Day16: Cycling dari Golok sempadan Malaysia-Thai ke Tak Bai, Narathiwat. (S:2 Kayuh Touring)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 сер 2022
  • Season 2 Day 16: Lepas second swab test aku pun bebas untuk travel ke seluruh Thailand. Jadi semalam aku naik bas patah balik 700km dari Phuket ke Sg Golok untuk mulakan kayuhan sebab aku nak sambung kayuhan aku yang sangkut kat sempadang Malaysia-Thai masa pandemik. So ni pengalaman pertama aku di Golok. Selama ni bila sebut Sg Golok Thailand aku agak skeptikal, takut, rasa tak selamat, pistol senapang merata jual, selalu ada tembak-tembak, banyak gangster... tapi tu semua perception. Realitinya Sg Golok aman damai dan selamat walaupun aku sorang-sorang. Orang sana baik-baik dan ramai muslim. Nak makan pun senang. Biasa cyclist masuk Thai akan lalu Hatyai-Krabi (pantai barat). Jarang-jarang lalu pantai timur Thai yang lebih cantik
    ............................................................................
    Join kami di Telegram Channel untuk update terkini:
    t.me/zeroto8000
    FOLLOW SAYA DI:
    Facebook: / khafiz.alkicok
    Instagram : / khafizalkicok
    Tiktok : vt.tiktok.com/ZSdQFtB2f/
    FOLLOW ZEROTO8000:
    Facebook: / zeroto800
    Website : www.zeroto8000.com
    Telegram: t.me/zeroto8000
    Instagram : / zeroto8000
    ........................................................................................
    Assalamualaikum, Alhamdulillah, ini adalah season 2 perjalanan panjang aku dengan berbasikal dari Tanjung Piai Johor hingga ke Pakistan untuk mendaki Gunung K2.
    Kenapa aku berbasikal touring untuk ke Pakistan dan mendaki gunung?
    Sebenarnya impian aku ialah mendaki Gunung Everest. Beberapa tahun lepas aku cuba cari sponsor untuk ke Everest tapi malangnya tiada layanan dari banyak pihak dan aku hampir lupakan impian ini. Aku dah training bertahun-tahun cuba cari pengalaman, ilmu dan fitness terbaik tapi tak berjaya mendapat dana.
    Jadi kali ini aku nekad untuk cari dana sendiri. Dan aku tak merancang nak hebahkan kat media sosial sebab ini adalah impian aku sendiri. Jadi pada bulan Jun 2020 lepas Lockdown 1.0 pandemik covid, aku mula berbasikal touring menuju ke Pakistan. Sebenarnya kalau aku nak ke Everest, aku patut berbasikal ke Nepal. Tapi dalam masa sama aku ada impian nak berbasikal di Karakoram Pakistan. Jadi aku fikir, baik aku berbasikal dari Titik paling selatan benua Asia Tanjung Piai hingga ke Pakistan. Nanti dah sampai Pakistan aku nak upload video ke youtube dan cuba dapat dana dari UA-cam. Masa tu cuma beberapa orang kawan yang tahu rancangan aku ni dan tiada sosial media
    Sedang dalam perjalanan aku fikir lagi, disebabkan aku nak ke Pakistan, why not aku tukar dari naik Everest kepada Gunung K2, gunung kedua tertinggi dunia. Lagipun Everest orang Malaysia memang dah terbukti boleh sampai puncak. Ini bermakna perjalanan aku lebih susah dan mencabar. Gunung K2 memang terkenal dengan cabaran dan kesukarannya.
    Jadi, aku pun cycling dan sampai ke sempadan Thailand di Kelantan. Masa tu aku fikir sempadan akan dibuka tak lama lagi. Tak sangka pandemik berlarutan sampai 2 tahun. Jadi perjalanan aku terhenti di sempadan Thailand selama lebih 1 tahun.
    Kemudian beberapa orang kawan aku tahu tentang rancangan aku ni. Memang aku tak pernah post di social media jadi tiada siapa tahu. Bila kawan-kawan ini tahu (@Abdul Hadi dan kemudian beberapa orang lagi iaitu @Rozaimi, Yahya, KA Ibrahim, Affendy, dan Kuyek), mereka mula tanya tentang macamana aku nak cari dana. Aku pun terangkan rancangan aku dan mereka beritahu agak mustahil untuk aku mengumpul dana kalau hanya bergantung dari youtube. Sebenarnya aku juga rancang nak jual rumah aku untuk dapat duit untuk naik Gunung K2.
    Tapi kawan-kawan aku berbincang dan dapat idea yang lebih baik iaitu dengan membuat hebahan di media social supaya kami dapat mengumpul dana dengan cara menjual tshirt dan barangan lain dengan jenama #zeroto8000 . Selain ini ia juga bertujuan untuk menjadikan perjalan ini lebih bermakna untuk masyarakat dan negara. Tapi dengan syarat aku mesti setuju untuk keluar ke media dan tidak lagi bersembunyi di balik impian sendiri. So ok... deal. Alhamdulillah dengan sokongan kawan-kawan impian aku sekarang semakin hampir.
    Zeroto8000 ; perjalanan dari titik zero di Tanjung Piai, Zero support, Zero dana, Zero social media dan cuba menuju puncak dunia 8000 meter
    Aku harap chanel youtube ini juga mendapat sambutan dan membantu aku mengumpulkan dana hingga RM470,000 iaitu kos keseluruhan termasuk training di beberapa gunung 8000meter.
    Terima kasih kerana menyokong. Janagn lupa support dengan membeli barangan di www.zeroto8000.com. Sumbangan anda amat kami hargai
    Follow FB : / khafiz.alkicok
    Instagram: Khafiz Al Kicok
    Tiktok : vt.tiktok.com/ZSdQFtB2f/
    Website : www.zeroto8000.com
    Telegram: t.me/zeroto8000
    #touring #cycling #basikal #kayuh
    #gemuruhjiwa
    #malaysiaberdikari #khafizalkicok #zeroto8000 #foldie

КОМЕНТАРІ • 13