Kebun Durian Pak Awi; Lihat Perbezaan Selepas Setahun - Revisited

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 вер 2021
  • Kebun Pak Awi adalah salah satu tempat saya belajar cara-cara penjagaan pokok durian. Ia juga tempat saya membeli anak-anak pokok durian untuk ditanam di kebun saya. Pak Awi ni sifu bahagian cantuman anak-anak pokok durian pelbagai baka. Sesiapa yang ingin baka-baka seperti Tupai King, Jawi Super, Damak, Nasi Kunyit dan sebagainya selain daripada klon-klon biasa seperti Musan KIng, Duri Hitam atao IOI bolehlah menghubungi Pak Awi di talian - 019 941 8639.
    Video ini adalah lanjutan video lawatan pertama TAC ke Kebun Pak Awi setahun yang lepas.
    Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
    • ALL ABOUT DURIANS
    Maklumat asas:
    Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
    1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
    2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
    3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
    4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
    5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
    6 - D101 - Bangkok T16
    7 - D99 - Kop Kecil
    8 - MDUR 88 (D190)
    9 - D24 - Sultan
    10 - D145 - Beserah
    11 - Telur Buaya - Puangmanee
    12 - D214 - Tupai King, Tupai 226
    13 - Tekka
    Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹. Cara support saya ialah komen di video berkenaan atau video yg tajuknya hampir sama. Semua yg saya tahu & amalkan saya share dlm youtube. Klu ada soalan yg berkaitan video sy lebih selesa tanya kat situ terus. Ramai sahabat2 kita akan dpt manfaat bersama. Jika ingin ‘private message’ boleh juga like Facebook Tok Alang Channel & PM Messsenger kat situ. Insyaallah saya akan cuba balas pd masa yg bersesuaian.

КОМЕНТАРІ • 289

  • @humaamrouf2780
    @humaamrouf2780 2 роки тому +4

    Wah...baru pertama kali sye menjadi org pertama ..👍🏻😁semoga tok terus konsisten untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami..🥰🤍🕊️

  • @moftibinmarjukifabu6812
    @moftibinmarjukifabu6812 2 роки тому +3

    Tak silap baru tahun lepas Tok Alang kongsikan kebun Pak Awi ni. Alhamdullilah pokok2 semua membesar dengan cantik.

  • @mohammadmahdiabas6061
    @mohammadmahdiabas6061 2 роки тому +1

    Terima kasih Tok Alang, banyak boleh belajar melalui video Pak Alang. Ulang2 tengok. Tertarik sangat dengan kebuh Pok Awi. Hajat nak gi melawat sekali. Sambil2 beli anak benih.

  • @kisahpertanianbemban9277
    @kisahpertanianbemban9277 2 роки тому +1

    pok awi dr asal keje jbatan haiwan dlu bertukor bidang skrg..ilmu pertanian duyan pulok..terbaik!

  • @tokwali8408
    @tokwali8408 Місяць тому +1

    Salam, mantap

  • @mdnohmarzuki8408
    @mdnohmarzuki8408 2 роки тому +2

    Paduuu semua pokok2 tok awie

  • @Hisham-ix8kf
    @Hisham-ix8kf 2 роки тому +2

    Alhamdulillah.. terbaik tac n Pak awi....pokok sihat Dan subur....cumanya kalau Ada parit lagi baik serta pruning macam kebun tac lagi bertambah baik

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Pak Awi ada backhoe sendiri. Banyak dh parit tu, cuma tak nmpk sbb ditutup rumput.

  • @azizledang327
    @azizledang327 2 роки тому

    Seronok tgok pokok hidup subur....terima kasih TAC kongsi video

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Sesekali kena tgok kebun org baru kita jd bersemangat.

  • @saifulbahrisalim3919
    @saifulbahrisalim3919 2 роки тому +1

    mantap tok..terbaik..

  • @samadpencen
    @samadpencen 2 роки тому +2

    Terbaik Bossku… Banyak ilmu yg boleh kita kongsi bersama

  • @iradee2007
    @iradee2007 2 роки тому

    Tq..tengok berkali2 x jemu...

  • @muhdfarid4355
    @muhdfarid4355 2 роки тому +1

    sedap tengok pok awie,sejuk rasa,rendah diri,berahi suka,xkedekut ilmu...semoga Allah bagi kesihatan sokmo kepada tok alang dan pok awie,amin

  • @nazarulas4763
    @nazarulas4763 2 роки тому +1

    Cepat besar pokok pak awi ni. Subur2 tengok

  • @jamsarijamaluddin80
    @jamsarijamaluddin80 2 роки тому

    Alhamdulillah perkongsian terbaik Tok Alang. Ada masa dan rezeki dari Perlis saya ke Terengganu, melawat kebun Tok Alang dan Pak Awi.

  • @othmanman9680
    @othmanman9680 2 роки тому

    Smakin brsemangat tengok vedeo ni, trimakasih bnyk2 Tok n tem👍👍👍👍👍

  • @anakomarr
    @anakomarr 2 роки тому

    Alhamdullilah, menjadi molek kebun Pak Awi ni

  • @putinrobani1023
    @putinrobani1023 3 місяці тому

    Kebun durian yang mantap terimakasih motipasi buat kami bang

  • @iradee2007
    @iradee2007 2 роки тому

    Santai2 suka2....best memori tengok video ni....insyaalah akan bertemumu

  • @haziqmatromli1204
    @haziqmatromli1204 2 роки тому +3

    Pengalaman saya nanti jadi cross pollination , bila pokok terlalu rapat atau satu pokok ada 3 variety contoh D197 , D200 dan D168 , cuma ketiga tiga jenis buah takkan pure 100% mengikut induk, Contoh 1 buah MK D197, (MK 60%, DH 20%, IOI 20%) 2. Buah DH D200 (DH60% , MK 20% , IOI 20%) . 3 Buah IOI D168 (IOI 60% , DH 20% , MK 20%) . Akan ada pelbagai rasa buah bagi setiap variety , untuk makan sendiri boleh tapi untuk komersial jadi isu ketulenan buah . Isu terjadi buat mcm ni , MK D197 sepatutnya biji kesep tapi buat 1Pokok 3Variety MK D197 akan ade biji bernas. Manakala buah pada DH D200 akan ade berbiji kesep sebab dia ade gen MK D197 , Sama akan terjadi pada IOI D168 .

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Terbaik perkongsian pengalaman ni. Mmg sy rasa di negara kita ni triple tree planting ni org suka2 je. Kalau utk komersil org tak buat. Insyaallah esok sy upload video lanjutan psl triple tree planting ni. Harap tuan dpt komen & beri pandangan.

    • @shahrizal3696
      @shahrizal3696 2 роки тому

      Dimana tu wat kajian mcm tu..sbb belah damak..ada musim mk bijik besar,ada musim b8jik kepet..tp buah raub x pnh lg terjadi sepanja g 3,4 tahun main buah sana

    • @md.hafizmatkhairuddin9596
      @md.hafizmatkhairuddin9596 Рік тому

      Macam lagi sedap rasa ni

  • @stevensvtg
    @stevensvtg 2 роки тому +2

    Saya orang Thailand suka tengok video Malaysia

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Tkasih kerana support TAC. Selatan Thailand ramai yang memahami bahasa melayu. Kita serumpun 🌹🌹🌹

  • @InspectAzmi
    @InspectAzmi 2 роки тому +1

    Terbaik tok alang atas perkongsian

  • @mrkumpitai5400
    @mrkumpitai5400 2 роки тому +1

    Mantap pak abuu.....

  • @hartamuslim4052
    @hartamuslim4052 2 роки тому +1

    Alang n Pak Awie, good video
    Triple planting nampak jarak melebihi 3 kaki tidak digalakan.
    Pokok 2 tahun boleh buat besar lagi dari pk 3 tahun pak awie..

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Sy hanya berkongsi apa yg ada di kebun beliau. Tentang tahap pertumbuhan mmg tak sama. Insyaallah kalau ada rezeki sy juga ingin melawat kebun sahabat2 TAC yg lebih berjaya utk manfaat bersama.

  • @zuldayak71
    @zuldayak71 2 роки тому +1

    terbaik tok alang... klau ade rezeki. panjang umo.. teragak nk gi..melawat kebon tok ngan pak awi.. InshaAllah

  • @norzaizeliabusamah274
    @norzaizeliabusamah274 2 роки тому

    Terima kasih perkongsian…

  • @asruljr3568
    @asruljr3568 2 роки тому

    Semoga tok alang dan pok awi sentiasa dalam lindungan allah swt

  • @RajaDusun77
    @RajaDusun77 2 роки тому +1

    Terbaik Tuan Awie bnyk belajar dari Channel kelolaan tuan dan sahabat tuan...Salute dan salam dari saya anak Jati sabahan

  • @amerabas9407
    @amerabas9407 2 роки тому

    Mantap la anak durian Pak Awi... T. Kasih Tok Alang share kebun durian Pak Awi...

  • @arepsqwuier6222
    @arepsqwuier6222 2 роки тому

    Terbaik tok alang 👍

  • @sharifzohan
    @sharifzohan 2 роки тому

    Wow nice video 👍

  • @khairulynwa9586
    @khairulynwa9586 2 роки тому +1

    Terbaiklah tok alang 👍.. bertambah semangat sy nk tanam lagi pokok durian...tok cakap tak macam ort teranganu 😀

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Terbaik. Teruskan. Nnt sy letak penyu atas belakang barulah tranung 😂

  • @TheGardener739
    @TheGardener739 2 роки тому

    Kemah keming... Perkongsian bermanafaat.. InshaaAllah saya oder anak pokok dari Pak Awi.. Jgn lupa review bila dah boleh di jual..

  • @wannordinwanomar612
    @wannordinwanomar612 2 роки тому +1

    Insyaallah ada kelapangan kita ziarah kebun Pok Awi.

  • @kadirbakrinchannel
    @kadirbakrinchannel 2 роки тому +1

    Sihat selalu pak Awi..

  • @daudbiandaudbianbian9558
    @daudbiandaudbianbian9558 2 роки тому

    Selamat petang Tok Alang...

  • @mohdzaipolchannel8940
    @mohdzaipolchannel8940 Рік тому

    Assalamualaikum..Tok Dalang.. terima kasih di atas ilmu2 yg dicurahkan.
    Sya ada masalah pkok durian sering rosak dimakan ulat.. naik pucuk baru..hbis rosak. kmudian lambat besar..dah 2 tahun tanam baru 3 kaki tingginya..pkok2 lain dah tinggi.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Wassalam.
      1. Sy bkn Tok Dalang. Itu pemain wayang kulit.
      2. Video2 TAC akan ikut tajuk2 berkenaan. Jadi tajuk video ini bkn berkenaan apa yg tuan soalkan.
      3. Video2 berkenaan ada di sini 👉🏽 ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDfd05V7DZROrCORwp7uWr0s.html

  • @gustinagoientertainmentstu7997

    Cantik rimbun

  • @alangibrahim4048
    @alangibrahim4048 2 роки тому +1

    Asamualaikum TOK Alang
    PAK Alang doa kan TOK Alang terus sukses. Aminnnn

  • @nurwahida4601
    @nurwahida4601 2 роки тому +2

    Jarak yg cantik, 5 or 6 tahun lg mmg merecik kebun ni

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      👍🏾👍🏾👍🏾

    • @nurwahida4601
      @nurwahida4601 2 роки тому

      Kebun tok ada org gi dok melawat Dak? Ka tertutup utk membuat lawatan

  • @bocah_malang
    @bocah_malang 2 роки тому

    Salam sukses. Jadi pengen ke malaysia lagi

  • @soheng9131
    @soheng9131 2 роки тому

    AAA TERBAIK.

  • @TomioIsBack
    @TomioIsBack 2 роки тому +2

    seronoknya berbudi pada tanah...semoga berjaya semua pekebun durian

  • @kushukri404
    @kushukri404 2 роки тому +1

    Mareng baru lepas giy melawat kebun pok awie mula2 msuk dia tunjuk pokok mk dh haish geram betul. Kebun lawa sngt

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Mmg geram tgok pokok yg cantik2. 😅

    • @kushukri404
      @kushukri404 2 роки тому

      @@TokAlangChannel nnti giy kebun tok alang pulok

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      @@kushukri404 Insyaallah. Klu ada rezeki kita jupe😆

    • @kushukri404
      @kushukri404 2 роки тому

      @@TokAlangChannel insyaallah nk giy kene bowok buku nii

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      @@kushukri404 Hahaha..x perlu. Ada belake dlm UA-cam. Dok susuk sikek, ada belake🤣

  • @mohdazmi495
    @mohdazmi495 2 роки тому +1

    Untung la anak cucu Pak Awi...

  • @mislankahal6789
    @mislankahal6789 2 роки тому +1

    Salam tuan.. T. Kaseh atas video2 durian ni..
    Boleh ke tuan buat kan summary pembajaan dr awal2 tanam anak benih.. Dan penjagaan nye.. Sya rasa amat membantu.. Sya baru dlm bidang ni.. T. Kaseh

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wassalam. Setakat ni:
      Video2 pembajaan 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html
      Video2 foliar 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDeQss40tBJpJRIEYkcDO2Vf.html
      Semua video2 durian 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDfsGlmFofomtw3P2gMVMIrM.html

  • @gustinagoientertainmentstu7997

    Banyak durian

  • @kbivideo3903
    @kbivideo3903 2 роки тому

    👍👍👍

  • @fauzifauzi6497
    @fauzifauzi6497 2 роки тому

    Teringin sy nk melawat kebun TAC dn PakAwi...nk silaturrahmi. Yg oder berjauhan PakAwi attend juga ke?

  • @bruceakmalongbricr6110
    @bruceakmalongbricr6110 2 роки тому +1

    "Kita punya kebun kita punya suka"stidi cogankata tu Wey..

  • @saifulsaiful-yh1tf
    @saifulsaiful-yh1tf 2 роки тому +1

    Kebun kite, kite punye suke 😄😄😄

  • @a.firman4219
    @a.firman4219 2 роки тому

    Busut pak awi kuang tinggi

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Ada busut ke? Sy tak nampak pun.

    • @a.firman4219
      @a.firman4219 2 роки тому

      tengok lewat UA-cam mcm ada

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Sy xde sentuh secara details pun psl busut sbb mmg xde teknik busut digunakan. Yg ada hanya ‘mini busut’ yg ditambah secara sikit2.

  • @paklongmiechannel6289
    @paklongmiechannel6289 2 роки тому

    HEBAT Bro...org hebat berkawan juga dengan orang hebat...bro pak awi kite ni kalau nak tempah ranting untuk buat cantuman dia jual tak? kalau ade kawan nak oder....pulbiew bro.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Tkasih tuan. Sy tak hebat, tumpang bljr dgn Pak Awi. Tentang pertanyaan tu, no tel beliau ada dlm video.

    • @paklongmiechannel6289
      @paklongmiechannel6289 2 роки тому +2

      Sudah hubungi Pak Awi bro...dah bermesej dgn dia ..tqvm bro menghubungkan.

  • @MD_Dzaki
    @MD_Dzaki 2 роки тому

    Mantap tok alang.. Sya berminat mau beli bibit dari pak awie. Sy dri riau

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Boleh contact Pak Awi di no telefon yg diberikan.

  • @nashirruddinumar7131
    @nashirruddinumar7131 2 роки тому +2

    Salam TAC,,nape daun tibe2 gugur,pokok baru tanam 1bln,,tinggi 1kaki lbih gitu,,tp dok semua gugur,,ade 4,5 lai jugak la😅

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +2

      Wassalam. Video ini mengenai lawatan ke kebun pak awi. Sy sgt hargai kalau kita fokus hanya kpd tajuk video.
      Tentang soalan, ssh sy nk respond sbb tak tahu keadaan pokok tuan.

    • @nursery5314
      @nursery5314 2 роки тому +2

      Mungkin
      -Lebih baja kimia.
      - tanah berasid.
      -ada anai2

    • @nashirruddinumar7131
      @nashirruddinumar7131 2 роки тому

      @@nursery5314 tq2,sya dh bubuh dolomite 2,3 hri lpas

    • @nursery5314
      @nursery5314 2 роки тому +1

      @@nashirruddinumar7131 ikthiar la guane2..
      Atau bleh cari di video2 lain.
      Baja taik ayam n kambing pon meragam. Ntah la durian ni. Sbb tu harga mahal kot. Nk hidupkan sepokok pon susah. Dan bertahun2.

    • @nashirruddinumar7131
      @nashirruddinumar7131 2 роки тому

      @@nursery5314 dlm lubang dulu sya campur kn tanah dgn taik kambing,,biarkn dlm 3,4 hri gk,,msa tnam sya bagi penggalak akar n dolomit,,

  • @channelibrahimanak-rantau111

    Buatlah Video 10 oklah.

  • @xiaomixiaomi9974
    @xiaomixiaomi9974 2 роки тому +1

    Salam sehat tok Alang dan pak AWI..
    Kalau boleh tau sambung Montong dengan musangking itu menunggu tunas baru atau langsung sahaje??
    Thanks for info tok...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wassalam. Itu kena tanya Pak Awi sbb dia sifu😁

  • @ikanmasin8066
    @ikanmasin8066 2 роки тому

    Boleh cuba buat Tok yg kaki ganda mcm pak awi pya...tapi saya kurang faham apa maksud tanam triple..double..ni...boleh tolong terangkan dlm rancangan yg setrusnya?

  • @lakitangardenofficial2643
    @lakitangardenofficial2643 2 роки тому

    mantap kebun durian nya pak cik. bila2 msa boleh la pgi lepak kat sne

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Boleh...

    • @lakitangardenofficial2643
      @lakitangardenofficial2643 2 роки тому

      kena buat pasport dlu pak cik. sebenar nya kita da rindu juga aee suam malaysia. pak cik duduk kat trenggono ke. kita pernah ke taiping perak dlu pak cik.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      @@lakitangardenofficial2643 Taiping agak jauh dari Terengganu. Insyaallah selepas Covid-19 berkurang bolehlah datang sini. Saya pun teringin hendak ke sana.

    • @lakitangardenofficial2643
      @lakitangardenofficial2643 2 роки тому +1

      insyaallah klau umur panjang pasti kita akan berjumpa pak cik. tapi kna tnm durian dlu pak cik.🤣🤣🤣

  • @azam8688
    @azam8688 2 роки тому +1

    Terima kasih TAC..nk Tau gak sbb buat double n triple..

  • @somepeople985
    @somepeople985 2 роки тому +1

    Tk buat video tentang basikal dah ke tok alang

  • @nuarsyukri8113
    @nuarsyukri8113 2 роки тому +1

    assalamualaikum tok alang.. pok awei ada anak pokok D186 - nasi kunyit? lama dah cari

  • @megatisqandar245
    @megatisqandar245 2 роки тому +1

    Pokok Duri Hitam saya sudah lebih tujuh kaki tinggi..saya ubah ke kebun ujong bulan 11 tahun lalu,saya beli anak pokok hampir 3 kaki tinggi.Saya tabur baja organik sebulan sekali,baja sebatian 15-15-15 3 bulan sekali, Bioguard sebulan sekali,foliar saya sembur 2 kali sebulan,racun serangga&kulat juga 2 kali sebulan.Macamana pandangan TA?

  • @aimmed7728
    @aimmed7728 2 роки тому +1

    Bang, memang teruja nak cuba pokok penanti durian 88 kop kecil berkaki 3 dan berdahankan 2 MK dan 2 duri hitam. InsyaAllah bila dah berhijrah kita akan cuba.

  • @muhdhafiz2936
    @muhdhafiz2936 2 роки тому +1

    asalamualaikum Tok Alang melihat keadaan pokok durian dlm kebun Pak Awi ni adakah ketinggian pokok akan tinggi lagi atau setakat tu je rendah dan rendang sehingga musim berbuah?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Wassalam. Itu kena tanya kpd tuan punya kebun. Namun begitu ketinggian pokok2 ni bergantung kpd kita sbg tuannya. Kita nak yg mcm mana? Buat sampai jadi spt yg kita nak.

  • @secretariat1973
    @secretariat1973 4 місяці тому

    Mic jenama nape beli tu.. nak boikot.. haha

  • @halimsin6052
    @halimsin6052 2 роки тому

    Assalamualaikum tok alang..pokok pak abu tu tak buat proning ke..nampok segar dan besar2..terima kasih

  • @mohdanip5180
    @mohdanip5180 2 роки тому +1

    askm tok alang...umur brpe pkok tu untuk cantum2 pkok tu ye tok alang?ke dri kcik dh boleh buat?rse kcik dhan patah ckt hjung je hbs 1 dahan tu mati😅

  • @limkzun1053
    @limkzun1053 2 роки тому +1

    1.)maksud trippe maksudnya tanam tiga jenis di satu point?
    2.) Apa amalan / rutin penting bagi memastikan pokok sihat dan kuat ?
    3.) Anggaran harga pokok tupai king brp ?
    4.) Garam bagi kelapa pandan sama boleh letak untuk durian ? Apa function dia?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      1. ua-cam.com/video/2vfKhyRkrwU/v-deo.html
      2. ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDfsGlmFofomtw3P2gMVMIrM.html
      3. Kena tanya Pak Awi sendiri 👉🏽 019 941 8639
      4. Saya tak pernah guna garam.

    • @limkzun1053
      @limkzun1053 2 роки тому

      @@TokAlangChannel thanks you sifu 。Harap suatu hari nanti saya habis stpm sem 2 jumpa sifu di Dungun .

  • @noridaamran4348
    @noridaamran4348 2 роки тому

    Assalamualaikum Tok Alang, dusun tok Alang di mana ya? Berhajat ingin melihat.

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wslm. Dlm video terbaru pun ada sy bgtahu. Kalau puan org Dungun Terengganu. Klu puan org Dungun, ia Otw ke Kg Tepus. Kwsn Paya Lawas & Dendang.

  • @zulfikrimuda4862
    @zulfikrimuda4862 2 роки тому

    Slm tok alang,..kat ane ada jual benih mk yg berkualiti ye...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Cari je kat mana2 nurseri terdekat. Kalau was2, pastikan anak2 durian ni ada sijil jabatan pertanian.

  • @Mushashi-si2vu
    @Mushashi-si2vu 2 роки тому

    Ada pos ke sarawak ka benih durian pak awi

  • @channelibrahimanak-rantau111
    @channelibrahimanak-rantau111 Рік тому +1

    Maaf bang video telampau panjang sangat , cepat bosan tenggo

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Tidur dulu, biar je video tu, nanti penat dia berhentilah.

  • @matnazrimatjusoh2177
    @matnazrimatjusoh2177 2 роки тому

    Kalu tanam musang king belake 3 pk Kat rmh boleh berbuah ke...? Kata orang kena selang jenis lain baru berbuah...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Boleh je nak tanam 3 pokok yg sama. Tp lebih baik 2 pokok MK + 1 pokok IOI atau D99. Baik utk pendebungaan silang.

  • @khairularul870
    @khairularul870 2 роки тому +1

    Pokok cantik pakai foliar dan baja ape tu? Subur sangat...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Kena tanya dgn tuan kebun. Tp kalau sy ini video pembajaan & foliar:
      👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html
      👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDeQss40tBJpJRIEYkcDO2Vf.html

    • @khairularul870
      @khairularul870 2 роки тому

      @@TokAlangChannel terima kasih atas perkongsian nye☺️

  • @abdullahnurnur123
    @abdullahnurnur123 2 роки тому +1

    Bapak banyak pokok pak awi😭

  • @channelibrahimanak-rantau111
    @channelibrahimanak-rantau111 Рік тому +1

    Dkt Indonesia dongkel saya orang Indonesia bang

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Ya betul. Itu yg sy katakan. Malaysia tidak guna perkataan itu & juga anak dongkelan sukar ditemui di sini. Dongkel itu sinonim dengan cungkil 😃

  • @ahmadferdaus9472
    @ahmadferdaus9472 2 роки тому +2

    Salam tok alang, beli benih boleh pos ke perak ke?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wassalam. Boleh hubungi Pak Awi ni to tel yg sy kongsikan dlm video ni.

  • @hamdhamd4470
    @hamdhamd4470 2 роки тому +1

    Pak Awi ada channel you tube ke bagus kalu ada
    cth cara buat parit kecik

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      Tak semua org minat buat channel. Mcm tuan jgk, knp tak buat? Hehehe
      Tentang parit, tunggu video seterusnya. Kena sabar tuan, 1 video 1 tajuk.

    • @monachaalida7587
      @monachaalida7587 Рік тому

      ?

  • @pakleechannel9537
    @pakleechannel9537 2 роки тому

    IOI dgn duri hitam blh tak buat Double bos TAC

  • @hglim5449
    @hglim5449 2 роки тому

    Tanaman double atau triple kena buang dahan dahan di perantaraan dari awal awal.

  • @channelibrahimanak-rantau111

    Abang post video durasi panjang sangat sy tenggo sampai tertidur

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Pertama kali org complains psl durasi video sy. Takkan sy suka2 nak potong sana sini sbb nak kasi pendek 😂😂😂

  • @paiapo6309
    @paiapo6309 2 роки тому +1

    Assalammualaikum tok Alang, pak awi ckp ada customer dari brunei dah buat order, bagaimana cara nya saya nak order masuk brunei

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wassalam. Lebih baik tanya terus pada Pak Awi. Sy kurang arif 😅

  • @norzaidahwahd3562
    @norzaidahwahd3562 2 роки тому

    Sy nak usul guna kitosan plus

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Kalau nk usul kpd Pak Awi kena beritahu dia 😃

  • @mohdfairusazhar8001
    @mohdfairusazhar8001 2 роки тому +1

    Tok alang ade x teknik cantum dkt lapangan

  • @zakiwaris2254
    @zakiwaris2254 2 роки тому +1

    salam..apa kebaikan tanam double atau triple? bukankah jarak die dekat2..minta pencerahan

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wslm. Ada sedikit pencerahan dlm video di bwh.
      ua-cam.com/video/2vfKhyRkrwU/v-deo.html

  • @bolangagromalang
    @bolangagromalang 2 роки тому +1

    2 tahun terkendala covid tak bisa melancong ke malaysia

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +2

      Insyaallah. Suatu hari nanti keadaan akan kembali seperti sediakala.

    • @bolangagromalang
      @bolangagromalang 2 роки тому

      @@TokAlangChannel semoga bisa incip lagi durian disana

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому +1

      @@bolangagromalang 👌🏾

  • @bahamilaizamjenggo7632
    @bahamilaizamjenggo7632 2 роки тому

    Salam tok alang.mna nak dpt benih2 durian supaya x kne tipu

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Wslm.
      1-Cari penjual / nurseri yg ada sijil dr jbtn pertanian.
      2-Minta tlg kwn yg berpengalaman

  • @asrafhamzah8382
    @asrafhamzah8382 2 роки тому

    Tok saya ada tanam pokok durian dlm beg tanaman yg besar, usia pokok kg tuh dalam 2 bulan and then saya plan nak buat tapak gajah, dan cara pembajaan saya sekarang 2 minggu sekali, sekali baja, saya letak foliar dan npk 888 bja kopi, nnti sikit hari lagi saya nak cantum dgn duri hitam,jadi nak tanya, sesuai tak cara pembajaan saya tuh tok?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Boleh. Cuma jaga kadar agar sesuai utk pokok kecil. Sepatutnya soalan ini ditanya dlm salah satu video di sini 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

    • @asrafhamzah8382
      @asrafhamzah8382 2 роки тому

      @@TokAlangChannel ok tq tok, dia mcm ni terus ingat terus tanya, haha

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      @@asrafhamzah8382 Jgn mcm tu. Pening nanti...sy lagilah pening. Kesian Tok Alang...hehehe

  • @sangkukvlog7291
    @sangkukvlog7291 2 роки тому +1

    Assalamualaikum,
    Salam silaturahmi...🤝

  • @masbroo6274
    @masbroo6274 2 роки тому

    kalau ke sarawak boleh post ke?

  • @abdulmuiz4251
    @abdulmuiz4251 2 роки тому +1

    14:39 Boleh try vaksin akar.

  • @rosliroslisenapi8688
    @rosliroslisenapi8688 2 роки тому +1

    Kalau boleh tambun dengan tanah merah

  • @ismirulazlan3945
    @ismirulazlan3945 2 роки тому +1

    Berapa rega musang king besar 1@2tahun tu tuan?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Boleh hubungi Pak Awi; No telefon ada dlm video.

  • @izlanshah1953
    @izlanshah1953 2 роки тому +1

    Jadi pokok apa yg sesuai matching triple planting ya ?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Sedikit sebnyk ada dijelaskan. Kreatif tuan, ubahsuai. Insyaallah. Tiada jwpn tepat sebiji-sebiji🙏🙏🙏

    • @shahrizal3696
      @shahrizal3696 2 роки тому

      Thai buat sama variety..2,3,4..hanya utk kajian..dah setau saya..hasil kajian tu..2 pokok 1 point terbaik

  • @mohdyusofismail8530
    @mohdyusofismail8530 2 роки тому

    Klu beli benih dpd pak awi,penghantaran care maner.saya dpd mersing johor

  • @norzaloyard996
    @norzaloyard996 2 роки тому

    Hello salam sehat.. Mau tanya.. Pakai pupuk apa...

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Tkasih hadir. Video2 pemupukan (pembajaan) boleh dilihat di sini 👉🏽ua-cam.com/play/PL0D76pKE4LDf-dfCYJQfF1yjGnpfNjqKG.html

  • @rosliroslisenapi8688
    @rosliroslisenapi8688 2 роки тому +1

    Nak tanya jarak pokok berapa kaki cik

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Jarak tanam👉🏽ua-cam.com/video/QilLy9z028o/v-deo.html

  • @sofwanuddinsofwanuddin1818
    @sofwanuddinsofwanuddin1818 2 роки тому +1

    Nak beli online hanta sabah cmna?

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  2 роки тому

      Nak beli apa? Sy tak jual barang. Video ini mengenai lawatan ke kebun Pak Awi.

  • @zulffirmansyah5086
    @zulffirmansyah5086 Рік тому

    assalamualaikum ...tok alang aku dr indonesia apakah boleh saya suatu hari nanti berkunjung ke malaysia untuk belajar tentang durian ke atok kah?trm ksh atok🙏

    • @TokAlangChannel
      @TokAlangChannel  Рік тому

      Wslm. Boleh sahaja tetapi saya sendiri tidak pandai. Hanya tahu sedikit sahaja 😊

    • @zulffirmansyah5086
      @zulffirmansyah5086 Рік тому

      alhamdulillah tok,trm ksh

    • @zulffirmansyah5086
      @zulffirmansyah5086 Рік тому

      jikalau memang berjodoh saya belajar ke malaysia apakah saya boleh tau alamat kebun tok alang?

  • @hamdhamd4470
    @hamdhamd4470 2 роки тому

    Tok Alang garam bubuh utk rawatan apa