ADUN PELANGAI ANGKAT SUMPAH EXCO PAHANG

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 лют 2025
  • ADUN PELANGAI DILANTIK EXCO PAHANG YANG BAHARU.
    KUANTAN 14 Feb - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Abdulaziz, semalam.
    Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    Dato' Amizar merupakan Exco pertama mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Abdullah selaku Sultan Pahang yang kembali bersemayam di Istana Abdulaziz pada 30 Januari lepas, usai menamatkan tempoh pemerintahan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
    Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Zulkifli Yaakob serta barisan Exco Pahang yang lain.
    Amizar, 50, yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober 2023, dengan majoriti 2,949 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
    PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.
    DAULAT TUANKU
    DIRGAHAYU TUANKU
    #rbochannel #rbonews #excopahang #sultanpahang #alsultanabdullah #spbagongxvi #istanabdulaziz #tuah #daulattuanku #dirgahayutuanku

КОМЕНТАРІ • 1

  • @pangkiatloh4555
    @pangkiatloh4555 11 місяців тому

    Daulat Tuanku 👍👍👍🙏🙏🙏🙏🙏