"Pontianak" Khabar Angin Dari Borneo (2006)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • Telemovie ini memaparkan cerita khabar angin iaitu kisah Pontianak yang kononnya berlaku di sebuah negeri di Pulau Borneo iaitu Sabah di mana sehingga hari ini masih boleh menakutkan penduduk tempatan. Mengisahkan seorang perempuan bernama Surindai , berbangsa Dusun yang mengandung telah dibunuh dengan kejam dan mayat bayinya diambi oleh Janggi iaitu bomoh siam kepercayaan Ham Logor. Ham Logor adalah bekas teman lelaki Surindai. Surindai telah memutuskan hubungannya dengan Ham Logor dan berkahwin dengan orang lain setelah mendapat tahu Ham Logor adalah seorang yang jahat dan banyak memaksa orang kampung menjual tanah mereka dengan cara kotor. Beberapa tahun kemudian, sekumpulan pelajar iaitu Rosdi, Sumarli, Azmi dan Bryan yang sedang menjalankan kajian tentang gong telah melawat sebuah rumah tangkop di Kampung Maang, kampung asal Surindai. Semasa mereka di tangkop, Sumarli telah mencuri sebuah gong kecil sebagai cenderamata. Dalam perjalanan balik ketika senja, tayar kereta kancil yang dipandu Azmi telah pancit di jalan kampung yang terletak tidak jauh dari tempat pembunuhan Surindai. Sumarli dan Bryan cuba mengelak dari membantu lalu masuk ke dalam hutan dengan memberi alasan hendak membuang air kecil. Azmi dan Rosdi sedia maklum sikap malas Sumarli dan Bryan yang suka curi tulang. Semasa di dalam hutan Bryan yang membuang air kecil di sebuah pokok besar walaupun Sumarli telah melarang tetapi Bryan tidak peduli. Sumarli kemudian mengeluarkan gong kecil dari begnya dan mengetuk-ngetuk gong tersebut sambil menyanyi. Bryan ikut sekali dan mereka makan keropok bersama. Apabila Azmi dan Rosdi siap menukar tayar, mereka memanggil Sumarli dan Bryan. Sumarli dan Bryan kelam kabut meninggalkan tempat tersebut sehingga tertinggal gong. Dalam masa yang singkat pontianak telah muncul dan menumpang gong kecil tersebut. Sumarli kemudian telah berpatah balik untuk mengambil gong tersebut dan memasukkan ke dalam begnya. Ikutilah kisah seterusnya dalam KHABAR ANGIN DARI BORNEO.

КОМЕНТАРІ • 11

  • @hisyamhadidinastybandoffic5139
    @hisyamhadidinastybandoffic5139 3 роки тому +5

    Gua pernah tonton filem VCD nya dahulu sejak kecil masa 2006 semasa gua darjah 4 usia 10 tahun.. ini filem lejen punya lah dulu gua ada vcdnya bapak gua punya dia yang beli VCD ni.. tapi sekarang sudah takde sudah hilang VCD nya entah kemana

  • @MuhammadRafikBakhtshiren
    @MuhammadRafikBakhtshiren Рік тому +1

    Dd dj Sandakan fm

  • @hisyamhadidinastybandoffic5139
    @hisyamhadidinastybandoffic5139 3 роки тому +1

    Filem khabar angin dari Borneo tahun 2006 masa gua darjah 4 usia 10tahun masa ni

  • @hisyamhadidinastybandoffic5139
    @hisyamhadidinastybandoffic5139 3 роки тому +2

    Tinggi tinggi gunung Kinabalu tinggi lagi cinta sama kamu dong

  • @hisyamhadidinastybandoffic5139
    @hisyamhadidinastybandoffic5139 3 роки тому +2

    Sebenarnya c surindai itulah yang pontianak dia dibunuh oleh 2 orang lelaki secara kejam

  • @mantapjiwa1970
    @mantapjiwa1970 4 роки тому +1

    masi ada ka jual cdnya ni ?

  • @sahrolazmi8483
    @sahrolazmi8483 2 роки тому +1

    Sama la dulu aku pinjam cd jiran tengok sampai rosak.. Jalan cerita, best tapi Pontianak nya kelakar... 😅

  • @sitirohanalabiyah6358
    @sitirohanalabiyah6358 3 роки тому +2

    lama suda aku cri cerita ini..dlu smpai beli dia punya cd oo...ada yg tau ka tajuk lagu ni

  • @tehafateha2189
    @tehafateha2189 3 роки тому

    apaa tajukk laguu dorngg tuu ?

  • @timitimi2278
    @timitimi2278 Рік тому

    Telefilem RTM. Rasanyalah