EPF Bonda, Banglo Terakhir Utk Mak

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 жов 2021
  • Jumpa vid awal Mak sy dtg kerumah hutan ..!! Terkejut tetiba naik kat u tube ..!! Tak percaya Mak
    Dah tak ada - kisah sy beli banglo sbb rasa bersalah " marah betul mak dia nak dtg tp rumah tak pernah ada - full slot
    .
    Awal saya buat rumah hutan tu, bagi sy sure mak saya tak nak datang - bebel dia " bodohnya lah ITa ni , buat rumah di puncak bukit jauh pada orang dan kemudahan ada , rumah lawa yg dibandar ditingga yg dia susahkan diri buat kat hutan belantara kenapa "
    .
    Saya jumpa video lama masa tu tahun kedua rumah hutan - dia dtg naik MYv kuning tu - terpaksa tidur kat bawah rumah bonda sbb kakinya cacat x boleh naik sbb bertangga
    .
    Sbb dia bebel - Gara-gara dia complain sy tak sediakan dia rumah yg selesa utk kedatangannya - maka sy beli rumah banglo semarak - full vid you tube bumi ratu chanell
    .
    Saya ceritakan kepada umum kerana saya mahu anak2 muda menjaga ibu bapa sedaya upaya yang mereka mampu kerana ibu bermulanya kehidupan si wali keramat
    .
    Kini Tiga generasi tua dalam keluarga kecil kami Arwah abah - Mak , kini hanya tinggal bonda yang paling tertua - muka saya mirip arwah mak semkain sy tua, masa muda sy macam arwah abah
    .
    Sekuat2 hati sy ni ada bayk kelemahan - sedih juga semalam sy nampak motor2 Mak dan kali terakhir sy melihat ..!! Kini sy melepaskan semua harta milik Mak dr pemberian dari bonda seperti mesin Dialisis - sy wakafkan pd klinik - barang kemas , sy hadiah pd adik2 , motor OKU 3 biji pd ulamak & kerusi roda sy kasi pd hamba Allah - Wahai Tuhan pemilik dunia- yg memiliki ibu bapa sy - semoga wakaf ini kelapangan bagi mereka dialam sana
    .
    Yg ada kini tinggal banglo nenek yg sy tak tau apa akn jadi lepas ni - jujur je sy tak akan tinggal disana ..!!
  • Комедії

КОМЕНТАРІ • 260

  • @asyrafangah1962
    @asyrafangah1962 2 роки тому +189

    Mak saya pun sakit dan sya yang menjaga sbb sya belum beristeri.. walaupun gaji sya kecik sebagai tukang sapu shja tapi sebolehnya sya cuba tunaikan setiap permintaan mak sbb sya hnya ada mak di dunia ni.. berbanding adik beradik lain yg sudah ada keluarga dan komitmen sendiri..mak tak pernah mintak luar kemampuan sya cuma mak minta sya selalu masak utk dia sbb dia suka masakan sya terutama gulai ikan kembung letak timun tua... walaupun mak sya tk mampu berjln mcm dulu tp kasih sayang dia tk pernh kurang.. peha dia kdg2 menjadi ribaan Sya utk lepaskan penat lps seharian bekerja.. walaupun serba tak mampu tapi kami berdua bhgia menjaga satu sama lain..mak tak pernah mintak anak2 yg lain utk jaga dia sbb dia tau anak lain ada komitmen lebih daripada sya.. walaupun saya lelaki tapi sya tak pernah segan utk mandikan mak dan cebukkan mak sbb itu lah yang mak buat masa sya kecik dulu.... walaupun umur sya dah 30 tapi sya belum berkahwin selalu sya persoalan kan knpa aku belum berjodoh..dan bila mak sakit di situ Allah beri jawapan kenapa saya belum di berikan jodoh.. rupanya Allah nak sya berbakti pada ibu sya...syurga sya di bawah telapak kaki nya... Saya tiada apa harta di muka bumi ni tp sya rasa cukup serba serbi selagi mak ada dgn sya...sya sgt berharap sya sehidup semati dgn mak sbb mak sumber kekuatan sya bertahan hidup.. tanpa mak maka musnah lh sya...kalau orang kata ibu sanggup berkorban apa sahaja utk anak²...begitu juga anak sanggup korbankan segalanya demi ibu insan yg hanya satu Allah hadirkan dan takkan ada pengganti sampai kiamat nya bumi ....

    • @azimahmohamed5417
      @azimahmohamed5417 2 роки тому +11

      Mashaallah..ibu merupakan salah satu jalan ke syurga..besar ganjarannya. Semoga awak nanti akan bertemu jodoh dan diberi rezeki melimpah ruah.

    • @evlinchesya8586
      @evlinchesya8586 2 роки тому +6

      Hormat sama awak yg sayangkan maknya 👍🏻

    • @zulaidilzainalabidin517
      @zulaidilzainalabidin517 2 роки тому +6

      Saya doakan seikhlas hati semoga mak awak di beri kesembuhan segera dan di angkat segala penyakit yg merbahaya. In sha allah. Aamiin ya mujib ya rahman ya rahim.

    • @jhamid1294
      @jhamid1294 2 роки тому +3

      Moga Allah permudahkan urusan jaga bonda.. murah rezeki & dipelihara kesihatan.. ammin2

    • @asyrafangah1962
      @asyrafangah1962 2 роки тому +6

      Terima kasih semua yang mendoakan...semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua utk terus berbakti kepada ibu bapa dan menjadi hamba Allah yang hidup dlm Rahmat dan Kasih sayang Allah

  • @m.zskill4422
    @m.zskill4422 2 роки тому +157

    Rahsia sy yg org tak tahu.skrg sy kongsi kenapa sbb sy suka bersukan..sy suka main besi berat dulu...sbb ye satu...sy buat semua tu untuk kuatkan diri..untuk mengakat arwah mak sy yg tengah sakit dulu...untuk menjaga makan minum mak...semua untuk mak...sampai ke liang lahat sy angkat arwah mak...sekarang hanya sy dpt angkat tagan berdoa untuk arwah mak dan ayah...

  • @shahrilsaidin1803
    @shahrilsaidin1803 2 роки тому +7

    Bonda ni sumber inspirasi utk isteri dan ank yg berjaya dalam perniagaan,xpernah lupe diri jaga arwah ibu nya smpai akhir hayatnya. Smoga Bonda diberikan kesihatan yang sihat walafiat dan dipermudahkan urusan 🤲 .

  • @cikmawar4430
    @cikmawar4430 2 роки тому +29

    Orang seronok berlumba2 nk balik kampung jumpa mak ayah tp bagi saya xde ape2 sbb mak n ayah dah xde.. Kalau dulu nk balik kg jer, arwah ayah akan tggu depan rumah..skrg balik,bukak jer pintu kosong, kosong sangat... Peritnya kehilangan mak n ayah..kadang saya tak kuat,bila ingat arwah mak n ayah sedih, pilu sesangat😭😭😭..
    Alfatihah buat arwah mak n arwah ayah..

    • @BumiRatuChannel
      @BumiRatuChannel  2 роки тому +5

      allahu-bonda faham sgt perasaan itu puan..! semoga arwah tenang di sana dn ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amen amen ya mujib

    • @rosnahsulaiman9755
      @rosnahsulaiman9755 2 роки тому +1

      betul tu,rindu sangat2 pd kedua ibubapa kita yg dh pergi,bg kita sbg anak yg prnh menjaganya ketika sakit,kenangan bersama mereka xkan prnh hlg selg hayat masih ada,semoga mereka ditmptkan di syurga Allah Amin

    • @azmanlatif2510
      @azmanlatif2510 2 роки тому +2

      Salam.Biarpun ibubapa Cik Mawar telah tiada sekalipun,baliklah ke kampung.Ziarahi pusara mereka di kampung dan sedekahkan Al-Fatihah di pusara mereka.
      Sayang Mak Ayah bukan semasa mereka masih hidup sahaja,selepas mereka tiadapun tetap kita boleh sayang dan berbakti contohnya selalu menziarahi pusara mereka.
      Jom kita jadi anak yang soleh dan solehah....Amin.

    • @cikmawar4430
      @cikmawar4430 2 роки тому +1

      @@azmanlatif2510 InsyaAllah tuan,jauh mcm mane sekalipun saya tinggal ttp jugak saya balik dan menziarahi pusara mereka.. Cuma bila sampai rumah tu rasa sunyi..

    • @cikmawar4430
      @cikmawar4430 2 роки тому

      @@BumiRatuChannel Aminn.. Aamin ya rabbal alamin.. Moga arwah mak bonda juga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

  • @babylala3052
    @babylala3052 2 роки тому +5

    Bonda... Dekat facebook ada viral kisah sumaiyah... Adik yg kerja grabfood... Dan bawa wheelchair aje utk hantar barang...😭 Kalau bonda ada lebihan moto elektrik tu, maybe boleh sedekah satu dekat adik tu... Sbb semangat dia tu mengkagumkan....

  • @siti9013
    @siti9013 2 роки тому +2

    Al Fatihah utk arwah ibu bonda dan arwah ibu bapa saya juga.... Mac 2019 saya tak sempat bawa arwah ibu saya ke rumah hutan bonda....tapi, saya sempat jaga arwah di hospital, temankan arwah pada malam terakhir hayatnya, mandikan, kapankan, Ya Allah..."I love I miss inakhu" setiap hari jumaat pagi biasanya saya akan call dan bersembah dengan Arwah ibu saya... sekarang dah 2 tahun berlalu. Betullah kalau kita ikhlas berbakti kepada ibu bapa rezekinya lain semacam Allah bagi.... percayalah.

  • @MdmSaira
    @MdmSaira 2 роки тому +11

    Selama baca n tonton video beliau.Pn Rozita ni seorg yg sgt sgt rendah diri, muhasabah diri dan tk menonjol kekayaannya.hampir semua video sy tonton selama ini ,setelah ibunya meninggal baru pertama kali Pn Rozita sebut harga brg yg dibelinya termasuk video brg kemas utk arwah ibunya..biasa sebut murah atau mahal shj.
    Alhamdulillah Puan, boleh dikatakan puas juga Punn berbakti kpd arwah ibu bapa Puan dgn kesempatan dan rezeki yg puan miliki. Ia juga menjadi inspirasi dan tauladan bg yg masih punyai mak ayah. Terima kasih kongsi.Byk sgt nasihat yg diselitkn.

  • @rafidaarahman1849
    @rafidaarahman1849 2 роки тому +9

    Berjuraian lagi air mata saya Bonda. Terima kasih atas perkongsian ini.
    Semuga kita semua menjadi ahli syurga paling teratas nanti. Aamiin.
    Al-Fatihah buat arwah nenek.

    • @km-mf7so
      @km-mf7so 2 роки тому +1

      aameen.. saya pun nangisss.. huwaaa :_( tq for the sharing, bonda.

  • @evlinchesya8586
    @evlinchesya8586 2 роки тому +2

    Saya senang dan sedih melihat video ini saya belum bisa menyenangkan mak saya yg sekarang berumur 80 tinggal di kampung sendiri di rumah tuanya sedangkan saya masih berjuang sepanjang hidup sendiri membesarkan anak perempuan saya satu satu sampai anak saya bisa bertanggung nantinya dirinya sendiri dulu 🙏🏻😭

  • @mahayue3401
    @mahayue3401 2 роки тому +3

    Saya dh 20 thn lebih takdak orang tua ....tak balik kg dah sbb dah tk berkumpul dah semua bila dah tkda orang tua ....tp alhamdulillah adik adik beradik semua sebulan sekali berkumpul jumpa ...kat sini je la

  • @amirahnadiah5879
    @amirahnadiah5879 2 роки тому +2

    Mak nya taste tinggi. Tapi pengorbanan ibu besar dan hebat lgi dri rmh banglo

  • @ummatakhirzaman8433
    @ummatakhirzaman8433 2 роки тому +6

    Saya x terkesan dgn harta bonda. Itu rezeki bonda. Tiap manusia Allah dah tulis rezekinya. Tapi saya terkesan dgn nasihat bonda. Terimakasih. #ikhlas niat dalam semua amal n perbuatan. Moga Allah redha . Aamiin

    • @wanasyazwanna
      @wanasyazwanna 2 роки тому +1

      Bonda selalu bagi nasihat yang baik baik.

  • @insanyglemah4143
    @insanyglemah4143 2 роки тому +5

    semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dgn org yang beriman.....

  • @rohanabintimohdnasir1694
    @rohanabintimohdnasir1694 2 роки тому +1

    Mak Sy da arwah bonda😔😔😔hanya doa dan kenangan penawar buat sy bila tringat mak.alfatehah buat allahyarhamah Maimunah bte rahim yg amat ku sayangi semoga Allah kurniakan nikmat syurga buat ibuku &kita berjumpa disana

  • @mamatfatimah1017
    @mamatfatimah1017 2 роки тому +6

    Btl,menjadi yg soleh@ solehah tidak semestinya kaya.Allahuakbar..terima kasih atas nasihat2 bonda..

    • @rozilarahman7307
      @rozilarahman7307 2 роки тому +1

      Wlpn kita mampu..tp arwah mak dh ujung usia dh melepasi gengaman dunia...

  • @akucantik5617
    @akucantik5617 4 місяці тому

    Anak yg solehah tak semesti serba cukup dari segi duniawi..contoh terbaik Saidatina Fatimah, antara srikandi wanita utama syurga

  • @Smile88389
    @Smile88389 2 роки тому +1

    *Nasihat saya bonda buat rumah hutan bonda untuk warga emas OKU terbiar dan anak-anak yatim miskin tinggal buat tahfiz kelas agama....pahala dapat disalurkan kepada allahyarham ibunda bonda serta bonda sekeluarga disana..InshaAllah...❤️*

  • @mummyemma6002
    @mummyemma6002 2 роки тому +23

    Peritnya bile mak xde kan bonda😭😭 bile org seronok nak balik kg bagi saya dah tiada keseronokan... Org yang Saya nak Jumpe nk peluk dah xde😭😭

    • @BumiRatuChannel
      @BumiRatuChannel  2 роки тому +5

      salam takziah dr bonda buat puan ya-kita sedekahkan al fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman-amen amen ya mujib

    • @kicikiwichannel
      @kicikiwichannel 2 роки тому +2

      jadikan teratak ratu bonda rumah UTK orang tua yg tak berkemampuan

  • @hashimahhashim3829
    @hashimahhashim3829 2 роки тому +2

    Berlinang...terkenang mak abah yg tlh pergi bt selamany..
    Al.fatihah bt arwah mak abah
    Al.fatihah jg bt arwah mak bonda Rozita..

  • @mjadenan8789
    @mjadenan8789 2 роки тому +1

    Teringat akan kata-kata arwah mak sebelum dia meninggal dunia.masa tu dia pesan dekat saya ingat bila dah berjaya dan ade rezeki lebih jangan lupa cepat lupa asal usul.berbuat baik dengan semua orang, sembahyang jangan lupa, hulurkan bantuan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan katanya x kira bangsa Melayu ke, India,cina, Indonesia dan sebagainya.kalau niat kita tu ikhlas dan baik Allah SWT akan mengurniakan nikmat berterusan yang x terhingga kepada kita sampai bila-bila.sampai hari ini saya amalkan nya dan setiap perkara yang saya buat pahala nya akan saya sedekahkan dekat arwah mak abah.agar mereka tenang di alam barzakh.

  • @Spidermanchanel
    @Spidermanchanel 2 роки тому +1

    Orang felda palong 7 rupanya.. saya kenal sangat dgn arwah ibu dan arwah ayah ibu Rozita ni. Arwah ustaz Ibrahim dulu pernah mengajar saya

  • @hanaharraz9917
    @hanaharraz9917 2 роки тому +8

    Bondà teruskan berkongsi tips dan inspirasi...dan memberi kekuatan dan berkongsi perasaan sesama org yg pernah lalui kegagalan cam bonda dan cuba bangkit...sya juga telah kehilangan ibu ayah...dan juga sering ditindas dgn tk punyai harta dan kekayaan...dan sya dpt rasai bagaimana perasaan pilunya kehilangan kerinduan yg tiada berpenhujung...tapi sya juga sering sibukkan diri dan jalani hidup dgn mencari ilmu dan cuba jadi yg lebih baik utk ibu ayah yg menanti manafaat dari anak yg soleh dan solehah

  • @introvert_8406
    @introvert_8406 2 роки тому +2

    Mahkota yg terbaik adalah mahkota diakhirat buat ibu bapa dr anak2.
    dimana Anak2 yg cintai Quran dan amal drinya.

  • @nrmaizura.
    @nrmaizura. 2 роки тому +4

    tersentuh hati 🥺 Al-Fatihah (dibaca) buat mak bonda , semoga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman Aamiin 🤲🏻

  • @kemasrumahnisasemangat1018
    @kemasrumahnisasemangat1018 2 роки тому +1

    Sy pergi meeting merasa naik heli. Tapi sy lepaskan kerjaya semua. Demi nak berkhidmat untuk mak saya. Masa arwah opah ada. Mak saya guna segala tenaga dia ada utk berkhidmat pada opah. Alhamdulilah saya tak gelap mata untuk kejar harta dunia. Allah bg sy perniagaan kecik2 dan bg saya masa untuk bersama dengan rahmat saya yg terbesar ini.

  • @kingfisher8629
    @kingfisher8629 2 роки тому +3

    Dunia hanya sementara. Akhirat yg kekal. Disana xde tua atau muda semua sebaya. Maka kita bawa amalan yg baik supaya kita berkumpul n sejahtera di sana Aamiin.

  • @hambamusafir7881
    @hambamusafir7881 2 роки тому +1

    Sya gaji rendah tapi apa yg kuatkan hati sya untuk bkerja keras sebab mak sya , sya cari side income lain supaya sya dapat belikan mak sya rumah terrace biar pun hanya kecil itu saja yg sya mampu , sya sedih bila blik kg tgok rumah mak, jiran2 skliling rumah semua cantik2 rumah mak je rasa nya mcm reban ayam tapi kami sentiasa bersyukur dgn apa ada nya , skg sya dapat belikn mak ruma dan belikan dia kereta . Syukur alhamdulillah itu la rezeki rahsia Allah swt yg kita tidak tahu , hanya rajin berusaha dan tawakal niat la dlm hati kun fayakun .

  • @sorayaishak2006
    @sorayaishak2006 2 роки тому +17

    Tersentuh hati.... menitik air mata...

  • @ifaalyana
    @ifaalyana 2 роки тому +26

    Terima kasih bonda berkongsi cerita. Alhamdulillah ada bonda membebel share, menyejukkan hati ifa yg rindu arwah ibu ayah. Moga Allah lapangkan hati bonda dan Allah melindungi ibuayah kita dr azab kubur dan azab api neraka. Moga mereka menjadi ahlil jannatulfirdaus. Amin

    • @BumiRatuChannel
      @BumiRatuChannel  2 роки тому +9

      amen amen ya mujib- sama2 kita berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman ya..amen ya mujib

    • @jhamid1294
      @jhamid1294 2 роки тому +2

      Allahhuakhbar bonda...semua yg terjadi ada hikmahnya..tapi bonda dah jlnkan tugasan yg terbaik & membahagiakan arwah ibu...MMG ketiadaan ibu ayah kita didunia..telah menarik serba sedikit kebahagiaan hidup kita..dlm usia sebegini, semua kita akan mengalami episod kehilangan org2 yg tersayang satu persatu.. sentiasa berdoa kita diberi laluan mudah menyusul ke negeri abadi..& dpt buat persiapan ke sana dgn amal ibadat yg terbaik... ammin2

    • @fatimawatie7798
      @fatimawatie7798 2 роки тому

      Yup

    • @remylalo
      @remylalo 2 роки тому

      @@BumiRatuChannel ²2

  • @norhayati-ow7zy
    @norhayati-ow7zy 2 роки тому

    Masyallah...bonda rozita seorang yg hebat .suka tengok cara de bercakap...seorang anak yg baik...

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 2 роки тому

    Ms bapa n ibu saya pergi mninglkn kami...2004 ...saya merasa khilngn nya yg teramat sgt. Sdh mnjdi kebiasaan bila kami smpi shj dirmh kerana saya tgl di jb mak di mlka... Saya akan trs call mak bgtau dah slmt smpi...dgr suara mak akan ckp alhmdulillah dah slmt smpi...pd saya itu suara yg paling merdu sekali...tp bila mak dah takde kami adik bradik tetap blk sebln sekli bersihkn rmh mak n ramai2 bc yassin utk mereka berdua. Yg jd sedih bila smpi rmh sendiri tak tau dah nak call sapa bgtau dah smpi rmh...saya akan menangis tgk talipon yg trltk setia di meja kcil disudut rmh. Ms tu blm ada hp lg. Saya akn mnangis n brkta pd suami..nak tel sapa yer bgtau kita dah smpi....itu lah saat yg saya takkan lupa hg skrg...

  • @apidlanzo332
    @apidlanzo332 2 роки тому +1

    Terima kasih bonda bgi sye semangat .. Doakn sye cepat sembuh ye kemalangan jalan raya ketika balik kerja ..

  • @syawalfirdausfirdaus5975
    @syawalfirdausfirdaus5975 2 роки тому

    Allahu,sy mmg tersentuh dengan perkongsian bonda..moga sy menjadi anak yg baik jgk bbakti utk ibu dan masyarakat

  • @norhayatimohdyusof9704
    @norhayatimohdyusof9704 2 роки тому +4

    Terima kasih bonda. Sangat terinspirasi. Satu peringatan buat saya sebagai anak yg byk kekurangan dalam menjaga ibu bapa. Semoga Allah merahmati bonda , kedua arwah ibu bapa bonda dan seisi kluarga InsyaAllah

  • @sitimariaofficial2815
    @sitimariaofficial2815 2 роки тому +5

    Sedihnya.. Betul kata bonda.. Arwah mak saya pon kena tipu oleh adik beradik dan paling kecewa mak dia sendiri. .mak saya tak tahu baca tak tahu tulis.. Cuma dia selalu pesan jangan simpan dendam jgn marah diaorang.. Maafkan diorang dan selalu doa Allah swt maha kuasa dan maha memberi balasan.. Saya sedih dan rasa kesian kat arwah mak..saya teringat arwah mak saya.. Sedih bila kehilangan ni.. Semakin kita diuji ni rasa dekat sangat dengan Allah swt.. Sebab sebelum ni saya mungkin sibuk tapi bila mak ayah xde, saya banyak luang kan waktu utk agama, mengaji ke surau ..alhamdulillah semoga istiqamah saya..

    • @BumiRatuChannel
      @BumiRatuChannel  2 роки тому

      allahu-bagus sgt arwah mak puan-semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..amen ya mujib

    • @halimahtonjaafar6577
      @halimahtonjaafar6577 2 роки тому

      Alhamdulillah.. Bangga sungguh saya dengan Bonda... Muge bonda senantiasa di rahmati Allah selalu

    • @rinhyun7225
      @rinhyun7225 2 роки тому

      sedih kisah mak awak.

  • @surie_honey
    @surie_honey 2 роки тому

    Ya Allah.. apa yg bonda share ni mmg sy bsetuju sgt²... merendahkn hati.. rezeki itu dtg drpd Allah bkn drpd manusia.. kasih syg org tua, kita mlayan org tua kita, jaga mak bapa juga rezeki... insyaAllah Allah pasti pandang & mbalas dgn kbaikn... keberkatan hidup 😭

  • @ayamkukkuk3650
    @ayamkukkuk3650 2 роки тому +2

    Saya doakan smoga roh d tempatkan orang2 yg beriman , dan jauhkan dri siksa kubur , smoga bonda kuat .. bonda sngat baik .. trima ksih bonda buat kan kami kesedaran . Kami sayang bonda . Ikhlas dari saya iman .

  • @mamacomelkura278
    @mamacomelkura278 2 роки тому

    bagus ungkapan2 Bonda yg boleh menyedarkan hati yg sll lalai. mencari keredhaan Allah dlm menuju alam yg kekal.

  • @Tok_Karo
    @Tok_Karo 2 роки тому +5

    Terbaik kandungan video ni.syabas bonda. Menyentuh perasaan. Terima kasih

  • @shantisoma5414
    @shantisoma5414 2 роки тому +1

    I salute you madam. Love your advice. Admire your simplicity

  • @sarahesteban8316
    @sarahesteban8316 2 роки тому +1

    Alhamdulillah smoga arwah bonda bumi rratu channel d tmptkn dgn orng2 briman

  • @hasanathoha6665
    @hasanathoha6665 2 роки тому

    Allah...izinkan aku dapat mengumpulkan adik beradik sedara mara dlm keadaan selesa mcm ni...kurniakanlah kami rezeki yg melimpah ruah.amiiin.

  • @khadijahmohamed5084
    @khadijahmohamed5084 2 роки тому

    Syukur Alhamdulillah Bonda dpt berbakti kpd arwah Ibunya. Saya jgk sempat berbakti kpd arwah kedua org tua saya tapiiii mereka x sempat melihat kejayaan saya.
    Saya teringat Arwah Anak Sulung saya yg ingin buatkan saya rumah😭. Tapii hajatnya x kesampaian kerana dia telah kembali ke rahmatullah setahun yg lalu😭

  • @huh3084
    @huh3084 2 роки тому +4

    Terima kasih perkongsianya bonda 😭

  • @hennynurlia606
    @hennynurlia606 2 роки тому

    Harta yg kita miliki hnya titipan.
    Yg wakafkan akan mnjdi amal Jariyah mengalir kpd arwah..
    In syaa Allah.

  • @mummynoor5376
    @mummynoor5376 2 роки тому +1

    Assalamualaikum bonda..slm kenal..sy dari Bintulu,Sarawak..seronok sy dengar bonda bercerita...semoga amal dan ibadah yg bonda buat akn menjadi contoh kpd ank2..

  • @tiniamin6440
    @tiniamin6440 2 роки тому +1

    Terima kasih Bonda syer..sya mmg suka tgk rumah nenek cantik sgt❤️

  • @lenovotab6445
    @lenovotab6445 2 роки тому +4

    Peritnya bonda nak senang mcm skg

  • @hadijahsabar8621
    @hadijahsabar8621 2 роки тому +1

    Puas hati dah bagi semua yang mak nak. Alhamdulilah

  • @tembikaisedap13
    @tembikaisedap13 2 роки тому +3

    I cried watching this video..may Allah bless you puan and bless your mom also.. insyallah ❤️

  • @husnamustaffa4652
    @husnamustaffa4652 2 роки тому +3

    Terima kasih bunda benar sgt apa yg bunda cakap tentang kekayaan tentang rezeki🤲🏻

  • @sitiasmahjaafar8848
    @sitiasmahjaafar8848 2 роки тому +6

    Perkongsian yg sgt memberi inspirasi.

  • @chesenisulong98
    @chesenisulong98 2 роки тому

    ASalam wbt terharu dengan penceritaan Dan pencerahan tulus ikhlas puan hjh rozita Demi menjaga hubungan sillatulrahim sesama manusia juga untuk mendapat keredhaan Allah SWT Dunia Dan akhirat

  • @maimonatan6676
    @maimonatan6676 2 роки тому +1

    Masya Allah.
    moga Bonda jd ahli syurga..sgt baik kpd ibunya...

  • @khairunisabahar3876
    @khairunisabahar3876 2 роки тому

    Terima kasih bonda saya amik iktibar jadikan pengajaran buat saya

  • @mrssyiem
    @mrssyiem 2 роки тому

    Saya teringin nak duduk dgn bonda..dapat berkongsi ilmu n mendekatkan diri dgn Allah...

  • @foziahatan5315
    @foziahatan5315 2 роки тому

    Allah huakbar
    Cerita Bonda, membuatkan saya rindu sgt kat mak dikampong, nak pelok n nak cium mak saya, cuma blm dpt balik atas sebab2 tertentu. Sabarlah wahai hati
    Saya doakan Bonda tetap kuat n sihat sllu, aamiin

  • @zamirchannel7765
    @zamirchannel7765 2 роки тому

    Aah saya pun suka dengar ceramah Tokku pasir gudang! Memang best bonda! Banyak ilmu ilmu bermanfaat!

  • @thomasbarok8667
    @thomasbarok8667 2 роки тому

    Walaupun sya bukan muslim, perkongsian sgt bermanfaat kpd org lain. Tq.

  • @kiripitt4642
    @kiripitt4642 2 роки тому +2

    Saya rindu sangat dgn emak saya 😭

  • @sandyheaven6285
    @sandyheaven6285 2 роки тому

    Terima kasih bonda atas nasihat.banyak yg saya belajar mlm ni semoga arwah mak bonda ditempatkan bersama org2 yg beriman dan diampuni dosanya,diluaskan kuburnya.

  • @yuyiyuyu1214
    @yuyiyuyu1214 2 роки тому

    Antara org kaya yg byk memberi manfaat & nasihat utk agama Allah

  • @ainlee3239
    @ainlee3239 2 роки тому

    Berpakat2 jaga rumah pusaka arwah nenek ni ....jadi tempat berkumpul

  • @sofiahat4661
    @sofiahat4661 2 роки тому

    Jaga ibu sampai tutup usia dapat syurga tanpa hisab. Subhanallah

  • @ainlee3239
    @ainlee3239 2 роки тому

    Marah-marah arwah nenek tu sebenarnya membuka laluan syurga utk bonda dan ahli keluarga lain

  • @nelsonchupi4850
    @nelsonchupi4850 2 роки тому

    Bila melihat keadaan dgn apa yg di alami bonda sya dpt meradakn kesedihan itu..sebab sya pernah mengalami keadaan seperti itu 9 thun yg lepas semasa bapa sya meninggal dunia..namun yg pergi tetap pergi tapi yg pasti kenangan semasa hidup nya ttap dlm ingatan saya..

  • @misscomet796
    @misscomet796 2 роки тому

    Tk sedar air mata jatuh mengalir..rasa sebak pulak

  • @khayk2617
    @khayk2617 2 роки тому +1

    Alhamdullillah..wajib alfatihah dibaca buat arwah nenek..semoga ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman..aaminn.

  • @EzzaMuffinbiru
    @EzzaMuffinbiru 2 роки тому +1

    Allah sayang kan Ibu puan..Allah juga sayang kan Puan. Selepas ni tugas arwah Puan di galas oleh puan. Sekarang Puan lah pengganti arwah ibu kepada adik adik puan. Puan lah tempat mereka mengadu dan tempat mereka berkasih sayang. Semuga kehidupan puan akan lebih bermakna kerana sentiasa di kelilingi oleh orang orang yang sentiasa menyanyangi puan. Saya doa kan agar puan akan sentiasa sihat dan di permudah kan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin..

  • @tiny80a
    @tiny80a 2 роки тому

    Semoga sy berpeluang berbakti kpd mak sy jg...terima kasih bonda atas segala kata² hikmah...

  • @lizakarim7650
    @lizakarim7650 2 роки тому +1

    In syaa Allah, semoga mak Bonda tenang disana.... aamiiin2 yra 🤲🏻💖

  • @asmaamin7721
    @asmaamin7721 2 роки тому

    Terima ksh byk bonda.... Doakan saya boleh jadi macam bonda.. Perkongsian yang amat bermanfaat sggh.. Aamiin ya Allah ya mujib

  • @sunshinebright5216
    @sunshinebright5216 2 роки тому

    Alhamdullilah....selagi mampu...aku cuba memenuhi permintaan ibu...arwah abah dah tiada...dan in syaa Allah tak akan putus sedekahnya untuk arwah abah dan ibuku serta kedua arwah ibubapa mertua ku...terima kasih Ya Allah swt 🤲🤲..😭😭

  • @aarflowers9066
    @aarflowers9066 2 роки тому

    Terima kasih BCR perkongsiannya amat berguna sekali.. semoga BCR dipanjangkan usia dengan segala keberkatan.

  • @dsinarberkat635
    @dsinarberkat635 2 роки тому

    Assalamualaikum mari kita sedekah arwah mak bonda untuk melepaskan azab semoga arwah mak bonda di kalangan orang yang meriman

  • @SamsungA-hj7uq
    @SamsungA-hj7uq 2 роки тому +1

    Assalamualaikum bonda terima kasih kongsi cerita kehidupan bonda sekeluarga untuk arwah emak bonda alfatihah

  • @husnamustaffa4652
    @husnamustaffa4652 2 роки тому

    Besar bakti bunda Allahuakhbar semoga Anak2 bunda pun berakhlak mulia seperti bunda😭 betul jgn jual bunda kenangn mak ada kat situ, buat tempat kumpul2 keluarga, eratkn silaturahim buat majlis2 ilmu semoga berkah tempatnya…

  • @nh87toosmart
    @nh87toosmart 2 роки тому

    Saya pun penggemar tokku pasir gudang...... Alhamdullillah. Tak sangka bonda pun follow tokku pasir gudang.....❤️

  • @hannawati8103
    @hannawati8103 2 роки тому

    masya' Allah bunda saye suke melihat bunda yg sungguh baek hati dg sesame, baek same pekerje rumah, tak ad samelah, smg Allah membalas budi baek bunda

  • @sangorasangora4358
    @sangorasangora4358 2 роки тому

    Alhamdulilah shearing vedio nya motivation yg sgt Bagus .semoga bonda kuat dn dlm lingdungan Allah Aminnnnnn

  • @saridahharunsaridah6080
    @saridahharunsaridah6080 2 роки тому

    Alhamdulillah..terima kasih bonda yg byk BG pengajaran...semoga sy juga dpt berbakti seperti bonda

  • @rosputih3403
    @rosputih3403 2 роки тому

    Samalah bonda.. Kita pun jaga emak yang uzur.. Walaupun tak sekolah tinggi mana.. Saya akan cuba bagi yang terbaik untuk emak..

  • @HugoQadri
    @HugoQadri 2 роки тому +1

    Cantik tandas oku bilik mak bonda. 👍🏻

  • @ainlee3239
    @ainlee3239 2 роки тому

    Salam Bonda...simpan rumah ni sebagai tempat semua famili berkumpul ...jangan jual....

  • @ylvisfan390
    @ylvisfan390 2 роки тому

    Bonda orangnya penyayang dan berhati emas

  • @wansue2
    @wansue2 2 роки тому

    Pasal epf tiba2 teringat mak...saya blm layak untuk mengeluarkan epf tp baru2 ni bila blh mengeluarkan dgn cara i lestari i citra saya betul2 bersyukur krn duit tu la saya blh membuat mak merasa happy biar saya x merasa duit tu untuk diri sendiri tp saya dahulu kn untuk mak merasa..dgn cara itu saja saya dpt membalas budi mak yg paling penting mak happy buat saya happy..mak saya org kurang upaya dn bkn jenis berada..terima kasih allah krn memanjangkn umur mak ..amin

  • @husainmahadi5971
    @husainmahadi5971 2 роки тому +3

    Satu perkongsian yang menyentuh hati ,saya kedua orang tua pun dah tak der,rindu yg paling perit pada yg tiada .Takziah untuk bonda sekeluarga.

  • @raudatuljannahherira6344
    @raudatuljannahherira6344 2 роки тому

    Puan rozita ad chenell bru tau..sehat sukses slalu lh bos lama Aq..

  • @julinafingerman3070
    @julinafingerman3070 2 роки тому +1

    Ta puas aku mendengarkn kisah bundah.

  • @norrehah993
    @norrehah993 2 роки тому

    Alhamdulillah dgn perkongsian pengalamam, Moga sama2 jadikan iktibar. Moga Arwah ibu tenang Di tmn2 syurga Allah SWT.

  • @eijaeijacute
    @eijaeijacute 2 роки тому

    Penerangan n pengajaran yg cukup bmakna tq bonda

  • @mac8999
    @mac8999 2 роки тому

    Nampak sangat bonda ni orang kuat😊😊💪💪❤❤

  • @ArnyfirmsnAini
    @ArnyfirmsnAini 2 роки тому

    Dh rasa apa yg bonda rasa,bila mak dh takda rasa kosong dunia dn isi nya...dh tiga taun mak pergi tp tak pernah bt airmata ni dr mengalir merindukan arwah

  • @psychopathsumanto2892
    @psychopathsumanto2892 2 роки тому

    Kenal bonda ni dulu duk Felda Kechau 1 , ada buka kedai runcit , dn kluar dari Felda thun 90an ..kami pggil bonda ni dulu cik ta cantik 😁..

  • @mohammadhussien3654
    @mohammadhussien3654 2 роки тому +1

    Jam itu juga terus pembantu ambik botol jamu itu.jamu ini. Terus minum nak tunjuk yang minum jus itu jus ini. Berlakon betul. Kipidap.

  • @julinafingerman3070
    @julinafingerman3070 2 роки тому

    Subahanallah..indahnya kisah mu hambah allah yg sangat beri menginspirasi jiwa sya.terimakasih kongsikn ilmunya.semoga ibundah bahagia dunia dn akhirat.aminn..

  • @suhailashoadsaad7400
    @suhailashoadsaad7400 2 роки тому

    Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk. Ayah sy pun ditipu kakak ipar, harta pusaka semua hilang. Tp ayah redhakan mmg alhamdulilah rezeki kami sekeluarga xpernah susah

  • @ajkoehler5972
    @ajkoehler5972 2 роки тому

    Kita ni bila masa usia mida berusaha cari rezeki lebih sampai dpt mampu ada rumah besar tp nanti bila kita dipanjangkan umur merasa bila kita dah tua , time kita dah kurang upaya , nak naik tangga pun dh tak larat mesti akan terasa . Melainkan anak ramai , buat rumah utk semua berkumpul . Tp klu family kita ni kecil je , anak2 pun tak ramai ,2/3 org je buat apa nk buat rumah besar2 pun . End up kita hanya sibukkan diri dgn bekalan akhirat je nti bila dh tua . Ni berdasarkan apa yg org lain rasakan je . Ramai je yg org senang buat rumah besar2 , tp skrg dah tua duduk kat pondok je ramai . Cari bekalan akhirat .

  • @hayanizakaria3392
    @hayanizakaria3392 2 роки тому

    Alhamdulillah...kita menerima tazkirah yg mendlm maknanya

  • @mystarviral6366
    @mystarviral6366 2 роки тому

    Terbaik bonda 😭... Allah bg kemewahan dpt berkongsi bersama keluarga tercinta...