Gurindam Jiwa - instrumental seruling cover by boyraZli
Вставка
- Опубліковано 28 гру 2018
- Gurindam jiwa
Tuai padi antara masak.
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan.
Anak cina pasang lukah.
Lukah dipasang di Tanjung Jati.
Di dalam hati tidak ku lupa.
Sebagai rambut bersimpul mati.
Batang selasih permainan budak.
Daun sehelai dimakan kuda.
Bercerai kasih talak tiada.
Seribu tahun kembali juga.
Burung merpati terbang seribu.
Hinggap seekor di tengah laman.
Hendak mati di hujung kuku.
Hendak berkubur di tapak tangan.
Kalau tuan mudik ke hulu.
Carikan saya bunga kemboja.
Kalau tuan mati dahulu.
Nantikan saya di pintu syurga.
seruling - boyraZli
music - boyraZli
saya dari Riau, indonesia... semoga persaudaraan kia serumpun melayu tetap bertambah kuat, biarlah selat melaka dan bendera yang berbeda, di dalam jiwa kita sama
Dipilah sekat dibela selera
Jika dan rasa di dalam kata
Dipisah selat dibeda bendera
Jiwa dan raga tiada beda
Cantik tu suyadi
Pulan pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
@@paksuyadiatbman memang indah pantun Melayu, memberi rasa di setiap sudut, lengkap malah berjiwa
Ya Allah. Kau kuatkanlah persaudaraan kami.
Bile saye dngar lagu nie kadang2 smpai menangis...terase cemburu dgn hidup org zaman dulu-dulu...hidup penuh dgn budaya dan adat melayu yang sopan-santun...
assalamualaikum semua.2018 sudah sampai ke penghujung.setiap dari kita ada cerita suka dan duka di sepanjang tahun ini.semoga di beri kebahagiaan untuk kita semua di tahun mendatang Insha Allah..
Allohumma aamiin
bang sya request lagu siti pahlawanku ,😊
Bro kok gak dijawabb comentku?
Amin. Bang Request Cover Law Kanal Bainanal Habib. Makasih bang.
Sedih nyee tringt pd ayah yg dh pergi...hnye ibu yg ade dsisi..rindu buat abah...al fatihah
Terpisah lautan terpisah bendera
Satu darah satulah jiwa kita
Semua Melayu bersaudara
Tak kan hilang Melayu di dunia
Selama Islam pegangan kita
Salam dari dzuriyat Melayu Palembang - South Sumatera
Kita serumpun Melayu, Indonesia. Saya dari Kalimantan Barat, Marwah Melayu harus kita jaga.
❤
Bila dengar bunyi seruling ni, barulah aku tahu lembutnya irama Melayu. Kena dengan adat santunnya, serasi dengan seninya, sepadan dengan gayanya.
Setuju..namun kayu seruling itu keras...itulah orang melayu..walaupun tegas namun hati masih lembut dan berbudi
terkenangkan nenek moyang kita yg tinggi adabnya kaya budi bahasanya..
alfatihah pada mereka yg telah pergi
🙌
Betulla saya baru je nk kata gitu,tgk2 ada yg dh komen mcm tu
Kita doakn mereka yg sdh lma prgi meninggalkn kita... spya mereka brada di kalangan org2 muslimin dn muslimat.. amin ya robbalalamin...
Sejuk tenang dengar lagu ni 👍👍
Salam Damai untuk kita bangsa Melayu
Jangan sampai Melayu tinggal nama
AHOYY
Saya dari Tanah Melayu Deli .Kota Medan Sumatera Utara Indonesia 😊🙏
hang tuah cakap "tak ilang melayu di bumi", dari indo-cina hingga indonesia, melayu menjadi rujukan warisan budaya. salam dari anak kepulauan riau
Aku taktau kenapa auto bertukar bila dgr lagu ni seolah berada di zaman empayar melayu dulu sambil aku terbaya betapa hebat tamadun melayu lama ada seni ada kiasan dalam perbuatan dan perkataan untuk menyampaikan maksud tetapi jangan dicuit dicabar memang kau silap...itulah yg aku nampak dalam budaya org melayu lama melalui pembacaan
Wahai Bangsakuu..
Sedarlah wahai bangsaku!!
Bangkitlah wahai bangsaku!!
Renungkanlah wahai bangsakuu!!
Dulu kita sebuah bangsa yang gemilang,
Sebuah bangsa yang gagah, perkasa dan gah di serata dunia,
Sebuah bangsa yang mempunyai empayar yang terbilang sehingga dikenali ramai,
Sebuah bangsa yang mempunyai kota yang mewah,
Tetapi dimanakah silap kita sehingga segala kegemilangan kita yang terbilang dahulu bagaikan terbenam di dasar bumi dan lagi menyedihkan ada diantara bangsaku tidak tahu tentang bangsanya dahulu merupakan bangsa yang hebat dek kerana terpedaya dengan rekaan sejarah yg dicatat oleh penjajah yang menampakkan bangsa kita seperti tidak ada tamadun, ketinggalan dan tanah air ini seperti sebuah tanah yang kuno dan tiada nilai..
Tidak sedarkah wahai bangsaku,
Di zaman nenek moyang kita dahulu tanah air ini dijajah dan segala kemewahan di tanah air ini dijarah habis habisan oleh penjajah,
Sejarah lampau sudah berlalu,
Peredaran zaman semakin cepat berubah,
Dunia kini semakin moden, canggih dan maju,
Masyarakat kita semakin lama semakin hilang sifat jati diri keMelayuannnya,
Tidak sanggup ku lihat bangsaku sendiri yang membuang Melayu itu sendiri,
Sedarlah bangsaku,
Sungguhpun zaman sering bersilih ganti jangan kau lupa jati dirimu itu,
Darah Melayu yang mengalir dalam dirimu tidak akan hilang,
Kurang ajarnya Melayu masih santun,
Marahnya dalam kesabaran,
Tegurannya dalam kiasan,
Sindirannya dalam senyuman,
Namun jangan sesekali diusik kesabarannya yang sudah lama bertahan,
Kerana kelak bila hilangnya kesabarannya yang sentiasa diuji akan keluarlah segala sifat pahlawannya dan terlihatlah akan amukannya yang tidak terjangkau oleh fikiran.
Tidak bertindak balas bukan bermakna lemah,
Tidak berlawan bukan kerana pengecut,
Tidak menyerang bukan kerana penakut,
Tetapi Melayu itu berpegang pada 2 kalimat iaitu 'Sabar,Pendam'
Apabila sampai masanya 'sabar' itu ke kemuncak,
Pasti akan terzahirlah apa yang di'pendam'kan selama ini.
Jika bukan Melayu sendiri yang mengangkat bangsa kita, siapakah lagi yang kita mahu harapkan.
*JANGAN JADI MELAYU PENGKHIANAT BANGSA*
TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA..
👍😩👏👏😪💛
Sumpah sedih baca nukilan ni... Terbaik tuan
Masya Allah,
Siapa tu yang tidak tahu Bangsa Melayu, Bangsa yg Hebat? siapa pula mengagungkan sejarah org lain?
Bukankah kita sudah merdeka sejak 1957?
Tapi mengapa masih ada bangsa pendatang yang tidak tahu berbahasa Melayu?
Fikir2kan lah,
Nak kata tak berkuasa, sudah kembali ditampuk kuasa sejak merdeka setelah dijajah bertahun2.
😊
Aduh sedapnya lagu melayu ini,terkenang2 awak masa lalu masa kecil dahulu..bersama emak dan bapak...sedih menetes airmataku.....terkenang kengkawan nth dmn skrg....
Salam dari negeri seberang.....kampung melayu jakarta..
Inshaallah kalau habis covid nie.. Mahu pergi ke kampung Melayu Jakarta.. Ingin bertemu saudaraku di sana..
Aku pingin sgt mau kesana
Tuai padai antara masak.... Melayu best.... Salam dari riau
Salam dari Perak Malaysia
@@norridhuwanomar salam takzim
Salam Dari negeri sembilan malaysia
salam dari nusantara
Salam melayu kedah
Bah kami merantau dari Sumatera barat Tahun 1974 ke Dumai, menikah dengan Mak Kami tahun 1983,lahirlah along dan angah di Dumai tahun 1984 dan 1985, tahun 1990 aku lahir di Duri ( mungkin diantara banyak perantau Minangkabau Sumatera Barat keluarga kami yang menjadikan cakap Melayu sebagai bahasa daerah yang tetap kami pakai selain Bahasa Minangkabau dan Indonesia.... Bahkan ketika aku merantau ke tanah Betawi ( aku tetap menggunakan bahasa Melayu Riau sebagai bahasa sehari-hari bila berjumpa sama teman teman yang tidak bersuku Melayu Riau ( sehingga mereka sangat tertarik utk belajar dan menggunakan bahasa Melayu Riau ke sesama kami) I ❤️ you Melayu Riau
Anda hebat!
Sorry kalau bertanya, tapi benarkah bahawa Buya Hamka mengatakan Minang itu juga Melayu ?
Mendengar bisikkan seruling ini..hati terbang mengingati arwah bonda ku.. indahnya bonda bagai Mawar yang sentiasa mewangi.. Bonda.. kaulah Mama yang terindah buat diriku.. dirimu romantis dan manis sekali.. tiada terganti.. ku merinduimu Mama ku..Bondaku.. Mak..
Adik rindu.. alFatihah..
😭😭😭😭
😪
Sama pulak perasaan nih..sebak dada menahan rasa.. Menahan rindu pada yg tiada..
Mendayuuuu....Meremanggggg....🤗🤗😭 Salam Nusantara...seakan2 berada di zaman keagungan kesultanan melayu Melaka dahulu🤗 3.00AM, Penang, Malaysia...21/2/2020
Aku rasa mcm aku di zaman melaka.... Hidup Laksamana Hang Tuah🙋♂️🙋♂️🙋♂️🙋♂️.. 😂 😂 😂 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️❤️❤️❤️
Samalah ... terasa sngt classic .. ❤❤❤❤❤
abis skrang kau zaman ape?? perak? terengganu?? haha
Takkan Melayu hilang di dunia
samala.. aku rasa macam dok atas bahtera blackpearl brsama jack sparrow.. belayar mencari harta karun..
@@inspektorgaban6703 tiberrr
Salam anak Melayu Kedah,
Dulu Kesultanan Kedah itu luas,
Luasnya hingga ke Tanah Sari,
Tapi kerana ulah penjajah,
Negeri kami dicarik-carik,
Kini, apa yang kami ada
akan kami jaga
X guna penjajah
Malaysia, Indonesia, dan Brunei kita saudara serumpun janganlah kita terpecah oleh alasan politik masa lalu kita, apalagi kita sesama Muslim wajib menjaga ukhuwah Islamiyah kita!!! Semoga Allah SWT merahmati kita semua, aamiin yra
Kita pasukan AL Mahdi dari nusantara melaysia,Indonesia dan brunei
Jngn lupa sedare dekat kite melayu thai,melayu sg 🇲🇾🇮🇩🇧🇳🇹🇭🇸🇬
Kita satu berdiri satu bendera Islamiyah dan di dalamnya ada kalimah Lailaha illallah Muhamdur Rasullah dan kita juga berdiri satu Bangsa Melayu.
Dari Malaysia
Bg sy pesulap kcl2 an lg nyari kkash cinta
@@hakimiWanIbrahim NEHI 🤫🕋🌙🌝🙏🤲BG. 💎🚢🎉📢🎺
saya Dari Jawa timur suka banger denger instrumen Melayu menenangkan jiwa banget 👍 love you all the best
Surabaya?
@@syedadam7647 From Blitar tempat kelahiran Bung Karno👍👍
Nice!!
( L )
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Dengar lagu nie bersama mak ku, teringt kat arwah tok , al-fatihah sedih dan mendalam sngt lagu nie , love you
Ape judul lagu ni paklang? Seghing denga, tapi tak tau judul lagunye.
@@hurihalime9427 Gurindam jiwa rasanya
Indahnya melayu,,sayang ramai anak muda melayu sekarang tidak kenal melayu.
Adikanda dari Melayu Deli Kota Medan Hadir Abangda tengah rebahan nak tidur dengar musik sekali
Merdu betol lah seruling ni
Insya Allah Subscriber Abangda sampai 1 juta, 2 juta dan bejuta juta lebih
Amin
Muzik melayu jugak yg paling sedap dari muzik2 tradisional lain
Y tngkai sesimple itu kah
Seharusnya la sbb muzik ni rasa. Bagi melayu muzik melayu lah rasa paling sedap. Rasa ada jiwa
Jom share bgi famous channel ni ke seluruh nusantara bagaimana indahnya irama melodi melayu
Serasa hanyuuuut terbuai nada dan senikata nan indah..... Intai kami antara nampak... salam dari tanah Melayu Deli .. Medan
Saya suka orang riau. Sebangsa melayu johor.
Sedih sgt bila dgr lagu nie dari latifah omar dgn nordin ahmad lirik lagu nya ada makna yg mendalam sgt bila didendangkan menggunakan seruling lgi bertambah sedih rasanya semoga org zaman dulu kala yg sudah menghadap ilahi semoga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman
Sedapnya irama melayu,lembut,syahdu,rasa diulik,,bercinta je rasa.
saya rasa hidup di zaman kesultanan melayu melaka semula tapi saya sedih juga kota melaka yang megah itu tiada lagi tiada siapa pun mahu membina nya semula😢
Sama bang sebuah empayar hebat sehingga menjadi sekutu empayar turki uthmaniyah
Sisa.sisa.penjajah pula.yg dipelihara
@@syuhill_PS 2024 Melaka naik balik inshaAllah
Lemak merdu mengusik kenangan lalu. Indah sungguh music seruling. Tq
Bagi saya, lagu Gurindam Jiwa ni sangat tinggi nilai melayu nya. 💖💖 tahniah tuan, best best dengarnya👍
Melayu ohh melayu dimanakah kalian aku sangat merindukan kalian😔..
Ada
samala aku..rindu nk jd mcm dulu
Hadir
Juragan berlalu perahu naga,
Pergi ke hulu membawa barangan;
Jangan dirindu Melayu sahaja,
Kaum lain pun main peranan.
inshallah, bil barokah wal karomah wa ridhollah, melayu akan bangkit semula.. ammon
Buat sahabat indonesia malaysiaku.
Puisi Berpisah Bukan Erti Berpisah
Nukilam : fiqri aziz
Satu nusantara,
Satu bangsa,
Dipupuk bayu menjadi suatu,
Seni indah diantara ufuk dunia.
Indah dahulu kala,
Membawa berita gembira,
Sedalam jiwa,
Seni yang takkan luput,
Bak lumut dan batu di laut.
Dialah negara terpisah,
Yang dulunya menjadi satu mercu tanda,
Peradaban yang masih bertradisi,
Memberi impak suci tulus dari hati,
Akan kesenian, kedaulatan, kemasyuran,
Kekayaan alam yang melimpah,
Sungguh ak sayang akan mereka,
Tradisi nenek moyang,
Yang kini lekang,
Dalam arus pemodenan,
Tradisi diketepikan,
Demi secebis kemajuan yang dihasut,
Dalam diri mereka.
Lahirlah nusantaraku,
Indonesiaku, malaysiaku,
ingat akan pesan nenek moyang,
Kita bangsa terbilang,
Membawa satu mercu tanda yang sama,
Dibawah naungan berbeza,
Kita tetap setia dalam satu kata.
Jangan dek kerana mereka di luar,
Kita lupa diri kita yang sebenar,
Dalam satu kata indah tersebar,
Kekar meluas, terbentang bebas,
Janganlah parang didalam diri,
Dibiarkan sendiri, mampu menikam teman sejati,
Ingatlah,
Amatilah,
Kesenian nenek moyang terdahulu,
Pohon tebu yang dicari,
Bukan buluh diberi,
Ingatlah,
Serumpun,
Bagaikan burung beterbangan,
Melintas lautan,
Yang menjadi perpisahan antara dua dunia,
Yang sama walaupun berbeza.
Negara tidak dapat memisahkan Bangsa jika dinamakan melayu tidak akan hilang Didunia..
Subahanallah... sesunguhnya ciptaan allah itu berbagai bagai... banyak banyak lagu di dunia irama melayu juga menjadi pilihan saya...
Kita harus pelihara irama melayu klasik kita supaya generasi akan datang dapat mengenalinya. Insyaallah
Lagu yang selalu nenek aku nyanyikan untuk kami dulu. Alfatihah buat nenek. Dia banyak cite dulu psal kehidupan dia masa zaman jeoun dulu.
Sedap je dengo abg ni main seruling tuu..rse cam kmbali ke zaman dlu ii🙃
Masa tok nenek kita sudah berlalu
Ini adalah masa kita,kenapa kita mengharapkan tok nenek kita yg sudah tidada untuk menjaga warisan kita????
Benar,takkan melayu hilang didunia,tetapi jika kita terus menerus berpegang kepada kata kata itu tampa berbuat apa apa,nescaya melayu akan hilang didunia........
Rasa mcm sesuai utk jdikan lagu perarakan masuk/keluar VIP daripada majlis. Mohon kebenaran utk guna ya :D
Terima kasih abg boyrazli....😭😭😭bunyian seruling tu mmbawa sy kpd zaman dahulu...
Sebak dihati bila dgr,terasa sy mcm kat zaman dulu kala.menitik air mata dgn tiba2.sy org melayu yg x lupakan warisan melayu.ya Allah sebak sgt.
Tiupan seruling @abg boyrazli mmg power.
Ya Allah sungguh mendayu2. Sesungguhnya *Melayu* itu tinggi adap dan sopan santunnya. Salam tahun 2020
Salam dari melayu Palembang
kalau dengar lagu melayu seperti ini ingat BONTANG KALTIM di tahun 1995 masih dipekarangan rumah ada rumput pohon kelapa dll dan jalan raya masih kecil,adat istiadat masih kental,silahturahmi kekeluargaan masih erat....kapan kembali lagi seperti zaman seperti itu...
Sangat suka lagu ini ..kenangan masa lalu memang sangat indah ..dan sedih ny jg ada....👍👍♥️♥️♥️✌️🇮🇩🇮🇩🇮🇩🇮🇩 .sangat menyentuh hati !!!!..
Zaman berzaman hingga ke era Modern andai Melayu jatuh tetap bangun tegak berdiri di muka bumi ini - tak akan Melayu hilang didunia.. Salam dari MY❤️ 2020 , salam Melayu Nusantara..
Muzik ni mendamaikan jiwaku...teringat kenangan barsama arwah mak dan abah...al- fatihah untuk mereka...
Melayu yang penuh adab, malu dan sopan santun.. Hasil didikan agama Islam dan leluhur turun temurun..
Allahu, rindu arwah atok, nie lagu favourite dia 😢😢😢
7/8/2021 . dunia semakin tenat . semoga bangsa melayu terus kuat dan bersatu . andai ditakdirkan panggilan jihad tiba utk agama islam . inshaallah kitalah bangsa yang akan berjuang di jalan agama allah . saudara , kita saudra serumpun . hentikan la perselisihan faham dan berbalah antara kita . salam dari johor , berketurunan jawa dan bugis ❤️
Gurindam jiwa...nostalgia lagu melayu dengan syair yg baik dan menggugah jiwa...syairnya bila kita hayati yg begitu bermakna....
merdunya irama asli...perbanyakkan lagu asli sesuai sgt dgn seruling bamboo...you are the best boyrazli
Contoh...lagu & lirik apatah lagi artis yang tiada gantinya jadi sumber inspirasi hidupku selamanya moga tuhan berikan rahmat usaha baik di dunia dan akhirat nanti 🙏🙏🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Gurindam jiwa
Saya orang Jawa, tetapi suka sangat lagu-lagu melayu. Serasa tenang hati saat mendengar nyanyian melayu di telinga. Semoga melalui budaya bisa kita pererat silaturahmi dan persaudaraan..
Akhwan kau matahari Aamin
2024... Aku sayang Agama dan Bangsaku.. Semoga selalu Kuat dan Bersemangat Sahabat2 Sebangsaku Malaysia indonesia Brunei Selatan Thai Filipina dan SELURUH KEPULAUAN MELAYU..
KITA HEBAT KERANA KITA SELALU BERSATU. (Bercerai Kasih Talak Tiada) Sungguh pun kita berlainan pendapat, Namun kita tetap BERSATU..
Sapa masih dengar. Salam Ramadan ke 22/2020
Baru tau lagu ni nama dia gurindam jiwa...selama ni panggil 'tuai padi antara masak' 😅
Tak pe le. Pakcik pun tak tau 😂
bagaikan rambut tersimpul mati,begitulah hubungan persaudadaan kita diSerantau Nusantara ini...bak kata Hang Tuah,tak akan melayu hilang didunia....memang ade benarnya...Malaysia Okt 2021
Syahdu mendengarkan lagu ini... perasaan jauh melayang2 mengenangkan masa lalu.... terima kasih dari BINTAN KEPRI ✋
Terima kasih atas videonya. Sungguh enak didengar halawa telinga
merdu dan indah sungguh irama lagu melayu asli..penuh dgn seni..lembutnya..lenggoknya..kena dgn budayanya..anak2 muda perlu tahu dan kenal seni budaya asal kita..barulah teguh identiti kita..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020(PKPB)....Syahdu...damai n tenang kehidupan pada zaman itu
Alunan yang merdu. Teringat zaman kanak kanak.
Salam dari Tanjungpinang Kepulauan Riau..🙏
Alhamdulillah. Seruling ini membawa kita kepada persahabatan persaudaraan bangsa melayu tidak kira ditanah melayu. Sumatera riau lingga brunei borneo dan semua pelusuk tanah nusantara bahawa kita bangsa melayu tidak Akan hilang di dunia.. Bangsa mulia bangsa penuh adab dan tatasusila..
alunan dia.....teringat arwah ayah suka sgt dia lagu ni....sebak plak bile terdgr bro zul mengalunan seruling...terima kasih....
Aku rasa sperti di zaman 70an. Zman msi kanak2 riang suasana kampung yg mendamai kn dn menenang kn jiwa.. Fuhh!
tersentuh jiwa, rindu membara,
jauh sungguh tanahair ku,
di perantauan tak pasti bila pulangnya,
moga ALLAH panjangkan umur,
menjejak Malaysia tercinta...
insyaallah
seruling mu, merdu menusuk ke iiwa
terima kasih saudara....
Salam Dari Saya Kepada Semua Melayu Nusantara 🇲🇾❤️☝🏼
Ayah saya aceh, ibu saya melayu siak, saya lahir di medan besar dimedan.. Suku aceh dan melayu masih saya pelajari karena yg saya rasakan minimnya pelajaran dari ortu tua tentang budaya dan suku
Rindunya dengan zaman dulu..dengar je terus terasa ddk di zaman TV hitam putih..deras arus dunia telah mengubah segalanya
Dah 3 tahun dengar lagu ni.. Sejuk hati terkenang lagu2 lama walaupun masih muda 😊 Salam Syawal 🇲🇾
Melayu memang okey tingkat seni nya,,,, salam dari kalbar,,,
23.06.2020/2zulkaedah1441..teringat aku semase skolah rendah..tiupan seluring dr cikgu ahmad dlm kelas muzik..
bagaikan tali tersimpul mati.. salam dari Malaysia
Salam Melayu Medan batu bara 2020 masih menonton...sedapnyo suaro suling o
Masyaallah
Mendayu dayuuu terbayang sawah terbentang luas, pokok kelapa dan suasana aman , tenang jiwa
Di petang hari kala hujan gerimis..alunan irama melayu menusuk jiwa menambah kerinduan pada ayah bonda yg jauh dimata....terbayang suasana desa yang mendamaikan...salam damai utk semua rumpun melayuku...😍😍😍
Bonda pula siapkan minum petang bersama pengat pisang... ayah di pondok menjahit jala... suasana desa...
The best..banyak dengar cover lagu ni. Ini yang kedengarannya paling sedap dan lunak. Terima kasih tuan. Terasa melayu nya bila dengar lagu ni..Allah. Hebatnya bangsa kita suatu ketika dahulu.
Subhanallah. Sungguh bagai dikata. Walaupun org melayu zaman dahulu serba kekurangan tapi maruah dan jatidiri menjadi pegangan. Sedih rasanya melihat melayu sekarang hilang segalanya akibat sengkita dan rasuah menjadi hidangan harian. Lemah dan lesu. Sanggup menipu hanya kerana kedudukan. Mampukah kita tidur lena?
Kaya nya budaya melayu kita...gurindam mengusik jiwa
Bengkalis Riau hadir
Dengar lagu ni hmm teringattt zaman kampung dulu haihh😊
Terlena dengar seruling boyrazlizul Best betul cukup minat irama Melayu ❤😊
Alunan yang membangkitkan semangat melayu..berlinang air mata terigtkn krjaan2 mlayu dahulu yg pernah megah di dunia..bangsa yg paling bertamadun di dunia..ingat bahawa TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA.. 14/4/2020..2:13 pagi
poyo
dri dulu smpai skrang x prnah x suka dgar muzik nie 😍😍😍 best jerhhh dgar jiwa pun rsa coolll 🙈
Bergenang airmata
Kembalikn syawal tu.. Cerita yg membawa ku kesini.. Sedih part last tu.. Lagu ni.. Emmm
Sy suka lagu melayu,sy org asli Semenanjung
Hembusan lagu lagu yang di mainkan selalu menyentuh kalbu...lembut mendayu...sampai ke jiwa..tma kasih saudara boyrazli
Benar2 syahdu.. Mengingatkan aku dgn arwah ayah tercinta..
Sayu rasa d hati, bila mendengar lagu ini ,teringat kwn lama pd zaman persekolahan dulu..yg lama xdgr berita...mengalir air mata ..
Tenang mendengar teringat suasana kampung . Anak kampung anak melayu
terima kasih tuan boyrazli sebab tiupan indah tuan , membangkitkan kembali rasa syg dan kasih saya kpd bangsa yg bernama Melayu . melodi lagu melayu tetap selamanya indah dan cantik . tak di telan zaman .
Love 2 dedi plg j?m brp ni jd pnyanyi NYA
Ohh syahdunyaaa lontaran seruling boyrzali zul...lagu mainan arwah abah saya...kalau mak dgr 😥...tak semena air mata sy mengalir teringatkan arwah abah..
😪😢😢
Sebab episod Sepahtu bawa balik aku datang kesini.. Recording dengan live tetap mantap.. 👍🏻👍🏻👍🏻
Indahnya instrumen ini. Salam dari Dumai (Riau)
saya hari2 dgr music ni, rasa tenang sesgt
Ini jati diri kita wahai orang orang Melayu. Jgn la malu. Pertahankanlah
Tutup la wahai mata…
Bayangkan merdunya irama..
Irama lagu yang mempersona.. terpukau gerangan yang mendengar..
Salam melayu riau!!
Salam balek!
Salam
Salam kembali jua dari hamba dari tanah semenanjung Perak Darul Ridzuan
Salam dari Perak.
Salam dari melayu pattani, tak kan hilang melayu di mata dunia