral
    Join this channel to get access to perks:
    / @oraitnopochannel

КОМЕНТАРІ • 76