RETROSPEKTIF : MENYAHUT PANGGILAN TANAH SUCI (1975)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 лип 2022
  • #LensaFINAS
    #RetrospektifSinema
    Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2022, FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'MENYAHUT PANGGILAN TANAH SUCI' (1975) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) arahan Osman Haji Sahamsuddin dokumentari yang merakamkan DYMM SPB YDA ke - 5 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama DYMM SPB Raja Permaisuri Agung yang menyahut panggilan ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu Haji pada 17 Disember 1974 bersamaan 3 Zulhijjah 1394H. Sebelum berangkat, satu upacara ringkas telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sambil diiringi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan orang kenamaan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah DYMM SPB YDA dan Raja Permaisuri Agung telah disambut oleh DYMM Al-Malik Faisal dan pegawai-pegawai, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi serta pegawai-pegawai kedutaan Malaysia. DYMM Al-Malik Faisal telah memperkenankan DYMM SPB YDA dan tetamu-tetamu Agung baginda dari negara Islam yang lain untuk turut serta dalam upacara membasuh Kaabah. Turut dirakamkan adalah perlakuan syarat dan rukun Haji yang wajib dilaksanakan bagi menyempurnakan Rukun Islam ke - 5 ini. Tonton dokumentari istimewa ini secara eksklusif hanya di UA-cam FINAS Malaysia pada 8 Julai 2022 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di • RETROSPEKTIF : MENYAHU...
    Filem Kita, Citra Kita
    #FilemKitaCitraKita
    #FINASMalaysia
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 72

  • @WaterKickHead
    @WaterKickHead Рік тому +14

    Haji Che Det the legend.

  • @mohamadarieframadhanhaali3728
    @mohamadarieframadhanhaali3728 Рік тому +4

    Innalillahi wainna ilaihi rojiun...king faisal telah meninggal dunia 3 bulan selepas ibadah haji tahun 1974 iaitu pada mac 1975 akibat dibunuh anak saudaranya sendiri...moga Allah merahmati rohnya yg telah banyak menyumbang bakti kepada dunia Islam...begitu juga Almarhum Sultan Abdul Halim Shah yg menjadi agong sebanyak 2 kali sebelum mangkat pada 2017...

  • @umarhasfizal5823
    @umarhasfizal5823 10 місяців тому +4

    Suara Latar
    Munawar Azmie

  • @nazriibrahimali1071
    @nazriibrahimali1071 Рік тому +7

    Terbaik juga pengulas, tak kekok baca ayat quran dan hadis.

  • @saywhatuwanttosay
    @saywhatuwanttosay Рік тому +6

    Cantek betul pakai baju melayu dgn sampin 😍

  • @adamahmad1262
    @adamahmad1262 Рік тому +11

    Alhamdulillah.Semoga dipjgkan rezeki kita semua untok ke Tanah Suci.Terima kasih FINAS.

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +7

    Al fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya Aamin ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih Finas

  • @amiami6254
    @amiami6254 Рік тому +5

    Almarhumah moyang saya Ada pergi tahun 70 an Naik Dari subang airport

  • @kiringthemoods3793
    @kiringthemoods3793 Рік тому +7

    Terbaik nostalgia bossku😍🤩😘

  • @mohdazim1514
    @mohdazim1514 11 місяців тому +1

    Terima kasih Finas.... rindu Almarhum Sultan Abdul halim & Almarhumah Sultanah Bahiyah...

  • @Dancetilldeathdousapart
    @Dancetilldeathdousapart Рік тому +4

    17:40 lawanya raja permaisuri agong❤️❤️

  • @wafiyzainal
    @wafiyzainal Рік тому +5

    Bersamping dan berbaju melayu. Penuh adat budaya dan jati diri.

  • @mohd6537
    @mohd6537 Рік тому +1

    suka betul al Malik Faisal jumpa Sultan Abdul Halim,,, sampai 2 kali

  • @sagasilver7990
    @sagasilver7990 Рік тому +7

    Terbaik Finas.. YDPA ke 3 Almarhum Tuanku Syed Putra Al Haj ke Mecca menunaikan fardu haji pada tahun 60an..YDPA ke 5 Almarhum Sultan Abd Halim berangkat ke Mecca..tahun 70an..

  • @rohmanabdul3403
    @rohmanabdul3403 Рік тому +3

    alhamdulillah...terbaik finas jumaat depan...masjid negara malaysia

  • @hambiaq
    @hambiaq Рік тому +7

    cantiknya terminal 1 airport subang. sayang sekali ada tangan2 rakus yang dah merobohkan binaan bersejarah ini :(

  • @faisalchepa9472
    @faisalchepa9472 Рік тому +4

    Ada satu lagi rakaman dokumentari ni dalam hitam putih dirakam ketika Almarhum KDYMM YDPA Tuanku Syed Putra menjadi Agong

  • @creedveins1
    @creedveins1 Рік тому +16

    Beberapa bulan slps kunjungan haji ini, Raja Al Malik Faisal telah terkorban, dibunuh oleh anak saudaranya sendiri, bermotifkan dendam pada tanggal 25 Mac 1975

    • @uoz-gr1vc
      @uoz-gr1vc Рік тому +2

      dulu haji tahun 1975 di bulan brapa

    • @creedveins1
      @creedveins1 Рік тому +4

      @@uoz-gr1vc di awal documentary ni diberitahu tarikh YDPA berangkat ke Mekah pada tanggal 17 Dis 1974 bersamaan 3 Zulhijjah 1394H, maksudnya setahun lps tu pun Dec 1975

    • @tehaisikattepi9393
      @tehaisikattepi9393 Рік тому +7

      Maknanya Al Malik Faizal Berjumpa Dgn Dua Orang YDPA Kita La . Kan Tahun 60an YDPA (Raja Perlis) Pun Pi Tunai Haji Jugak

    • @muhammaddanial1658
      @muhammaddanial1658 Рік тому

      Bukan motif dendam,tp campur tangan amerika dalam urusan kewangan diraja.

    • @ArfahHjRafi
      @ArfahHjRafi 11 місяців тому

      ​@@creedveins10:06

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +3

    Terbaik untuk semua Terima kasih Finas

  • @creedveins1
    @creedveins1 Рік тому +3

    Tan Sri Mohamed Yaacob (Allahyarham) bekas menteri kabinet 70an dan bekas Menteri Besar Kelantan (1978-1990)

  • @aimanzulhilmi9873
    @aimanzulhilmi9873 Рік тому +3

    Almarhum Sultan Abdul Halim dan Almarhumah Sultanah Bahiyah

  • @matisa2579
    @matisa2579 Рік тому +4

    Alhamdulillah wa syukrikillah, terima kasih admin, mohon ada lagi dokumenteri seruan haji ini, insyaallah

  • @muhammad2403
    @muhammad2403 11 місяців тому +1

    Dr. mahader hensem jd menteri Pelajaran

  • @kunaim8574
    @kunaim8574 Рік тому +2

    AL marhum tuanku AL haj
    Abd Halim Mu'adzam Shah Ibni al-marhum Sultan Badlishah

  • @wafiyzainal
    @wafiyzainal Рік тому +2

    Terbaik FINAS.

  • @encikbakri6135
    @encikbakri6135 Рік тому +3

    Tun M 👍👍👍👍👍

  • @yusoffhamid7645
    @yusoffhamid7645 Рік тому +2

    Untong nya tuanku dapat mencium hajarul aswad sya xdpt mendekati apalgi mencium apabila kena kapit dn diasak olih ribuan jemaah hingga lemas lihat adayg meninggal kt situ.

  • @speedbird388
    @speedbird388 Рік тому +3

    Atok pi haji masa muda muda dlu

  • @mohdfirdaushamid3737
    @mohdfirdaushamid3737 Рік тому +4

    maaf..siapa lelaki berusia yang berbaju melayu putih, yang menemani Almarhum Tuanku Abdul Halim semasa bertawaf?

    • @izhamkuzaifah1058
      @izhamkuzaifah1058 Рік тому +6

      Allahyarham Tan Sri Dato' Syeikh Ahmad bin Mohd Hashim Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi waktu itu.
      Beliau adalah bekas Menteri Besar Perlis tahun 1959 hingga 1971.
      Dato' Seri Radzi Syeikh Ahmad bekas menteri kabinet itu adalah anaknya

  • @muhishzaydane9702
    @muhishzaydane9702 Рік тому +1

    Alhamdulillah aamiin

  • @mohd6537
    @mohd6537 Рік тому +1

    2:22 ini lagu ahmad albab

  • @aqilnazhanrahman
    @aqilnazhanrahman Рік тому +2

    7:16 hmmm macam kenal je

  • @nmaxbezzsaymd2992
    @nmaxbezzsaymd2992 Рік тому +3

    Terlihat kelibat Tun M di sana...😅

  • @fathanalimusafak6374
    @fathanalimusafak6374 Рік тому +1

    Kakbah dulu setiap haji di lipat sekarang ada kain ihram Kakbah ditutupi pakai kain ihram setiap haji

  • @flagellum79
    @flagellum79 Рік тому +4

    Wah, Madey dah gi haji!

  • @abgzai93
    @abgzai93 Рік тому +3

    Lagu intro guna lagu cerita Ahmad Albab tu

    • @creedveins1
      @creedveins1 Рік тому

      Tajuk lagu ua-cam.com/video/aiVY735MdGI/v-deo.html

  • @halimhassanhalim6304
    @halimhassanhalim6304 Рік тому +3

    Minit 33.00 Tun mahathir muda masa ni 🙂

  • @iliasjamal1660
    @iliasjamal1660 11 місяців тому +1

    Masa tu Tun m adalah Menteri Pelajaran merangkap Menteri Pengiring..

  • @ramidabubakar91
    @ramidabubakar91 11 місяців тому +1

    7:16 tu tun mahathir kn

  • @Black_knight72
    @Black_knight72 4 місяці тому

    Baru sangat agama yang paling benar sampai ke tanah melayu

  • @liltigre447
    @liltigre447 4 дні тому

    7:18 aku sorang ka yg perasan Tun Mahathir dlm video ni

  • @syireen9890
    @syireen9890 Рік тому

    Tahun 1974/1975 jemaah haji masih guna kapal laut

  • @iscola
    @iscola Рік тому +2

    Agaknya gadis kecil 4:34 tu ialah tunku puteri intan safinaz

  • @azizulw
    @azizulw Рік тому +3

    Subgguh besar kapal terbang itu. 2 orang saja penumpang? Masa itu, marhaen naik kapal laut lagi kan?

    • @tehaisikattepi9393
      @tehaisikattepi9393 Рік тому +5

      dua orang ? merepekk aehh . YDPA kan ada pengiring n orang istana yang akan mengiring ke mana sahaja . takkan nak kena rakam semua benda bro

    • @carlosmzain6518
      @carlosmzain6518 Рік тому

      org bodo kena cari ilmu

  • @ahmadzakwan414
    @ahmadzakwan414 Рік тому +3

    rukun haji tawaf yukuf saie lontar jamrah rukun islam ke 5

  • @mycomedy1994
    @mycomedy1994 Рік тому +2

    Kenapa finas x restore cerita p ramlee dlm HD

    • @genext81
      @genext81 Рік тому +1

      Nanti Shaw Brothers mintak royalty maa...

    • @luthfihadiyanfajri4003
      @luthfihadiyanfajri4003 Рік тому +2

      ​@@genext81 Semua karya P Ramlee telah masuk Domain Awam sejak 2023 ini, iaitu 50 tahun selepas berpulangnya P Ramlee.

  • @faisalchepa9472
    @faisalchepa9472 Рік тому +1

    4 tahun selepas itu Masjidil Haram diserang dan dirampas sekumpulan org...

  • @jerrychen1779
    @jerrychen1779 Рік тому

    Ad sheikh ibn Baz

  • @rosdise
    @rosdise Рік тому

    Apakah nama instrumental 27:15??

    • @irfanfazail7885
      @irfanfazail7885 5 місяців тому

      ua-cam.com/video/yqScxspPYZA/v-deo.htmlsi=RjMxlJjfgBls0nb0

  • @eSKay25studio
    @eSKay25studio Рік тому

    siapa kanak-kanak yang berdamping dengan tuanku sultanah bahiyyah itu? tunku intan shafinaz? tunku sarina? tunku sofea?

    • @kunaim8574
      @kunaim8574 Рік тому +2

      Tunku Sarina binti KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

  • @faisalchepa9472
    @faisalchepa9472 Рік тому

    الملك فيصل بن عبدالعزيز السعود

  • @MatMalaya
    @MatMalaya 11 місяців тому

    33:00 Negarawan Ulung Tun Dr.Mahathir Mohammad