PST2020 - LAGU-LAGU RAKYAT ETNIK IBAN (SARAWAK)
Вставка
- Опубліковано 5 лис 2024
- Negeri Sarawak kaya dengan pelbagai khazanah. Justeru itu, Panggung Seni Tradisional Negeri Sarawak, cuba untuk mengetengahkan semula lagu rakyat yang memfokuskan kepada etnik Iban supaya ia dapat diperdengarkan semula kepada khalayak tempatan dan pelancong. Menghimpunkan semua lagu rakyat etnik Iban seperti Tum Ketumba, Main Leka, Didit Dinai dan Bujang Senang. Kesemua lagu ini belum pernah ada rakaman dan hampir pupus kecuali lagu Tum Ketumba. Penggunaan alat muzik lebih kepada penggunaan alat muzik tradisional seperti gendang dan sape'. Lain-lain instrumen akan digunakan mengikut kesesuaian tetapi tetap bertunjang kepada tradisional. Produk sebegini akan menjadi bahan dokumentasi agar terpelihara dan kekal sepanjang zaman.
Sumber: JKKN Sarawak