Dusun Tagahas from Kota Marudu

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 жов 2024

КОМЕНТАРІ • 17

  • @rahzamdy
    @rahzamdy Рік тому

    Hahahaha my relatives from Manggatal, Inanam, Tamparuli ni

  • @alinahgison7615
    @alinahgison7615 2 роки тому

    Penampakan my mum😘

  • @demusderis
    @demusderis 5 років тому +10

    Asal usul Tagahas ni dari ulu Inanam, sebahagian Tambunan dan ulu penampang. Ulu Papar pun ada juga. Kebanyakan yg tinggal d Kota Marudu skrg ni berasal dari Kionsom Inanam.

    • @harryanzharryanz5811
      @harryanzharryanz5811 5 років тому

      Irad di kini

    • @kakokmas566
      @kakokmas566 5 років тому

      Saya suku tinagas ranau.yg saya tahu tinagas ni asal nya di ranau.tinagas yg ada di kota merudu asalnya dari ranau.datuk saya di ranau ,adik datuk saya di kota merudu.mereka terpisah lebih kurang 50 tahun gara gara era penjajahan.saya malas nak taip banyak terlalu panjang cerita

    • @harryanzharryanz5811
      @harryanzharryanz5811 5 років тому

      @@kakokmas566 tagahas sama tinagas sama ka???

    • @kakokmas566
      @kakokmas566 5 років тому

      @@harryanzharryanz5811 ya sama.panggilan tinagas ni dari suku tinagas .kalau tagahas panggilan dari suku suku lain.suku lain panggil kami tagahas

    • @jezzyimbayan9697
      @jezzyimbayan9697 4 роки тому

      lain laa Tagahas dgn Tinagas....lain suku tu

  • @sidneydizon3184
    @sidneydizon3184 2 роки тому +2

    Dari kg lumpoho ulu tuaran

  • @mrginuk
    @mrginuk Рік тому

    Tagahas ni kbanyakan dr tuaran dan ranau..

  • @ChrisalynMarinaOlumis
    @ChrisalynMarinaOlumis Рік тому

    Dusun Tagahas/Tagaas/Tegaas
    Legenda Nunuk Ragang dan Migrasi Keluar serta nama "Tagahas" :
    Seperti kebanyakan suku-suku Dusun, Tagahas juga percaya nenek moyang mereka berasal dari Nunuk Ragang. Menurut legenda, ada 12 adik-beradik yang mendiami Nunuk Ragang dan Tagahas merupakan keturunan anak yg ke 12. Sbnrnya tugas anak ke 12 dan keluarganya ini adalah menjaga dan mewarisi penempatan Nunuk Ragang sbg "Tadon Tangkob" (waris rumah) dengan "Gantung Sorili" dan "Tagaman" (dua buah tempayan besar) sebagai "Sogia'an" (warisan) namun terpaksa meninggalkan Nunuk Ragang kerana "serangan orang Minorit" ras yang keluar dari tanah (mgkn metafora serangan wabak penyakit atau benar-benar mereka diserang oleh sebuah suku yg sangat ganas dan kejam) dan pergi ke arah Barat menelusuri Sg Liwagu dengan dipandu oleh seekor ayam sakti yang pandai berbicara. Mereka sampai ke Tambunan dan ayam itu terbang ke "Libabou" (Kayangan). Legenda ini juga dikongsi oleh suku-suku Central Dusun yg lain seperti Liwan, Bundu, dan Tindal. Maka kemungkinan besar adalah semua suku Central Dusun adalah keturunan kumpulan terakhir yang meninggalkan Nunuk Ragang. Ada pendapat mengatakan kumpulan terakhir ini dipanggil "Payat Tolinting" dan anak terakhir itu bernama Aki Lintobon.
    Berbalik ke legenda bagaimana suku Tagahas mendapat nama, ini kerana apabila mereka sampai di Tambunan, mereka membuat penempatan di sebuah tempat yang banyak pokok Magahas maka mereka menamakan suku mereka sbg "Tagahas" (bermakna orang dari Magahas, "Ta" adalah perkataan Austronesian utk "orang"). Setelah beberapa lama di Tambunan mereka diserang oleh sebuah suku barbar yang ganas dan kejam dinamakan "Korupan." Kononnya suku ini berekor. Tdk diketahui adakah suku ini benar-benar wujud atau hanyalah metafora sbg justifikasi utk berhijrah ke tempat lain.
    Sejarah Penghijrahan :
    Semasa mula-mula sampai ke Tambunan, sdh ada suku-suku lain seperti Tuhawon, Tibabar, Gana, Kuriyou, Lobou, Polupu, Montuk, Karanaan yang berada di sana dan kemungkinan mereka "misangod" (berperang) untuk menguasai lembah Pegalan. Maka dengan itu, Tagahas berpindah lagi ke arah Barat namun meninggalkan satu kumpulan di Tambunan utk menjaga Gantung Sorili kerana tdk mampu mengangkat tempayan yg besar itu. Tujuan utama kumpulan yg berhijrah adalah ke dataran Penampang kerana dekat ke pesisir pantai untuk "monginbandau" (memasak garam) dan berdagang serta kawasan yg datar untuk menanam padi dan menternak haiwan namun suku Tangara yang telahpun mendiami dataran Penampang telah memberi tentangan hingga kumpulan penghijrah ini terpaksa pergi menetap di kawasan ulu Sungai Tuaran dan Kg Pahu. Suku Tangara adalah keturunan Payat Longguvai yang pertama keluar dari Nunuk Ragang. Ada kumpulan yang cuba pergi lebih dekat dgn pesisir pantai di kawasan dataran Tuaran namun kawasan ini dikuasai oleh suku Lotud. Akhirnya kumpulan tersebut pergi ke kawasan dataran Inanam-Menggatal namun tempat tersebut telah didiami oleh suku Tobilung dari Payat Mononggingi yang lebih awal keluar dari Nunuk Ragang. Bagaimanapun, suku Tobilung di Inanam menerima kedatangan penghijrah ini dengan baik dan mereka hidup aman dan berasimilasi.
    Suku kaum Tagahas menguasai kawasan Ulu Tuaran dan mendirikan sebuah kerajaan yang menguasai 14 kampung dan berpusat di Kg Lokos d mana Tajau Tagaman disimpan. Namun suku Tagahas di Kg Pahu tdk mahu takluk pd Lokos menyebabkan peperangan antara sesama suku Tagahas. Kedatangan suku Bundu ke kawasan Tuaran menyatukan semula suku Tagahas di Tuaran utk melawan serangan suku Bundu. Pada akhirnya suku Tagahas dan Bundu juga bersatu menyerang suku Lotud yg menghalang mereka monginbandau dan mongimbadi di kawasan pesisir.
    Kerana jumlah penduduk di Lokos telah bertambah dan terjadinya persaingan sesama suku utk kwsn pertanian, satu kumpulan Tagahas berhijrah ke kawasan Ulu Papar. Perkampungan mereka bermulai dari Togudon turun menghilir Sg Papar hingga ke Kinarut dan Kg Mandalipau Papar di mana mereka mulai berjumpa dengan suku Kwijau dan Tangara yg menguasai dataran Papar dan Ulu Sg Kimanis serta bangsa Brunei yang memungut "buis" (cukai). Tagahas memanggil orang Brunei ini sbg "Tabai".
    Kumpulan penghijrah ini juga mendirikan kampung-kampung di sekitar pedalaman Penampang spt Ulu Moyog, Ulu Timpangoh, Ulu Putaton, dan Ulu Sugud. Namun di Ulu Moyog mereka bersaing dgn suku Sinulihan hingga menyebakan Perang Sosopon, di Ulu Putaton mereka diserang wabak penyakit dipanggil "Sakit Tuntuad" yg menyebabkan byk kematian dan mereka terpaksa meninggalkan penempatan ini, manakala di Ulu Sugud mereka berperang dgn suku Bangkaakon yg kononnya tinggi-tinggi lampai hingga menyebabkan kekalahan suku Tagahas di sana. Pd hari ini, Suku Bangkaakon yg berasal dari Kinabatangan ini bagaimanapun tdk wujud lg kerana telah diasimilasi oleh suku Tangara. Di Kinarut, suku Tagahas berbaik-baik dgn suku Tangara di sana hingga berasimilasi. Berbalik ke Ulu Papar, ketika org2 Tagahas mula2 sampai ke sana, tempat tersebut dikuasai oleh sebuah suku yang kaya dengan peralatan-peralatan logam. Suku ini tdk melawan dan menyerahkan peralatan2 logam mereka sblm berpindah ke tmpt lain. Tidak diketahui nama suku ini dan ke mana mereka berpindah namun kemungkinan suku ini pandai berdagang hingga mendapatkan peralatan logam. Suku Tagahas di Ulu Papar juga ada legenda mengatakan mereka pernah berhijrah ke tmpt yg dkt dgn "rahat" (laut) namun diserang oleh "Orang Laut" sblm pergi ke ulu Papar, namun tdk dpt dipastikan tmpt itu d mana. Kemungkinan besar tmpt itu adalah kwsn Sembulan iatu tmpt monginbandau org Tagahas atau di Putatan atau Hilir Kinarut.
    Satu kumpulan Tagahas dari Ulu papar berhijrah ke Tambunan dan bersatu dgn kumpulan yg menjaga Gantung Sorili yg bersahabat dgn suku Tibabar. Mereka bersatu melawan suku Tuhawon dan suku Gana. Suku Tuhawon yg berasal dari Ulu Sugut adalah suku yg dominan di Tambunan sblm kedatangan suku Bundu dan suku Liwan yang mengasimilasi mereka hingga pd hari ini suku Tuhawon cuma ada d Kg Tikolod. Suku-suku kecil spt Karanaan, Polupuh, Montuk, Lobou, juga akhirnya diasimilasi oleh suku Liwan.
    Zaman Misangod Rondom dan Mangayou :
    Semasa zaman Misangod Rondom (Perang Kegelapan) dan Mangayou (Headhunting) ini, suku Tagahas berperang dengan hampir kesemua suku berdekatan mereka. Suku Tagahas berperang dgn suku Tangara, Bangkaakon, Sinulihan, Liwan, Bundu, Lotud, Tuhawon, Gana, Kwijau, dan juga Brunei dan Bajau. Suku Tagahas terlibat dlm Perang Jalan Garam melawan Liwan dan Tuhawon yg menuduh Tagahas menyerang rombongan pedagang mereka, Perang Pogunon mlwn Tangara dan pedagang Liwan utk menguasai Tamu Inobong, Perang Sosopon mlwn suku Sinulihan utk mengusai kwsn Sungai Moyog atas, Perang dgn suku Bangkaakon utk menguasai Ulu Sugud, Perang Tuaran mlwn suku Bundu kerana perebutan tanah dan mlwn suku Lotud yang menghalang mereka berdagang ke pesisir, perang mlwn suku Tuhawon Kionop yang mahu menguasai Ulu Papar, perang terhadap suku Kwijau dan Tangara di Papar utk menguasai dataran Papar dan Ulu Kimanis, dan Perang Tambunan mlwn Bundu-Liwan utk menguasai dataran Tambunan.
    Tagahas juga terlibat pemberontakan terhadap British spt Pemberontakan Mat Salleh, Penyerangan Kudat oleh Mat Sator, pemberontakan Langkap di Kota Belud, dan Pemberontakan Kandurong seorang pemimpin bandit Tagahas yang menyerang Papar dan Putatan. Itulah sebabnya suku Tagahas sangat dibenci oleh suku-suku lain terutamanya Tangara dan Liwan yg menjadikan panggilan "Tagahas" sbg ejekan kononnya Tagahas adalah kumpulan tdk bertamadun yg tggl di atas perbukitan dan suka merompak ternakan dan hasil pertanian orang. Padahal suku Tagahas juga membantu suku Tangara apabila diserang oleh lanun dari laut yg cuba merompak harta benda mereka dan tdk semua kampung org2 Tagahas yg bermusuh dgn Liwan, ada yg "Monongkuada" (berkecuali).
    Perdamaian :
    Satu perjumpaan besar suku-suku Dusun yg terlibat dlm Misangod Rondom utk menyelesaikan perselisihan telah diadakan diadakan di Kg Widu tmpt Gantung Sorili disimpan pd tahun 1870an ats usaha Aki Sogunting. Wakil dari bangsa Bajau juga hadir. Tujuan utama perjumpaan ini ialah menyelesaikan permusuhan antara suku-suku Dusun yg sbnrnya bersaudara dan sama2 berasal dari Nunuk Ragang serta mengamankan tmpt2 perdagangan dan Jalan Garam yg terdapat di Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, dan Papar. Hasilnya, keamanan dpt dicapai selama lebih kurang 15 tahun. Namun perang mulai tercetus ketika zaman penentangan terhadap British kerana setiap suku menyokong pihak yang berlainan. Paling tragis ialah pemberontakan Mat Salleh di Tambunan d mana Tagahas menyokong Mat Salleh manakala Liwan menyokong British. Korban jiwa di kedua-dua suku yg bersaudara ini sgtlh byk pdhal kedua-dua suku telah "Mipopol" (bersumpah siapa yg melanggar sumpah akan ditimpa bala) utk berdamai ketika Perdamaian Aki Sogunting di Gantung Sorili. Bagaimanapun, suku Tagahas dan Liwan telah berdamai semula slps kekalahan Mat Salleh. Perang Tuaran juga berakhir apabila British memanggil pihak2 yang terlibat dan memutuskan Tagahas dan Bundu berdagang di kawasan yang jauh drpd penempatan suku Lotud. Perang Tagahas-Tuhawon Kionop juga didamaikan oleh British dan tugu sumpah perdamaian mereka masih ada di Ulu Papar hingga sekarang.
    Penempatan pada hari ini :
    Tuaran - Kg Lokos & kampung2 sekitarnya, Kg Pahu, Kg Pukak
    Menggatal - sekitar Ulu Sg Menggatal
    Inanam - sekitar Ulu Sg Kionsom
    Penampang - 9 buah kampung seluruh kawasan Ulu Papar
    Papar - kawasan Kaiduan dan Kinarut
    (dialek Tagahas Ulu Papar dan Kaiduan tdk berbeza kerana dua kawasan ini adalah berdekatan, sy hrp ada orang Tagahas dari Ulu Tuaran, Menggatal, Inanam, dan Tambunan memberi respon bagaimana dialek Tagahas mereka)
    Tambunan - sekitar mukim Toboh
    Tongod - Kg Keramuak/Koromuok (migrasi dari Ulu Papar)
    Keningau - Kg Monsok & Kg Magatang (migrasi dari Ulu Papar)
    Kota Marudu - sekitar pekan Bandau (migrasi dari Kionsom, Inanam)

  • @kristinbellamy53
    @kristinbellamy53 6 років тому +1

    Hai mandak

  • @yinyang6464
    @yinyang6464 5 років тому

    Tagahas bukn dri tmbunan dan penampang kh

    • @demusderis
      @demusderis 5 років тому +1

      Kota Marudu pun ramai juga terutama di kawasan berhampiran pekan cth: Kg. Lotong, Bunsadan dan Goshen. Tapi asal usul dari Inanam

    • @vrysonboboy9698
      @vrysonboboy9698 5 років тому

      Dri jamaica pun ada bb tagahas.. Hmm

    • @harryanzharryanz5811
      @harryanzharryanz5811 5 років тому

      Ya tapi misti buat gg palsu.... Hmmm