Daging LIAT Lembut Dalam 15 Minit Je , Bahan Rahsia Yang Restoran Gunakan | Daging Blackpepper

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 14 лют 2022
  • Daging LIAT Lembut Dalam 15 Minit Je , Bahan Rahsia Yang Restoran Gunakan Untuk Buat Masakan Daging Bergoreng
    Hi, assalamualaikum semua.Harini saya nak share resepi Daging Blackpepper menggunakan bahagian daging yang liat. Ada teknik yang biasa digunakan di restoran cina untuk cepat lembutkan daging yang liat supaya cepat dimasak. Untuk resepi kali ni, saya gunakan daging frozen bahagian chuck.
    Bahan lembutkan daging (perap 15 minit sahaja):
    - 300g daging bahagian yang liat (dihiris nipis)
    - 1 sudu teh soda bikarbonat
    - 1/2 cawan air
    Bahan Perapan Daging :
    - 1 sudu teh kicap cair
    - 1 sudu teh minyak masak
    - sedikit lada putih berperisa
    - 1/2 sudu makan tepung jagung
    Bahan Sos Blackpepper :
    - 1/2 biji bawangt holland
    - 2 ulas bawang putih
    - 2 biji cili merah/cili api
    - 1 sudu makan kicap cair
    - 1 sudu makan sos tiram
    - 1 sudu makan sos blackpepper
    - lada hitam
    - sedikit gula dan garam (optional)
    - 1 sudu teh tepung jagung
    - 2/3 cawan air
    - daun bawang
    .............................................
    english recipe//
    Ingredients to soak the meat (soak for 15 minutes only) :
    - 300g of chewy parts of beef
    - 1 teaspoon of baking soda
    - 1/2 cup water
    Beaf Marinade Ingredients:
    - 1 teaspoon of light soy sauce
    - 1 teaspoon of cooking oil
    - flavored white pepper
    - 1/2 tablespoon cornstarch
    Blackpepper Sauce Ingredients:
    - 1/2 dutch onion
    - 2 cloves garlic
    - 2 red chillies/bird eye chillies
    - 1 tablespoon of light soy sauce
    - 1 tablespoon oyster sauce
    - 1 tablespoon blackpepper sauce
    - black pepper
    - some sugar and salt (optional)
    - 1 teaspoon of corn flour
    - 2/3 cup water
    - scallion
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 311

  • @LimauNipisOfficial
    @LimauNipisOfficial  2 роки тому +122

    Saya gunakan soda bikarbonat = baking soda ye. Bukan baking powder 😊

    • @sleekbook
      @sleekbook 2 роки тому +9

      haha. dua benda serupa nama ini sering tertukar

    • @nickcdrw
      @nickcdrw 2 роки тому +10

      Saje nak Share, Lagi dibasuh daging tu lagi tawar. Pastikan untuk Daging yang betul2 liat je guna Tips ni. Kalau tak, Rasa daging tu ,ehhhhhhffffff. Tak sedap. dan Yes, Baking Soda, Bukan Baking Powder, Tak sama Strong.

    • @hakimahhassan3042
      @hakimahhassan3042 2 роки тому +4

      @@sleekbook bahan aktif sama tapi kuantiti berbeza. Kandungan sodium bikarbonate dalam baking soda lebih tinggi.

    • @vingsiewving9861
      @vingsiewving9861 2 роки тому +5

      betik muda.. blender gan air pun jadi juga isi daging lembut. 😊

    • @chennel9450
      @chennel9450 2 роки тому +3

      Saya perap daging dgn air limau nipis ataupun sedikit cuka ..daging x perlu dibasuh semula.

  • @nurzulailyzakaria9972
    @nurzulailyzakaria9972 2 роки тому +22

    Mmg menjadi tip ni..saya pun amakan cara ni yg d turunkan dr zaman arwah nenek lg ... cuma jgn lama sangat x perlu 15min nnt daging terasa payau cukup 5 min je.. 😂

  • @SDewi-qq4lv
    @SDewi-qq4lv Рік тому +16

    Tips lain utk lembutkan daging ialah dgn meletakkan hirisan betik muda yg masih bergetah. perap dlm 5 minit shj kemudian bilas hingga bersih. dagg akan jd lembut. jgn perap lma sgt nti dagg akan hancur mcm dagg sapi dlm tin tu 😊 siapa yg sdh mncuba tips ini...sila komen ya. Terima kasih. salam dr Pedalaman Atas, Sabah ( Tips ini di ajar oleh arwah mak sy )

    • @LimauNipisOfficial
      @LimauNipisOfficial  Рік тому +2

      wah terima kasih atas tips, nanti saya boleh cuba 🥰

    • @samsen6879
      @samsen6879 Рік тому +5

      Kalau saya guna nanas tak kisah nanas muda atau tua..rendam pun tak payah lama2 .. innshaAllah semoga bermanfaat dgn petua masing2.uu

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 2 роки тому +16

    Tksh Lipis Nipis dgn petua2 dapur yg amat manfaat untuk smua followers. Sentiasa ada idea utk resepi dan petua2 didapur. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dijauhi dr segala penyakit dan musibah.

  • @norlidahassan3484
    @norlidahassan3484 22 дні тому +1

    saya dah cuba memang menjadi..tapi saya perap 5 minit je..tq kongsi tips n resepi 😍👍

  • @dhiauddin8353
    @dhiauddin8353 Рік тому +9

    Boleh cuba guna nenas. Blend nenas dan dapatkan air dia. Boleh perap daging dengan air tu. Insyaallah lembut dan tak menghilangkan rasa.

    • @rozm9430
      @rozm9430 Рік тому

      Yup cara guna jus nenas ni boleh elakkan rasa pahit2 residue baking soda sekiranya tidak dibilas secukupnya atau perap terlebih lama.

    • @syakirismail4436
      @syakirismail4436 2 місяці тому

      Berapa lama nk perap daging dgn air nenas ? Lepas perap kene cuci ke ? Rasa manis masam nenas tak serap ke dlm daging ke ?

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 2 роки тому +2

    Terima kasih berkongsi petua yg bermanafaat.
    Sedapnya masakan. 👍👍

  • @dapurlendyyan4293
    @dapurlendyyan4293 2 роки тому +3

    Olahan dging yang sangat lembut blakpaper yang lezat Terima kasih sharing ilmunya kak

  • @azizahali1424
    @azizahali1424 2 роки тому +24

    Terima kasih sangat-sangat...semoga dimurahkan rezeki diberkati usia chef limau nipis🥰

  • @azieazman1338
    @azieazman1338 2 роки тому +2

    Thank you for the best tip ever! Harini nk masak daging black paper tu yg usha2 skali jumpa tip berguna ni. YaAllah rezeki 😊 terima kasih

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 2 роки тому +4

    Assalamualaikum.. Mari sama-sama kita mengucapkan Selawat buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
    ‎ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
    ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD.

  • @balinesefoodie
    @balinesefoodie 2 роки тому +3

    Sangat bagus , terimakasih resepnya 🙏

  • @janijanisjani8771
    @janijanisjani8771 2 роки тому +1

    Best limau nipis tunjuk cara masak yang mudah untuk dipraktikkan.

  • @nrhazlinjaafar7387
    @nrhazlinjaafar7387 2 роки тому +1

    Tq atas perkongsian..resipi sgt senang dn mudah..saya dh cuba mmg menjadi n sedap ..dgg sgt juicy 😋

  • @abdrahmanahmad7107
    @abdrahmanahmad7107 2 роки тому +4

    Alhamdullillah kerana masih ada PENYEBAR MAKLUMAT YANG BAIK👍👍👍 DAN BERGUNA.

  • @kuybeteschannel2679
    @kuybeteschannel2679 2 роки тому +2

    Info yg cukup bermanfaat sis, sesuai sgt bg saya yg dah tua nie nak mkn daging tanpa memasak dlm tempoh yg cukup lama...

  • @airinismail1406
    @airinismail1406 Рік тому +1

    Salam sis..sy bru je masak..alhamdulillah sedap..dan lembut..masakan tu rasa ala2 kt chinese restoran..ank2 saya suka sgt..sedapsss..terima kasih..semoga murah rezeki♥️♥️♥️

  • @Salbiyyah
    @Salbiyyah 2 роки тому +1

    Sedap nya, boleh guna untuk daging korban yang jiran bagi...
    Alhamdulillah...
    Semoga terus maju jaya dan di berkati sentiasa..

  • @jaijai098able
    @jaijai098able 2 роки тому +2

    Limau nipis 👍👍👍mudah cara masakan awak. Suka Saya lihat konten awak. Maju kaya ya

  • @weegee5719
    @weegee5719 2 роки тому +2

    Paling padu tips ni jam.saya suka nau makan daging goreng kunyit.memang best.kali ni cuba buat kuah black pepper yang puan limau nipis ajau tadi tu.terima kasih tau😃😁👍✅🤲

  • @kodoksempoy2615
    @kodoksempoy2615 2 роки тому +1

    Mantap puan...nampak sungguh sedap..nanti nak cuba lah...tq puan.

  • @aslizanur1187
    @aslizanur1187 2 роки тому +2

    Terima kasih atas ilmunya puan😍

  • @rogersurian4516
    @rogersurian4516 2 роки тому

    Banyak pengetahuan dalam resepi ini. Saya akan mecuba.Terima Kasih...

  • @rohanahhamzah1770
    @rohanahhamzah1770 2 роки тому

    Alhmdulillah...tkasih bnyk2 Limau Nipis

  • @qalmalzahbil836
    @qalmalzahbil836 2 роки тому +1

    Thanks for this tips...boleh try nak lembutkan daging

  • @samsiahyusof4494
    @samsiahyusof4494 2 роки тому

    Tq for sharing limau nipis...gud info

  • @nurritaothman2179
    @nurritaothman2179 2 роки тому +1

    Jazakillah darlingggggg.
    Banyak Makcik belajar dr anakanda

  • @dwiloksono
    @dwiloksono Місяць тому +2

    Tip dari sy ni mmg 100% menjadi..
    1.gaul daging tanpa dibasuh dgn sedikit air dan baking powder/soda bikarbonat 10minut
    2.basuh daging bersih2
    3.masak daging tanpa air ...masuk daun salam bahan2 tumis darat iaitu bwang dan rempah 4sekawan..
    4.bila air daging dah kering masuk air bersama kentang carrot daun sup daun bawang semua la..tutup periuk atas biar mendidih 7minut api kuat...then tutup api biar 10minut tanpa buka penutup periuk
    5.selepas 10minut dia cool buka api lagi biar mendidih 7minut lagi api kuat then tutup api..tanpa buka penutup periuk
    6.masak lagi 10minut dgn api perlahan tanpa buka penutup...
    7.tutup api pastu dah boleh makan
    Sy dh try buat kt daging yg penuh urat mmg urat2 semua lembut bak kapas

  • @rosilawatyismail6966
    @rosilawatyismail6966 2 роки тому

    Alhamdulillah mmg tgh cari petua n cara lembutkan daging. Tqvm sis. Nnt nak cuba.😍🌹💖

  • @anissofiyah3260
    @anissofiyah3260 2 роки тому

    Alhamdulillah tkasih sis baru tau soda boleh lmbutkan daging liat

  • @mohdfadzlimohdfadzli7352
    @mohdfadzlimohdfadzli7352 Рік тому

    Sy dah cuba Alhamdulillah jadi..tkasih atas perkongsian puan

  • @iydaempirebridal
    @iydaempirebridal 2 роки тому +1

    Nampak macam sedap nyerr😋😋

  • @mohdfauzigsan5511
    @mohdfauzigsan5511 Рік тому

    Wow letopsssss ek kelembutan dia...thanks for sharing❤

  • @MsEcha86
    @MsEcha86 2 роки тому

    Terima kasih bg tips. Nnt nk cuba la.

  • @rosleialkamal5266
    @rosleialkamal5266 2 роки тому

    Hmmmm... nmpak sedap sgt....

  • @shyrullnizansidek7607
    @shyrullnizansidek7607 2 роки тому

    Insallah akan saya cuba terima kaseh limau nipis.

  • @bungakantan6319
    @bungakantan6319 2 роки тому

    Terima kasih tipsnya nanti nak cuba.

  • @PakcikOutdoor
    @PakcikOutdoor 2 роки тому +10

    Oh, saya baru tahu mengenai bahan ini. Sebelum ni ikut petua orang tua² jer contohnya perap dengan halia, bawang putih dll. Satu perkongsian yang baik.

  • @cikgarlic9947
    @cikgarlic9947 2 роки тому +1

    Betul, dulu restorance saya guna cara yg sama, , restoran saya masakan chinese seafood, tukang masak pun berpegalaman dari chinese restorance

  • @rossersrossa5914
    @rossersrossa5914 2 роки тому

    Inilah cara nk masak daging supaya x liat..Trima kasih dear🙏🙏

  • @diany5117
    @diany5117 2 роки тому +16

    Dah cuba. Memang menjadi & sedap. Terima ksih ilmunya ya🤩

  • @paridahispara7741
    @paridahispara7741 2 роки тому +1

    terima kasih limau nipis🙋‍♀bagi tips.

  • @mallikasahana7244
    @mallikasahana7244 2 роки тому

    Super tip....tqvm

  • @nouraisha1
    @nouraisha1 2 роки тому

    Salam.....Sy mmg dh lama cari tips lembutkan daging yg betul. a ah 15 min ok la cpt😆Sy pasti cuba.....
    T kaseh dgn tips nye ye limau nipis...❤

  • @rohsenja
    @rohsenja 8 місяців тому

    Ok dah buat..
    Saya ddk bujang..
    Resepi senang di buat..
    Walaupun warna saya lain sikit..
    Tp sedap..
    Terima kasih

  • @zalehaabdwahabzalehaabdwah4523
    @zalehaabdwahabzalehaabdwah4523 2 роки тому

    Assalamualaikum terima kasih kongsi tips .
    Semoga sahabat sentiasa sehat .

  • @selvy1356
    @selvy1356 2 роки тому

    Thank you for your recipe 👍

  • @autumninmyheart878
    @autumninmyheart878 2 роки тому +9

    MasyaAllah tabarakAllah, that looks awesome and mouth watering. 😋 Thanks a lot for the tips and sharing this recipe with us.💝

  • @ezzatsazry5308
    @ezzatsazry5308 2 роки тому +2

    Nampak menyelerakan...mmg favorite sy nie.

  • @angahsyber68
    @angahsyber68 2 роки тому +1

    Tq bagi tips.. tak meyesal subcribe nanti boleh cuba 😊👍

  • @azrinaenaenn4003
    @azrinaenaenn4003 2 роки тому

    Manis daging tue..manis LG chef limau nipis☺️

  • @sarifahmarkom6446
    @sarifahmarkom6446 2 роки тому +1

    Wowww...mmg best kan resepi ni..👍👍

  • @hasniangsana1294
    @hasniangsana1294 Рік тому

    Saya baru cuba try test..belm makan lagi tunggu anak2 makan dan komen..😁😋

  • @tgharis
    @tgharis 2 роки тому

    Baguh2👍

  • @Joseph-fd8bp
    @Joseph-fd8bp 2 роки тому

    woowww...tiru ni

  • @SalinaMdYusof
    @SalinaMdYusof 2 роки тому

    Terbaik

  • @MKSTORY
    @MKSTORY 2 роки тому +2

    Terima kasih tips, kami selalu practice semasa pergi camping
    This is good video 👍

  • @mustafakamalmohamed8091
    @mustafakamalmohamed8091 2 роки тому

    Tksh Lemon nipis atas perkonngsiannya....

  • @baharudinhamden5836
    @baharudinhamden5836 2 роки тому

    Terbaik 👍👍👍👍👍

  • @ariano2861
    @ariano2861 2 роки тому

    cara sama saya guna utk sotong putih juga.... baking soda + garam gaul sampai naik buih... bilas. insyaAllah masak nanti sotong lembut masa goreng kejap di awalnya, then angkat dari kuali

  • @tembikaisedap13
    @tembikaisedap13 2 роки тому

    Alhamdulillah tqvm for the recipe.terbaik will try❤️

  • @JoJo-ks9qz
    @JoJo-ks9qz 2 роки тому +2

    Terbaik. Mmng kena cuba resepi ni. Tq sis

  • @mdrashidiyasri271
    @mdrashidiyasri271 2 роки тому

    Terima kasih ...👍😉

  • @hasmiash6903
    @hasmiash6903 2 роки тому +4

    better pakai buah nanas, rasa daging x lari, lembut dan sedap

  • @tokeykwong
    @tokeykwong 2 роки тому

    Mantap resepi kak limau nipis kita ni macam mana cara masak daging supaya isinya lembut,mantap Dan mantol.

  • @elicchannel2164
    @elicchannel2164 2 роки тому

    Terbaik sis...

  • @hatibaraiofficials1159
    @hatibaraiofficials1159 2 роки тому

    Benar Aku Perapkan Dgn Soda bekarbonat Lembut Daging Tu

  • @padoeskop5613
    @padoeskop5613 2 роки тому

    suara penyampai best la.. mesti lawa org nye

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 2 роки тому

    Terimaksh share resepi mmg sdp masakkn tu

  • @mralghaffar1734
    @mralghaffar1734 Рік тому +5

    Ada yg komen rasa x sedap..itulah bezanya setiap individu..contoh cikgu mengajar dlm kls 40 org murid.kenapa ada yg masih x faham dn ada murid yg cpt paham..begitulh dlm masakan..resepi yg sama di beri tp cara penyediaan yg berbeza.. chill ok..😂

  • @albertjingga3422
    @albertjingga3422 Рік тому

    Wow.. Great cooking style❤thanks for sharing. Greeting from Kuching🤝🤝

  • @nadirabahruddin8806
    @nadirabahruddin8806 Рік тому

    Boleh cuba masak mlm ni utk suami 😁

  • @Shahril-dz2jz
    @Shahril-dz2jz 2 роки тому

    Bermanfaat ni buat pengetahuan👍👍

  • @sittimariamjamjam2120
    @sittimariamjamjam2120 2 роки тому

    Tqvm dik Alhamdulillah..lepas ni x la makan daging liat dah hahaha

  • @matcin7746
    @matcin7746 2 роки тому

    Tq. Saya share petuanya

  • @ctimanctiman4238
    @ctimanctiman4238 2 роки тому +1

    Wahhhh...sdp nya ..boleh la sy kongsi2 kn ya..

  • @tajabdullah.malaysia
    @tajabdullah.malaysia 2 роки тому +1

    Betul² menjadi lembut

    • @LimauNipisOfficial
      @LimauNipisOfficial  2 роки тому

      Boleh guna cara ni untuk macam macam jenis masakan kan 🤗

  • @azizahbinti8400
    @azizahbinti8400 2 роки тому

    Alhamdullilah terbaikkkkk Terima kasih berkongsi resepi 🥰🥰

  • @Darkoyard
    @Darkoyard 2 роки тому

    Boleh plak nmpk daging pagi-pagi buta ni terus lapar 🤣😂

  • @bench9967
    @bench9967 2 роки тому +1

    Terima Kasih share ilmu kak😭. Dah 28 tahun hidup masak daging mesti liat😭 maklumlah kita lelaki telan je

  • @sarahesteban8316
    @sarahesteban8316 2 роки тому

    Tq share

  • @masriaing5186
    @masriaing5186 2 роки тому

    Sedap tu sis, salam kenal

  • @maryammunawwarah9970
    @maryammunawwarah9970 2 роки тому

    bulan puase plk la tip ni nak lalu🤤🤤🤤🤤🤤🤤

  • @nurulsyaqinah1440
    @nurulsyaqinah1440 2 роки тому +2

    Dulu pernah buat letak soda bikarbonat ni.. Tp alahai org xde gigi pun da boleh makan daging.. Mmg hilang kenyal2 daging tu bila letak soda bikarbonat.. Tp ni pengalaman sy la ye..mungkin org lain buat OK je.

  • @CTSal
    @CTSal 2 роки тому

    Tq limau nipis share resepi nyer.😚

  • @flyant321
    @flyant321 2 роки тому +1

    Chinese style cooking very fast and very easy too..

  • @syafiqbettaikbc1697
    @syafiqbettaikbc1697 2 роки тому

    Ok tq... Esok soh bini buat... Hahah

  • @mawarmerah6897
    @mawarmerah6897 2 роки тому +1

    salam dari Sabah ,prkongsian yg sngat bermanfaat ...terbaikk ..

  • @hamidahitam2886
    @hamidahitam2886 2 роки тому +1

    Salam dari Singapore. Terima kaseh tips nye.sangat bergunadah tak ragu2 nak beli daging

  • @franconero9264
    @franconero9264 Рік тому

    Resepi yang mantap ,,👍♥️

  • @oppooppo-vc5hu
    @oppooppo-vc5hu 2 роки тому +1

    Yelah..bila aku masak, daging lembu tu liat dan keras sekali. Bila aku kunyah-kunyah, tak boleh nak telan plak. Yang untung si Meow lah, makan aku punya kunyahan tadi. Rupa-rupanya begini tekniknya. TQ info terbaik. Nti aku cuba

    • @bisnesjaya55
      @bisnesjaya55 2 роки тому +1

      So si miau sekarang kuruslah?

  • @zianyuyu
    @zianyuyu Рік тому

    Hmm sebab video limau nipis x pandai masak jadi pandai.. ,🤗

  • @Airisha_kitchen
    @Airisha_kitchen 2 роки тому

    Makasi kak tips nya

  • @cheritakamek
    @cheritakamek 2 роки тому

    Tq 😍

  • @mellylaw6022
    @mellylaw6022 2 роки тому

    Alhamdulillah,Sya baru jerr try buat,mula2 ragu2 tp try jg buat akhir nya berjaya menu sungkai....Sya BG 5star☺️☺️☺️

  • @dietair1gayungtiaphari191
    @dietair1gayungtiaphari191 2 роки тому

    Nampaknya sedap² ni 😋

  • @norazninorazni-dx7oy
    @norazninorazni-dx7oy 2 роки тому +7

    Soda bicarbonate juga boleh melembutkan sotong kering

    • @nurizzatikamarudin9161
      @nurizzatikamarudin9161 2 роки тому +1

      Berapa lama rendam dgn soda bikarbonat kalau utk sotong kering ye n brp byk nk guna?

    • @inarashidah2563
      @inarashidah2563 2 роки тому +1

      @@nurizzatikamarudin9161 sy biasa guna utk sotong, sy rendam 6-8 jam . Lpas tu bilas bersih. biasa saya guna dlm 1 ke 1.5sb utk air mgkin seliter atau 2 liter, agak2 , hg terendam sempurna.

  • @iwani1780
    @iwani1780 2 роки тому

    Tq tip goreng daging...

  • @nilamsari3171
    @nilamsari3171 2 роки тому

    Salam..Sis ! Tolong tunjukkn camna nk bikin "Nasi Arab"...please!Sis please!!!!!

  • @mahmudlutfiabdhadi74
    @mahmudlutfiabdhadi74 2 роки тому

    Saya amat bangga kerana bekas tapis plastik itu serupa dgn saya