MASJID AL HUSSAIN | KUALA PERLIS, PERLIS

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 28 лис 2024
  • Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Oktober 2011. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
    Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
    Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.

КОМЕНТАРІ • 4

  • @bankofcontentwr
    @bankofcontentwr 8 місяців тому

    assalamualaikum tuan..sya nak mintak izin untuk download dan guna footage tuan boleh ?

    • @IzzuddinHalim
      @IzzuddinHalim  8 місяців тому

      Wasaalm, silakan. Boleh guna utk kegunaan peribadi sahaja ya.

    • @bankofcontentwr
      @bankofcontentwr 8 місяців тому

      terima kasih tuan..@@IzzuddinHalim

  • @Aming-zu9pc
    @Aming-zu9pc 8 місяців тому

    Saya pernah kerja di mesjid ini tapi tal lama karna disuruh pindah sama toke saya orang indonesia