Rakaman Audio Sudirman Bersama Deejay Radio Helen Chua | EMI Stars in Action (1983)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 4 жов 2024
  • Subscribe : bit.ly/Sudirman...
    Sebuah rakaman audio eksklusif perbualan Allahyarham Sudirman dengan Deejay Radio Helen Chua pada tahun 1983 dalam rancangan khas EMI Stars in Action. Sewaktu ini Allahyarham Sudirman mempromosikan album inggeris beliau berjudul IMAGES.
    Allahyarham Sudirman menjawab pertanyaan peminat setianya bernama Nurmawati dari Petaling Jaya, Selangor.
    Berikut terjemahan kepada perbualan tersebut.
    Helen : Hai Sudir bagaimana perasaan kamu sekarang, baik?
    Sudir : Baik Helen, terima kasih.
    Helen : Ok, sekarang kita dapat sepucuk kad dari seorang gadis muda yang bernama Nurmawati dari Petaling Jaya dan dia kata ini merupakan kali kedua dia menulis untuk kamu.
    Sudir : Hanya 2 kali saja? 😆
    Helen : Dia ingin bertanya sesuatu, soalannya kenapa kamu ingin menjadi peguam?
    Sudir : Oo, Nurmawati kan?
    Helen : Ya namanya Nurmawati.
    Sudir : Pada jam ini di waktu pagi, kamu ingin tahu kenapa saya ingin jadi peguam, haha.. Tarik saya ke studio untuk tahu kenapa saya nak jadi peguam.. Sebenarnya Helen saya ingin jadi Doktor juga, tapi saya rasa kita tak boleh jadi segalanya.
    Helen : Doktor juga, kamu ingin jadi penyanyi. Mari pergi ke soalan seterusnya yang dia ingin tahu. Dia bertanya, secara kasarnya berapa umur kamu?
    Sudir : Secara kasarnya, 20 lebih.
    Helen : Kemudian dia tanya, kenapa kamu tidak muncul di TV terlalu lama, adakah kerana tidak mempunyai masa atau apakah sebabnya?
    Sudir : Sebenarnya Nurmawati, secara seriusnya, saya sibuk Chambering dengan firma guaman di Kuala Lumpur dan saya tak dapat bahagikan masa, kamu akan dapat melihat saya nanti.
    Helen : Itu saja, Sudirman menjawab poskad daripada peminatnya yang bernama Nurmawati dan saya harap Nurmawati mendengarkan program kita hari ini, sementara itu kita akan mainkan lagu untuk dia berjudul School Girls.
    Kredit : Nurmawati (Peminat Setia Sudirman)

КОМЕНТАРІ • 2

  • @anntar001
    @anntar001 2 роки тому

    Allah yrhama

  • @zakariaz966
    @zakariaz966 Рік тому

    Sebutan bahasa ingeris dato allayarham sudirman memang sebijik orang putih